KUALA KANGSAR - UMNO Perak sudah bersedia untuk menyahut 'paluan perang' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, semua pucuk pimpinan serta ahli UMNO negeri itu kini begitu bersemangat untuk menghadapi pembangkang yang mendakwa kononnya lebih kuat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak.
"Jumlah kehadiran perwakilan hari ini satu mesej penting yang kita hendak sampaikan kepada pucuk pimpinan bahawa UMNO Perak sudah bersedia untuk bersama-sama dengan mereka di lapangan pada PRU-13 nanti.
"Panggillah bila-bila masa, umumlah bila-bila masa. Insya-Allah, jentera UMNO akan bertukar kepada pasukan tentera pilihan raya BN.
"Adakah anda bersedia untuk menyahut paluan perang pilihan raya atau tidak?," soal Zambry beberapa kali dan disahut dengan laungan ''kami bersedia'' oleh lebih 4,000 perwakilan dari 1,667 cawangan yang hadir pada Konvensyen UMNO Perak 2012 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Majlis penutup konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Zambry menyifatkan perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ibarat langit dan bumi.
"Ketika mana orang membandingkan BN ini tidak ada harga dan ketika sekelian rakyat di sebelah sana kata BN tidak mampu berdebat, nah! satu pukulan hebat daripada BN kepada DAP bahawa BN lebih hebat berdebat. Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Pada majlis tersebut, Zambry turut mengetuai semua perwakilan melafazkan baiah yang antara lain meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan sendiri, menyokong siapa sahaja calon yang dipilih dan berjanji taat setia serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti.-Utusan
Zambry tweet jumlah kehadiran 7 ribu..
Perak today kira 4 ribu
Utusan kira pun 4 ribu..
Nampak sangat Zambry penipu..hahaha..
Tanda sokongan kepada MCA ,Zambry anggap debat Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bagai langit dan bumi..
"Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri," kata Zambry..
MCA ganti UMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan