Pengikut

Ahad, 12 Februari 2012

Bagan Serai: KERABAT - Bekas Tentera Jangan Sokong UMNO BN

Pelancaran Sekretariat KERABAT  Peringkat Parlimen Parit Buntar

12 Feb 2012 Ahad -- Dataran Purnama Kg Kedah Parit Buntar Perak malam tadi disini telah berlangsung majlis pelancaran sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas-Bekas Angkatan Tentera Malaysia  (KERABAT) Peringkat Parlimen Parit Buntar Perak. Majlis ini telah berlangsung dalam cuaca yang pada awal hingga hampir penghujungnya dengan dikeadaan hujan yang agak lebat.

Namun pada majlis anjuran PAS Parit Buntar malam ini mendapat  sambutan kehadiran dari para penyokong Pakatan Rakyat  amat hebat dan wajar diberi pujian kepada semua penyokong khususnya penduduk sekitar di parlimen Parit Buntar ini,penyokong PR yang datang tidak berganjak dari lokasi walaupun hujan turun dengan agak lebat,mereka sanggup berpayung didalam hujan dan sebagainya menunggu untuk melihat pelancaran ini dan menanti dengan setia   untuk mendengar ceramah dari ahli-ahli panel pemceramah yang  dijemput.  Penceramah yang menghangatkan kesejukan hujan ini terdiri daripada Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Abd Hamid,  Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar (Presiden KERABAT) ,Sdr Richard Wong (DHPP), Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain ,YB  Dr Mujahid Yusuf Rawa dan tidak ketinggalan Naib Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Bin Sabu.

Intipati ceramah dari pihak KERABAT menyentuh mengenai nasib anggota tentera Malaysia yang jelas tidak terbela dibawah kerajaan UMNO BN sejak sekian lama , terlalu ramai dikalangan bekas anggota ATM yang  hidup diparas kehidupan kemiskinan dan sederhana dikesan bertaburan di seluruh negara,kebanyakan mereka terpaksa menanggung berbagai  hutang setelah bersara atau menamatkan perkhidmatan,sedangkan didalam akta Angkatan Tentera Malaysia 1973 ada mengaris dan memperuntukan bahawa setiap anggota ATM yang sedang berkhidmat atau telah bersara layak di anugerahkan beberapa ekar  tanah sebagai ganjaran untuk mereka yang berkhidmat dan menyumbang  tenaga demi tanah air yang bermula seawal umur 19 tahun menyertai ATM. Namun semua ini hanyalah sekadar impian kosong buat semua anggota tentera dan menjadi mimpi ngeri apabila bertukar kedunia awan yang lebih mencabar untuk meneruskan kehidupan. Persatuan Bekas Perajurit Malaysia  (PBPM) juga dilihat gagal dalam membela nasib golongan bekas ATM kerana ianya sebuah NGO yang berkepentingan politik tertentu yang diterajui kepimpinan atasan UMNO BN saja.

Tuan Haji Mohamad Imran pula menyeru semua bekas ATM supaya menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang,kerana sejak dahulu hingga kini kerajaan UMNO BN gagal sepenuhnya membela nasib bekas ATM. ”Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan yang tepat untuk semua bekas ATM sertai setelah tamat berkhidmat,demi menuntut kebenaran dan pembelaan,UMNO BN bukan kata nak bagi tanah…sebuah rumah percuma buat bekas ATM pun tidak dapat diberi hingga sekarang”.- Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Abd Hamid.
Ceramah dari kepimpinan PAS pula berkisar mengenai isu-isu politik semasa tanah air dan dasar-dasar perjuangan PAS serta  mengenai halatuju Pakatan Rakyat dalam membela rakyat seluruh negara.


Gambar: Sekitar Majlis Pelancaran KERABAT Parit Buntar Perak

 Tuan Hj Mohamad Bin Sabu tiba dalam hujan dengan berpayung

 Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Abd Hamid.

 Sdr Richard Wong (DHPP)

Majlis Pelancaran 

Abg Mat dan Yb Dr Mujahid bergaya dengan beret hijau KERABAT 

Yb Dr Mujahid

 Tuan Hj Mohamad Bin Sabu

Sanggup berpayung demi memberi sokongan kepada PR





1 ulasan: