Pengikut

Ahad, 3 Februari 2013

Zamby Kadir jadi dukun hantu kutip sumber tepi longkang

Taraf MB Longkang yang haram semakin membusuk
Baru-baru ini Menteri Besar Haram Perak Zambry Kadir  mempamerkan bakatnya sebagai  Tok Bomoh Besar untuk UMNO Perak apabila menyibukan diri dengan menyentuh isu konon-nya ada hantu pocong di sebuah tempat di Kuala Kurau Perak. Dukun Hantu Zambry mengulas konon dia lucu dan kata tak masuk akal mengenai ada pocong dikampung tersebut.

Baguslah kalau Zambry tak percayakan hantu... tapi apa-kah status seorang MB Haram boleh mengambil berat kisah hantu pocong..?? Dah memang tradisi politik longkang UMNO Perak,semua isu tu dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Hinggakan isu hantu pocong pun Zambry Kadir buat fitnah kata ini kerja PR...hahaha...

Nampak sesangat Si MB Haram ini semakin Haram J....h... sebab dah terdesak dengan kemelut dalaman UMNO dan kekurangan isu nak dibawa.
....................................................
Sinar-4 Februari 2013
PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas. 

Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR. 

“Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip dari ‘tepi longkang’ untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar. “Di Kampung Raja Bashah sendiri, setelah kejadian kebakaran berlaku di penempatan kampung itu 10 tahun dahulu, terdapat beberapa individu menyokong PR tidak diberikan lot penempatan di kampung tersusun yang sedang dibina tanpa sebab jelas. 

“Pada masa sama, projek pembinaan kampung tersusun yang sedang giat dijalankan juga tidak dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai banyak masalah berbangkit seperti tanah mendap dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. 

Fakhrurrazi berkata, Zambry sepatutnya ‘membantu’ Umno Bahagian Parit Buntar menjawab beberapa isu utama melibatkan kepentingan penduduk seperti pembinaan Hospital Kerian yang difahamkan tidak memenuhi kapasiti bilangan katil sebagaimana dijanjikan perdana menteri sebelum ini sebanyak 300 katil. 

“Sebaliknya, saya difahamkan melalui media bahawa hospital itu hanya menyediakan bilangan katil sebanyak 150 sahaja,” katanya. Fakhrurrazi turut menggesa BN dan kerajaan negeri tidak bersikap ‘baling batu, sembunyi tangan’ dengan mengada-adakan isu yang tidak munasabah untuk menutup kepincangan sendiri. 

Sementara itu, Adun, Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari sedih dengan kenyataan Zambry yang sanggup merendahkan kedudukannya untuk mengadakan cerita ‘dongeng’ tersebut. 

“Saya percaya kenyataan terdesak itu disebabkan beliau (Zambry) cuba hendak mengalihkan isu kegagalan projek Hospital Kerian, perpecahan dalaman Umno bahagian Parit Buntar akibat perebutan calon dan sikap pengundi cina yang sudah beralih arah. 

“Apapun, saya berterima kasih dengan menteri besar yang sudi meluangkan masa memberi publisiti kepada kami dengan mengemukakan tohmahan mengarut dan tidak masuk akal untuk membodohkan rakyat,” katanya. - Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan