Umno mempertaruhkan YB Banner di DUN16 Kamunting
Begitulah ayat yang Orangni dapat dari orang lama umno Taiping dan beberapa orang guru semasa minum pagi bersama Orangni.
Orangni terkejut dan terkedu mencari siapakah gerangan YB Banner ni?
Adakah Umno mempertaruhkan muka baru? Setelah dibelanja secawan kopi dan sekeping roti cana, orang lama umno tersebut menjelaskan YB Banner adalah gelaran untuk bekas YB Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid, merangkap bekas Exco JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains & Teknologi Negeri Perak.
Ini adalah kerana menurut sumber, pada 2 minggu yang lalu wakil dari Pejabat YB ni ada menelefon beberapa sekolah disekitar Taiping memohon senarai apakah sumbangan yang pernah disampaikan oleh YB ni kepada pihak sekolah.
Pihak sekolah pada mulanya menjangkakan akan dapat "habuan" tambahan lalu menyenaraikannya.
Seminggu selepas itu, sekali lagi pihak Pejabat YB menghubungi pihak sekolah dan mengarahkan seorang wakil hadir ke pejabat khidmat untuk mengambil "habuan".
Khabarnya, berbondong wakil sekolah menerpa untuk mengambil "habuan". Namun keghairahan wakil sekolah terbantut kerana "habuan" yang diambil hanyalah sehelai BANNER yang telah siap, dan pihak sekolah perlu menggantung banner tersebut di kawasan perhatian umum.
Untuk membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan orang lama umno tu Orangni dan krew telah sempat ke beberapa lokasi bagi meninjau dan mendapati bentuk, keterampilan dan reka bentuk banner itu hampir sinonim antara satu dengan yang lain.
Dan menurut kata beberapa wakil PIBG, mereka sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara ini dan menyifatkan BANNER tersebut sebagai " sendiri reka, sendiri tempah, sendiri angkat diri" umpama pepatah lama "Masuk Bakul Angkat Sendiri".
Timbul kemusykilan... tertanya-tanya bajet manakah yang digunapakai, kerana pihak PIBG atau sekolah menafikan penglibatan mereka didalam menempah banner tersebut.
YB Zahir bergambar dengan Blogger Upahan Nasik Bungkus ... |
.........................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan