Semalam 26 Jan 2013 macam nak gila UMNO Bahagian Taiping usung kehulu-kehilir MB pujaan mereka Zambry Kadir seluruh Parlimen Taiping.
Dari jadual yang didedahkan oleh dalaman UMNO Taiping menyenaraikan lebih 20 program yang akan disempurnakan oleh Zambry Kadir bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Jadual aturcara program yang dinamakan Walkabout YAB Menteri Besar Perak "Program Turun Padang,Tiada Tertinggal,Tiada terpinggir" ini sebenarnya indah tajuk dari perlaksanaan.
Promosi bagai macam nak gila dibuat oleh UMNO Taiping,banner dipasang sepanjang jalan dan siap mengunakan kenderaan Jabatan Penerangan keliling seluruh Taiping tentang kehadiran Zambry...dah macam zaman wayang pacak pula...hahaha....
Semua-nya bermotifkan untuk memperkudakan Jabatan Kerajaan untuk tujuan politik UMNO BN semata-mata dan dikatakan untuk menyapu peruntukan yang disediakan.
Semua program yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang sangat hambar, para penyokong terpaksa diangkut punggah kesana kemari oleh UMNO Taiping untuk menampakan jumlah hadiri nampak ramai.
Kerusi kosong banyak...janji ada candu untuk Zambry....haha.. |
Dalam kekalutan Zambry memenuhi jadual yang amat padat yang disediakan oleh UMNO Taiping ini beberapa program yang disusun telah dibatalkan dan ada yang terlupa kerana terlalu banyak sangat program yang diatur.
Kekalutan dan kepincangan program Zambry turun ke Parlimen Taiping semalam telah menyebabkan para penduduk kampung Expo kecewa kerana Zambry gagal datang ke program yang melibatkan mangsa banjir dikawasan tersebut.
Seorang penduduk Kg Expo yang tidak mahu dikenali berkata " Mengapa MB Zambry boleh ke pejabat UMNO Kemunting berjam-jam sembang politik..?? Cakap-cakap nak bantu rakyat...tapi kampung kami yang ada masaalah kenapa tak datang tengok..? Sebab dah janji nak datang sini hari ini..".
Paling melucukan ialah mereka kalut pada hari lawatan Zambry hanya "Teh Candu".... Disetiap lokasi program disediakan Candu untuk Zambry...nampaknya UMNO Taiping memang pandai menCandu Zambry..masaalah rakyat di DUN Kemunting mereka tidak hiraukan,janji Zambry dapat Candu...hahaha...
MB Perak ketagih CANDU..!!!? ,Tiada Tertinggal Candu,Tiada terpinggir Candu |
Kesian kat Cikgu Najmi TaipingMali....Zambry tak sudi ke kampung Expo...hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan