Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

VIDEO: Rakaman CCTV ‘Makcik’ Rempuh Kedai Superbike Di Cheras



Masih ingatkah lagi dengan berita seorang wanita melanggar dan merempuh sebuah kedai Superbike di Bandar Tasik Permaisuri yang dilaporkan oleh Mynewshub.my dua hari lalu?

Di sini, penulis paparkan video rakaman CCTV dari kedai Superbike itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam video yang diambil dari laman YouTube, jelas kelihatan bagaimana rempuhan kuat berlaku menyebabkan hampir 90 peratus keadaan dalam kedai itu rosak teruk.

Untuk rekod, dalam kejadian tersebut, wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah melanggar dan merempuh sebuah kedai Superbike berkenaan selepas melanggar kereta Volvo XC60, dua buah Myvi dan empat buah motosikal berkuasa tinggi.

Wanita berkenaan dilihat menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Pekerja-pekerja yang berada di dalam kedai Superbike itu juga kelihatan panik dan berlari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Oleh NAIMAH SHAARI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan