Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang."SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya.
"Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri,"
"Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.
Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut
"SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B.
"Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya. -tvsnews
Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu? - Nik Amar
KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.
(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.
"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.
Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.
Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.
"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.
Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.
Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini. -HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan