Pengikut

Sabtu, 13 April 2013

Tok Ja Amuk Kerana Nama Tak Tersenarai Bakal Calon

Seorang penyandang kerusi sebuah DUN dah 2 pengal di Perak,kemenangan beliau pun  yang dahulunya menang dengan mejoriti amat tipis,sebelum ini pernah sandang sebuah kerusi Parlimen hampir 5 pengal. Dikhabarkan YB yang mesra dengan panggil Tok Ja telah mengamuk dengan menghantar sms kepada semua bakal calon yang disenaraikan dengan mempersoalkan kenapa beliau tidak disenarai calonkan.

Tok Ja mempertikaikan YB Rosli Terong yang dikatakan tersenarai dalan senarai bakal calon PRU13 sedang YB Rosli lebih tua bangka daripadanya.

Khabarnya YB Rosli akan dicampakan ke DUN Changkat Jering sebagai calon monopous tamat tempoh.

"Tarik Diri" Peribahasa Untuk Jadi Bakal Calon Bebas

"Walaupun saya 'jeneral tentera' tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, saya tarik diri sebab masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU-13," - Tokey Lembu

“Keputusan tarik diri ini dibuat dengan rela hati supaya saya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada tanggungjawab dalam hal ehwal Islam dan dakwah" - YB Ustaz UMNO.

"Langkah tarik diri itu untuk memberi nafas baru kepada parti," - Soi Lek

"Keputusan tarik diri  ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat," - Alba

"Saya sudah buat keputusan tarik diri untuk tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional" - Tun

Diatas adalah sebahagian kata-kata dari beberapa pemimpin UMNO Munafikun and the gang yang ambil tindakan konon-nya "Tarik Diri" dari bertanding dalam PRU13.

Sebenarnya perkataan "Tarik Diri" mempunyai maksud tersendiri didalam UMNO BN, kedengaran desas desus politik mengatakan sebahagian besar mereka yang tarik diri dari bertanding kerana 2 sebab:
  • Pertama sebab dah tahu nama memang tidak tersenarai dalam pencalonan maka diambil tindakan "Tarik Diri" sebab tak mahu malu.
  • Kedua sebab tidak puas hati dengan pimpinan Najib.
Kedua-dua ini bakal menyebabkan sebahagian besar daripada mereka akan mengisi juga borang bertanding, tapi sebagai calon BEBAS.

Bagaimanapun ada juga yang tidak isytihar "Tarik Diri" walaupun dah tahu nama tidak tersenarai dari bertanding, individu pemimpin UMNO sebegini dikesan 2 orang di Perak. Mereka juga bakal bertanding sebagai calon BEBAS ,sebagai tanda protes terhadap keputusan senarai bakal calon dari Najib. ( Jenis ni dipanggil Kepala Masam dalam UMNO...hehehe...)

Kalau fikir secara logiknya, mana ada istilah "Tarik Diri" didalam pimpinan UMNO BN dalam mencari nama,jawatan serta mengumpul harta kemewahaan dunia. Mana mungkin mereka sanggup tinggalkan semua keistimewaan yang dimiliki selama ini. Sebab itu dikatakan "Tarik Diri" adalah peribahasa yang ada maksud tersirat didalam UMNO BN.

Pening...pening...pening...kepala Najib sekarang ni beb.....hahaha...

Senarai calon untuk UMNO Munafikun and the gang belum diumumkan,tapi besar punya masaalah sudah timbul.

Apapun lantak pegi la kat UMNO Munafikun and the gang..... Kalau berlakulah sedemikan,Orangni bersyukur sebab kebinasaan besar bakal berlaku dalam UMNO BN pada PRU13 ini.



Jumaat, 12 April 2013

Drama Pecah Panggung Mula di-Sebar Oleh UMNO

Selama,Kubu Gajah dan Batu Kurau didalam Parlimen Larut kini didapati risalah-risalah yang memang dipercayai kerja tangan puak UMNO Munafikun diedarkan kepada para penduduk disini.

Sasaran edaran risalah fitnah bertajuk "Drama Pecah Panggung" ini dikesan diberi kepada golongan penduduk yang tinggal dikampung-kampung yang agak pendalaman.

Tektik puak UMNO Munafikun dilihat cuba memperbodohkan masyarakat kampung dengan risalah fitnah yang mengaitkan beberapa isu yang sudah lapuk.

Puak UMNO Munafikun diseluruh negeri Perak juga dilaporkan dibekalkan dengan 4 buah kontena yang sarat dengan bahan perang politik yang kotor,jijik dan busuk seperti risalah tersebut.

Dalam satu sumber mengatakan pihak PAS di Kawasan Larut akan membuat satu laporan Polis berkaitan pengedaran risalah haram yang berunsur fitnah. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi menyekat kerja-kerja kotor dari pihak yang mengunakan fitnah jijik dalam musim PRU13 ini.

Kerja tangan Syaitan Fitnah Lucah

Artis Aishah Gagal di Skodeng Puak Syaitan Lucah

Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin).

Maka, oleh kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.
Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini.

Beliau berkata tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor. Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat.

Air hujan telah masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung. Lantas, sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu.

Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.

Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.

Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain.

Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.

Cumanya belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.

Kejadian ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.

Usaha2 sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.

Usaha2 ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan.

Tidak hairanlah ada gambar PApagomo (seorang felon) bersama Ketua Polis Negara dan tidak hairanlah blogger2 UMNO ini kaya sumber bahan lucah mereka.

Bukanlah mereka itu hebat pun tapi mereka mendapat sumber dari kumpulan2 pengintip ini yang mengintip untuk tujuan yang sangat jahat.

Saya telah meminta sumber saya itu memujuk Aisyah untuk membuat PC berkenaan perkara ini supaya satu dunia tahu apa yang telah berlaku Dan supaya satu dunia sedar bahawa UMNO ini adalah parti lucah dan parti porno. 

UMNO sekarang bergantung harap kepada fitnah dan lucah untuk survival hidup mereka yang semakin habis itu. - TULANG BESI
......................

Edisi Misteri PRU13..!!! Bendera UMNO BN Tumbangkan Tiang Lampu Lagi

Tiang Lampu Rebah Lagi Kerana Tak Tahan Beban Dosa Bendera UMNO BN
12 April: Bagan Serai Perak -- Bendera UMNO BN Tumbangkan Tiang Lampu Lagi, kali ini tiang lampu jalanraya berhampiran jambatan sungai Kg Dew yang menjadi sempadan Parlimen Bukit Gantang dan Bagan Serai.

Sebelum ini pada 3 April sebatang tiang lampu berhampiran PUSPAKOM Taiping (Pekan Simpang) telah menyembah bumi sewaktu cuaca hujan dan dipercayai tiang tersebut tidak mampu menahan beban bendera menyerupai layar UMNO BN. * Kisahnya klik SINI

Dalam kejadian kali ini sebatang tiang lampu lagi didapati tumpang bersama-sama bendera UMNO BN. 

Bahagian hujung tiang lampu yang malang ini masih terdapat bendera UMNO BN yang di-ikat seperti dinaikan mengunakan sistem takal,bagaimana pun 2 lampu jalan yang terdapat dihujung tiang tersebut hancur berkecai.

Apa yang peliknya ialah keadaan tiang lampu ini masih elok dari pangkal hingga kehujung ,tiada tanda-tanda ada kenderaan yang melanggar  menyebabkan ianya tumbang.

Sungguh Misteriii........hehehe....

Timbul persoalan kenapa dan mengapa tiang lampu yang berguna untuk menerangi di malam hari bagi penguna jalan raya boleh tumbang...??  

Adakah kerana ada puak UMNO BN yang memanjat tiang lampu ini semasa nak pasang bendera..???
Lampu Jalan Pecah Angkara Bendera Parti Kuat Fitnah
Apapun Orangni amat yakin dan percaya sebab tumbangnya tiang lampu ini kerana dah tak tahan lagi dengan dosa UMNO BN....hahaha.....korang percaya tak..??
............................

Khamis, 11 April 2013

Dato Zahir Kemunting Derhaka Kepada UMNO BN Perak...?

Belum apa-apa lagi,belum lagi Presiden UMNO Najib Razak umumkan senarai nama bakal calon secara rasmi yang bertanding dalam PRU13. Senarai yang didedahkan hanya mereka yang ditendang dari bertanding...ada la...hahaha...
Kontena Bilik Gerakan N16 DUN Kemunting terpapar muka Zahir YB Banner
Namun di N16 Dun Kemunting lain pula cerita-nya, penyandang bagi kerusi tersebut iaitu Dato Zahir yang lebih dikenali orang Kemunting dengan gelaran YB Banner dengan "konfiden gila" dah naikan gambar muka-nya di depan pejabat UMNO Kemunting sejak sekian lama.

Perkara ini dikatakan mendatangkan rasa tak senang dikalangan beberapa orang UMNO disini,mereka yang tidak sebulu dengan YB Banner mengangapnya sebagai perbuatan derhaka kepada parti kerana mendahului arahan pihak atasan. 
Zahir dah bikin Wilayah-nya sendiri...calon lain jangan nak rapat...hahaha..
Sedangkan Zambry Kadir MB Haram Perak pun belum tahu untung nasib bakal dicalonkan atau tidak...hahaha...

Walaupun pada banner yang terlekat disebuah kontena tersebut tidak menyatakan YB Banner sebagai bakal calon N16,namun perbuatan tersebut seolah-olah telah berkempen untuk diri-nya sebagai bakal calon N16 amat ketara kerana mana ada lagi orang UMNO yang berani berbuat demikian.

Isu calon bagi kerusi N16 ini memang agak panas kerana dikatakan berlaku pergolakan dalaman dalam meletakan bakal calon bagi UMNO Perak.

Sumber pergolakan klik SINI
Kegilaan banner YB Banner..Lori pun ada bannernya...kalau tak tercalon jadi bakal calon PRU13....boleh naik ini lori hahaha...
.....................................

Video Lucah, UMNO Dah Lama Menang...


Fitnah seks - Seperti biasa, senjata video seks akan ditayangkan oleh blogger-blogger pro-BN terutama bila tiba saat-saat genting. Soal samada ia benar atau tidak, sudah tidak penting bagi mereka. Asalkan musuh mereka malu, itu sudah lebih dari cukup. Sudah tentu, habuan besar menanti bagi mereka yang memiliki "tuan". Bagi blogger tidak bertuan, bagi mereka inlah yang dinamakan perjuangan.

Maaf, aku tidak mahu terlibat dalam penyebaran aib (jia ia benar) atau fitnah (jika ia tidak benar). Biar blog aku ni murah, tiada ranking, tidak dijenguk atau tidak dikenali. Biar...itu tidak langsung memberi aku manfaat.

Secara jujur, aku kurang mengenali Setiausaha Agung PAS ini; baik dari segi peribadi mahupun dari sudut mengenali ketokohan beliau dari sumber dengar cakap mahupun media-media. Malah, aku tidak pasti nama diia "MustaFa" atau "MustaPHa".

Aku cuma ingat beliau adalah nama penting di dalam cadangan Kerajaan Perpaduan atau UG. Satu lagi nama yang terlibat ialah Ustaz Nasa.

Percayalah, mulai detik video yang dikatakan mirip Mustafa Ali itu berlegar di blog-blog dan mungkin media arus perdana, perkataan yang paling pantang disebut didepan Mustafa Ali adalah KERAJAAN PERPADUAN. -  HM(Harimau Menaip Blog).
.....................
Orangi teringat kata-kata Haji Asmuni Awi baru-baru ini - " Disaat gentingnya akan kejatuhan UMNO BN sekarang, kita perlu bersedia berfikir diluar kotak fikiran yang ada. Kerana sesuatu yang tidak terfikir akan berlaku,akan dilakukan UMNO BN "

Kemenangan dalam merosakan masadepan anakbangsa dengan fitnah lucah dari UMNO Munafikun telah sekian lama berada ditahap juara,cuma sekarang UMNO Munafikun sedaya upaya mempertahankan kejuaran dan kemenangan sebagai pengamal "Politik Lucah".

Janganlah kita (PR) teruja untuk berlawan dengan UMNO Munafikun dengan tektik fitnah lucah ini...Biarkan UMNO menang,sebab UMNO dah lama menang melucah....
...........................

Mantan MB yang akan sertai PAS sudah hampir dikenalpasti

SHAH ALAM –  Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas  III Selangor, Khalid Samad.

“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini. “Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997. Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.- SH

TERKINI INFO PRU13: 6 Lagi Calon BN Di Tendang Dan 5 Dalam Kepanasan

Suhu politik Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang biasanya menyusut sehingga 17 darjah celsius seakan tidak cukup sejuk menahan asakan pelbagai kumpulan yang datang bertali arus ke ibu pejabat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.

Setelah kita dikejutkan dengan senarai lebih 30 bakal calon dan penyandang kerusi parlimen masing-masing yang digugurkan semalam, nampaknya senarai tersebut tidak terhenti setakat itu saja.

Masih mengekalkan tiga kategori sama iaitu senarai calon yang digugurkan, calon yang tidak dibenarkan bertanding dan calon gagal melepasi saringan pertama dan kedua, sumber dalaman terbaru memberitahu sekurang-kurangnya enam lagi nama besar dicantas semasa melepasi saringan ketiga pagi tadi.

Kedudukan genting ini pastinya akan menambah rasa senak perut bakal calon masing-masing kerana segala ikhtiar dan usaha termasuk berjumpa bomoh terhandal Siam dan Jawa sudah dilakukan, tidak termasuk berbelanja besar kepada kawasan idaman masing-masing hingga mencecah puluhan juta.

Namun senarai terbaru ini sebenarnya bakal menambah derita Umno dalam usaha mempertahankan Putrajaya buat kali ke-13.

Inilah senarai nama enam lagi calon yang gagal melepasi saringan ketiga pagi tadi:
1) Abdul Ghapur Salleh (BEKAS ahli parlimen Kalabakan)
2) Ismail Mohd Said (BEKAS ahli parlimen Kuala Krau)
3) Norraesah Mohamed (BEKAS calon parlimen Balik Pulau)
4) Mohd Nizar Zakaria (BEKAS calon parlimen Parit)
5) Salleh Kalbi (BEKAS calon parlimen Silam)
6) Sapawi Amat Wassali @ Ahmad (BEKAS calon parlimen Sipitang)

Keenam-enam mereka tersenarai dalam kategori pertama, senarai calon yang digugurkan.

Sumber dalaman itu turut memberitahu bahawa beberapa pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti komponen di Sabah dan Sarawak juga sedang menunggu masa untuk dipancung.

Antara nama-mana panas yang dikaitkan ialah:
1) William Mawan Ikom (ADUN Pakan, presiden SPDP)
2) James Dawot Mamit (BEKAS ahli parlimen Mambong)
3) Joseph Salang Gandum (BEKAS ahli parlimen Julau)
4) Dr Muhammad Leo Michael Toyad (BEKAS ahli parlimen Mukah)
5) Ahmad Lai Bujang (BEKAS ahli parlimen Sibuti)

Kedudukan enam mereka dijangka diketahui lusa apabila mesyuarat tertinggi BN akan memutusak senarai akhir sebelum pengumuman rasmi calon BN yang bertanding dijangka dibuat minggu depan.

Masih terdapat calon yang sudah digugurkan kini dalam proses rayuan peringkat pertama dan kedua sebelum dimuktamadkan dalam peringkat ketiga oleh panel tertinggi BN.

Sebenarnya ia merupakan tempoh 'berpantang' terhadap bakal calon yang sudah tersenarai sebelum ini agar menjaga 'mulut dan bawah perut' masing-masing kerana nama mereka akan dicantas bila-bila masa sekiranya tidak berhati-hati.

Jika ada perkembangan terbaru, kami akan membawakan kepada anda semua.

Teruskan bersama kami!

Sumber-FB

Gambar Maskot BN Terengganu Berkempen PRU13 Tersebar dan Runtuh

Molek sungguh maskot BN Terengganu ni...hahaha......Sangat kreatif,inovatif dan  berTransformasi. 

Jenderal Shahrizat dari batalion NFC yang tidak bertanding PRU13 kerana tahu bau najis lembu masih melekat kuat tentu berbangga dengan pengiktirafan BN Terengganu ini...suka atau tidak Jenderal Shahrizat...Orangni tak tahu la...hahaha...

*Sumber Berkaitan Jenderal Shahrizat klik SINI
......................................
Berita Terengganu lagi:
Runtuh lagi di Terengganu, kali ini papan tanda UMT
Harakahdaily, 11 Apr 2013
Papan tanda gergasi UMT yang runtuh

MARANG: Runtuhan demi runtuhan menimpa Terengganu sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru papan tanda gergasi Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang runtuh.

Papan tanda Pusat Penyelidikan UMT yang runtuh itu menjadikan Terengganu benar-benar sinonim dengan Darul Runtuh.

Sebelum ini bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh dan bumbung sekolah di Wakaf Tapai runtuh.

Begitu juga terminal bas di Kuala Berang dan juga bumbung masjid....semua runtuh semasa pemerintahan Kerajaan negeri dibawah UMNO Munafikun.
............................

Rabu, 10 April 2013

Katak Bertanding di Perak..??

Ini kisah salah satu katak  yang memainkan peranan penting dalam meruntuhkan kerajaan sah dari sokongan rakyat di Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, bekas Adun Bebas Behrang berhasrat mempertahankan kerusinya (Behrang) dalam PRU 13.

Maklumat yang baru diterima mengatakan katak belaan UMNO Munafikun akan membeli borang pencalonan Jumaat ini dan kemudiannya akan diikuti dengan satu sidang media.

Atas tiket apa Si Katak akan bertanding belum dapat di pastikan lagi. Tidak mustahil beliau akan bertanding atas tiket UMNO BN Al-Munafikun sepertimana yang diumumkan Najib Altantuya tengahari tadi yang menyatakan kemungkinan BN membenarkan bekas wakil rakyat yang melompat katak yang menyokong kerajaan bertanding semula atas tiket Barisan Najis.

Pandangan Orangni, kalau Si Katak ini bertanding dalam PRU13,maka yang  menyokongnya tentulah dari puak UMNO Munafikun saja. Sebab apa? Sebab pengorbanan besarnya terhadap UMNO Munafikun dengan  sanggup membelot amanah rakyat Perak demi kesenangan peribadi dan memporak-perandakan sebuah kerajaan hasil sokongan rakyat di Perak yang sah .

Bukan benda senang  wa cakap lu.….dengan jawatan YB Katak ni banyak keseronokan dan keselesaan diterima  dengan upah dan habuan lumayan yang dilambakan oleh UMNO Munafikun setelah melompat,mana mungkin sanggup lepaskan atau hilang semua itu demi pengkhianatan besar  kepada bangsa dan negeri Perak. Sebab tu dia masih nak cuba bertanding...kot-kot ada lagi daki-daki habuan dari UMNO Munafikun....hahaha....

100 Kilo Duit Dari Uncle Kok Untuk Pakatan Rakyat Perak - Nizar

Sekadar hiasan
10 April: Lenggong Perak: Pakatan Rakyat Perak telah mencipta sejarah unik dan menarik sebelum PRU13 apabila seorang penderma yang cuma dikenali "Uncle Kok" yang berasal dari Air Kala Lenggong telah menderma 100 kilo duit syiling yang diisi penuh didalam sebuah tong kepada tabung Pakatan Rakyat negeri Perak. 

Uncle Kok  adalah seorang OKU ( Lumpuh ) , namun semangat dan sayangkan perjuangan demi menegakkan kebenaran dibumi Malaysia khususnya negeri Perak amat tinggi.

Bakal calon DUN Changkat Jering DS Nizar dalam tweet-nya semalam ada mengesahkan berkaitan sumbangan syiling seberat 100 kilo yang boleh dikatakan melakar sejarah dalam perjuangan PR Perak.

"bukan pada jumlah angka yang didermakan kita utamakan,tetapi kepada semangat beliau yang mengumpul syiling sebegitu banyak sejak sekian lama kemudian didermakan dengan ikhlas,ianya menjadi amat simbolik bagi PR di Perak ini" - Ujar Nizar ketika dihubungi.


Manakala YDP PAS Lenggong Hj Razman Zakaria (Bakal calon Parlimen Lenggong) melahirkan rasa terharu dan bangga dengan keikhlasan seorang rakyat berbangsa cina dari Lenggong yang berhati mulia. "Semangat inginkan kemenangan PR di Perak sekarang amat meningkat dan  semua lapisan masyarakat dilihat turut sama membantu-nya"- Ujar Hj Razman ketika dihubungi Orangni.




............................................


Senarai Nama Mereka Yang di Tendang Dari PRU 13


Selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.Jentera Parti telah memutuskan untuk :
A) SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:
1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

..................................

*** Kemungkinan ramai lagi nama-nama yang boleh di tendang,sebab kalau di-ikutkan semua dari UMNO tidak layak menjadi wakil kepada rakyat....hahaha....

Info 3 Dalam 1 Terkini Dalam Negara

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas ditahan di Beluran, pagi tadi dan semalam: Hamza 
....................

Info Katak Belaan UMNO Munafikun
Kuala Lumpur: Ibrahim Ali mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ketika mengadakan sidang media di sini hari ini.
Ibrahim bagaimanapun belum membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas yang menggunakan lambang parti tertentu atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei depan.

........................

Info Pameran Katak dan Kodok
Berkaitan Pameran dan Ibrahim Ali Klik SINI

2 Mantan MB Perak Akan Sertai PAS, BOLEH PERCAYA KE..???

Konon-nya panas-panas-panas.....hahaha....

Bekas MB Perak Dari Umno Sertai Pakatan Rakyat Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti.

Konon-nya beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Berita jadi bertambah panas apabila desas-desus seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini dikatakan didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian. Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi. Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar.

Apa yang Orangni nampak macam ada pro dan kontra dalam isu ini,banyak kemungkinan, seperti ada udang disebalik mee....hahaha...

Maklumlah di saat peperangan politik sekarang ini,macam-macam benda boleh jadi. Tahap kepercayaan Orangni atas cerita 2 mantan MB Perak akan sertai PR...macam tak percaye je....hehehe....

Sebab orang politik yang kecewa dalam arena politik macam-macam lakonan politik boleh dibuat demi meraih sesuatu dari melepas apa satu tak dapat (* Terutama UMNO....hehehe...).

*** Maklumat yang Orangni terima terus dari isu berkaitan diatas mengesahkan memang benar ada seseorang yang pernah menjawat jawatan MB akan sertai PAS,namun ianya umum kepada semua negeri dan bukanlah negeri Perak yang dikhususkan . Perkara ini telah menjadi teka-teki deman PRU 13....hahaha.....

Apapun kita tunggu je....

Selasa, 9 April 2013

Apa Dah Jadi..??? "Jenderal Tentera" UMNO Sah Tidak Bertanding PRU 13



"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistikcow, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," kata  Jenderal Tentera Lembu Wanita UMNO Malaysia.....hahaha...

Udah jadi perangai puak pimpinan UMNO Munafikun...kalau udah tidak tersenarai dalam nama bakal calon,maka mereka cepat-cepat akan ambil tindakan konon-nya Tak Mahu Bertanding,Bagi laluan dan sebagainya...kah...kah...kah....

Dulu masa jadi Menteri Wanita pun camtu juga, tinggalkan jawatan konon-nya sebab tarikh perkhidmatan dah abis dan tak mahu sambung lagi jadi alasan Shahrizat,pada hal-nya tertekan dengan desak rakyat supaya beliau letak jawatan dan memang Najib pun dah rasa dia dah jadi liabiliti pada UMNO dan penyakit tengok muka Shahrizat teringat RM250juta berkaitan NFC masih kuat dimata rakyat.

Jadi...mahu tak mahu, terpaksalah umumkan tidak akan bertanding dengan alasan yang hanya boleh masuk akal lembu-lembu di kandang NFC saja.....hehehe....
Jenderal Wanita UMNO dari batalion Lembu NFC Sah Tidak Bertanding
Para penyokong Jenderal Wanita UMNO bermesyuarat tergempar,terberak dan terkincit...hahaha..
..................................................
Info Imej: bukan img,mpeg,png,TM AAPCurut atau apa-apa fomet...semuanya adalah imej untuk Jahanamkan UMNO BN Munafikun....!!!!
Undi untuk UMNO BN Munafikun adalah menuju jalan kebinasaan...

Gempar..!!! Sudah 3 Mati Sebelum Penamaan Calon PRU ke-13..?

Sehingga sekarang dilaporkan 3 batang pokok dikesan mati sebelum hari penamaan calon  bagi PRU ke-13. 

Misteri kematian ketiga-tiga pokok ini terungkai apabila dilihat ada penyebab  dikesan berada pada pokok-pokok tersebut dan akhir dipercayai berpunca dari bendera BN yang taruh pada pokok-pokok tersebut........hahaha....
Dimana bendera UMNO BN Munafikun terpacak, disitulah ada malapetaka..hahaha...

2 batang pokok mati...tak tahan dosa bendera UMNO BN Munafikun..
..........................................

Isnin, 8 April 2013

Edisi Panas Melompat..!!! Ibrahim Ali Dan Rakan Sekatak di Sindir tajam oleh BERNAMA....??

Pameran Katak & Kodok.....FENOMENA LOMPAT PARTI

Korang tengoklah....hahaha...

Klik imej untuk lebih jelas
King Frog of Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 April -- LOMPAT... Jabatan Muzium Negara buat pertama kalinya menganjurkan Pameran Katak dan Kodok bermula 22 Mac hingga 22 April ini bertempat di Muzium Alam Semulajadi di Presint 15, Putrajaya di sini, hari ini.
Pameran selama sebulan itu menampilkan 38 spesis haiwan berdarah sejuk yang menarik perhatian kira-kira 1,000 penghujung sehari. 

Ironinya, pada setiap musim pilihan raya seperti sekarang, topik "katak" atau "lompat parti" sering menjadi perbualan ramai, kerana fenomena itu menjadi "lumrah politik" pilihan raya-pilihan raya di Malaysia....Pak Brohim tak terasa ke...? hahaha.....
Members of Kodok
Katak from Perak
........................................


Applikasi JustUndi G13 (PRU13)

Deman Pilihanraya dah pun seminggu bermula....dari kedai kopi,dalam bas,dalam teksi,LRT,dalam kebun getah,tengah laut dan sebagainya semua dok sembang pasal PRU-13 yang dikatakan pilihanraya yang paling singgit...hahaha...

Kalau dulu-dulu...Time PRU ni orang sembang bisik-bisik (Zaman 70 dan 80an') tapi sekarang tak lagi, tambahan di alaf Saitek sekarang ni,sembang politik dah macam oder roti canai kat kedai mamak....hahaha...

Ini Orangni nak kongsikan tentang perkara yang mungkin boleh merancakan lagi borak-borak pasal PRU...hahaha...."Applikasi JustUndi GE-13".

Bagi yang mengunakan TAB Android atau apa-apa jenama telipon pintar bolehlah memuat turun applikasi JustUndi G13 di Google Play bagi mengetahui perkembangan yang bakal berlaku semasa PRU-13. (** Kalau yg dah upload tu...ok le..dan kalau tak mau upload pun tak apa,ikut suka hati korang....hahaha....)

App JustUndi G13 ini dikira menarik la juga,kerana memaparkan keadaan keputusan kerusi Parlimen pada PRU-12 yang lalu dan yang paling syok-nya ialah terdapat soalan-soalan berkaitan PRU-13,korang bolehlah menjawap beberapa soalan politik,lepas tu tengok keputusan penuh.....hahaha...
Penguna dikatakan boleh melihat keputusan kerusi Parlimen pada PRU-13 setelah selesai pengiraan undi nanti. Orang tertarik dengan graf berkaitan keadaan sokongan rakyat terhadap BN dan PR  bagi setiap negeri yang terkini juga ada disediakan.

** Applikasi JustUndi G13 ni bolehlah korang cuba...muat turun dulu,kalau rasa tak best boleh nyah keluar atau remove-kan...sebab App ni percuma buat masa sekarang...hehehe....
.........................

Manifesto BN di-ikitiraf Media Antarabangsa Sebagai Ciplak

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

(Laporan dari Bloomberg)
"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Dalam laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan tentera.
Najib juga telah memohon maaf kepada pengundi atas segala kesilapan yang BN buat sebelum ini.

"Saya mohon maaf dengan ikhlas jika kami membuat silap sebelum ini," kata Najib sebagaimana dilaporkan media antarabangsa itu.
Sumber Harakahdaily

Awas...!!!! 6 juta Sampah akan Bertaburan Sempena PRU-13

Setiausaha Angung Barisan Najis (BN), T. Adnan Tengku Mansor menyatakan aku janji sampah BN akan menjadi medium penting dalam memastikan rakyat mengetahui 17 perkara kelentong utama yang terkandung dalam aku janji cilok tersebut dengan lebih terperinci. 

Menurut Tengku Adnan, kerajaan yang memerintah iaitu BN mahu rakyat menilai sendiri secara sistematik dan kreatif seterusnya membawa kesedaran parti mana yang perlu dipilih sebagai pembela nasib mereka nanti. 

Cuma Orangni berharap sikap setiap bahagian Umno dan BN wajib  menjadikan buku tersebut sebagai tukun dan diperap di bilik gerakan atau pejabat Umno Bahagian dan cawangan. Paling terbaik ialah mengtongsampahkan risalah jijik akujanji akutipu tersebut. 

Orangni masih ingat apabila melawat sebuah pejabat Umno Bahagian dalam PRK peringkat Parlimen, berlonggok-longgok risalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan tersusun kemas di dalam dewan berhari-hari tanpa diedarkan dan tindakan sedemikian adalah amat baik.


Rakyat yang menerima risalah jijik ini amat perlu menghumbannya ke tong sampah dan jangan buang merata-rata kerana akan merosakan kebersihan alam sekitar.

Selamat Mengtongsampahkan 
Risalah ManiFestong UMNO BN
Ke Tong Sampah....
...................................

BN Perak di Cabar Calonkan Johk

IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas Jamaluddin Radzi,Kapten (B),  Osman Jailu, Hee Yit Fong  dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan kesempatan untuk keempat-empat calon bebas itu menjelaskan lagi sokongan mereka kepada BN setelah membuat keputusan meninggalkan parti serta mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Ringkasnya, berilah mereka peluang menjadi calon bagi pihak BN pula kali ini," katanya.

Untuk rekod, hanya Mohd Osman sahaja pernah membuat kenyataan sedia tanding PRU13 sekiranya BN gagal meletakkan calon 'winnable' bertanding di kerusi Dun Changkat Jering.

Sementara tiga lagi wakil Bebas tidak pernah dilaporkan mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing. - Sumber 
perakitedaily.blogspot.com
Katak belaan UMNO BN...JOHK
...................................



Ahad, 7 April 2013

Atlit Sukan Golf Bakal Calon UMNO Parlimen Bukit Gantang

Tiger Wood Bukit Gantang di padang golf diclub golf putrajaya

Beliau juga boleh berceramah dihadapan padang rumput...hahaha..

Tiger Wood bersama "King Frog of Changkat Jering" Osman Jailu
Bertemu 3 ribu penyokong yang nak belajar main golf....hihihihi...

Bincang nak buat padang golf di Bukit Gantang agaknya...

Mengenangkan nasib yang dipulaukan oleh Team YB Rosli Husin
Berkaitan Bakal Calon UMNO Bukit Gantang:
............................................