Pengikut

Jumaat, 25 Januari 2013

Edisi MB Perak Bodoh: Saya minta maaf sebab ceramah politik tadi - Zambry Kadir

26 Jan 2013-- Taman Tasek Taiping: Berlangsung program SSM Bersama Bersama Rakyat. Program ini sebenarnya anjuran Jabatan Kerajaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)  dan tiada mengena dengan politik.

Namun disebabkan penyakit sawan meroyan dan mabuk candu, MB Perak yang tidak halal berucap dalam program ini seperti sebuah program politik untuk UMNO BN.

Zambry masih sawan dengan program "Debat Darul Ridzuan" yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat negeri Perak baru-baru ini.Kali ini Zambry menjawap dihadapan hadirin yang tak penuh khemah dengan jawapan "Mengapa saya perlu sahut cabaran mereka (PR), sebab saya tak tahu apa tajuk yang nak didebatkan".

Ucapan Zambry melalut-lalut dalam program ini dengan menyentuh semua isu politik dengan menghentam Pakatan Rakyat negeri Perak, program ini dah jadi program politik pada Zambry Kadir yang nampak resah dengan kehadiran yang amat kurang.

Setelah memperkudakan program anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini, Zambry dengan muka tidak tahu malu, aku sendiri dengar  "Saya minta maaf...sebab tadi ceramah politik" - kata Zambry yang sawan kepada seorang  yang dipercayai penganjur program ketika menaiki kenderaan meninggalkan program menuju ke Komplek Rakan Muda Kemunting,Taiping.

Hari ini Zambry Candu akan sehari suntuk di Parlimen Taiping dalam siri jelajah penerangan Pra PRU 13 yang memperkudakan Jabatan Kerajaan untuk politik.
Zambry berceramah politik kebodohan dalam program SSM.
Banyak kerusi kosong mendengar ceramah bodohnya

"Saya minta maaf sebab ceramah politik tadi..."
Setelah buat taik, Zambry meninggalkan program SSM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan