Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

Kisah calon penyamun di setiap Parlimen dan DUN bergaduh..!!!

Semua pihak dalam Barisan peNyamun yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi atau bergaduh  pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa. 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan penyamun negeri, anggota majlis tertinggi penyamun atau naib presiden parti penyamun untuk menjadi calon penyamun kerana beliau percaya Kepala penyamun Najib  Razak telah mempunyai senarai calon penyamun yang sesuai. 

“Pada hemat saya Najib selaku Pengerusi Barisan PeNyamun  telah mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon penyamun yang bermasalah,” katanya  di Bagan Datoh, Isnin. 

Katanya, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon penyamun disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Kepala Penyamun telah menilai senarai berkenaan. 

“Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan. 

“Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon penyamun lain,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata, calon penyamun yang dianggap mempunyai kelebihan menyamun mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi Barisan peNyamun. 

“Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon penyamun payung terjun. Itu adalah calon daripada parti,” katanya. 

* Orangni tidak bermaksud menyindir atau mengutuk mana-mana individu dalam Barisan peNyamun samada yang masih aktif menyamun atau yang telah meninggalkan kerja menyamun...jika ada yang terasa hati dengan artikal ini.....PADAN MUKA..!!!!  hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan