Pengikut

Selasa, 14 Februari 2012

Belum Ada Aduan Dibuat Abu Kassim Dah Jawap: BR1M Bukan Rasuah- SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.
"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini.
Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan. "Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.
Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu.- Bernama
Abu Kassim memberi jawap sebelum dibuat aduan rasmi di pejabat SPRM,malah tiada  siasatan dijalankan, kemudian dengan mudah sudah memberi jawapan kepada rakyat menampakan sesangat SPRM ini macam sebuah parti politik...
Abu Kassim ada meninjaukah cara pemberian agihan BR1M RM 500 ini dijalankan diseluruh negara??? Jangan main jawap saja Abu Kassim...kamu bukan watak Kassim Selamat atau Kassim Baba...hahaha...
Gambar ini berunsur apa wahai Abu Kassim 
Klik Sini untuk lebih banyak imej-imej berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan