Pengikut

Sabtu, 25 Mei 2013

Kami bukan Macai PKR.!!!

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU.

Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.

Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK! AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK! Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Jumaat, 24 Mei 2013

I want to make a deal with you


Gambar Pemuda UMNO BN Bercumbu Tersebar

Kalau tengok pada baju yang dipakai oleh kedua-dua yang aku tak pasti jantina ini( Gambar dibawah),memang sah baju terbaru yang dilambak percuma oleh UMNO BN semasa PRU13.

Rasa-rasanya kedua-dua mamat ni jantan..!!

Inilah pemuda harapan UMNO BN yang dibela,dijaga dan diupah oleh UMNO BN....macam sial...!!!

TERKINI..!!! Tamrin Ghafar , Tian Chua dan Haris Ibrahim BEBAS dari reman Polis

Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.

Three Pakatan, NGO leaders released

Batu MP Tian Chua, along with Anything but Umno (ABU) leader Haris Ibrahim and PAS member Tamrin Ghafar are to be released after police’s application for remand was rejected by the magistrate


TERKINI : Majistret Menolak Permohonan Polis Untuk Reman Dan Meminta Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Haris Ibrahim Aktivis Yang Mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno Dan Datuk Tamrin Ghafar Baba Anak Kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba Dibebaskan Segera...- Sumber





Khamis, 23 Mei 2013

UMNO Taiping Mula Cuba Sekat Ceramah Ugama


- Blogger Upahan UMNO Munafikun Taiping Malaun mempertikaikan ceramah dengan kaitan politik sempit dan dunggu mereka

Calon PAS Kamunting ikut suka hati

Mengikut laporan dan sumber dalaman hari ini dijadualkan kepada 
calon pas yg kalah di kamunting untuk berceramah. Itu kita tak kisah 
yang peliknya ceramah hari ini dijadualkan di dalam permis kerajaan 
persekutuan atau lebih tepat lagi dalam klinik kesihatan masyarakat 
taiping jalan tupai.
Adakah pengarah kesihatan daerah seorang penyokong pas atau 
pembangkang ataupun pengarah kesihatan negeri yang tidak 
ambil peduli bila dakyah menentang kerajaan diadakan dalam 
permis kerajaan persekutuan.
Inilah sebabnya ramai kakitangan dah menentang kerajaan.
Harap diambil tindakan, jangan biarkan barah melarat... 
Kimo theraphy diperlukan di klinik kesihatan taiping. Wallahualam..

Warkah jemputan buat Ustaz Fahkarudin
Cikgu Najmi...kalau nak main politik jangan jadi banggang..!! 
Agaknya cikgu Najmi ni cemburu sebab dia tak dijemput berceramah....hahaha...

SPR Tuduh Lakonan Blackout Sebelum PRU...betul ka..??

"MEREKA telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Gambar ini mungkin SPR kata ini lakonan sebelum PRU
Siapakah MEREKA yang dimaksudkan..?? Tuduhan SPR ini nampak macam kartun punya cerita, tuduhan pun tak berani nak hala-kan kepada mana-mana pihak. Sedangan PR dengan lantang dan berani mengatakan SPR MENIPU DALAM PRU-13.

Agaknya isu Dakwat kekal yang tak kekal pun akan dituduh ada lakonan menanggalkan dakwat dijari sebelum PRU...hahaha...

Kenyataan SPR semakin haramjadah selepas memenangkan Parti Syaitan Yang Dikenali UMNO BN..
....................................

Imbas kembali Lakonan Dakwat Kekal Kelentong SPR dan UMNO 

Ini dakwatnya...
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal"
5 April jari di calit dakwat kekal

PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

PEKAN, 5 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dengan dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dekat sini, hari ini.

PULAU PANGKOR, 5 Mei -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli ceria menunjukkan kesan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pulau Pangkor di sini hari ini.
Jeng...jeng...jeng....
Lihat jari  telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin...
ada lagikah dakwat kekal..??
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2013 -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan semasa hadir bagi meraikan kemenangan BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini, malam ini. 

IPOH, 6 Mei -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, hari ini. Lihat tangan kiri yang dilambai Zambry,ada kesan dakwat kekal dijarinya...!!!


Anak Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Enjoy Di New York Setelah Bapa-nya Kalah PRU

Rosli Husin (UMNO) Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang juga  Mantan ADUN Terong yang tewas pada 5hb Mei 2013  PRU-13 dengan DS Nizar di DUN Changkat Jering

Mohd Syaimien B. Rosli Di- USA
7 Hb Mei 2013...Ke New York..!!
.............
Hebat...meraikan kekalahan ayahanda di New York...itu kalah, kalau menang mau ke Pulau  Hawaii...hahaha....

Rabu, 22 Mei 2013

Raja boleh turun beri sokongan kepada Adam Adli...yang lain-lain p mana..???

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Pimpinan Pemuda PAS Malaysia turut bersama bersolidariti dan memberi sokongan terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli di Mahkamah Seksyen KL pagi ini.

Tertanya-tanya juga_mana p pimpinan yang lain..?? 
Sibuk ke..? 
Tak ada masa ke..?
Time nak ceramah,nak kempen,nak dapat sambutan agar ramai datang tempat ceramah_korang sibuk panggil Adam Adli,masa dia perlukan sokongan..?? Mana p..??? 
Tak salah kot aku nak bertanya...takut juga kalau disuruh berhijrah ke-negara lain...hahaha...
...............................................
Terkini...Tian Chua, Haris Ibrahim Di Tahan
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
....................................
Syabas dan Tahniah yang ber-soladariti 
Buat aktivis mahasiswa Adam Adli

Adakah sekitar Lokap Jinjang  kembali sunyi
Tian Chua dan Haris Ibrahim pula digari..!!!

Anwar Akan Dihalau Jika Negara Ini Anak Omar Punya


Ini kepala bapak kau..!!
Ini pula kepala bapak kau...!!!
Haaa...pijak lah kalau berani...
Oooo...
ini kepala bapak aku...-
ini pula kepala bapak dia..
kepala bapak kau mana..??!!
- Dialog Filem DoReMi Lakonan P.Ramlee dulu-dulu...hahaha...
.............................................

Ini bukan negara bapak Anwar punya...!!!
Ini bukan  negara bapak Zahid punya..!!!
Kalau negara ini bapak Noh punya...
Noh nak suruh bapak dia halau Anwar....!!!
Hahahaha......
- Dialog ahli politik UMNO sekarang....kah...kah...kah...

PEMBUNUH SOSILAWATI KE TALI GANTUNG

Shah Alam, 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA

Roboh dan Bocor UMNO BN meningkat sejak 2005

Sejak peristiwa perobohan Masjid Bujal, Kemaman pada 26 Mei 2005, banyak binaan dan bangunan terutamanya yang dibina oleh kerajaan Umno BN Terengganu runtuh menyembah bumi.

Badi' keruntuhan tersebut yang tidak henti-henti sehingga runtuhnya bumbung beranda Masjid Binjai Kertas, Hulu Terengganu, seolah-olah menjadi 'siri' runtuhan yang menyebabkan negeri Terengganu Darul Iman ada yang  mengelarkan sebagai 'Darul Runtuh'..!

Hanya mereka yang berfikiran waras saja dapat menilai hikmah dan kenapa kejadian serupa berulang-ulang kali berlaku di negeri yang sama.

*sila lihat gambar siri-siri keruntuhan....

Calon BN Taiping ikut suka hati berkempen...patut pun kalah


Mengikut laporan dan sumber dalaman, Nyonya Gerakan yang kalah di Parlimen Taiping ada  berceramah dan berkempen politik didalam kawasan tempat ibadat kaum India ( Kuil ). 

Adakah semua kaum india berugama hindu suka dengan tindakan Tan Lian Hoe..? ataupun UMNO Taiping pun  suka dengan cara kempen begini dan mungkin juga ada Zahir pun pergi ke Kuil untuk berkempen..?

Inilah sebabnya ramai yang benci BN,sebab cakap tak serupa bikin,konon tak boleh gunakan tempat ibadat untuk politik_sedangkan mereka sendiri terlibat...hahaha....patut pun nyonya Gerakan kalah di taiping...

Terima kasih kaum India Taiping yang menolak politik kotor UMNO BN di Taiping.
5 mei : Calon BN di Kuil Sri Muniswarar Taman Sungai Mas Taiping.

TG Hadi Presiden PAS Bersiaran Langsung Di TV

TV5 Turkey sedang menyiarkan wawancara Tuan Guru Presiden PAS.

TV1, TV2, dan lain-lain TV Malaysia sepatutnya memberi peluang yang sama kepada PAS untuk menjawab apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepada PAS.- Sumber FB.

Jikalau pimpinan PR nak masuk TV di negara Malaysia ni....alamat tarak la...

UMNO BN lebih kejam dari rejim celaka..!! Kebebasan atau ketelusam media massa negara memang seluruh dunia tahu,teramat dicengkam zionis UMNO BN.

Nak masuk TV boleh, tapi syarat wajib yang tak masuk akal kena patuh_ memuji Najib dan Rosmah satu perkara wajib, mukadimahnya ucapan salam 1Banglasia dah tentu wajib....hahaha....

Selasa, 21 Mei 2013

Kok-ko punya telatah...

Songkok Hitam Mudah Lupa...
Songkok hitam di-kok-ko oleh bakal YB songkok hitam...
Akhirnya terpelanting songkok hitam yang di-kok-ko 
Sebab dicampak oleh YB songkok hitam....hahaha...

Gaji Naik..!!! Tahniah Pehin,Pehon dan Pohen....

Gaji dah naik..!!?? Naik dah gaji..!!?? Dah naik gaji...!!?? Dah gaji naik...!!??
Syabas..syabas...tahniah...tahniah...buat Pehin,pehon dan pohen....hahaha....

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dbran Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

.....................

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit.

Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih.

Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.Walaupun Sarawak mempunyai semua anugerah hasil bumi yang kaya dan melimpah ruah,keadaan rakyat Bumi Kenyalang ini kebanyakanya sebaliknya,mereka rakyat Sarawak telah berkerja keras untuk memajukan hidup dan negeri ini namun semua hasilnya telah disapu,dirompak,diselewengkan oleh pihak pemerintah yang rakus.

Lihat-lah dan bandingkanlah jalan-jalan raya yang dikatakan berstatus transborneo highway dengan negeri2 lain dalam Malaysia,sehinggakan para pemimpin BN sendiri pun tidak sanggup melaluinya walaupun perjalanan singkat dari Bandar Kuching ke Seri Aman.

http://www.facebook.com/album.php?id=100000658000784&aid=54261

* Gambar dibawah yang aku dirakam dalam tahun 2011...dan hingga sekarang jalan-jalan diSarawak masih dalam keadaan yang sama, kalau tak percaya sila-lah ke Bumi Kenyalang...nikmati perjalanan darat dari Kuching ke Sibu terus ke Miri.....anda akan nikmati perjalanan yang membanggakan...hahaha....Tahniah Gaji Pak Menteri Sarawak naik, lepas ni semua Pak Menteri Sarawak boleh guna belon atau helikopter saja....sebab gaji kitak sudah naik tok..!!! Hahaha....

Terkini..!!!: Puluhan Ribu Hadir Laungan SPR Penipu bergema dibumi Kedah (Gambar)

Sedang berlangsung himpunan Blackout 505 di komplek PAS negeri Kedah (Pendang). Ribuan hadirin sedang membanjiri dari berbagai lapisan bangsa,Ugama dan kaum.

Berpuluh barisan penceramah turut hadir sedang menyampaikan ceramah dipentas utama. DS Anwar baru tiba dilokasi.

Laungan SPR Penipu bergema...!!!

*gambar2 menarik akan menyusul...

Menyedihkan.... Gambar terbaru Adam Adli

Menyedihkan: Bapa Adam bercakap sesuatu disebalik cermin..
Wajah Pejuang Anak Muda Tanahair yang di tahan
Menyedihkan melihat gambar Adam Adli yang dipercayai dirakam di Lokap tempat beliau ditahan reman...macam seorang yang amat merbahaya diperlakukan terhadapa Adam Adli.

Sumber- FB

Isnin, 20 Mei 2013

KJ Lebih Ber-otak dari Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan menasihatkan Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mencontohi sikap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, kenyataan Zahid yang menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, hanya menampakkan keangkuhan beliau yang baru sahaja dilantik sebagai menteri dalam negeri.

"Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik. Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat. "Beliau sepatutnya belajar dari Sdr Khairy Jamaluddin yang walaupun mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang.

Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.," katanya. - HD

KJ Lebih Ber-otak dari Zahid Hamidi yang kurang guna otak - Orang-orang dok kata termasuk orangni...hahaha...

Awas Muda-Mudi..!!! : Iklan K-Pop Menghasut Kini Tersebar

Risalah dan iklan yang menghasut 
untuk merosakan moral kehidupan sosial anakbangsa kini mula tersebar..!!!!
Konsert K-pop dijemput lagi....
untuk menghasut anakmuda...!!!
Dulu sudah pernah datang ke Malaysia...
kini datang lagi...!!!
Mungkin sebagai hadiah
kepada muda-mudi yang mengundi UMNO BN
dan bagi
meraikan kemenangan 
kerajaan 505 Blackout..!!! 
Najib Wastyleyeah: Peminat No Wahid K-Pop Negara..
Tarian K-pop berkonsepkan WastyleYeaah..!!!
Dulu: K-pop patut tiada kata Harussani..
Sekarang: Bagaimana..??
Apa barang Tok Mufti dan Ustaz-Ustaz komen atau bantah selepas program dah habis..?? Belum mula-lah bantah atau bagi komen...
Iklan berunsur hasutan merosakan anakmuda kini tersebar di media-media cetak..
** Wajar penganjur konsert celaka ini di tahan dan disiasat  kerana perbuatan menghasut anakmuda menjadi tidak bermoral....ada bran Zahid...????? hahaha.....

Zahid buat-buat lupa sejarah rampasan kuasa

Konon-nya_Sebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokrasi dan polis akan memberikan tindak balas yang sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukkan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa.

EKEKEKEKEKEKEKEKEK....ZAHID LUPA RAMPASAN KUASA DI NEGERI PERAK 2009.

Edisi Negara Paling Selamat : Rumah kakak Timbalan Perdana Menteri dan rumah adik Ketua Polis Negara dirompak

Mei 20 2013 
Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya. Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing. Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.- Mkini

Terkini: Takziah Buat Hamidah Osman Mantan YB Sungai Rapat

20 Mei -- Ibu mertua Mantan YB Sungai Rapat Dato Hamidah Osman meninggal dunia hari ini,perkara ini disahkan apabila tweet dari mantan ikon tahun melawat Perak Dato Ac Mizal.

Twetter Dato' AC Mizal: Ucapan Takziah dari kami sekeluarga buat @ybmidah atas kehilangan ibu mertua,semoga roh beliau ditempakan bersama mrk yg beriman!ALFATIHAH! -- @datoacmizal

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hamidah yang bertanding di Dun Sungai Rapat meraih undi sebanyak 16,602 tewas kepada Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan 19,240 undi.

** Setiap yang bernyawa akan mati