Pengikut

Sabtu, 4 Februari 2012

Ust Idris Hj Ahmad: Pemuda PAS Sentiasa Siap Siaga


Bukit Gantang -- AJK PAS Pusat Ust Idris Hj Ahmad dalam satu program anjuran Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang menyatakan bahawa Pemuda PAS harus berusaha keras dahulu untuk menampakan hasil,bukan-nya seperti Pemuda UMNO yang menharapkan hasil seperti duit dan sebagainya untuk melaksanakan sesuatu usaha. “Buat dulu kerja untuk perjuangan dan hasilnya kita akan dapat kemudianya insyaAllah..bukan tunggu hasil baru nak buat kerja”- ujar Ust Idris.

Pemuda PAS juga di-ingatkan supaya sentiasa bersiap siaga setiap masa untuk PRU yang bakal tiba bila-bila masa mulai sekarang,segala gerak kerja haruslah seiring dengan misi perjuangan dan mengikut lunas-lunas kehendak Islam. “Tidak seperti UMNO BN yang mengasingkan antara politik dan agama,maka tidak hairanlah para pemimpin UMNO sejak dulu hingga sekarang banyak sekali melakuakan salahguna kuasa seperti isu NFC,kes-kes rasuah,menfitnah,melucah dan sebagainya,ini kerana perjuangan UMNO tidak menghiraukan tuntutan agama,mereka pisahkan Islam dan politik,maka halal dan haram mereka (UMNO) akan tolak ketepi,yang penting bagi mereka ialah ingin kekalkan kuasa untuk meneruskan agenda kezaliman tersembunyi mereka”- ujar Ust Idris.

Diakhir ucapan Ust Idris juga menyentuh isu pemecatan Dr Hasan Ali yang hangat di ekloitasi oleh pihak UMNO yang konon-nya dengan pemecatan Dr Hassan Ali bermakna PAS sudah lari dari perjuangan Islan dan tergelincir. “Sebenarnya kita (PAS) tidak tergelincir sikit pun dari perjuangan..tapi Dr Hasan Ali yang sudah jatuh ke gaung perangkap UMNO” - kata Ust Idris sambil tersenyum .

*Penulis juga tersenyum sambil ketawa kecil…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan