Pengikut

Sabtu, 19 April 2014

Inilah wajah MB UMNO yang akan dipencenkan oleh Najib

Keratan sumber MalaysiaKini
2 MB bakal diganti: Inilah wajah-wajah MB UMNO yang tidur tak lena....hahaha...
Agak-agak korang wajah manakah akan dipilih Najib untuk diganti..???

Jangkaan Orangni:
C dan D
atau
C dan F
atau
F dan D
** Macam Chord Gitar pula...hahaha....

Kisah 2 Macai Bodoh: AC Mizal menyampah Mazidur Akmal Sidik ajak mandi

Ini kisah Artis Macai Najis UMNO dah menyampah tinggal di Selangor sebab masaalah air

Ini pula kisah Penchacai Angkat Najis Umno ajak mandi kat rumah MB Selangor sebab benggang masaalah air di Selangor.
.....................

Gambar empangan hulu selangor yang baru dirakamkan..
agak kering,,
sesungguhnya manusia hanya mampu merancang..
Allah juga yang menentukan segalanya...
Sumber: FB
.............................
Sorang artis UMNO dan sorang lagi konon-nya pengamal media yang tersohor dari UMNO...kedua-duanya jadi bodoh kerana otak jadi kering kerana dugaan dari Allah...Masaalah air di Selangor mereka ni jadi macam akal tiada..

Betul-lah pepatah kini mengatakan "Hanya yang tak cerdik saja ada dalam UMNO"

GEMPAR..!!!! Najib Ber-Selfie: Bukti Najib kehilangan keyakinan diri

Najib dah hilang keyakinan diri....hahaha...
Selfie adalah satu penyakit suka mengambil gambar diri sendiri dengan kamera telefon kemudian upload ke laman sosial. Memang tujuan dia nak menarik perhatian orang ramai, supaya nanti ada yang like atau komen.

Betul ke orang yang gemar ber'selfie' ni sakit mental..?? Najib ni sakit mental juga le gamaknye...hahaha...

Dikatakan golongan yang suka selfie ini pertamanya adalah untuk menarik perhatian ramai, attetion seekers. Bukan sahaja kalangan orang biasa yang suka buat selfie ni, golongan artis pun ramai yang gila selfie. Sebab memang mereka saja-saja nak suruh orang lihat muka mereka yang konon-konon cute gitu. Cute la snagat kan..(jahat mulut)

Lagi satu golongan yang gina ber'selfie' ni adalah mereka yang suka nak menunjuk-nunjuk. Bukan dia nak tayang muka dia je, tapi nak tunjukkan mereka ada beli gelang baru, rantai baru, duk dalam kereta baru dan macam-macamlah, dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk barang mereka yang baru dibeli, atau barang-barang yang mahal milik mereka.

Ini adalah petikan berita mengatakan salfie penyakit yang menyebabkan hilang keyakinan pada dir, korang baca tajuk  pasal budaya selfie di laman sosial yang menjadi fenomena kini.
"Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun."
Kepada mereka yang diluar sana yang suka sangat ber'selfie' ni, kurang-kuranglah tabiat anda itu...janganlah jadi macam Najib...hahaha... 

Kepada wanita, bab aurat tu kena jaga sangat-sangat, jangan suka-suka je duk tayang dekat orang. Orang lelaki pun sama juga, jangan duk buang tebiat nak wat selfie konon, geli anak mata aku nak tengok..hahaha...

Orangni tak sabar juga nak tengok Rosmah ber-selfie dengan 2 ekor beruang panda RM25juta...hahaha....

Jumaat, 18 April 2014

Video Bukti Tun Mahathir kata hudud itu tidak adil


"Sekarang ni kita bercakap tentang hukum itu,hukum ini...nak potong tangan...nak dera,nak rejam dengan batu...ini sebenarnya rejam dengan batu takda dalam quran walaupun ada dalam hadis...tapi dalam nak potong tangan pun kita kena fikir,negara kita ini mempunyai penduduk berigama islam dan bukan islam...kalau kita potong tangan orang islam...tapi bukan orang islam mencuri dia hanya dapat dua bulan jel..lama-lama orang islam tak ada tangan..jadi adil ataupun tidak.?? Kalau tak adil itu tak boleh kita laksanakan" -Tun Mahthir.

** Nota orangni: Rasanya Mahathir masih tak faham dengan hikmah (Kebaikan) hukum yang dikehendaki oleh Allah...

Video: Fakta penyebab kematian Karpal Singh

Khamis, 17 April 2014

TERKINI: Video Kecoh..!!! Ust Azli Musa dihalang mengajar oleh S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan

Klip video (2:43) dari FB Ust Azli Musa memaparkan kejadian kekecohan didalam Masjid Jamek Tanjung Rambutan.
Masjid Jamek Tanjung Rambutan
Dalam status Ust Azli Musa menulis seperti berikut : Tuanku Sultan Perak bg tauliah ana mengajar di seluruh jajaha takluknya malang sekali su masjid jamek tanjung rambutan ipoh halang ana mengajar. Apakah su masjid tanjung rambutan mencabar kuasa Tuanku Sultan Perak?
FB: Ustaz Azli Musa kecewa dengan cara S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan menghalang majlis ilmu


** Nota Orangni: Amat wajar Ust Azli Musa kecewa kerana mengapakah S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan tiada adap dan sopan dalam masjid..?? Bukankah masjid adalah tempat menyebarkan ilmu,mengapa disekat dan dihalang..??

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacamnya di dalam syurga".Maka hendaklah kita memulakan langkah perubahan ini untuk memartabatkan masjid dengan memulakan perubahan dalam diri kita sendiri. Imam Harith al Muhasibiy meriwayatkan daripada sahabat katanya: ‘Akan tiba satu ketika, masjid- masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah'. 

Rabu, 16 April 2014

Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.


Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010. pic.twitter.com/TJE1pI58oR
Gambar dari blog RBPM: Kenangan IM Asyraf bersama mendiang Karpal Singh
Cuba baca artikal dari blog Cikgu Najmy atau Taipingmali...Inilah rupa penulis seorang guru sekolah kebangsaan Palma Kemunting Taiping yang menjadi macai belaan UMNO Munafikun..

Kalau IM Asyraf pun kenang jasa Karpal Singh.....
kenapa mereka menghina..??
......................

Karpal Singh maut kemalangan

Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 12.40 pagi Khamis.
Turut terkorban ialah pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornelius, 40-an.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata,  pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Katanya, seorang anak pemimpin pembangkang itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C.Selvam, 27, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Keadaan MPV yang dinaiki Karpal selepas terbabit dalam kemalangan awal pagi Khamis.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika dihubungi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata Karpal maut ditempat kejadian.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.
Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal.
"Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan... takziah kepada keluarga," tulis Anwar di Twitternya.

Gempar..!!! Penyokong PAS diugut akan dibuat laporan Polis sebab ambil BR1M

Kecoh kat media UMNO Munafiqkun konon-nya seorang penyokong PAS berusia 41 tahun itu telah ambil dua kali  baucar BR1M bernilai RM650. 

Maka munculah hero dalam kisah ini konon-nya sorang mamat berjawatan Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu bernama Rosli Abdul Ghani mengugut atau mengertak akan buat laporan polis kalau tak pulangkan balik duit BR1M tersebut...hebat macai ini...hahaha...

Tapi yang peliknya seorang penghulu juga dikatakan ambil dua kali baucar tersebut...tapi tak pula disebut penyokong mana-mana parti....hahaha...

Apapun aku respek juga kat penyokong PAS yang dikatakan ambil dua kali BR1M ni sebab akhirnya dia pulangkan balik duit yang diambilnya...tak macam pemimpin UMNO yang dok sebat duit rakyat.....ada berani ka mana-mana mamat macai UMNO gertak nak buat laporan polis..??? Hahaha.....
Keratan media UMNO Munafiqkun
...................
.
Wahai Macai UMNO...Ada berani gertak ke minta Kak Jat pulangkan duit rakyat..???

Selasa, 15 April 2014

Daging lembu tak cukup,mana Ketua Wanita UMNO menghilang..???

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bawamasuklembudarinegaraluar/Article
Hmmmm... Otak kiri aku imbau kegagalan gomen dalam mengurus tadbir isu bekalan daging negara bilamana Kak Jatt masih belum bayar balik RM250 juta....

Gambar: Imbauan isu Lembu dan Pemimpin UMNO...

Ahad, 13 April 2014

MasyaAllah: Video Ya Hanana melayu versi disko kini tersebar

Gambar sekadar hiasan...tapi dalam klip video dibawah pun lebih kurang macam gambar ini juga...
Masya Allah... boleh ke berselawat dan berzikir dengan menepuk-nepuk tangan,didalam gelap dengan hanya lampu ala-disco,dengan bercampur antara lelaki dan perempuan, turut kedengaran gelak ketawa kaum wanita..??? Apa nak jadi..???



"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan dalam memuji (Isa) putra Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, 'Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan RasulNya)'." (HR. al-Bukhari).

Berhati-hati : Alas kaki ada kalimah ALLAH

PERHATIAN SEMUA! Sharing dari kawan (dari whatsapp forward):
Alas kaki yang dibeli, EMPAT BULAN MEMAKAI BARU TAHU ADA KALIMAH "ALLAH" DIBAWAHNYA .....HATI HATI!

Sumber: https://www.facebook.com/brunei.oldbanknotes?fref=photo