Kerajaan negeri PERAK dibawah MB Mahkamah Zambry hari ini menyelar tindakan pihak pembangkang yang terus mempolitikkan status tanah membabitkan SJK (T) Gunung Rapat, di Ipoh seolah-olah mahu menjadi juara rakyat bagi kaum India.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri telah berusaha menyelesaikan masalah itu termasuklah mengemukakan permohonan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk menyediakan peruntukan bagi pembangunan SJKT Gunung Rapat.
Zambry juga menyangkal dakwaan lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang kerap ke Perak sejak kebelakangan ini disebabkan negeri itu berada diambang kritikal. “Ada pihak menggunakan laman sosial Twitter dengan mempersoalkan kunjungan kerap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Perak seolah-olah negeri ini berada diambang kritikal".- Kata MB Haram Zambry.
Terdahulu, Zambry menerima konon-nya 180 borang penyertaan masuk UMNO yang juga merupakan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari DUN Behrang.
Inilah 2 orang dari 180 yang masuk UMNO. Tersengeh Jamaluddin Radzi sudah 180 kali bergambar masuk UMNO untuk 2012 ini saja..hahaha...
Jamaluddin Radzi yang baru masuk UMNO untuk kali ke 180 sudah boleh duduk disebelah Zambry
Kisah Berlainan di PERAK..
Punca Sebenar Penyebaran AGE Masih Misteri
Punca sebenar penyebaran jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang menyebabkan dua kematian di Perak, tiga minggu lalu masih misteri.
Kebanyakan pesakit terdiri daripada kanak-kanak dari Batang Padang dan Hilir Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ujian ke atas sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes AGE masih negatif setakat ini. “Ujian terhadap Rotavirus dalam sampel air diambil dari lapan lokasi di Batang Padang sejak tiga hari lalu iaitu pada 11 hingga 13 Februari lalu adalah negatif.
“Keputusan ke atas sampel air yang diambil dari Hilir Perak pada 14 Februari masih belum diketahui,” kata Dr Mah kepada The Star.
Sebanyak 1,990 kes jangkitan AGE dilaporkan di Hilir Perak manakala 1,078 kes di Batang Padang sejak tiga minggu lalu.
Dr Mah turut menekankan bahawa penjagaan kebersihan perlu dititik-beratkan untuk mengelak daripada terkena jangkitan AGE.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya anak-anak mereka tidak sihat.
Zambry sibuk raikan lawatan Najib ke Perak...
Zambry sibuk raikan lawatan Mahyuddin ke Perak...Zambry sibuk raikan lawatan Shafie Afdal ke Perak..
Zambry sibuk dengan politik untuk pertahankan kuasa di PERAK...
Sudah 2817 kes AGE di Perak...Zambry baru terhegeh-hegeh buat sibuk..??
Antara lain Misteri Di Perak...:
Presiden MIC jadi ketua MIC Perak..?
Presiden MCA jadi Ketua MCA Perak..?
Presiden PPP jadi Ketua PPP Perak..?
KENAPA BEGITU SEKALI...????
SUNGGUH MISTERI...hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan