Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

Fidah Desak Izat tokey lembu Letak Jawatan

Post Pic
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Bekas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kabinet supaya tidak mengheret kerajaan dan parti dalam isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam wawacara dengan akhbar Malay Mail, Rafidah berkata adalah tidak adil untuk Sharizat menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan kedudukan beliau dalam kerajaan.
"Jika anda merupakan sumber masalah kepada parti dan kerajaan, sila berundur," kata beliau merujuk kepada Sharizat yang menggantikannya sebagai Ketua Wanita Umno pada tahun 2009.

"Itu saja bagi sesiapa pun, samada ia berkaitan dengan lembu atau apa saja. Itulah cara yang paling matang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya lagi.

"Hakikatnya ialah..buat keputusan. Jangan serah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Jangan bebankan Perdana Menteri dengan keputusan itu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kamu," tambah Rafidah yang masih Ahli Parlimen Kuala Kangsar tetapi digugurkan daripada Kabinet selepas pilihanraya umum 2008.
Shahrizat, terpaksa bercuti tiga minggu selepas diheret dalam kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang ditawarkan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta untuk membangunkan industri penternakan lembu. Syarikat itu dimiliki oleh suami beliau mnakala anak-anak mereka memegang jawatan kanan.

Pihak pembangkang mendakwa NFC menyalahgunakan dana kerajaan untum membeli kondominium, tanah dan kereta mewah selain bercuti ke luar negara.
Shahrizat, menafikan pembabitannya dalam NFC dan telah menyaman Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strateji parti itu Rafizi Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan