Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

Kerajaan MB Haram Zambry menipu masyarakat India Perak

Kerajaan Zambry menipu masyarakat India Perak - SivakumarKerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu masyarakat India sekali lagi. MIC Perak seperti biasa menjadi ‘pak angguk’ kepada UMNO. Dalam kes SJKT Gunung Rapat, Datuk Bandar Ipoh telah menjajikan tapak tanah seluas 3 ekar di Ampang untuk membina bangunan baru. Perkara ini diumumkan pada 19/10/2011. Pengumuman ini dibuat setelah Pakatan Rakyat dan Ibubapa murid-murid sekolah itu membuat perhimpunan aman di hadapan  SJKT Gunung Rapat pada 2/10/2012.
Walau bagaimanapun MIC tanpa perasaan malu telah mengatakan bahawa merekalah yang mendapatkan tapak tanah yang baru itu untuk sekolah tersebut. Terbukti MIC sebuah parti yang tidak bermaruah kerana mencari publisiti murahan daripada hasil titik peluh orang lain. Pakatan Rakyat telah lawan habis-habisan untuk kebaikan sekolah tersebut. Tetapi, MIC senang-senang mahu mencari nama kerana tujuan politik. 
Inilah cara MIC menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun.
Tiba-tiba saya mendapat maklumat bahawa tanah yang dijanjikan untuk SJKT Gunung Rapat itu telah diluluskan kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Maklumat ini diperolehi daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Datuk Bandar Ipoh kepada Datuk S. Veerasngam , Penasihat kepada Menteri Besar Perak.  Apabila saya mendedahkan perkara itu melalui media, Datuk S.Veerasingam telah mengeluarkan satu kenyataan media yang sungguh memalukan. Beliau berkata Datuk Bandar tidak pernah menjanjikan tanah di Ampang itu kepada SJKT Gunung Rapat. Ini adalah satu penipuan yang sangat besar. Saya mempunyai semua bukti-bukti mengenai janji tersebut.  Perkara ini diterbitkan dalam semua media tempatan. Tetapi Datuk S.Veerasingam sanggup berbohong kerana mahu menolong UMNO dan PAFA mendapatkan tanah tersebut. Terbukti orang-orang MIC sanggup mengadai maruah bangsa sendiri  untuk kepentingan diri mereka . Saya akan mendedahkan semua bukti kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Bandar Ipoh dan Pemimpin-pemimpin MIC Perak pada masa itu.
Dalam satu laporan media Datuk Seri Zambry pula berkata Saya dan Datuk Seri Nizar telah  mempolitikkan isu ini seolah-olah  kami mahu menjadi hero memperjuangan hak orang India. Beliau juga berkata kami sepatutnya telah menyelesaikan  masalah sekolah ini  sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Kenyataan ini adalah satu kenyataan kebudak-budakan.
Saya tidak tahu pemikiran  Datuk Seri Zambry begitu cetek dan beliau berhujah seperti budak-budak sekolah. Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Barisan Nasional untuk berpuluh-puluh tahun. Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat selesaiakan dalam 11 bulan. Kata-kata beliau adalah sungguh memalukan kerana negeri Perak mempunyai seorang Menteri Besar yang daif dan tidak boleh menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 3 tahun selepas menubuhkan kerajaan haram. Beliau cuba cuba menutup kelemahan beliau dan kerajaan Perak dengan menuduh Pakatan Rakyat.
Apa yang pasti ialah  masalah SJKT Gunung Rapat telah diselesaikan oleh Pakatan Rakyat jika kerajaan itu tidak dirampas oleh Barisan Nasional. Inilah akibat yang diterima oleh masyarakt India setelah kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan  secara haram. Kes SJKT Gunung Rapat adalah satu contoh yang baik untuk membuktikan bagaimana Barisan Nasional  menipu masyarakat India ‘dulu, sekarang dan selama-lamanya’. MIC pula adalah satu parti yang tidak boleh diharapkan kerana ‘harapkan pagar, pagar makan padi’
YB V.Sivakumar ialah Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan