Himpunan Pendekar kira ok la tu… aku no komen kalau Pondanka pendekar
mau berhimpun…sebab selepas Himpunan BERSIH 3.0 yang mencecah kehadiran
300ribu..puak UMNO BN pun galak nak buat juga….hehe..
Tapi kat kali ini ada kelainan sikit mengenai himpuanan yang bakal berlangsung di Perak . Mandi
Minyak itulah yang agak pelik dan ada
kelucuan melampau dizaman sekarang ini..hahaha….teringat kisah orang dulu-dulu kecoh dan gerun dengan orang
minyak mengamuk, lepas tu ada juga kita dikejutkan dengan kes gajah naik
minyak…hahaha…,Dan lagi satu kes yang paling orang benci ialah kenaikan harga
minyak..( Najib kata Pelarasan..hehe..)
Salah satu banner yang sekarang banyak di gantung sekitar Taiping. (Klik imej untuk lebih jelas)
Apa yang bestnya ada muka Najib kat banner tu…selalu dan sewajarnya Najib akan datanglah
kalau ada mukanya kat banner…bersesuaian dengan slogan terbaru UMNO BN “Janji ditepati” . Ada
muka Najib kat banner program tu…maka
Najib wajib datang la..hahaha…tak datang sahlah penganjur tu kelen… (Korang
sambung sendiri…hahaha..) Aku tengok negeri Perak ni tak habis-habis kerja
khurafat di anjurkan sejak diperintah
oleh UMNO BN…tak hairanlah Zambry Kadir pun minat dengan amalan ancak-ancak
tiang seri..hahaha..
Aku nak sentuh tentang amalan Mandi Minyak
Agaknya minyak apa yang di gunakan..??? Ron 97 atau Ron
95..?? hahaha..
Apa relevenya amalan mandi minyak dalam silat..??
Apa tujuan mandi minyak..?? Banyak lagi sumber air kat
negara ni untuk dibuat mandi..
Tak bertentangankah
dengan Islam Amalan Mandi Minyak tu..???
Mohon Tok Mufti Harussani
dan ustaz-ustaz kalau boleh tolong
respon…terutama ustaz yang sokong UMNO macam Ust Kazim,kalau himpunan BERSIH
3.0 majlis fatwa kebangsaan boleh kata haram..apa pula fatwa kepada himpunanan Pendekar yang ada amalan
Mandi Minyak ini..???
** Aku bukanlah anti silat atau anti seni mempertahankan
diri..sebab semua tahu seni mempertahankan diri macam silat,tomoi,kung fu dan
sebagainya adalah baik untuk diri sendiri disamping sebagai sunnah nabi yang
juga belajar memanah dan menunggang kuda..tu semua termasuk juga dalam ilmu
mempertahankan diri ( Nak hurai panjang bab Sunnah Nabi dalam ilmu
mempertahankan diri ini aku tak pandai sangat..).