Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

Nak memuji Bajet Najib jadi nampak bodoh seorang Tim Menteri

Hahaha.....

Inilah tahap gaban punya bodoh seorang senator yang menjawat jawatan  Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri.

Kenyataan Tim. Menteri tersebut disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini.Niatnya hendak memuji Najib dan menyindir Pakatan Rakyat,tapi lain jadinya....hahaha...

" Bajet 2013 ibarat durian runtuh kali kedua dan bajet yang tidak terjawap dek pembangkang....bla..blu...bla..bla...." kata Tim Menteri berkenaan yang membodek Najib, tapi yang ketara menampakan kobodohan seorang berstatus Tim Menteri....hahahaha......

Kalau kenyataan tu dari ketua cawangan UMNO atau JKKKK tak pe la, sebab mereka ramai tak faham undang-undang dalam dewan..ini Tim Menteri yang cakap.....hahaha.... (Gambar dibawah sumber FB)

Dalam Peraturan Dewan,mana boleh mencelah ketika pembentangan bajet....hahaha....

Nak jawap ke tidak tunggulah masa perbahasan bajet yang dijangka isnin ini....apa punya bengap ini senator..?

Aku harap isnin ni senator yang bengap ini datang dewan dengan Najib, kalau Najib takut nak datang perbahasan Tim. Menteri ni kot jadi wakil Najib dalam perbahasan nanti....hahaha...

Nampak sesangat makan gaji buta sebagai Tim Menteri....undang-undang dewan pun tak lulus....hahaha.....


Jumaat, 28 September 2012

Bancian 24jam selepas Bajet 2013 : Tertinggi, Berita Tidak Baik

Belum sempat bajet 2013 dibahaskan pada isnin ini, bajet yang dibentangkan oleh Najib di Parlimen pada jumaat semalam sudah dapat dinilai tahap penerimanya dari rakyat.

Bancian Online yang dibuat oleh Sinar Online yang memaparkan 2 soalan bancian tentang bajet 2013.

Pertama: Umumnya, Bajet 2013 bawa berita baik kepada saya dan keluarga saya:
Keputusan Bancian- Setuju 33%  dan Tidak Setuju 68%

Kedua: Pandangan saya, bajet 2013, jelas :
Keputusan Bancian- Bajet lebih mesra rakyat 12% , Bajet 'PRU13'p 78% dan Bajet normal 10%.

Amat ketara penerimaan negetif dari rakyat terhadap pembentang bajet 2013, Bancian online ini terlalu awal untuk dinilaikan,bagaimana pun keputusan awal ini mengambarkan bajet yang dibentang oleh Najib gagal, ini kerana pembentangan bajet kali ini amat menarik perhatian ramai serta tindakbalas awal adalah keputusan yang wajar diambik kira.

Keputuan 68% tidak setuju Bajet 2013 bawa berita baik kepada saya dan keluarga saya, membuktikan rakyat tidak senang dengan bajet yang dibentangkan semalam.

Kenapa dan mengapa....masing-masing ada jawapanya....hahaha.....


Jantan atau betinanya Najib ditentukan isnin ini

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.

Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini."Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013. - Sinar

** Ada kejantanan kah Najib..? Time bentang belanjawan 2013 berdentum dentam sindir PR, isnin ni ada berani ke bersemuka dalam perbahasan..?


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Mencekik Rakyat

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan minggu lepas adalah satu cara kerajaan hendak mencekik rakyat secara tidak langsung.

Cuba bayangkan dalam masa dua hari, sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah dirakamkan di 14 ‘lokasi maut’. Jika semua imej ini didapati bersalah kerajaan telah memungut wang secara mudah RM885,600, jika diandai setiap kesalahan sebanyak RM300.00.

Hampir RM1 juta di dalam masa dua hari. Ertinya kerajaan dapat memungut hampir RM15 juta sebulan. Ini baru 14 tempat, kalau dipasang 817 lokasi maut, berapa banyak kerajaan dapat wang dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. 

Apakah tujuan AES dipasang? Untuk keselamatan atau pendapatan?. Di negara lain kalau dipasang alat ini, diberi tahu kamera beroperasi. Kawasan ini pula memang kawasan maut.

Betulkah AES ini di pasang di kawasan maut? Tidak masuk akal AES dipasang di kawasan 60 kiliometer sejam di jalan yang lurus, bukan kawasan merbahaya. Adakah Menteri, Pegawai JPJ, Polis yang naik kereta 60km sejam di jalan lurus?Haramkan sahaja kenderaan berkuasa besar, biar kereta Kancil berkuasa 650 sahaja.

Pelik undang-undang negara ini, kereta berkuasa besar dibenarkan bila naik lebih 60 KM akan disaman.

Seolah-olah dadah dibenarkan, kemudian ditangkap kepada siapa yang menghisapnya.

Rakyat boleh terima jika dipasang di kawasan 110 kilimeter, di lampu isyarat, selekoh merbahaya.Kemalangan di negara ini berlaku berpunca daripada kenderaan besar yang tidak beretika.

Kita boleh lihat bagaimana bas dan lori yang hendak memotong tanpa mengambil kisah kenderaan yang lain. Apakah tindakan kerajaan bertindak terhadap kenderaan bas ekspress, terutama waktu malam yang memandu amat menakutkan.

Pihak kerajaan melalui JPJ dan Polis akan memantau setelah berlaku kemalangan ngeri yang membabitklan kenderaan awam. Selepas isu ini sejuk, tidak ada lagi penguatkuasa, sehinggalah kemalangan ngeri lain pula berlaku. 

Pakatan Rakyat sudah memberi komitmen jika diberi mandat selepas PRU13 kita akan kaji cara yang dianggap menindas rakyat.

- Ust Idris hj Ahmad AJK PAS Pusat.

Khamis, 27 September 2012

Celakanya UMNO...!!! Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno.

Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini.

Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship.

Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP - Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat.

** Begitulah CELAKANYA UMNO.....!!!!!

Rabu, 26 September 2012

Gempar..!!! UMNO Bukit Gantang buat kerja HARAM sejak sekian lama

Bukit Gantang Perak: Satu rombongan PAS yang diketuai oleh dua Ahli Jawatankuasa  PAS Pusat, Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Hj Ahmad telah membuat tinjauan ke kawasan projek KOLAM UDANG HARAM yang didalangi pemimpin UMNO berhampiran jeti Kelip-Kelip Kampung Dew pada 22 Sept lalu.

Rombongan turut disertai Sahabat Alam Malaysia (SAM),projek HARAM UMNO ini diusahakan diatas tanah seluas 84 ekar (Bukan 8 ekar) dimiliki oleh Koperasi UMNO Bukit Gantang sejak sekian lama,namun tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib walaupun pelbagai desakan telah dilakukan.

Penduduk kampung disini telah beberapa kali membuat laporan kepada exco pelancongan Perak Dato Hamidah,namun tiada tindakan diambil. - Harakah

Dimana YB Rosli ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang..?

Sibuk nak melobi bertanding Parlimen Bukit Gantang ke..?

Adakah YB Rosli takut nak sentuh kerja Saidin Paip..??

Siapa Saidin Paip...?

Tungguuu......hahaha...


Selasa, 25 September 2012

Awas Cikgu semua..!!! Bersalam dan duduk semeja dengan YB Nizar satu KESALAHAN

Rupa-rupanya di sisi Kementerian Pelajaran bersalaman dan duduk semeja dengan YB DS Nizar satu kesalahan.

Inilah al-kisahnya...haha...

Dilaporkan beberapa guru dan bekas pelajar telah hadir dalam majlis makan malam anjuran  Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin,Taiping Perak pada ahad lalu.

Sambutan para guru amat memuaskan. "We behind U"-said teachers ...nama pun sekolah,mesti la ramai guru yang akan hadir....betoi tak..?? Hahaha....

Dalam majlis tersebut turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan,DSN dan rombongan hadir sebab kerana ada membeli tiket kopun yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi mengutip dana.

Dah nama pun majlis....bersua dengan rakan sahabat lama mestilah bersalam dan bertanya khabar,kita bukan negara Jepun..main tunduk-tunduk kepala kalau jumpa kawan...hahaha...

Tambahan pula jumpa dengan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang disenangi ramai macam DSN, bukan kata para guru sekolah saja nak bersalam...pengetua sekolah pun nak bersalam dan bergambar denganya. (Gambar dibawah: DSN dalam majlis tersebut bersama pengiringnya...bukan cikgu..hehehe...)

Rasanya tak salah kalau guru yang duduk semeja dengan DSN dalam majlis tersebut,nama pun majlis anjuran sekolah tentu yang meraikanya guru juga.

TAPI yang peliknya ada guru yang dipanggil pihak Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk disoalsiasat serta diberi teguran amaran setelah mendapati ada guru bersalam dan duduk semeja dengan DSN dalam majlis tersebut.

Salam dan duduk semeja dengan YB Nizar pun jadi satu kesalahan.!!?

Apa punya undang-undang ni..??

Agaknya kalau pegawai Pelajaran Daerah berjumpa YB Nizar sekalipun tak boleh salam atau duduk semeja..inilah didikan UMNO BN yang tiada adap dan sopan,seterusnya merosakan martabat perguruan dinegara ini hasil didikan UMNO BN.

Aku nampak PPD seolah-olah jadi balaci 100% kepada UMNO BN bagi menjalankan tugas memantau guru-guru yang rapat dengan pihak yang tak sokong kerajaan akan diberi amaran dan tindakan.

Ada baiknya pejabat PPD dijadikan bilik gerakan UMNO BN dan letakan semua anggota perisik dari kementerian pendidikan untuk
Skodeng cikgu-cikgu...hahaha...

Kalau cikgu tersebut pro PR... PPD sepantas kilat diambil tindakan...

TAPI kalau pro UMNO BN macam cikgu Najmy blogger Taipingmali...PPD boleh buat pekak,bisu dan tuli....hahaha...

Kesian pada cikgu-cikgu...sudahlah mereka dikenkang dari kebebasan berpolitik,nak salam dan duduk semeja dengan Wakil Rakyat dari PR pun tak boleh.

Bersabarlah cikgu-cikgu semua,insyaAllah selepas PRU 13 nanti kalau nak bersalam dan duduk semeja dengan mana-mana pemimpin pun boleh,sebab Pakatan Rakyat memerintah semua hak kita akan hormati,bukan seperti UMNO BN yang semakin sasau dan sewel dalam mentadbir negara.


Kajian menunjukan Najib semakin kecut,gerun,risau dan keluh kesah

Menjelang PRU 13SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.Kedudukan itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi atas pagar.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu.

Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus.

Kajian perbandingan pusat ini dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September lalu.

** PolitikKajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
SINAR HARIAN 25 September 2012