Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Kes Anwar Saman Utusan 50juta 28 Feb. ini.


KUALA LUMPUR, 20 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 28 Feb untuk pengurusan kes saman sebanyak RM50 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, yang mendakwa beliau difitnah oleh dua artikel berkaitan komennya mengenai undang-undang homoseksual dalam temubualnya dengan BBC.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak.Pada 20 Jan, Anwar memfailkan saman itu terhadap Utusan dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata akhbar itu telah menyiarkan dua artikel di muka hadapan dan muka 10, pada 17 Jan, yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin Islam yang pandangannya bertentangan dengan ajaran Islam.Beliau mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang disiarkan yang berdasarkan temubualnya dengan BBC, adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, memohon RM50 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan serta relif-relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Anwar juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyatakan atau menyiarkan perkataan-perkataan memfitnah terhadap beliau.


- KLpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan