Pengikut

Isnin, 13 Februari 2012

Sudah 2817 kes AGE Zambry baru terhegeh-hegeh minta IMR siasat

Zambry sibuk dengan agenda politik untuk mempertahankan kuasa UMNO di Perak
Akibatnya rakyat Perak semua terpinggir dan tertinggal dari perhatian.
Lawatan dan perhatiannya setelah 2817 kes AGE.

Kerajaan negeri Perak dibawah Menteri Mahkamah Zambry baru terhegeh-hegeh mengarahkan agensi-agensi berkaitan supaya melakukan kaji selidik bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya penyebaran virus Acute Gastroenteritis (AGE) di sekitar daerah Hilir Perak dan Batang Padang.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan penyelidikan bagi mengetahui punca serta aliran air yang dicemari ini.Maklumat siasatan awal bermungkinan virus bermula dari sungai-sungai kecil yang masuk ke saluran kolam takungan LAP.

Sementara itu,  Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon memaklumkan bahawa  jumlah keseluruhan kes AGE yang ditemui di daerah Hilir Perak dan Batang Padang adalah sebanyak 2817 kes.
“Daripada jumlah keseluruhan 80 kes baru ditemui daripada 1810 kes kumulatif di sekitar daerah Hilir Perak dan bagi kawasan Batang Padang, sebanyak 51 kes baru ditemui daripada 1007 kes kumulatif.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mendidih air minuman dan makanan hendaklah dimasak bagi mengelak berlakunya penyebaran virus terbabit.
Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.


Zambry sibuk raikan lawatan Najib ke Perak...
Zambry sibuk raikan lawatan Mahyuddin ke Perak...
Zambry sibuk raikan lawatan Shafie Afdal ke Perak..
Zambry sibuk dengan politik untuk pertahankan kuasa di PERAK...
Sudah 2817 kes AGE di Perak...Zambry baru terhegeh-hegeh buat sibuk..??
PERHATIAN: IMR tiada kena mengena dengan Dr Hasan Ali Jati...hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan