Menggerunkan |
Pengikut
Sabtu, 8 Februari 2014
Gambar keadaan patung lilin yang terbakar di-The Red Carpet Wax Museum di i-CT mengerunkan
Jumaat, 7 Februari 2014
TERKINI: Tok Imam masjid di pecat kerana berkhutbah jumaat isu harga barang dan hudud
Imam yangg bercakap benar pun dipecat...
Benarlah apa yang Rasulullah SAW pernah bersabda :
سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامة
"Akan datang kepada manusia suatu zaman tahun² yang tandus. Orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yag benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akann disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "ruwaibidhah" sahabat bertanya apalah "ruwaibidhah" itu? Maka Rasulullah menjawab:Org yang kerdil lagi hina yang tak pandai mengurus hal org ramai
Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.
Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Setelah membuat penelitian, Dewan Pemuda PAS Perak :
1- Menyokong pendirian imam tersebut yang berani melontar pandangan berkaitan isu-isu semasa walaupun ianya menyentuh Kerajaan Persekutuan. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang bermaksud “berkata benarlah walaupun ianya pahit”.
2- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang memecat imam tersebut tanpa dipanggil membela diri. Tindakan ini amat-amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan soal keadilan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bahawa isi khutbah yang diucapkan oleh imam tersebut tidak menyalahi agama bahkan menegaskan bahawa isu hudud adalah isu aqidah umat Islam yang perlu diperjelaskan dengan sejelasnya.
3- Tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilihat lebih kepada sentiment politik kepartian sedangkan tindakan imam tersebut melalui ucapan isi khutbahnya lebih kepada tuntutan agama iaitu mengajak masyarakat kembali kepada islam.
4- Pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlulah menyedari tugas mengimarahkan institusi masjid adalah focus utama mereka dengan menjadikan masjid sebagai duta penyelamat ummah.
Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Perak membantah pemecatan imam tersebut dan mendesak supaya pemecatan terhadap imam tersebut hendaklah ditarik semula demi memelihara Institusi agama yang mulia ini.
AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Bertarikh : 07 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan 07 Februari 2014
SURAT PEMECATAN |
ABDUL MANAF BIN ISMAL MEMENGGANG SURAT PEMECATAN SEBAGAI IMAM SOLAT JUMAAT |
Inilah REWARD RM500 yang wajar kita semua sokong
Khamis, 6 Februari 2014
RASULULLAH TAK PERNAH TAWAR WANG UNTUK TAMPAR NON MUSLIM
Antara akhlak Nabi dgn non muslim:
1)Nabi pernah ziarah anak Yahudi yang sakit.
Dari Anas radhiyallahuanhu :
أَنَّ غُلَامًا لِيَهُودَ كَانَ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَالَ: أَسْلِمْ فَأَسْلَمَ
“Seorang anak muda Yahudi yang menjadi pembantu Nabi jatuh sakit, lalu Nabi menziarahinya, kemudian baginda bersabda : Masuk lah Islam!” anak muda itupun masuk Islam.(HR al-Bukhari)
2)Mendoakan non muslim agar mendapatkan petunjuk
Dari Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahuanhu, ia berkata :
كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ فَيَقُولُ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Orang-orang Yahudi bersin di sisi Nabi dengan keinginan agar Nabi mendoakan kebaikan bagi mereka : yarhamukallah (Semoga rahmat Allah tercurah atasmu), maka Nabi mendoakan : yahdikumullah wayuslihu baalakum (semoga Allah memberi petunjuk dan memperbaiki keadaan kalian). (HR Abu Daud )
3)Berbuat baik dgn jiran.
Perintah untuk memperhatikan keadaan jiran dan berbuat baik kepada mereka adalah perintah secara umum, samaada muslim, yahudi atau nasrani.
Dari Ibnu Umar radhiyallahuanhuma, ia berkata : Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda :
ماَزَالَ جِبْرِيْلُ يُوْصِيْنِي بِالْجَارِ حَتىَّ ظَنَنْتُ أَنَّه سَيُوَرِّثُهُ
“Jibril senantasa memberi wasiat padaku agar memperhatikan keadaan jiran, sehingga aku menyangka dia akan menjadikan jiran sebagai ahli waris.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Sahabat Nabi lainnya, yaitu Abdullah bim Amru bin Ash radhiyallahuanhuma memahami perintah untuk berbuat baik pada jiran ini adalah perintah kepada jiran muslim maupun non muslim.
Dari Mujahid, dia berkata :
كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرُو، وَغُلَامُهُ يَسْلُخُ شَاةً، فَقَالَ : ياَ غُلاَمُ ! إِذَا فَرَغْتَ فَابْدَأْ بِجَارِنَا اليَهُوْدِي، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : اليَهُوْدِيُّ ؟ أَصْلَحَكَ اللهُ ! قَالَ : إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوْصِي بِالْجَارِ حَتَّى خَشَيْنَا ـ أَوْ رُؤِيْنَا ـ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Aku pernah berada di dekat Abdullah bin Amru – dan saat itu budaknya sedang melapah kambing – lalu dia berkata : “Wahai anak, jika engkau selesai melapah berikan kepada jiran Yahudi kita!” lalu ada seorang berkata : “Engkau mau memberi kepada seorang Yahudi? Semoga Allah memperbaiki keadaanmu!” Abdullah menjawab : Aku mendengar Nabi shallallahu alaihi wasallam memberi wasiat agar berbuat baik kepada jiran sehingga kami bimbang baginda menjadikan jiran sebagai ahli waris.(al-Adab al-Mufrad)
4)Mendoakan dan tidak melaknat non muslim.
Jika kita mengamati akhlak Nabi, baginda tidak pernah melaknat non muslim yang tidak memerangi Islam dan muslimin, adapun terhadap non muslim yang memerangi Islam dan muslimin baginda pernah mendoakan laknat atas mereka.
Dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, dia berkata : Ditanyakan kepada Nabi : Wahai Rasulullah! Doakanlah kebinasaan atas orang-orang musyrik. Baginda menjawab :
إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا، وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
“Aku tidak diutus untuk melaknat, sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat.”
Bahkan terkadang Nabi membalas orang yang menzaliminya tanpa mengucapkan ucapan keji maupun laknat.
Dari Aisyah radhiyallahuanha, ia bercerita : Sekelompok orang Yahudi menemui Nabi lalu mereka berkata : “Assamu alaika (racun bagimu wahai Muhammad)!” Aisyah berkata : Aku mengerti ucapan jelek itu, lalu aku balas : “Wa alaikumussam wallaknah (Racun dan laknat untuk kalian)”. Kemudian Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda :
مَهْلًا يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ
“Tenang wahai Aisyah, sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam seluruh perkara.”
Aku katakan : Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan? Rasulullah shallallahualaihiwasallam menjawab :
قَدْ قُلْتُ : وَعَلَيْكُمْ
“Bukankah aku telah menjawabnya : wa alaikum (dan bagi kalian)” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitu indahnya akhlak Nabi dgn non muslim pd ketika itu sehingga berbondong² mereka masuk Islam. Nabi tak pernah pun usung kepala lembu, Nabi tak pernah pun sembelih ayam dan melumurkan darah atas gambar non muslim, Nabi tak pernah pun tawar RM 500 untuk tampar non muslim,Nabi tak pernah pun tayang "tut“ spt kera selalu tayang dan tonggeng "tut“, Nabi tak pernah pun hadiah najis pd mereka.
لو كان بيننا الحبيب.....
Akmal hj Kamarudin
Selama, Perak.
Acara bakar duit sempena Najib datang Taiping
Malas aku nak cerita pasal agenda atau jadual Najib kangkung mai Taiping ni...apa yang diketahui pada malam 8 Feb nanti khabarnya acara membakar duit akan berlaku...berkotak-kotak mercun telah sampai untuk dibakar pada malam tersebut sempena lawatan Najib.
Rakyat dok terhimpit dengan kenaikan harga barang...nampak puak pengampu Najib Kankung berpesta bakar duit...hahaha... Dah tentu MB Zambry Kadir akan datang sama dan kalau boleh ajak Tok Mufti UMNO Perak sekali untuk raikan pesta bakar mercun ataupun pesta bakar duit....hahaha...
Aku tak bantah apa depa nak buat...takut juga difatwakan bughah...hahaha....
Rabu, 5 Februari 2014
Sekolah Keb Kg Simunul Sabah Bakal Runtuh..!!!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152019400054132&set=o.151220038307582&type=3&theater |
SK Kg Simunul dalam Parlimen Semporna..Inilah dia wajah ahli Parlimen-nya... Mungkin ramai tak kenal dengan mamat ni...hahaha... |
RAMPASAN KUASA PERAK MENGUNDANG KEMEROSOTAN EKONOMI NEGARA
Hari ini dalam sejarah.
5 februari 2009 masih segar dalam ingatan.
RAMPASAN KUASA PERAK MENGUNDANG KEMEROSOTAN EKONOMI NEGARA.
Sepanjang tempoh umur Pakatan Rakyat Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negari Perak.
Kerjasama erat yang diperlihatkan dalam Pakatan Rakyat Perak amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN
Suasana ini tidak menyenangkan Umno/BN, menyebabkan mereka tegar untuk melakukan pelbagai tindakan tanpa susila. Umno/BN yang begitu tertekan telah merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat melalui pilihanraya yang sah . Sekaligus, Umno/BN telah mencabul suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan berlakunya campur tangan kuasa eksekutif dalam badan kehakiman.
Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang baru bertunas dan sedang berbakti kepada rakyat telah diracun dengan peras ugut dan rasuah politik.
Lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan ’standing order’ Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat Dewan Undangan Negeri Perak bersidang telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa . Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia yang rukun dan berdaulat.
Umno/ BN harus sedar kestabilan politik adalah pemangkin kepada perkembangan ekonomi. Pelbagai persoalan yang mungkin akan mewarnai ekonomi negeri Perak akibat dari kezaliman, keegoan, kerakusan, pencabulan undang- undang, rasuah, penipuan media, penafian hak dan banyak lagi. Siapa yang berani berlabuh dan berdagang, bila Melaka sudah ditawan benggali putih, siapa yang ingin bernaung kalau pemerintahan sudah tidak berdaulat. Akhirnya Melaka yang merupakan pelabuhan antarabangsa tapi kini hanya bahan sejarah untuk dimuatkan di dalam arkib.
Diriwayatkan seorang pemerintah Parsi, Anu Syarwan bin Qubaz keluar berburu bersama dengan tenteranya,oleh kerana beliau memecut kuda terlalu laju sehingga menyebabkan terpisah dari tenteranya.beliau menunggang seorang diri dalam keadaan sangat dahagakan air,lalu beliau sampai di satu kebun buah delima dan dalam kebun itu beliau berjumpa dengan seorang budak, lalu beliau berkata kepada budak itu;berikan kepadaku sebiji buah delima, maka budak itu memberikan sebiji buah delima kepada Anu Syarwan,lantas beliau membelah dan megeluarkan bijinya dan memerahnya,maka keluar air dengan banyak lalu beliau meminumnya, dan mendapati rasanya sangat sedap dan lazat.
Oleh kerana buah delima ini menakjubkan maka beliau berazam untuk merampas kebun delima itu dari pemliknya, lalu beliau berkata kepada budak tadi;berikan kepadaku sebiji buah delima lagi,lalu budak itupun memberi sebiji lagi buah delima kepadanya, dan apabila beliau perah buah itu, air yang keluar terlalu sedikit dan apabila beliau minum rasanya sangat kelat, lalu beliau bertanyakan budak itu,kenapa buah delima ini sangat kelat sedangkan ia dipetik dari pokok yang sama?maka berkata budak itu barangkali pemerintah negeri ini berazam melakukan kezaliman.
Apabila mendengar ucapan budak itu maka Anu Syarwan pun bertaubat di dalam hati daripada melakukan kezaliman.lalu beliau meminta sebiji lagi buah delima, budak itupun memberi kepadanya buah delima dari pokok yang sama,apabila beliau perah, beliau dapati air yang keluar dari buah itu sangat banyak lebih banyak dari buah delima yang pertama tadi dan rasanya lebih sedap dari buah delima yang pertama tadi,beliau kehairanan lantas bertanya kepada budak itu, kenapa buah yang ketiga ini airnya sangat banyak dan rasanya sangat sedap?maka budak itupun menjawab;Barangkali pemerintah negeri ini sudah bertaubat dari kezalimannya.
Apabila Anu Syarwan mendengar ucapan budak itu dan ucapannya betul betul sama dengan apa yang ada di dalam hatinya maka beliau lantas bertaubat dari segala kezaliman yang telah beliau lakukan dan berazam tidak mahu melakukan kezaliman lagi. Apabila beliau mati maka beliau dikenali dengan pemerintah yang adil sehingga ada yang berbangga dengan mengatakan : Saya dilahirkan pada zaman pemerintahan adil (Anu Syarwan bin Qubaz).
Kisah ini menunjukkan tekad Anu Syarwan untuk merampas kebun delima yang sangat lazat yang belum pernah beliau lihat dan rasa, lantas dengan serta merta buah delima mejadi kelat.
Apakah kaitannya cerita Pelabuhan Melaka, Anu Syarwan dan Negeri Perak. Barangkali Umno/ BN ingin menambah koleksi sejarah rampasan kuasa.Bayangkan bagaimana rampasan kuasa rakyat yang sudah berlaku sesudah perkembangan ekonomi negeri Perak pada tahap yang baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sudah pasti kekelatan ekonomi akan berlaku lebih teruk dari kelatnya buah delima.
Akhirnya Anu Syarwan bertaubat dari merampas kebun menyebabkan air perahan buah delima menjadi lebih banyak dan lebih lazat.BN juga mesti bertaubat dengan menghormati pilihan rakyat dengan mengembalikan hak rakyat yang bertungkus lumus,bermandi peluh,menghabiskan wang simpanan dan sebagainya demi untuk memenangkan PR pada PRU 2008, akhirnya BN dengan senang lenang merampas kerajaan PR yang diamanahkan rakyat, maka rakyat mula menitiskan air mata mengenangkan perubahan yang mereka lakukan bertemankan pengorbanan yang sangat tinggi nilainya dinafikan begitu sahaja oleh BN
Walau bagaimanapun, betapa kuat sekalipun cabaran dan ugutan, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri Perak, tetap tidak berganjak. Kerjasama erat yang terjalin tetap utuh telah membimbangkan pihak lawan dan disegani oleh kawan.
Pemuda PAS Perak bersama rakan² pemuda dalam PR bertekad membawa suara majoriti orang muda Perak yang semakin hari semakin bosan dengan permainan politik kotor BN. Perbuatan mereka yang suka mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR sebagai pemegang amanah kerajaan Perak telak menconteng arang di muka mereka sendiri. Laungan "kami lebih banyak YB dalam DUN" “mahkamah pilih BN” lebih mengecewakan rakyat, terutama orang muda kerana ia mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR dalam PRU 2008.
Peristiwa hitam 5 februari 2009 tetap segar dalam ingatan kami.
Akmal Hj Kamarudin
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Perak.