Pengikut

Selasa, 21 Februari 2012

Mufti Perak Minta Melayu Kembalikan Kedaulatan Bangsa, Negara.[ Sekeping gambar mendedahkan pelbagai tafsiran ]

SHAH ALAM: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta orang Melayu supaya berusaha mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara agar tidak dihina oleh pihak lain.
Sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap perbuatan segelintir orang Melayu yang mempertahankan tindakan pihak tertentu memperlekeh dan mempersenda Islam, beliau berkata umat Islam sepatutnya bersatu mempertahankan akidah mereka.
"Setiap orang Islam wajib berjihad untuk pertahankan agama Allah dan kita wajib bersatu untuk pertahankan akidah orang Islam tanpa sebarang kompromi," katanya ketika berucap pada pelancaran badan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga (Jati), oleh presidennya Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Selasa.
Beliau juga sebak ketika berucap di hadapan hampir seribu orang yang menghadiri pelancaran Jati yang berslogan 'Gerakan Martabatkan Umat'.
Harussani berkata penubuhan Jati bertujuan mempertahankan agenda Islam, Melayu dan kedaulatan Raja bersesuaian dengan keadaan semasa yang memperlihatkan orang Melayu semakin berpecah belah.
Menjelaskan mengenai sinonimnya raja dengan agama Islam dan Melayu, beliau berkata kerajaan Melayu ditubuhkan oleh raja, dan raja merupakan golongan yang terawal menerima Islam.
Justeru, katanya raja tidak boleh dipisahkan daripada Melayu dan Islam.
"Raja ialah kekuatan kita dan jika Raja ditarik kuasa maka akan rosak dan hilanglah bangsa Melayu.
"Ada kata bila kita cakap pasal bangsa Melayu, kita dikatakan nasionalis dan bila kita pertahankan bangsa bukan bermaksud kita taksub. Memang kita wajib pertahankan sebab negara ini ialah negara Melayu," katanya.- mStar
Tan Sri Dr Harussani Zakaria  di-iringi Presiden JATI  Dr Hasan Mohamed Ali memasuki Pusat Dewan  Konvensyen Shah Alam. Dibelakang mereka juga kelihatan wanita berpakaian tradisional Melayu menyambuat kedatangan VIP dan mungkin inilah konsep IMR yang di war-warkan- (Imej Klpost)     
 [ Pada sekeping gambar memdedahkan pelbagai tafsiran ]                                                     






Tiada ulasan:

Catat Ulasan