Pengikut

Rabu, 17 April 2013

Teringin Nak Calon UMNO Ditipu Menanti 6 Penggal....habuk pun tarak...

Kamilia Ibrahim SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain. “Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri.

Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya. Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan. “Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil.

Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. “Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti. “Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.- Sinar Harian.

Orangni: Jasa wanita yang dilihat Najib hanyalah........ROSMAH.....hahaha.....

1 ulasan:

  1. Perjuangan WANITA dalam UMNGOK/BN bukan tak diterima atau tidak diiktiraf. Jangan salah faham sebab abang ajib dan kak Rosmah nak Wanita semua dok diam dalam dapur ajer. tu pun tak faham. Ajib dan kak Ros tak nak pisang berbuah banyak kali sepertimana yang terjadi pada kak ijat. Orang suruh bela lembu lain pulak dibuatnya. Kes-kes macam tu yang abg ajib dan kak Ros pening pala. Wanita dalam UMNGOK/BN memang semuanya Profesional berlaka tapi abg ajib dan kak Ros boleh caya ker sebab dah ramai pemimpin dan calon pakai sijil beli. Jangan lah sebab tidak dicalonkan kak KAMILIA nak pecah-pecahkan pintu, tak bagus pun berlagak gitu... cukuplah kak Ijat ajer nak bersingsing lengan nak tunjuk samseng. Nasihat saya pada kak KAMILIA cuma satu jer.... Kalau Kak KAMILIA benar-benar memperjuangkan negara, agama dan bangsa secara ikhlas dan telus sepatutnya kalau tidak terpilih untuk di calonkan di PRU13 ini, tak perlu lah rasa kecewa. Kecewa pada diri kak KAMILIA adalah petanda bahawa perjuangan kak KAMILIA tidak Ikhlas atau dengan kata lain, Perjuangan kak KAMILIA ada udang sebalik batu.
    Akhir sekali, PRU13 adalah milik PAKATAN dan saya percaya PAKATAN akan membentuk kerajaan baru yang boleh membangunkan kesucian Agama Islam dan seterusnya bangsa-bangsa di negara kita ini dalam satu kelompok perpaduan yang jitu. UMNGOK/BN pastinya akan terhumban kelubuk longkang najis IWK.
    Sekian.

    BalasPadam