Pengikut

Jumaat, 3 Februari 2012

Dr Jati semakin mendapat tempat dihati pemimpin UMNO.


Gerakan Hasan Ali Beri Kesan Positf Kepada Perpaduan Melayu

TANJUNG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencetuskan gerakan mempertahankan Islam, hak orang Melayu dan institusi raja memberikan kesan positif kepada perpaduan orang Melayu.

Perjuangan Dr Hasan seolah-olah sealiran dengan perjuangan UMNO yang sejak dahulu memperjuangkan tiga perkara itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata, selain daripada mempertahankan hak orang Melayu, UMNO juga melindungi hak-hak kaum lain yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau berkata, siri jelajah Dr Hasan mengenai isu akidah, setelah beliau dipecat dari PAS, berjaya menarik segenap lapisan masyarakat terutamanya orang Melayu untuk mendengar penjelasan bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu mengenai kelemahan dan kepincangan pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang.

Mengenai kenyataan sesetengah pemimpin PAS yang mendakwa Dr Hasan adalah budak suruhan UMNO, Noh berkata:"Mereka (pembangkang) tidak akan terima kesalahan mereka tetapi sering menuding jari kepada UMNO."

Noh berkata, bukan Dr Hasan sahaja yang membuat siri ceramah menerangkan tembelang sebenar parti pembangkang malah bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin turut berbuat demikian untuk memberi kesedaran kepada rakyat. – BERNAMA

· Semalam DS Najib di Terengganu ada juga menyebut-yebut nama Dr Jati dalam kenyataan yang beliau yang tersiar di TV3. DS Najib berkata perjuangan DR Jati untuk Islam,Melayu dan Raja-Raja adalah berada dilandasan yang betul dan DS Najib mempersoalkan mengapakah Dr Jati dibuang dari PAS yang memperjuangankan Islam katanya.

· Nampaknya publisiti Dr Jati sekarang sudah melonjak naik mengatasi Ibrahim Ali,Zulfili Nordin dan sebagainya. Penulis berkali-kali melihat yang Dr. Jati ini bakal di angkat menjadi pemimpin terkanan dalam UMNO suatu masa yang terdekat ini. Berikutan sokongan dan simpati para penyokong UMNO terhadap Dr Jati semakin meningkat ditambah pula mendapat tempat dihati pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan