Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Depan Manis, Belakang Najib Hentam Tokoh Maal Hijrah Malaysia - PM dakwa Ikhwan pengganas


Najib mahu gerakan Islam itu disisihkan dari agenda perubahan di Mesir.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Najib Tun Razak masih berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

“Ini terbukti dari petikan ucapannya di Turki seperti dilaporkan oleh National Review,” kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dalam ucapannya, Najib menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di negara yang sedang bergolak itu kerana beliau mendakwa pertubuhan Islam itu masih terlibat dengan keganasan.

“Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.

Anwar berkata, saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili

pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.

“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat (Apco Worldwide) demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?,” soalnya.

Ujar beliau, “kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

“Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?,” soal beliau lagi.

“Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib terhadap Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” tegas beliau.- FMT

Sebelum ini Sheikh Yusuf al Qaradawi adalah tokoh Maal Hijrah ke-8.Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M

UMNO BN SETAKUT HOSNI MUBARAK DAN SERISAU GADDAFI..



UMNO BN ANJURKAN SEBUAH KRUSUS UNTUK MENANGI PRK MERLIMAU...

Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka Orang ni mencadangkan agar Politeknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!




Jumaat, 25 Februari 2011

Lagi Janji RON tidak naik...


KUALA LUMPUR: Sambil memantau perkembangan di Timur Tengah dengan rapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini dan sebarang langkah seterusnya berteraskan keutamaan dan perkiraan berkaitan bebanan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buat masa ini tiada langkah menaikkan harga petrol RON95 (kini RM1.90 seliter) kerana harganya ditentukan kerajaan berdasarkan subsidi manakala RON97 terapung mengikut harga pasaran.

“Kita memperuntukkan subsidi berjumlah RM10.3 bilion iaitu bajet untuk tahun ini, tetapi kalau tiada perubahan, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara.

Najib berkata, ketika pergolakan berlaku di Mesir, sokongan kepada Barisan Nasional semakin meningkat di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan diharap ia terus meningkat di PRK DUN Merlimau serta Kerdau pada 6 Mac ini.

INI-LAH NADA-NADA MERDU YANG SELALU DIDENDANGKAN OLEH PEMIMPIN UMNO BN SEBELUM ATAU SEMASA BERLANSUNG-NYA PRK....SEJARAH TERDEKAT MENGENAI DENDANGAN MERDU MERDU INI IALAH APA YANG BERLAKU DI TENANG....SEBAIK SAJA SPR UMUMKAN KEPUTUSAN..MEDIA MASSA ARUS PERDANA PUN MENGELUARKAN KENYATAAN RON...(Korang sendiri tau..Orang ni malas nak cakap...)


Kes Kesian... Puteri UMNO tersadung di Jasin....

Rose Anida Shamsuddin, 28, yang juga Ketua Puteri Umno Cawangan Bukit Mentangau, Tangga Batu mengalami hentakan kuat di bahagian tengkuk selepas kakinya dikatakan tersadung pada akar rumput sebelum terjatuh.
Keadaan berkenaan menyebabkan kira-kira 500 tetamu yang menghadiri majlisberkenaan tergamam seketika, malah Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terpaksa menghentikan ucapannya apabila melihat sebuah ambulans tiba di perkarangan bilik gerakan terbabit.
(Gambar: Puteri Umno dan lembu sedang kejar mengejar dalam acara 4x3suku meter)

***Komentor- Semua yang berlaku ada hikmah disebalik kejadiaan.

Saturday, February 26, 2011

Live dari Merlimau, Bob Lokman sertai penamaan calon (Gambar)



Buat pengetahuan pembaca semua, RentaP© kini berada di Merlimau Melaka bersama-sama meraikan penamaan calon Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau (PRK DUN Merlimau). Di sini RentaP© ingin kongsikan gambar Bob Lokman yang turut serta bersama-sama dengan para penyokong PAS di sini. Bob Lokman turut menyeru semua penyokong PAS untuk melaungkan takbir. Steadylah Abang Bob Allahuakbar!


RentaP© "Dengar cerita Bob Lokman nak ajak Amy Search sertai PAS..."