Kemudianya pada hari ini 24 feb 2012 DS Nizar mengesahkan beliau bersetuju untuk bersua muka diatas satu pentas dengan Zambry untuk berdebat.
“Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”
Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.
Menurutnya, ini adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak. “Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.
Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.
"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya. Sumber : Blog Sisi Bukit
Tidak Sampai 24jam...
24 Feb 2012 Ipoh -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dicabar supaya berdebat dahulu dengan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang sudah lama menyuarakan hasratnnya untuk bersemuka dalam satu pentas dengan wakil rakyat PAS itu. Sumber: Perak Today
Zambry dah mula gerun dan takut dengan pelawaan ini. Zambry berdolak dalih dengan mencabar pula DS Nizar berdebat dahulu dengan Wakil Rakyat Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi sebelum berdebat dengannya. (APA KE BANGGANG punya Zambry ni..?? )
Pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS bertujuan ingin melihat inspirasi kedua-dua tokoh ini di atas satu pentas mambawa harapan rakyat negeri Perak bagi meneruskan pemerintahan menjelangnya PRU13 nanti. Apa kejadahnya pula Zambry tukar tajuk mencabar DS Nizar berdebat dengan seorang penghianat seperti Jamaluddin Mohd Radzi yang boleh dijual beli maruahnya..?
Mungkin Zambry sudah bayangkan dirinya akan berkeadaan menggigil diatas pentas debat nanti sekiranya menerima pelawaan debat antara beliau dengan DS Nizar.Amat jelas Zambry seorang penakut,ini kerana cuba mengelak dari menerima terus pelawaan debat ini.
Teringat ON kata peribahasa Dato Karam Singh semalam di TV3suku : "Ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih.." begitulah keadaannya diri Zambry yang berpura-pura berdolak dalih menyembunyikan ketakutan berdebat dalam dirinya...apapun tetap terserlah jua. (Lain-lain maksud terpulang kepada pembaca tafsirkan...hehehe...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan