Pengikut

Rabu, 15 Februari 2012

[ Gambar ] Dua buaya gergasi ditangkap di Filipina

Dua buaya gergasi ditangkap di Filipina
BANDAR PALAWAN, Filipina - Beberapa pekerja memindahkan dua ekor buaya gergasi di bandar ini kelmarin yang ditangkap pada Selasa lalu di bandar Rio Tuba Bataraza ekoran terdapat laporan bahawa haiwan itu melakukan serangan ke atas manusia.
Menurut agensi berita Reuters, haiwan itu dipindahkan ke sebuah ladang buaya di sini.
Beberapa pegawai tempatan di ladang haiwan itu berkata, buaya jantan yang ditangkap itu sepanjang 4.87 meter dan akan diberi nama Valentino.
Buaya betina yang ditangkap itu pula sepanjang 3.35 meter.
Nama itu diberikan kerana haiwan tersebut ditangkap pada Hari Kekasih.
Pada September tahun lalu, penduduk kampung di wilayah Agusan del Sur, Filipina berjaya menangkap seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter yang dianggap terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup di dunia.
- Agensi
Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan