Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

Rahsia Rosmah, Shahrizat Tahu,Rahsia Shahrizat,Najib Tahu...Rahsia Mereka Rakyat Tahu...



Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?





















Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah 
mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia 
berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri 
wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. 
Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan 
kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, 
timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua 
nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, 
mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu 
lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada 
Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan 
dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan 
menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN 
dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar
 atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-
kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC 
entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah 
lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya 
suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut 
marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya 
menguji pengetahuannya.

"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab 
Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan 
bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap 
begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak 
jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal 
yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story
 bahawa kisah laki Sharizat pelihara 
lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah 
sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan 
orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya 
dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya 
dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu 
dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno)
sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini 
berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. 
Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan 
mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhar 
penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka 
apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. 
Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga 
dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu 
gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja 
ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat 
sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, 
makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa 
menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan 
pandang memandang mereka yang menonton sesama 
sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan 
gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan 
di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua 
cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani 
berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat 
telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat 
menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut 
dengan Sharizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak 
jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu 
gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa?
Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak
 jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau 
secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja 
yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak 
mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan 
tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat 
itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet 
termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat 
dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran 
demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. 
Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu 
untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan 
semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani 
untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan 
ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan 
apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya 
Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat 
mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. 
Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat 
maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? 
Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak 
boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri 
juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan 
dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya 
di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan 
nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak 
tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak 
balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai 
Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang 
pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar 
hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin 
tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat 
sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu 
selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib
 takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya 
sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat 
akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu 
mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri 
sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari 
dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada 
Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas 
dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang 
busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan 
bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek 
NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen 
pun akan dibubarkan. 
Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga?- MSO




Nyonya Mansoor pun menyampah sama Rosmah...

Shahrizat dan Nyonya Manssor sehaluan rupanya...hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan