Pengikut

Sabtu, 15 Jun 2013

PERASAN TAK KITA..??

PERASAN TAK.?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke pasaraya, pasarmalam dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK.?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen atau tengok berita TV....

PERASAN TAK.?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK.?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK.?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK.?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK.?
Orang berebut cari tempat duduk di-depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Perasan tak kita tak perasan semua tu....?

Jumaat, 14 Jun 2013

Alhamdullillah: RAJA PERMAINSURI AGONG MALAYSIA BERHIJAB

Berhijab adalah satu kewajipan bagi kaum wanita dan merupakan satu ibadah dimana seorang wanita yang berhijab bermakna dia telah melaksanakan perintah Allah seperti mana bersolat dan berpuasa. 

Allah  berfirman : Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].

Allah  berfirman: Artinya : ‘Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik.’ [Qs. al-A'raaf 26]

Tahukah anda bahawa terdapat tiga orang Raja Permaisuri Agong yang berhijab sewaktu memegang jawatan berkenaan apabila paduka suami baginda  dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka ini pada asalnya bukan dari keluarga Diraja.  

Raja Permaisuri Agong pertama yang berhijap adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Ke-11.  

Baginda berada diatas singahsana negara pada 26 April 1999  sehingga 21 November 2001 dan tidak sempat menghabiskan tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun berikutan kemangkatan paduka suami baginda.

Lima tahun kemudian sekali lagi Raja Permaisuri Agong yang memakai hijab berada diatas singahsana negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan sempat menghabiskan tempoh lima tahun lantikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.  

Manakala yang terakhir sekali setakat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berada diatas singahsana negara mulai 13 Disember 2011 hingga kini.  

Pada mulanya baginda tidak berhijab tetapi setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji pada tahun 2012, baginda telah memakai hijab. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-14.

Shukur Alhamdulillah...........Amin.

Khamis, 13 Jun 2013

BN Perak kena "Pedajal" dengan ahli sendiri tersebar..!!!

Memang betul,memang sah dan memang benar UMNO BN Perak dalam keadaan kelam-kabut,pecah-belah dan kucar-kacir_ semua ini dikesan hebat berlaku semasa tempoh berkempen PRU-13 yang lalu.

Sumber terkini mendedahkan "Calon BN Pasir Pinji Di Sabotaj"_ Siapa yang sabotaj..? Siapa yang pedajal calon BN Perak..?? 

Pining...pining...BN Perak...rupanya geng sendiri yang pedajal mengsabotaj geng sendiri....hahaha.....
Patutlah Zambry Kadir sekarang pening kepala tahap biol.....hahaha...

Bukan Orangni kata....tapi pendedahan dari media UMNO sendiri yang mendedahkan...hahaha....


Berita Dari Pihak Media UMNO 
Mau siasatan rapi dajal BN yang sabotaj BN yang dajal
BN Dajal mau hukum si pengkhianat dajal BN
Perbuatan khianat Dajal UMNO BN terhadap Dajal UMNO BN 

>> Gambar-gambar itu jelas menceritakan sikap dajal sekumpulan petugas BN yang tidak melaksanakan amanah, sebaliknya mensabotaj parti dan calon yang bertanding. 

Pada petang Selasa lalu, seorang anggota keselamatan telah menemui longgokan bendera, poster dan barang-barang kempen BN di kawasan hutan berhampiran Simpang Pulai, Gopeng. 

Beliau merakamkan gambar-gambar itu dan menghantarnya kepada salah seorang staf Pejabat UMNO Negeri Perak. 

Berdasarkan kepada poster yang ditemui, calon BN yang di sabotaj itu ialah DATO THONG FAH CHONG yang bertanding di DUN Pasir Pinji, dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur.

Dalam pilihan raya lalu, Thong yang mendapat 4,264 undi tewas kepada calon DAP, Howard Lee Chuan (17,896) dengan majoriti 13,632.

Ketika beberapa staff pejabat UMNO Perak pergi ke tempat berkenaan untuk mengambil peralatan kempen itu, didapati semuanya sudah dibakar oleh pihak-pihak tertentu. 

Inilah satu bukti perbuatan sabotaj yang cukup keji pada setiap kali pilihan raya. Keji kerana pelakunya adalah individu yang ditugaskan untuk membantu kempen parti. Tugas itu bukan sahaja tidak di laksanakan, sebaliknya di khianati. <<

Ayoyo...
Kawan sama kawan dalam BN pun gaduh..
bikin sabotaj, buat taik...
busuk punya orang ini BN..!!!
Ini kes bikin Zambry Kadiaq banyak pining...!!!

Tahniah dan Syabas Buat Macai dan Cai-Cai

 SUMBER BERKAITAN SINI
................................
Macai UMNO...!!! Padam Muka


Rabu, 12 Jun 2013

Selamat Hari Raya : Tiket Bas Ekspres Mau Naik 30%...hahaha....

Ramadhan pun belum tiba lagi,raya pun lambat lagi....pengusaha bas ekspres sudah berhasrat mau naik harga tiket bas...mampoh....mampoh....

Bukan sikit pula yang diminta...30% yang didesak-nya...fuh..!!! 

Pasal tak mau jual tiket awal sebelum hari raya..itu lain hal la_lantak la mau jual bila pun,yang penting dan terpenting harga tiket kalau mau naik pun jangan la sampai 30%.

Kalau harga tiket naik 30% diluluskan_adakah perkhidmatan,keselesaan dan keselamatan penguna bas juga boleh dijanjikan naik 30%..??? (Rasanya makan asap la...habuk tarak...hahaha...).

Memang la ini hanya baru desakan,tapi yang bakal terdesak dan sesak nafas ialah para penguna perkhidmatan awam...udahlah kos sara hidup semakin meningkat_tambang bas pula naik, alamat ramai la yang merantau keluar dari kampung  kurang balik kampung selepas ni.....haha....

Apapun kita tunggu apa komen Hishammuddin Tun Hussein  yang sekarang jadi Pemangku Menteri Pengangkutan dalam isu ini...adakah bakal janji di-capati lagi buat rakyat Malaysia...hahaha...
Selamat Hari Raya : Tiket Bas Ekspres Mau Naik 30%...hahaha....


Saksikan Lori Kemalangan Terbalik Lebih 20 Bergelimpangan..!!!! [ Video ]

Tu...dia...!!! Video Klip yang dipercayai dirakam dalam tahun 2012 dan dimuatnaik dilaman youtube tajuk "Truck Carrying Full Of Cows Flips Over in A Crash in Russia" memaparkan sebuah lori treller yang dipandu laju dengan muatan penuh dengan lembu_terbalik apabila gagal memotong kenderaan...

Eeee...banggang punya driver lembu...hehe..

Kesian tengok lembu-lembu susu bergelimpangan tergolek-golek atas jalanraya...
tapi nampak macam semua lembu-lembu tersebut selamat,lepas tergolek nampak lembu-lembu cargas bangun..
agaknya pening naik lori yang dipandu oleh pemandu otak macam lembu...haha..._bagaimana pun nasib pemandu lori tidak diketahuai.
Kisah Lembu Tanahair...hehe...
Cerita pasal lembu_Korang mesti terbayang isu Kak Jat NFC bersama Lembu Kondo bernilai 240juta...hahaha....
"Truck Carrying Full Of Cows Flips Over in A Crash in Russia"

Warga emas ditemui mati dalam kebun pisang Redang Panjang Selama

SELAMA – Seorang pekebun terkejut apabila menemui mayat warga emas di kawasan kebun pisang berdekatan pemancar Digi, di Redang panjang satu kilometer dari rumah mangsa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Hasan Awang, 71, ditemui  pekebun berkenaan yang kebetulan berada di kawasan itu dan terhidu bau busuk.


Anggota polis membawa mayat mangsa keluar dari kebun pisang tempat ditemui.
- Sumber

Selasa, 11 Jun 2013

Terkini: 4 Petisyen Lagi Di Failkan Di Mahkamah Tinggi Ipoh oleh Pakatan Rakyat

12 Jun 2013: Ipoh -- Pakatan Rakyat memfailkan 4 patisyen terhadap keputusan SPR bagi PRU13 melibatkan 1 Parlimen dan 3 DUN.

PAS Selama,Rungkup dan Manong pada hari ini memfailkan patisyen tersebut di mahkamah tinggi Ipoh melaluli peguam Chan & Associates untuk keputusan PRU13 bagi DUN Rungkup,DUN Selama dan DUN Manong. Manakala PKR Perak juga akan memfailkan patisyen bagi Parlimen Tapah pada hari ini.

Semalam PAS Perak memfailkan 3 patisyen berkaitan PRU bagi DUN Manjoi,DUN Pasir Panjang dan DUN Lubuk Merbau.

Gambar - Tiga bekas calon PAS: Ust Misbah( DUN Rungkup) ,Ust Akmal (DUN Selama) dan Tn Haji Jamil (DUN Manong) dihadapan kuanter mahkamah tinggi Ipoh memengang dokumen patisyen, turut kelihatan YB Ust Zawawi ADUN Semanggol dan Raja Iskandar Al-Hiss Naib Pemuda PAS Pusat.

Ustaz Azhar Idrus Jadi Penyebab UMNO BN Fail Petisyen


Konon-nya kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.
“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.
Salahkah perkataan "Haram Jatuhkan Kerajaan Islam" ??
.............................

Halang dan sekat  kemungkaran puak macai UMNO BN,sebenarnya inilah yang UMNO BN tak suka...

Remaja Hilang, ditemui mati di dalam longkang Lebuh Raya Utara Selatan

Misteri kehilangan seorang remaja berasal dari Taman Saujana Jaya Kamunting yang tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui bersebelahan motosikalnya di dalam longkang di Kilometer 198.8, Lebuh raya Utara Selatan (arah utara) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, hasil siasatan mendapati identiti mayat berkenaan ialah Muhammad Amirul Asraf Ahmad, 19, dan jenis motosikal yang dinaiki adalah Yamaha Lagenda.

18SXX: BerFacebook Melampau Hingga Berpolitik Melucah (Jangan Tiru Aksi Ini)

Apa ni..????
Mashaallah...tak tau nak kata apa lagi dah,puak umno suka cubit lengan sendiri lepas tu terus meneriak....nak salahkan sapa lagi kalau pengikut dah takda modal ? Hidup umno !- Sumber FB

......................................
Orangni kacau-bilau nak komen tentang gambar lebih separuh bogel yang di upload di sebuah laman FB ni...nak kata dari penyokong PR,kat motor honda kapcai kat belakang tu ada logo BN,kalau kata dari penyokong BN...kenapa sampai tergamak buat camtu..??? Kalau iye pun menyokong atau menghentam dalam politik janganlah sampai harga maruah diri hilang bro...malu la sikit...hehehe...


Janji Di Capati Buat Rakyat Sarawak: Janji 2010 di ulang Najib lagi pada 2013

Tanpa sokongan undi dari rakyat Sarawak dan Sabah memang mustahil bagi BN membentuk kerajaan pusat selepas PRU13. 

Janji demi janji ditaburkan Najib pada rakyat Sarawak sebelum PRU13 dan slogan rasuah "You help me,I help You" juga dilafaskan Najib di bumi kenyalang juga pada PRK Sibu beberapa tahun lalu.

Kini selepas PRU13 Najib secara terang-terang menabur janji lagi,konon-nya peruntukan sebanyak RM400juta diluluskan untuk membuat jalanraya Sibu-Kapit untuk kemudahan rakyat Sarawak mengunakan jalan darat_pandai sungguh tabur janji  sedangkan pada 2010 janji yang sama juga ditabur kepada rakyat Sarawak dan hingga sekarang habuk pun tiada.
Dulu Janji 2010 nak start buat jalan bulan Ogos.. Tap..tup..Tap...tup.. Janji lagi 2013 nak buat jalan... what is next? Memang janji banyak nipu lahhh... Asyik-asyik kena tipu jer kalau macam ni

Isnin, 10 Jun 2013

47% turunkan Harga Kereta,Terima Kasih Kepada 53%

Hehehe... 
47% turunkan harga kereta..
...............
Apapun Orangni berasa gembira juga dengan berita  penurunan 10 model kereta ditanahair ini,walaupun hanya 0.7% hingga 11%,
sekurang-kurangnya dengan penurunan ini membuatkan Kerajaan minoriti 47UMNO BN sedar akan kehendak dan desakan rakyat...
walaupun semua ini adalah hasil ciplak ideal PR...hahaha...

Video dan Gambar Membersihkan Kaabah ( Sheikh Sudais - Kaba Wash 2013 )

Subhanallah! Apabila Saat Pintu Di Kaabah Dibuka untuk dibersihkan:  
10 Jun 2013 bersamaan 1 Syaaban 1434  pintu kaabah telah dibuka dan dikatakan ia bertujuan untuk melakukan proses pembersihan di bahagian dalamnyaOrangni paparkan beberapa keping gambar menarik untuk tatapan anda semua.












........................
Video Menarik
 Sheikh Sudais - Kaba Wash 2013 10th June [1st Shabaan 1434]

Zambry Kadir Hentam Presiden MIC Kerana Gila Kerusi Speaker DUN Perak

Cerita Zambry:
IPOH - Menteri Besar Perak  Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).    

Presiden MIC G.Palanivel baru-baru ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker Dun.     
    
Zambry berkata sebagai seorang pemimpin, Palanivel tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan bersikap serkap jarang berhubung perkara itu.
    
"Saya tidak pernah buat sebarang kenyataan berkaitan dengan kedudukan siapa akan jadi speaker kerana masanya belum sampai dan saya tidak boleh umumkan kedudukan itu sekarang.
    
"Kenapa dia perlu buat kenyataan bukan-bukan, kalau saya ada buat kenyataan bahawa kita akan mencalonkan (Speaker) daripada Umno, MCA atau Gerakan, beliau boleh menyuarakan...ini saya langsung tidak buat kenyataan apa-apa," katanya.- Sumber

...................................

Cerita G.Palanivel :
Palanivel berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mencadangkan supaya jawatan Speaker diberikan kepada MIC.- Sumber
...................................

Cerita BNBBC: 
"Palanivel tidak boleh mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.   

"Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam BN ," - 
Pengerusi Kelab Adun Barisan Basional (BN) Negeri Perak, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib.- Sumber
...................................
 Ini adalah malapetaka kebiasaan kepada UMNO BN.
Amat jelas Pemimpin BN saling tidak mempercayai antara satu sama lain...
Sana cakap lain,sini janji lain..
kerana jawatan UMNO BN sanggup buat apa saja




Pondan Taman Tasek Taiping Semakin Galak Dengan ‘khidmat kocok-kocok’

Taiping: Terkenal dengan jolokan ‘khidmat kocok-kocok’, sekumpulan pelacur pondan tempatan dikesan menjadikan kawasan perumahan awam di Taman Eliathamby di sini, sebagai markas untuk menjalankan aktiviti maksiat terutama pada waktu lewat malam.
Kegiatan maksiat yang dilakukan tidak jauh dari Taman Tasik Taiping itu menyediakan tawaran pelbagai pakej antaranya urutan berahi, urutan badan ke badan serta seks.
Rata-rata pondan yang berkeliaran di hadapan rumah dan kawasan taman berhampiran menawarkan perkhidmatan serendah RM20 hingga RM100 bagi pelanggan yang mahu menyewa mereka untuk satu malam.

Penduduk dikenali sebagai Wahab, 38, berkata, kegiatan maksiat yang semakin menjadi-jadi itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi setiap hari.
MAK nyah menunggu pelanggan di sekitar Taman Eliathamby.
Menurutnya, rata-rata pondan terbabit tidak segan menjalankan kegiatan serta menawarkan khidmat seks walaupun menyedari ia tidak disenangi penduduk berhampiran.
....................
Kalau difikirkan apa yang berlaku di Taman Tasek Taiping...apa mau hairan,sebab memang ada pihak yang mengiktiraf Pondan-Pondan Taman Tasek Taiping sebagai "Ratu Taiping".
Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping
Tahun lepas dalam program Karnival Ziarah For Peace yang berlangsung di Taman Tasek Taiping dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi (Sekarang Menteri Dalam Negeri), Makyah-makyah disini telah diangkat sebagai "Ratu Taiping".

Ahad, 9 Jun 2013

Terkini..!! Benarkah Sepupu Sabri Yunus Cedera Di Bom..??

Tidak dapat di sahihkan berita yang di muat naik dari FB Sabri Yunus yang beliau kongsikan dari FB Faruk Mamat,Sabri Yunus mengonsikan  sekeping gambar menunjukan seorang lelaki terlantar dipercayai cedera didalam sebuah wad hospital.

Salah satu komen mengatakan gambar tersebut sebijik macam muka bro Sabri Yunus. Apapun di-doakan semoga cepat sembuh.

"Sepupuku..Faruq...tentera thai..di bom..oleh militan pemisah... sukarnya utk jalani kehidupan di bumi Patani.." - Inilah status yang tertulis di FB milik Sabri Yunus.
Dari FB Sabri Yunus

Presiden MIC Jaga Lu Punya Mulut...!!!

Pengerusi Kelab Adun Barisan Basional (BN) Negeri Perak, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib menggesa supaya Presiden MIC, Datuk G Palanivel tidak menggunakan isu Speker Dun Perak untuk mengukukuhkan kedudukan di dalam parti tersebut.

Beliau mendakwa, kenyataan berbaur ugutan daripada Palanivel sebelum ini hanya akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai presiden di dalam salah satu parti komponen BN.

"Palanivel tidak boleh mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.   

"Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam BN ," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaru, menurut laporan media MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan  Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Umno, jika jawatan Speker Dun tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.  

Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Exco di negeri dipimpin Umno itu.  

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata Ahli Parlimen Cameron Highland itu. 
 
"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khusairi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim berkata Palanivel perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan menghormati jawatan yang dipegangnya sebagai salah satu parti komponen BN.
.................................


Ini sikit lagi kisah MIC dan UMNO Perak Sebelum PRU yang lalu, kekecohan semua orang tahu  tentang Zambry Kadiaq akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008. 

Dalam PRU-13  lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy. 

2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai. 

2013 sekali lagi MIC kalah di semua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang 

Ramai orang UMNO anggap  MIC wajar buat kerja saja  untuk kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot atau nak bising mahukan jawatan dalam kerajaan negeri.

Dalam tahun 2010 juga MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. 

Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah pada pandangan UMNO Perak. 

Jadi UMNO Perak sekarang menganggap MIC hanya bikin sibuk saja dalam BN Perak...hahaha...

Ini adalah malapetaka kebiasaan kepada UMNO BN.
Amat jelas Pemimpin BN saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
BN PARTI MEMPERJUANGKAN
PERKAUMAN
Datuk G Palanivel sila jaga lu punya mulut...sebab UMNO tarak suka lu cakap lebih-lebih...hahaaa


Hebat...!!! Rosmah Berbaju Fesyen Rimau Bintang DiMajlis Ngabang Gawai

Inilah fesyen Waa Style Yeah....

Sokong UMNO Kerana Terpedaya Dengan Media yang Tidak Bebas - Dr Asri [ Video ]


Sokongan rakyat kepada Umno ini hari ini dilihat bukan merujuk kepada soal bangsa. Tetapi persoalan utama ialah, bagaimana rakyat mendapat capaian untuk ekses maklumat dari media yang bebas... 

Di kawasan bandar peratusan tertinggi rakyat menyokong Pakatan Rakyat,tetapi berbeza di kawasan luar bandar peratusan menujukkan rakyat luar bandar menyokong Umno. Ini disebabkan maklumat yang betul tidak sampai kepada mereka yang berada di kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada input melalui channel media UMNO yg tidak bebas.