Di Malaysia, politikus sediakan idea lucu untuk kartunis
"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya."
Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar (gambar kiri, sebelah kiri), kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya.
Malah ketika memberi ucapannya, Zunar berkata, "Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun."
"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini, " katanya. Beliau juga menambah, "Penahahan saya di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah. Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah."
Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini berada London untuk pameran solonya di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London, dengan tema, "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun). Pelancaran pameran Zunar diadakan pada 6.45 petang, 15 Februari 2012 (waktu London).
Pameran solo Zunar yang pertama ini dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain. Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa. Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Antara penal jemputan yang diundang dalam majlis pelancaran pameran termasuklah Clare Rewcastle Brown, PengasasRadio Free Sarawak, dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr.Agnes Callamard. Lebih kurang 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara turut hadir untuk memeriahkan majlis.
Ketika berucap, Clare berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."
Malah, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia, yang menggunakan nama samaran Amir, berkata, "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat."
Robin, seorang jurutera komputer dari Belgium berkata, "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)."
Seorang pengurus IT di London, Andrew Tynan pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."
Adil Johan, pelajar di King’s College, London berkata, "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."
*Semua maklumat dan gambar di atas dibekalkan dari pejabat Zunar di London, dan dikemaskini oleh - MerdekaReview.

Orang ni > Syabas dan tahniah buat Zunar yang berkarya dan berjuang demi perubahan Tanah Air...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan