Pengikut

Selasa, 22 Januari 2013

Edisi YB Bodoh: YB Rosli minta murid-murid sokong UMNO BN sebelum beri RM100

Inilah kebodohan dan kegilaan melampau bagi ADUN Terong merangkap ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Dato Rosli Husin, dalam sekolah pun hendak berkempen politik.


"Murid-murid dan ibubapa mesti sokong kerajaan UMNO BN kalau mahu bantuan Rm100 ini diteruskan...saya percaya guru disekolah Simpang semuanya sokong kerajaan"- ucapan bodoh YB Rosli ketika majlis pemberian bantuan awal persekolah RM100 tahun 2013 disekolah kebangsaan Simpang Taiping.

Menurut cerita seorang bapa yang aku panggil Pak Abu yang hadir disini menyatakan YB Rosli juga berucap dengan nada yang sama hari ini disebuah sekolah jenis kebangsaan cina sebelum datang ke SK Simpang Taiping. ( Pak Abu anaknya sorang belajar kat sekolah cina)

Menghairankan pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) jadi bangang dengan kejadian agenda politik UMNO BN terang-terang memasuki ruang sekolah. Sedangkan aku pakai baju hijau HKR112 ditegur oleh seorang guru mengatakan baju politik tak boleh masuk sekolah.

Pakai baju HKR yang ada permit tak boleh...YB Rosli kempen politik dalam Sekolah boleh pulak..!!??? Bodoh punya orang..!!!!

Benarlah pendedahan yang lalu aku siarkan UMNO BN Perak memang mengunakan agensi kerajaan sebagai kuda tunggang politik termasuk murid-murid pun di libatkan.

Kereta YB Rosli didalam  kawasan SK Simpang untuk tujuan politik...


Kelihatan YB Rosli dan guru besar SK Simpang...kalut nak kempen politik dalam sekolah.

1 ulasan:

  1. memang pun... kat kebanyakkan sekolah yb2 penyangak ni sibuk nak bagi duit bantuan hingga menyusahkan ibubapa kerana terpaksa menunggu lama sedangkan ibubapa kebanyakkannya bekerja. yg peliknya sejak bila pulak guru2 kena jadi barua tukang bagi duit nih... kena paksa bertugas pulak tu... dan yg selalu kena adalah guru2 yg bukan kroni pengetua... saya memang menyumpah 2 hari lepas sebab bila keluar kerja nak ambil duit rakyat, yb tengah membebel menyampaikan kempen politik disekolah... kena tunggu... ramai ibubapa yg merungut tapi kena tunggu jugaklah... saya panas hati terus belah... tegah dek rm100 tu sy tak nak jadi bodoh, dibuat macam minta sedekah... nak duit kena dengar kempen... pooorah... saya datang sebab saya fikir duit tu hak rakyat... tapi yb ni perasan macam duit mak-bapak dia. lagi menambah benci saya dan saya fikir ibubapa lain juga berperasaan sama... insyaallah kita dah tengok, dah rasa dan alami sendiri bagaimana puak2 yb ni nak bodoh2kan kita... konpom saya haramkan undi saya utk amgok laknatullah ni... macam la nak bagi rm10,000.00. kalau saya ambil pun duit tu bukan dgn hati yg rela tetapi, kalau tak ambil tak kemana puak2 penyamun ni akan bungkus duit tu... memang menyusahkan dan nak memboddoh2kan rakyat... yg pengetua sekolah pulak takut sebab nanti tak naik pangkat pulak. jadi angguk ajelah bila kena tarik idung. yg jadi mangsa guru2 yg dikerah bertugas, terpaksa datang awal kesekolah atau balik lewat... sampai bila la pengetua2 ni nak jadi cerdik sket... penakut yg amat... macam la rezeki tu amgok yg bagi... bila org kata boddoh suka pulak tu... macam mana la dapat jadi pengetua... saya memang benci...benci...

    BalasPadam