Pengikut

Sabtu, 18 Mei 2013

Terkini: Al- Fatihah, Bekas Calon DUN Selinsing Sdr. Sharudin B. Ahmad Meninggal Dunia Di Hospital Taiping


18 Mei: Taiping --- Berita yang baru diterima mengesahkan bahawa Sdr. Sharudin B. Ahmad Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) telah meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 8.40 malam sebentar tadi.

Allahyarham Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu. 

Sharudin yang bertanding di Dun Selinsing pada PRU13 buat kali pertama tewas di tangan penyandang kerusi itu, Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Menurut sumber yang Orangni terima,jenazah Allahyarham sekarang masih berada di bilik jenazah hospital Taiping dan akan dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.

Sebelum ini Allayarham Sdr. Sharudin B. Ahmad  dirawat di wad ICU C2 Hospital Taiping kerana masaalah jangkitan kuman. ( Sumber )

Orangni mengucapkan salam takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Sdr. Sharudin B. Ahmad, semoga roh beliau dicucuri Rahmat...amin.


Mental Ustaz Kazim Terganggu

Secara peribadi Orangni tak pernah menyangka mental ustaz Kazim amat lemah dan amat longlai...apapun Orangni tak menafikan,tahap ketahanan mental seseorang ada had dan ada tara-nya. Orangni pun tak terkecuali....hahaha...

Tetapi apa yang terjadi pada Ust Kazim yang tersiar didada media massa hari ini amat memeranjatkan, seorang Ustaz yang ada nama seperti selibriti mengaku tewas dengan fitnah yang didakwanya. Camana nak berjuang ustaz..? Jika dibandingkan dengan para pemimpin yang lain,baik dalam BN atau dalam PR_ ancaman,fitnah dan segalanya lebih dashyat lagi yang diterima dari berbagai pihak setiap masa.

Mengejutkan juga dakwaan Ust Kazim  bahawa ada ugutan bunuh, ini kes berat... Orangni syorkan perkara ini amat perlu diambil tindakan sewajarnya. Soal keselamatan bukan perkara mainan_ Di syorkan Ust Kazim buat laporan Polis atau pihak-pihak berkaitan politik pun buat laporan Polis. Biar pihak berkuasa siasat dakwaan ugutan tersebut.

Jangan kerana nak cari publisiti, ugut bunuh ini dibuat perkara main-main...

Jumaat, 17 Mei 2013

Berita Baik..!!! Harga Kereta Turun..!!!!


Utusex kata ditunai
Berita Hairan pula Kerajaan BN kaji...sungguh haprak..!!!
Sudahlah Akujanji yang di ciplak dari PR
Kini..
Menteri baru 2 hari di lantik sudah mula buat ALASAN, 
Untuk tidak menunaikan Akujanji BN pada PRU13 Lalu.... 
Kita tunggu dan llihat makin banyak alasan tercipta 
untuk tidak menunaikan AkuJanji !!!!! 
Hidup BN Bersama UMNO rakyat mati tertipu !!!!

Kalau benar segala janji ini akan terlaksana
Sewajar UMNO BN
Sudah mengkaji sebelum berjanji

Akujanji 505 Blackout Najib - Janji Turun Harga Kereta : 
BN akan kaji segala janji yang telah dijanjikan untuk untuk dikaji-kaji sebelum janji itu di kaji dan dijanji-janji akan kaji-kaji secara janji akan dikaji...hahaha... 
habuk pun tarak...sungguh keji..!!! 

Bekas Calon Yop dan Yong Diharap Sedarlah Diri..!!!

Dato YOP Rosli thumpo di Changkat Jering

Datuk Yong Midah thumpo haoup di Sg Rapat
PRU13
Udah 2 minggu...
Yop Rosli  thumpo
Yong Midah thumpo
kome berdua bukan lagi YB
bukan lagi ADUN
bukan lagi wakil rakyat....
Attei..???
Sedor - sedor le diri...


**Belajar bahasa Perak: 
Thumpo = kritikal,jatuh,malang
Thumpo Haoup = Sangat kritikal,sangat malang

Edisi Meroyan: Kazim jawab "I'm not for sale!" tentang klip video Wajah sebenar Ustaz Kazim Elias


Klip video Ust Kazim yang bertajuk "Wajah sebenar Ust Kazim" makin tersebar dilaman internet, aku rasa selepas PRU13 selesai video ni mula jadi panas. 

Siapa yang sebarkan..?? Kenapa di sebarkan..??? Aku pun tak tahu....hahaha...

Ustaz Mohd Kazim Elias atau konon-nya glamour dengan nama UKE_ramai yang tahu dan aku  pun tahu Kazim ni memang popular dan  pakar berceramah.

Ditambah pula pengikut Kazim di Facebook ramai,dah cecah 525juta yang like page Kazim_ apa yang dikesan ialah mejorotinya semua penyokong tegar UMNO.

Jadi segala ceramah-ceramah Kazim diluar skrin TV semua-nya akan berbau politik_menghentam dan menghina Pakatan dah jadi perkara wajib dalam apa-apa ceramah Kazim dipentas yang dipercayai dianjurkan oleh pihak UMNO.

Dan sekarang rasanya ramai dah tau tembelang Kazim, dengan tersebarnya klip video tersebut makin terbongkarlah siapa sebenarnya Kazim...hahaha...

Tak hairanlah nada jawapan spin Kazim dalam status di FB berkaitan isu klip video bernada ala-UMNO...hahaha....

Ini status spin "I'm not for sale..!!" from Kazim : 
Salam alaik..saya tengok makin banyak yg spin dan buat2 tak faham ttg ceramah saya yg skrg dok jd isu.Masa bila saya menolak hudud malah sy sgt konsisten menyokong pelaksanaan hudud di Malaysia. Beribu kali ceramah saya sebelum ini malah sejak aktif berceramah telah menyokong mana2 usaha ke arah pelaksanaan hudud.Siapa saya nak pertikai undang2 Allah Taala.Berhati2 dlm tuduhan dan kata2. Saya cuma minta undang2 ini jgn dipermain2kan dan pelaksanaan wajib diusahakan oleh semua pihak dan memudahkan prlaksanaannya ialah dgn penyatuan umat Islam.Tidak ada sepatah perkataan yg terbit dr mulut saya perkataan mrmpertikai undang2 hudud, jgn hanya sedikit teguran pd pihak2 tertentu dah dianggap sbg menolak hudud..saya adalah saya, saya ada prinsip dan i'm not for sale!
"i'm not for sale.!" - Apa kena mengena dengan tajuk..???
..............................

Terbaik diantara 1,955 komen dan teguran 
buat Ustaz yang bernama Mohd Kazim Elias


Azriey SinarMawaddah MAI BACA PENCERAHAN NI... 

Saya cukup terkilan mendengar lontaran pandangan oleh Ustaz kazim Elias dalam Wacana PRU13 - Apa Peranan Kita (http://www.youtube.com/watch?v=Mq060Ox_SEA ). Saya hormati beliau, namun saya ingin respon beberapa perkara.


1. Ustaz sebut "Tidak islamkah lagi negara kita yang selamat daripada riba?"
Saya ingin tanya, benarkah kita telah selamat daripada riba?
Beberapa contoh saya ambil, lihat kebanyakan perbankan di Malaysia, hanya beberapa bank sahaja yang mempunyai Panel Syariah, selebihnya bank-bank konvesional yang ada Interest dan fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama dunia) tentang haramnya. Pembelian rumah, kenderaan dan lain-lain kebanyakkannya masih menggunakan sistem ini. PTPTN juga masih diteruskan sedangkan ia jelas riba. Mangsanya ialah rakyat awam yang tidak banyak pilihan untuk tanggungjawab harian.

2. Ustaz sebut "Adakah masih tidak dinamakan islam hanya kerana tidak melaksanakan hudud,"
Saya ingin sebut, yang menjadi masalah bukan setakat tidak mahu laksanakan, bahkan hina hudud dengan mengatakan "tidak sesuai", "tidak releven dengan negara" dan sebagainya, bahkan suara-suara sumbang suatu masa dulu menyebut "siapa mahu makan sup tangan boleh ke Kelantan."
Jangan kita lupa, ketika Kelantan ingin laksanakan undang-undang hudud, satu penegasan secara hitam putih diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada tahun 1994. Dan hingga kini, pusat masih bertegas akan mengambil tindakan tegas sekiranya hudud dilaksanakan.
Ustaz ada bagi contoh "Adakah kerana hudud dibuat, dan 90% lagi yang lain tidak dibuat adakah itu islam, contohnya negara yang buat hudud misalnya, tetapi rakyat menderita, makan minum takde, makanan halal takde, adakah ia islam.." saya nak tanya, cuba ustaz sebut negara mana yang ustaz maksudkan yang keadaannya sebegitu rupa.

3. Ustaz kata "hudud akan dikumandangkan setiap kali pilihanraya sebagaimana lagu raya akan dipasang ketika musim raya." dan menyatakan ia hanya untuk memancing undi Melayu.
Inilah masalah kita, ketika PAS menyatakan secara terang ingin laksanakan hudud, ramai yang menentang kerana mengatakan ia tidak sesuai dengan negara majmu' Malaysia, lalu PAS menggunakan pendekatan berbeza dengan memperkenalkan Negara Berkebajikan, terdengar pula suara mengatakan PAS telah lari dari perjuangan asal. Saya ingin sebut, kalau kita tidak mahu menyokong, jangan jadi pengongkong.

4. Ustaz sebut "orang menolak kamu bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu kerana kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis, libralism dan pluralism."
Saya qoute ayat "bersekongkol dengan puak-puak KOMUNIS"
Sepatutnya ustaz perlu lebih teliti dan berhati-hati ketika melontarkan kata-kata. Siapa komunis? Adakah ustaz ingin maksudkan DAP komunis? Sungguh hati saya cedera dengan lontaran ini. Komunis dengan istilah mudahnya ialah kafir harbi iaitu kafir yang memerangi islam, menumpahkan darah umat islam, sedangkan orang-orang bukan islam yang tinggal di negara islam dan menghormati perlembagaan negara dalam masa yang sama tidak memerangi umat islam dinamakan kafir zimmi. Kafir zimmi wajib diadili sebagaimana orang-orang Islam yang lain, wajib dilindungi hartanya, keselamtannya, dan juga diberi kebebasan untuk mereka laksanakan tuntutan agama mereka.

Apakah ustaz lupa siapa yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi ketika Hijrah Nabi saw bersama Abu Bakar dari Mekah ke Madinah? Bukankah dia seorang Kafir musyrik yang bernama Abdullah bin Uraiqit? Mengapa saat segenting itu, ketika Nabi sedang dikejar dan dicari oleh orang-orang kafir untuk dibunuh, nabi masih lagi memilih orang-orang yang mahir dari kalangan kafir musyrik untuk menjadi penunjuk jalan? Mengapa nabi tidak risau kemungkinan ada agenda tersembunyi untuk memerangkap Nabi Saw bersama Abu Bakar lalu dibunuh? Inilah satu pengajaran dan pelajaran besar yang Nabi saw tinggalkan untuk kita.

Saya petik ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam Fiqh Daulah (kenegaraan) :
"Dan termasuk dalam berbuat baik (al-bir) dan berlaku adil terhadap bukan Islam yang tinggal dalam masyarakat Muslim. Diberikan hak kepada mereka untuk menjadi wakil dalam Dewan ini (Parlimen) supaya mereka boleh menyuarakan tuntutan kelompok mereka, sebagaimana wakil wanita menyuarakan tuntutan jantina mereka.
Dan agar mereka (bukan Islam) tidak berasa dipencilkan dari warganegara mereka sendiri, lalu (perasaan terpinggir itu) diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk menanam dalam jiwa mereka kemarahan dan permusuhan kepada orang-orang islam. Dalam perkara ini (memencilkan non-muslim dalam negara) mengandungi mudharat dan bahaya ke atas seluruh orang-orang islam dan bukan islam."
Apapun, teruskan dakwah ustaz buat seluruh umat islam, mudah-mudahan Islam lebih subur dan bersinar suatu hari nanti. Amen

Insan Fakir lagi Dhaif
Ahmad Kailani Zahari
Mu'tah, Jordan.


Khamis, 16 Mei 2013

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Serai Di Masukan ke Wad ICU Hospital Taiping

17 Mei : Taiping -- Sdr. Sharudin B. Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) kini dilaporkan sedang dirawat di wad ICU C2 Hospital Taiping.

Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu.

Dikatakan kini akan dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh menjadi rawatan susulan jika perlu.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Colombia Taiping malam tadi dan kerana kekurangan fasilitis, Sharudin dipindahkan ke Hospital Daerah Taiping dan di tempaatkan di Unit Rawatan Rapi C2. 

Oleh kerana jangkitan kuman yang serius beliau kini dipindahkan ke Ipoh. 

Sumber mengatakan buah pinggang Sharudin telah dijangkiti kuman, YB Husin Din ADUN Selinsing dan YB Zawawi Hasan ADUN Semanggol mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.
YB Semanggol, Ustaz Zawawi (Kopiah Putih) sempat melawat Sharudin Ahmad di Hospital Taiping 
YB Husin dan YB Zawawi telah bersama menziarah Sdr. Sharudin sebentar tadi di hospital Ipoh(sebelum solat jumaat).

Semoga Allah menyembuhkan beliau dari penyakit yang dialami.

Gempar..!!! KJ Guna Tangkal Untuk Dapatkan Jawatan Menteri..?

Lihat..!!!!
APA YANG DIPAKAI KAT TANGAN KIRI KJ..???
Nampak macam tangkal azimat...!!!
Apakah amalan khurafat mengunakan tangkal digunakan oleh 
KJ untuk mendapatkan jawatan dalam kabinet Najib..???

APA YANG DIPAKAI KJ..???

Kalau kata ini gambar edit sila klik Sumber Foto: myMetro  dan SINI

YB Khalid Samad Happy Kereta Dicalarkan Puak UMNO [ Gambar ]



Sumber Tweet YB Khalid Samad:
Sakitnya hati puak2 UMNO depa calar kereta ku ini di atas bonnet dan di tepi. Tapi xpe, aku happy depa sakit hati...
108 nombor Parlimen Shah Alam, P108. Warna hijau; PAS. Stripe Oren PR, Biru PKR dan merah DAP. Gambar ku d tepi...

Borang Jawatan Menteri Kini Di Laman MyGomen..?

Selepas PRU13 yang amat dramatik ber-blackout yang memenangkan BN,selepas Najib kelam kabut angkat sumpah jadi PM,ramai rakyat nampak jawatan menteri-menteri dalam kabinet Najib sekarang dah macam bidang sektor perkerjaan, boleh diminta-minta dan dipohon-pohon_agak rasa macam layak dilayak atau terlayak boleh isi borang SPA8  kemudian hantar kat Najib atau mereka yang ada kabel besar boleh terus jumpa Najib atau Rosmah untuk dapatkan sesuatu jawatan menteri.

Paling awal minta jadi menteri dalam kabinet Najib selepas PRU13 ialah menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin dengan muka sekupang menawarkan diri konon-nya nak sesangat jadi menteri. Dan akhirnya dapat juga jawatan yang KJ idamkan dengan dilantik jadi Menteri Belia dan Sukan.

Pung_pang_pung_pang riuh gempita diperkatakan oleh rakyat,hinggakan penyokong UMNO sendiri pun fedup dengan cara KJ yang gila jawatan  dan ramai ahli UMNO yang tidak setuju dengan perlantikan KJ.

Tak reda lagi pasal isu KJ minta jawatan menteri dan dah dapat pun jawatan tersebut....KINI..!!

Kedebom..!! Puak dari Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA ) pula minta jawatan menteri dari Najib_dah macam oder roti canai kat kedai mamak pula puak KIMMA ni buat untuk dapatkan jawatan menteri.

Macam-macam alasan dari Faruk Raju yang wakili KIMMA bagi kat Najib,konon-nya KIMMA banyak jasa dalam perjuangan BN dan konon-nya akan menyemarakan semangat BN jika ada wakil KIMMA ada dalam kabinet Najib.

Memang benarlah_semua yang berkerja dengan UMNO BN hanya nampak kebendaan,jawatan dan kesenangan masing-masing. Pasal rakyat mereka tolak tepi selepas dapat sedikit mandat berkuasa.

Tak mustahil lepas ni banyak lagi permohonan yang menjatuhkan maruah perjawatan menteri akan dapat didengar...Najib mungkin dah terjaga sedikit yang dia sekarang dikelilingi puak-puak yang gilakan jawatan...hahaha....

Ada baiknya jawatan menteri dalam kabinet Najib di Iklankan di media cetak dan dilaman web MyGomen_senang sikit puak dalam BN yang gilakan jawatan memohon jawatan menteri....hahaha....

Curi Kereta Kemudian Lari 100 meter dan Mati

Kuala Lumpur, 16 Mei - Seorang pencuri kereta jatuh rebah dan mati, di sini, setelah berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu apabila menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta itu.

Dalam kejadian 7 pagi tadi, suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih "hidup" oleh seorang wanita ketika menghantar dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata: “Kanak-kanak (anak wanita itu budak lelaki berumur tujuh tahun) yang ada dalam kereta itu menangis menyebabkan suspek yang berusia 47 tahun itu terkejut dan bertindak meninggalkan kereta tersebut di Jalan 12C/6, Setapak Indah dan berlari sejauh 100 meter sebelum dia rebah dan mati," Katanya, suspek turut mempunyai sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya sambil menambah suspek tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. - Sumber FB PDRM

Antara yang banyak dan sikit Kabinet Blackout Najib

Barisan Kabinet Blackout Najib baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan (oleh puak UMNO BN sendiri). 

Dunia UMNO BN seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini. 

Apabila keadaan terlalu senyap, penyokong UMNO BN menjadi gelisah. Apatah lagi apabila mereka (UMNO BN) melihat Pakatan Rakyat turut senyap seolah-olah 'merestui' kabinet Blackout Najib baru yang dilantik. 

Aik..?? Kenapa jadi begini..??

Sedangkan Pakatan Rakyat yang UMNO BN kenal selalunya tidak merestui apa-apa yang UMNO BN lakukan sebelum ini. 

Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi BN dalam PRU-13 kerana terlalu takut dengan keadaan ini, ada yang tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu PR walaupun tidak  menang, atau sekadar membantu BN menunda kemarahan UMNO BN yang menang tapi tersiksa? 

Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba 'memberi muka' dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet blackout Najib ini adalah yang terbaik.

Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru. 

Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang kejatuahn BN terlalu tinggi dengan barisan kabinet Blackout ini. 

Ini tidak menghairankan kerana rakyat  semua sudah 'terbiasa' dengan pemerintahan penuh tekanan dan lakonan Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima semua itu sekarang ini. 

Apapun telah dipopularkan oleh jentera hitam karat UMNO bahawa Tun Mahathir-lah yang telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, konon-nya berani mencabar Zionis,konon-nya lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara,konon bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. 
Hakikat sebenarnya semua itu adalah retorik untuk berkuasa dari seorang yang bernama Mahathir.

Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia seolah-olah digambarkan hanya di zaman Tun Mahathir saja muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah. Sejarah kegemilangan Melayu era Hang Tuah sudah dipadamkan oleh UMNO BN kerana taksub kepada Mahathir. 

Sehinggakan sekarang puak tegar pengikut Mahathir masih inginkan beliau berada disinggahsana  kuasa di Putrajaya. Mereka mempertikaikan jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan pimpinan UMNO BN sekarang di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan. 

Kenapa? 

Tidak lain tidak bukan ialah pada tanggapan penyondol tegar Mahathir mengatakan kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus 'terbalik' dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas. 

Teori-nya, pencinta Mahathir dilihat mahu menaruh harapan yang tinggi agar keadaan 'diterbalikkan' semula sepertimana zaman Mahathir kembali. 

Udah macam goreng ikan jer...nak bagi masak_ diterbalik-balikan....hahaha...

Dan sekarang Barisan Kabinet Blackout Najib dilihat dan dipercayai akan gagal menterbalik-balikan seperti yang diharapkan. Maka alamat hanggitlah ikan sebelah-lah yang digoreng.

Kini apa yang Melayu UMNO mahu..??? Semuanya terpulanglah kepada mereka-mereka yang dilantik oleh Najib untuk memastikan resah dan gelisah mejoriti penyokong UMNO BN  itu tidak bertukar menjadi menyampah kepada barisan blackout Najib.
Antara yg banyak dan sikit...

Rabu, 15 Mei 2013

Tan Sri Ismail Omar Sebak di Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismail Omar pada Khamis menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Negara (KPN) kepada Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Majlis serah terima tugas jawatan KPN yang baru diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
Dalam ucapannya, Ismail yang melepaskan jawatan kerana bersara wajib berkata beliau yakin Khalid berupaya memimpin pasukan polis dengan mulia.
"Saya mengucapkan semoga berjaya dan beliau adalah yang terbaik untuk jawatan tersebut," katanya.
Pada majlis sama, Khalid turut menyerahkan tugasnya selaku Timbalan KPN kepada Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.- mStar
..................................

16 Mei -- Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelihatan sebak sambil melambai tangan ke arah jurufoto sempena Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.
Mengapakah begitu sedih dan sebak sekali wajah Tan Sri Ismail..? 
Aku pun turut rasa sayu juga melihat wajah sebak Tan Sri.
Mungkin Tan Sri terlalu sayu meninggalkan PDRM yang telah diceburi beliau sejak 1971,satu jangka masa yang cukup panjang..Atau mungkin ada sebab tersirat menyebabkan Tan Sri berasa sebak...hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Apapun Orangni mengucapkan selamat bersara buat Tan Sri Ismail Omar, jasa dan khidmat Tan Sri dalam menjaga keamanan negara bersama PDRM akan dikenang dan semoga mendapat keberkatan dari Allah. 

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Teruskan mendidik anak bangsa agar mereka tidak diperbodohkan UMNO BN demi masadepan tanahair....

Khairi Jamaluddin (KJ) Jadi Popular Selepas 2 minit Jadi Menteri Belia dan Sukan - Papa Gomo Ucap Tahniah

KJ: Menteri Belia and Sukan
Fuiyooo....!!!! Hebat betul aura Ketua Pemuda UMNO bila di lantik jadi Menteri Belia dan Sukan oleh Najib hari ini....

Berdesup-desap ucapan tahniah kepada KJ di laman FB puak penyokong UMNO, kat tweet pun sama juga...

Semua dok ucap tahniah...hahaha...

Artis,Blogger Papa Gomo,Kelab Sukan...semua dok ucap tahniah kat KJ, pimpinan Pakatan Rakyat pun ada ucap tahniah kat KJ...

Hebat...hebat...hebat...KJ....hahaha...dah populariti KJ mengalahkan semua nama-nama lain yang tersenarai jadi menteri hari ini.

Agaknya ramai ternanti-nanti KJ ni jadi menteri,tak kisahlah menteri apa pun,yang penting dapat tengok gelagat-nya dalam dewan Parlimen nanti....hahaha...

Ada yang kata...KJ bakal riuhkan suasana dewan,macam nak gantikan  Ibrahim Ali PERKASA jer....hahaha....

Sebahagian Tweet ucap  tahniah kepada KJ
Aznil Nawawi
Papa Gomo
Nik Abduh
Pemuda PAS
Kelab Bola
Dato Tokey Gelang
DS Nizar 
Azmin Ali
Ust  Nasrudin
Zed Zaidi
KJ...Syabas dari Orangni...selamat jalankan tugas Menteri Belia dan Sukan 

Sesiapa lagi yang nak ucapkan Tahniah kat KJ...??? 
Sila..sila..silakan...untuk bertambah glamour Menteri Belia and Sukan....hahaha.....

Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018 ( Tiada Wakil MCA disenaraikan)


BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang memang sah setelah disahkan oleh pihak yang mengesahkan, tadi diumumkan Najib Tun Razak: 
PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

...............................................


Iklan Tidak Berbayar
Kabinet Kasut berwarna hitam
Dengan 46% diperbuat dikilang yang blackout pada 505
Hahaha.....

Selasa, 14 Mei 2013

Letak Jawatan Walaupun Menang dan Tidur

Sambil tidur jer....
Pak Lah dapat memenangi 140 kerusi parlimen dan kemudian melepaskan jawatan kepada Najib  kerana menganggap BN mengalami kekalahan teruk.
Najib terpaksa berkempen sepanjang masa, 
tapi cuma memenangi 133 kerusi parlimen jer...... 
kononnya menang bergaya...hahaha... 
Bergaya dengan PM 46%...!!!

Kisah Najib Pak Kadok

Dengarlah ini satu cerita
Kisah Melayu UMNO pecah kepala
Hampir berkecai penangan sengketa
Padah berseteru sesama mereka.

Tersebutlah kisah sebuah parti
Parti UMNO nama diberi
Lima puluh enam tahun merosakan negeri
Berdiri teguh dengan rasuah,fitnah,jijik dan ngeri.

Ahlinya ramai diborang tak terperi
Termasuk pemuda dan juga puteri
Mundar-mandir lompat jerit menari
Berkempen konon menguatkan parti.

Semakin lama semakin terungkai
Busuk UMNO bersarang anai-anai
Nampak dari luar macam tak lerai
Reput dari dalam punca terburai.

Tak dapat jawatan, parti diumpat
Budaya habuan tak dapat disekat
Berlagak bergaya tak pilih tempat
Akhirnya rakyat benci meluat.

Pucuk pimpinan silih berganti
Kini Najib Presiden Parti
Rancaknya melolong setiap hari
Untuk menjayakan transformasi telunjuk bini.

Menjelang tiba pilihan raya
Mencurah-curah pemberian segala
Mengharap sokongan penyambung kuasa
Tapi umpannya habis ikannya tiada.

PR bertekad alih kuasa
Malang Melayu masih ramai boria
BN dan UMNO terselamat umpan segala
Menang tipis pada pilihan raya.

Sorak UMNO riuh gempita
Tapi MCA dan GERAKAN hilang berkuasa
Ibarat Pak Kadok empunya cerita
Kerana undi cina jadi mangsa sengketa.

"Hero" Mahathir Teringin Nak Jadi Senator

Hero Mahathir Si Ibrahim Ali yang kalah dalam PRU13 nampak sangat kemaruk nak jadi senator...hahaha...
Hero Katak Bersama T. Menyanyuk

Perkasa tolak syor Mubarak 


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak bersetuju dengan syor Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) yang mencadangkan agar calon Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu tidak wajar dilantik sebagai senator atau tersenarai dalam Kabinet.

Presidennya yang pernah hantar surat letak jawatan,  Ibrahim Ali berkata, cadangan itu tidak wajar kerana ramai pemimpin cemerlang seperti Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Datuk Abdul Ghani Othman telah tewas dalam pilihan raya lalu disebabkan tsunami pengundi Cina.


Ibrahim Ali saja tak sebut nama-nya yang juga tewas....hahaha... 
Beliau juga terasa cemerlang kerana dapat  bertanding dengan tiket UMNO BN di Kelantan dengan sokongan Mahathir.