Pengikut

Sabtu, 2 Februari 2013

Najib dan Rosmah Ber-Gangnam Style dengan Psy pulak dah....


PENYANYI rap terkenal Korea Selatan, Psy yang popular dengan tarian kuda menerusi Gangnam Style dikatakan telah diundang untuk membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).

Majlis yang berlangsung di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Psy dijangka membuat persembahan di hadapan 60,000 penonton termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Klip video Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh dunia telah ditonton lebih 1.2 bilion kali sejak diterbitkan di YouTube pada Julai lalu. Artis itu mengadakan persembahan khas bagi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena Krismas Disember lalu.

Kedatangan penyanyi itu sempena majlis rumah terbuka ke Malaysia telah mendapat reaksi daripada parti-parti politik negara ini malam tadi menerusi laman sosial dan twitter. - Sinar Harian.
.........
Orangni : Apa lagi yang mampu UMNO BN buat...? Hiburan...hiburan...hiburan...itulah yang dilambakan untuk merosakan  masa depan anak bangsa tanahair. Siri aksi tak malu Rosmah dan Najib berjoget akan bertambah didalam album tatapan rakyat dan pentas utama bakal bergoyang....hahaha...

BR1M 2.0 : Lihatlah Dunia..!! Hanya kanak-kanak warga emas bersama 11 yang lain sayangi Najib

Gambar dibawah menceritakan segalanya.....hahaha.....

Jumaat, 1 Februari 2013

Rockers diarah periksa otak sebab 13 pertuduhan libatkan RM390,000


Ipoh: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak didakwa di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 13 tuduhan menerima wang keseluruhan berjumlah RM390,000 daripada dua individu.

Amir Sharifud-Din Aliman, 59, didakwa menerima wang itu daripada individu berkenaan dipercayai kontraktor balak di Gerik antara April 2010 dan Januari 2012.

Tak faham pertuduhan Bagaimanapun tertuduh menjawab ‘tidak faham’ dan ‘tidak ingat’ bagi setiap pertuduhan dibacakan terhadapnya di kedua-dua mahkamah. Malah, sebelum didakwa, tertuduh menengking jurugambar sambil berkata; “Suruh saya buka seluar ke? Sudah ambil gambar tak cukup ka?” Dalam mahkamah pula, tertuduh memberi amaran kepada wartawan dengan berkata: “Buat laporan baik-baik, aku berdoa, jika tidak akan dilaknat Allah, tujuh keturunan dapat anak cacat.”

Gaya ala rocker - Tertuduh yang tampil dengan gaya ala ‘Rocker’ memakai jaket hitam, seluar panjang gelap, turut ditegur anggota polis yang bertugas dalam mahkamah supaya menanggalkan lilitan sapu tangan di kepalanya.

Di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah, Amir Sharifud-Din dituduh menerima wang RM100,000 dengan tiada balasan daripada Ismail Abdullah Manaf di hadapan Kafe Bawang Merah, No 8281, Jalan Suda Bahagia, Gerik, pada kira-kira jam 9 malam, 3 Januari 2012.

Di hadapan Hakim Madihah Harullah pula, tertuduh didakwa atas 12 pertuduhan menerima keseluruhan RM290,000 daripada Tan Chee Hee, yang semuanya dilakukan di dalam Bilik Pegawai Hutan Daerah Hulu Perak, Gerik, antara jam 8 pagi dan 5 petang.

Semua kesalahan itu dilakukan antara 9 April hingga 24 November 2010 dan 27 Januari hingga 21 Oktober 2011, membabitkan satu terimaan wang RM10,000, RM20,000 (tujuh kali terimaan), RM30,000 (tiga kali terimaan) dan RM50,000 (sekali terimaan). Bagi semua tuduhan berkenaan, Amir Sharifud-Din didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan penjawat awam menerima benda berharga dengan tiada balasan daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang dijalankan oleh penjawat awam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.
Hantar Hospital Bahagia - Hakim kedua-dua mahkamah berkenaan kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan dan pemantauan mental oleh pakar psikiatri dan menetapkan kes itu disebut semula pada 1 Mac ini, menunggu laporan berkenaan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, Saw Hoe Teck memaklumkan kepada kedua-dua mahkamah bahawa doktor Hospital Fatimah Ipoh mengesahkan tertuduh mengalami ‘Kecelaruan Afektif Dwikutub.’ - SH

Orangni blogspot ditawarkan jadi admin blog TaipingMali UMNO....

Tawaran yang dihampakan....hehehe.....
Agak terkejuzed juga apabila diberitahu rakan2 bahawa blog TaipingMali adalah kepunyaan aku, mulanya aku tak percaya...tapi setelah aku klik laman blog TaipingMali..!!! Rupanya rakan2 tersalah anggap...memang pada pic profil kat blog TaipingMali ada pic profil aku (FB) dipaparkan.

Tapi tak bermakna aku admin-nya...aku mengangap admin TaipingMali mungkin cuba mempelawa aku jadi admin sebab mungkin dah boring jadi blogger atau sudah mau pencen sebab dah tua..hahaha....

Pertama-tamanya aku dengan rendah hati mengucapkan ribuan thank you verry much buat cikgu Najimy kerana berbesar hati,jantung dan limpa menawarkan saya Orangni blogspot menjadi Admin pada laman TaipingMali blogspot.

Apapun dengan dukacitanya tawaran tersebut terpaksa,dipaksa dan memaksa ianya ditolak tendang teranjang,kerana rasanya tidak sesuai saya menjadi Admin pada laman tersebut.....kerana saya ini pemalu...

Tapi seandainya nama TaipingMali tersebut ditukar kepada TaipingMalu....kemungkinan tawaran itu akan dipertimbangkan semula.....hahahahaha.....

Khamis, 31 Januari 2013

3 Pelancong Sesat dan 300 nelayan bengang semuanya dikampung Zambry Kadir


3 Pelancong Sesat 
Teluk Dalam,Pulau Pangkor Perak: Tiga pelancong warga asing nyaris sesat selepas gagal mencari jalan keluar ketika melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di Hutan Simpan Teluk Dalam, dekat Pulau Pangkor, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang sebelum lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Aziz Yahaya dikerahkan ke tempat kejadian.
“Tiga warga asing itu terdiri dua warga Perancis dikenali Saladin Lorene, 24, dan Edmond Jonathan, 26, manakala seorang lagi warga Austria dikenali sebagai Hervet Skcenkr datang melancong di pulau ini.
“Mereka telah melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di kawasan hutan simpan Teluk Dalam pada jam 10 pagi tadi sebelum dilaporkan sesat kerana gagal mencari jalan keluar,” katanya.
Menurutnya, operasi mencari mangsa itu dijalankan sekitar kawasan selama satu jam 15 minit sebelum berjaya mengesan mangsa tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan hilang.
“Mereka bertiga ditemui dalam keadaan selamat walaupun agak keletihan kerana telah berjalan terlalu lama.
“Kawasan hutan simpan ini memang sering dikunjungi pelancong terutama pelancong asing yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi dan sudah beberapa kejadian sesat telah dilaporkan berlaku sebelum ini,” katanya.
...............................................................
Henti Segera Kerja Korek Laut- 300 nelayan Pulau Pangkor dah Bengang...!!!!
Apa dah jadi...??? MCA Pangkor sudah hantam sama Zambry....???
PULAU PANGKOR - MCA Bahagian Pulau Pangkor mengambil pendekatan mengumpulkan seramai 300 nelayan dan pengusaha ikan bilis Pulau Pangkor untuk mendesak pihak berkenaan supaya menghentikan kerja-kerja pengorekan laut di kawasan pencarian ikan bilis.

Difahamkan, akibat kerja pengorekan itu, ia telah memusnahkan kawasan ekosistem laut seterusnya menyukarkan nelayan untuk mendapatkan hasil ikan bilis.

Nelayan, Abdul Aziz Mohd, 68, berkata, pengurangan tangkapan ikan bilis begitu mendadak pada masa kini berbanding lima tahun yang lalu.

“Jika dahulu kami mampu mendapat ikan bilis dalam lingkungan lima atau enam tan, tetapi kini hanya mampu menangkap satu tan sahaja dalam masa sebulan.

“Pelbagai masalah termasuklah selut begitu banyak,” katanya ketika ditemui semasa perhimpunan aman nelayan di Pulau Pangkor, semalam.

Seorang lagi nelayan, Chan Chen Hock, 61, berkata, sepanjang menjadi nelayan sejak 40 tahun lalu tidak pernah menghadapi masalah selut.

“Ekosistem laut seolah terjejas disebabkan masalah pengorekan laut untuk projek pembangunan di situ.

“Hasil ikan bilis semakin lama semakin kurang disebabkan masalah berkenaan sehingga menjejaskan pendapatan nelayan,” katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan juga penyumbang kepada 60 peratus hasil ikan bilis Pulau Pangkor.

“Kami amat harapkan masalah ini diselesaikan kerana nelayan di sini bergantung sepenuhnya pada mata pencarian ikan di laut,” katanya.

Pengusaha ikan bilis Pulau Pangkor, Tan Guan Yak, berkata, bukan sahaja masalah pengurangan ikan bilis malahan aktiviti pelancongan juga bakal berdepan masalah.

“Akibat kerja pengorekan laut itu menyebabkan air laut bertukar warna kepada keperangan dan boleh menimbulkan masalah jika ia hanya dibiarkan begitu sahaja.

“Bagaimana dengan mata pencarian penduduk di sini yang bergantung pada hasil laut dan juga aktiviti pelancongan jika keadaan ini berterusan,” katanya.

Katanya, kawasan laut yang dikorek itu akan mengambil masa berbelas-belas tahun untuk pulih semula jika terus dikorek.

“Pernah 12 tahun dahulu bahagian utara Pulau Pangkor dijadikan sebagai tempat pembuangan selut dan sehingga kini kawasan berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.

“Bagaimana dengan keadaan di kawasan yang memang menjadi lubuk ikan bilis tetapi telah dimusnahkan sedikit demi sedikit akan pulih kembali jika kerja ini tidak dihentikan,” katanya.

Pada majlis itu juga tandatangan 300 nelayan diambil bagi membuat bantahan kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan.- Sinar Harian
Orangni:Zambry...Zambry...berjawatan ADUN Pulau Pangkor merangkap-rangkap pula MB Perak yang tidak halal. Zambry dok sibuk dengan mempertahankan jawatan MB, Pulau Pangkor ditinggalkan dengan dilanda berbagai masaalah.... Hinggakan rakan kompenan dalam BN pun dah tak suka dengan Zambry, MCA sanggup himpunkan 300 Nelayan, menurut sumber semua nelayan tersebut mejoritinya dari penyokong Pakatan Rakyat.
Sudah-sudah la Zambry... jangan la dok sibuk hentam YB Nizar dan pimpinan Pakatan yang lain...hang dok sibuk cerita hal orang lain...tempat hang sendiri pun macam-macam masaalah...Kes korek Laut di Pulau Pangkor tu mungkin hang punya projek haram......tunggulah,ada yang dok koerek cerita tu...
Syabas MCA Pulau Pangkor...lepas kasi hantam lagi sama itu Zambry....hahaha....

Malang Seorang Mantan Penghulu UMNO di Perak...hidup melarat...

GUNUNG SEMANGGOL - Siapa sangka bekas ketua kampung yang pernah menabur bakti di Kampung Bukit Merah lebih 20 tahun kini hidup melarat tanpa mendapat perhatian daripada mana-mana pihak. 

Mat Yasin Din, 85, yang mesra dipanggil Pak Anjang kini hidup bergantung sepenuhnya pada isteri dan anak bongsunya Ahmad Fizaruddin, 41, yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat. 
Ahmad Fizaruddin (tengah) melihat keadaan ibunya yang juga
kurang sihat sambil diperhatikan Mat Yasin (kanan).
Lebih mengharukan, Ahmad Fizaruddin berkata, dia nekad untuk terus hidup membujang selagi kedua ibu bapanya masih hidup. “Saya mahu pastikan kehidupan ibu bapa saya terurus. “Mereka berdua sudah uzur, siapa lagi mahu jaga mereka kalau bukan saya,” katanya. 

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, dia sedih melihat akan nasib ayahnya kini. “Semasa ayah saya menjadi ketua kampung, dia hanya menerima elaun ketua kampung sebanyak RM300 setahun. 

Mana mungkin wang sebanyak itu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga kami yang mempunyai bilangan ramai. 

“Sehingga kini, keadaan kami adik-beradik hanya sekadar hidup sederhana disebabkan bapa saya tidak pernah menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Kampung Bukit Merah, di sini semalam. 

Menurutnya, rumah yang diduduki mereka sejak lebih 50 tahun dahulu kini umpama retak menanti belah berikutan sebahagian daripadanya rosak teruk. 
Tandas usang milik mantan Penghulu  sekitar 80'an
Tandas rumah itu juga terlalu usang dan memerlukan kerja baik pulih segera. 

“Sudah banyak jasa ditaburkan ayah saya kepada sebahagian besar penduduk di sini. “Namun amat mengecewakan, hanya beberapa individu sahaja yang peduli dengan nasib ayah apatah lagi hadir melawatnya sejak dia bersara dari jawatan ketua kampung pada tahun 1985,” katanya.   Sementara itu, isteri Pak Anjang, Siti Aishah Kassim, 73, berkata, keadaan kesihatan suaminya kini membimbangkan berikutan mengalami penyakit ingatan tak kekal dan kecederaan usus. 

“Sejak suami saya berhenti kerja di sebuah kilang sepuluh tahun lalu, kehidupan kami sekeluarga agak sukar memandangkan dia sering jatuh sakit dan pernah terlantar di hospital disebabkan ususnya pecah. “Justeru, kami sekeluarga memohon pembelaan dan bantuan daripada pihak berkaitan dan agensi kerajaan terlibat bagi meringankan penderitaan kami,” katanya.- Sinar Harian

Orangni: Slogan Tiada Tertinggal dan Tiada Terpinggir dari MB Zambry hanya slogan auta politik dari UMNO Perak, jika seorang mantan Pengulu yang pernah berjasa pada masyarakat pun terlepas pandang dan tidak dipedulikan..apa lagi rakyat biasa... Memang semuanya tertinggal dan semuanya terpinggir kerana sibuk dengan mengaut kemewahan diri dan kroni sahaja.


UMNO Taiping@Mali Mencalonkan Nyonya Puja Ratu Bogel sebagai calon Parlimen Taiping...?

Ini nyonya Tan Lian Hoe.... adalah YB yang di-import khas oleh UMNO Taiping untuk bertanding di Parlimen Taiping pada PRU akan datang,ini nyonya Tan Lian Hoe adalah MP Gerik...tiba-tiba sibuk selalu saja mari Taiping....hahaha....

Khabarnya ini nyonya Tan Lian Hoe... sudah berjaya pikat hati itu Zambry Anak Kadir untuk dicalonkan bertanding di Taiping dengan mengenepikan calon melayu iaitu Shalimin  yang sebelum ini juga ada sikit minat  mahu cuba nasib di Taiping. 

Ini nyonya Tan Lian Hoe...adalah seorang  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, tapi apa hal ini nyonya Tan Lian Hoe ada pergi satu majlis pertandingan Ratu Separuh Bogel..?? Adakah ini pertandingan ada kena mengena dengan tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mungkin ini sebablah UMNO Taiping@Mali banyak suka sama ini nyonya Tan Lian Hoe,sebab kalau ini nyonya Tan Lian Hoe kalau ada boleh menang kerusi Taiping....itu pertandingan Ratu Separuh Bogel boleh bikin Taiping...dekat itu lake garden...maaa....hahaha...
Calon UMNO BN Taiping : Ini nyonya Tan Lian Hoe (Baju Merah)
banyak suka jalan sama Zambry anak Kadi
r..
turut suka bakal calon Kemunting, Shalimin.
 
Calon Taiping UMNO BN Taiping: Ini nyonya Tan Lian Hoe banyak suka  dengan  majlis
Ratu Separuh Bogel... UMNO Taiping tunggu ini prorgram buat kat Taman Tasek
Wah..!!! banyaknya ratu separuh bogel bergambar sama ini nyonya Tan Lian Hoe
TaipingMali@Cikgu Najimy banyak khusuk berdoa diprogram 
bersama ini nyonya Tan Lian Hoe kat 
Taman Tasek baru-baru ini...haha..


Rabu, 30 Januari 2013

Ustaz Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak


Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Memang betoi pun....dah banyak kali aku dan member dok skodeng ceramah Kazim ni, dari apa yang dok dengar memang Kazim ni bersifat terlalu pro pada UMNO nampak amat jelas..dia cuba nak selindung-selindung,tapi selalunya kantoi...haha....

Kemungkinan sebab dah terbayang nak jadi YB UMNO sebab khabarnya MB Haram Perak Zambry Kadir pun ada mengharapkan Kazim ni bertanding dalam PRU akan datang.

Maklumat terbaru yang panas mengatakan tembelang Kazim sekarang sudah pecah di Kedah, kalau dulu jadual kuliah Kazim dibeberapa masjid kat  Kedah memang penuh jadualnya.

Khabarnya setiap bulan Kazim ke Kedah untuk Kedah,tapi sekarang semua masjid di Kedah sudah membatalkan kuliah-nya disebab kuliah-nya banyak menghentam Pakatan Rakyat dan membodek UMNO BN.

"Tuan-tuan semua pegi masjid untuk sembahyang...tuan-tuan hanya tau pegi saja masjid,tahu tak siapa yang buat masjid-masjid yang besar-besar dan yang cantik ini,semuanya tu Kerajaan yang dok Putrajaya buat...bla...bla..bla..." - inilah ayat wajib dari mulut Ust Kazim dalam membodek UMNO BN dalam siri kuliahnya dimana-mana masjid termasuk di Kedah.

Nak jadi cerita... Sebuah masjid di Kedah sudah hantar surat rasmi menegur cara Kazim memberi kuliah, tapi dah memang perangai hipokrik UMNO dah sebati dalam diri Kazim, beliau dikatakan memutar belit cerita disebuah masjid lain dinegeri Kedah juga ketika memberi kuliah,konon-nya ada orang kat satu masjid hantar "Surat Layang" mempertikaikan caranya menyampai kuliah. Katanya "Orang yang hantar surat layang ni penakut,tak bermoral..bla...bla..bla...".

Allah Maha Kuasa... Dalam dok sedap Kazim membalun konon-nya terima surat layang tersebut,rupa-rupanya kat depan Kazim ialan individu dari AJK masjid yang hantar surat tersebut. "Kalau surat layang...mana ada nama dan alamat pengirim, kami yang buat surat tu..itu surat rasmi bukan surat layang" - Balas AJK masjid tersebut.

Kejadian ini telah membuatkan Kazim membatalkan semua kuliahnya di Kedah,kerana tahu tembelang kaki putar alam-nya dah terbongkar.'

Ada sumber juga mengatakan Kazim sekarang dok merayu nak minta disambung semula kuliah dibeberapa masjid kat Selangor yang dikatakan menghentikan menjemputnya...apa sebabnya pun aku tak tahu,mungkin sebab yang sama juga.

Lepas ni Kazim hanya kuliah di sekitar Perak saja la...itupun atas jemputan UMNO saja.....hahaha....

Berita Baik untuk orang Taiping: Padang Esplaned diwartakan sebagai kawasan perhimpunan aman

Selepas ini tak perlulah lagi mana-mana Pertubuhan,Persatuan atau Parti Politik di sekitar Taiping nak mencari-cari lokasi untuk nak buat apa-apa perhimpunan ( Perhimpunan Aman), sebab rupa-rupanya Padang Esplaned  bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) telah di-Gazette ( Warta) sebagai lokasi perhimpunan aman atau apa-apa tujuan untuk rakyat berhimpun.

Perkara ini disahkan oleh Yang Di-Pertua PAS Taiping Ust Fakharuddin selepas bertemu dengan OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah pada 29 Jan 2013 semalam.

Ust Fakharuddin serta beberapa wakil NGO telah dipanggil untuk memberi keterangan berikutan berlaku bantahan dengan 14 laporan Polis telah  dibuat kerana sebuah majlis. ( Majlis Memperingati Mat Indera 60 tahun Di Tali Gantung )
Akhirnya majlis tersebut dibenakna untuk diteruskan dengan mengubah lokasi asalnya di kawasan Pasar Malam Kemunting ke Balai Islam Bukit Jana.

"Dalam sessi memberi keterangan ini OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah telah memberi tahu bahawa Padang Espelaned boleh diguna pakai bagi tujuan perhimpunan aman bagi mana-mana pertubuhan dan sebagainya dengan membuat permohonan kepada pihak berkaitan seperti MPT dan sebagainya 10 hari sebelum sesuatu acara atau perhimpunan dilakukan"- ujar Ust Fakharuddin.

Pihak PAS Taiping menyambut baik berita ini dan akan mengunakan kemudahan yang disediakan serta yang dijanjikan dengan sebaik-baiknya sekiranya mengunakan Padang Esplaned dimasa akan datang.

Selasa, 29 Januari 2013

200 individu termasuk tokoh terkenal tanahair sertai PAS : 3 Februari ini


KUALA LUMPUR: Lebih 200 ahli baru PAS dari pelbagai latar belakang akan menyertai Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS 3 Februari ini di Hotel De Palma, Ampang.


Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Himpunan ini, Salahudin Ayub, setiap negeri telah diminta menghantar lima ahli baru mereka yang berupa tokoh-tokoh masyarakat untuk menyertai himpunan ini.

Di peringkat pusat pula, kira-kira 100 tokoh dari pelbagai segmen masyarakat akan menyertai himpunan ini.

Ia termasuklah tokoh politik, agamawan, budayawan, artis, korporat, pegawai kerajaan, polis, tentera, penulis, blogger, sastrawan dan lain-lain lagi.

"Kita mahu memberitahu semua rakyat khasnya orang Melayu, PAS kini menjadi pilihan semua pihak dan tidak ada sebab mereka tidak bersama dengan kita dalam memperjuangkan hak kita bersama.

"Kita yakin, dengan masalah intergriti yang ada pada Barisan Nasional khasnya di kalangan pemimpin Umno ini, rakyat bijak membuat penilaian, BN tidak ada tempat lagi di hati rakyat," katanya.

Para pemimpin PAS serta rakan-rakan Pakatan yang lain, katanya, akan menunjukkan "kita bersatu dalam perbezaan yang ada untuk kepentingan rakyat."

Majlis yang bermula jam 9 pagi hingga tengahari di hotel De Palma, Ampang ini akan disertai oleh semua pimpinan kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sumber: PASPB

DS Najib Dipakaikan Baju Orang Mati..!!??

Banner Nyonya Menteri Wanita Negara
Memang pernah terpandang banner-banner di beberapa premis seperti pejabat MCA dan GERAKAN di sekitar Taiping gambar Najib berpakaian  tradisional warna merah.....sekali pandang macam nyonya pun ada...hahaha...

Banner ini kemungkinan untuk sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi, jadi kaum cina dari puak yang menyokong BN pun semakin sibuk membodek Najib,terutama-nya Pengerusi BN Taiping, Datuk Tan Lian Hoe yang menjadi nyonya gila kat Taiping.

Hari ini heboh diperkatakan  dikalangan masyarakat Cina dalam negara ini bahawa baju yang Najib pakai design untuk orang mati, hanya warnanya saja yg membezakannya. Apa maknanya ini? 

Apa maknanya ini? Baju corak untuk orang mati dipakai Najib...?? 

Sumber FB

10 ekor Gajah mati kat negeri UMNO....apa hal...??


KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun mengarahkan pihak berwajib menyiasat secara terperinci mengenai insiden 10 gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati sejak beberapa minggu lepas, dipercayai disebabkan racun tikus.

Menurut beliau, insiden di Hutan Simpan Gunung Rara, terletak kira-kira 130 kilometer dari daerah Tawau itu, amat mengejutkan serta merupakan kehilangan besar buat negeri ini.

Difahamkan, tujuh gajah betina dan tiga jantan, berusia empat hingga 20 tahun itu, ditemui mati dalam beberapa kejadian sejak 29 Disember tahun lepas dan terbaru, pada 25 Januari lalu.

Difahamkan, semua gajah yang mati itu disebabkan racun tikus. “Taklimat mengenai kejadian itu sudah disampaikan kepada saya.
Saya sudah mengarahkan pihak Jabatan Hidupan Liar menubuhkan pasukan bersepadu khas terdiri daripada Jabatan Perhutanan, Yayasan Sabah, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan polis untuk menyiasat insiden terbabit secara terperinci, termasuk mengenal pasti punca kematian.

“Sekiranya didapati haiwan ini benar-benar diracun, saya sendiri akan memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu, berkata berdasarkan siasatan awal dan laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati kemungkinan kumpulan gajah berkenaan telah diracun.

“Menerusi hasil bedah siasat kes dahulu, kita mengetahui terdapat beberapa kerosakan dalaman yang ditemui pada gajah mati berkenaan, yang dipercayai akibat sejenis racun, dipercayai racun tikus. Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut melalui pasukan bersepadu khas yang ditubuhkan,” katanya.
- Borneo Post


Isnin, 28 Januari 2013

Huiyooo..!!!! RM15,000 bayaran untuk sekali ceramah di pentas PAS..???

Sekadar hiasan: Watak Pak Cik Kayo...haha..
Pak Cik Kayo...Pak Cik Kayo...hahaha....

Itulah yang boleh diungkapkan sekiranya sekali naik pentas PAS berceramah paling lama pun 1 jam saja...dapat RM15ribu.

Rasanya gaji Pak Menteri pun tak hebat camtu...hahaha...

Inilah kerja blogger dan facebook upahan UMNO BN yang dok meroyan gila,kerja mereka 24jam hanya menabur fitnah sebanyak mungkin untuk mendapatkan upah.

Aku dengan besar hati menjemput para blogger dan facebook upahan UMNO BN naik pentas PAS untuk bagi ceramah, 45minit pun kira ok....boleh dapat RM15ribu....hahaha...

Riuh  konon-nya Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari  diperkatakan didada media dan blog pro UMNO menuduh beliau memiliki sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam dengan hasil titik peluh berceramah di pentas PAS.
------------------------------------------------------------------
Sinar Harian Online hari ini bertajuk :
'Banglo itu memang milik saya'

Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat
diperkatakan di beberapa blog. 
IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab  kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.
Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.


Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di  shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya. - SH


 Orang ni: Sabar je la Datuk....Jadi orang2 politik kena terima semua ini..tambahan pula Datuk memilih perjuangan menongkah arus kerajaan yang ada, segala fitnah dan mehnah ini adalah asam garam dalam politik tanahair. Syabas kepada Datuk Fauzi yang semakin matang dan hebat dalam perjuangan PAS khususnya Pakatan Rakyat. 

Terkini: Majlis Memperingati Mat Indera di Taiping boleh diteruskan - OCPD Taiping

Dihadapan IPD Taiping, baru selesai berbincang dengan OCPD
29 Jan 2013 -- Taiping : Ustaz Mohamad Fakharuddin selaku Yang DiPertua PAS Taiping (YDP) bersama Sdr Sdr.Zulkafli Daud  Pengerusi KERABAT Perak, Mej (B) Yahya Arif Kamaruzzaman SU KERABAT Perak, Haji Alias Ahmad (TYDP),Sdr Ibrahim Ismail (NTYDP) dan Sdr Ahmad Saad Pengerusi Lajnah Perpaduan Negeri Perak telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping setelah dipanggil pihak polis berkaitan isu bantahan "Majlis Memperingati Mat Indera ".

Majlis ini dijadual berlangsung hari ini 29/1 di tapak Pasar Malam Kemunting telah menjadi isu panas disini yang dipercayai didalangi UMNO Taiping yang mendakwa bakal mengugat ketenteraman awam dan berbagai dakwaan yang sengaja dibuat-buat. 

Berikutan itu penganjur untuk majlis ini telah dipanggil oleh pihak Polis hari ini untuk memberi keterangan.

Hasil perjumpaan dan perbincangan  antara  Penganjur dan pihak Polis iaitu OCPD Tuan Yusof Mat Diah yang berlangsung dipejabatnya disini telah menetap bahawa majlis tersebut  boleh diteruskan.

Bagaimana pun lokasi-nya telah diubah ke Balai Islam Bukit Jana pada masa yang sama seperti yang dijadualkan pada malam ini.

Ust Fakharuddin
Pihak penganjur majlis ini akur dengan arahan pihak Polis supaya mengubah lokasi kerana kawasan Pasar Malam Kemunting adalah kawasan awam dan perlu dipohon kebenaran dari pihak berwajib sekiranya ingin mengunakanya.

"Saya mewakili penganjur mengucapkan terima kasih kepada Tuan  OCPD Taiping yang membenarkan majlis ini diteruskan walaupun lokasinya diubah tidak jauh dari lokasi asal, Kita pihak penganjur amat menghormati undang-undang demi kebaikan semua" 
"Bagaimana pun pihak PAS Taiping amat kecewa dengan fitnah dari artikal sebuah  blog Pro UMNO yang memfitnah bahawa PAS Taiping membuat majlis Puja Roh Komunis, tindakan seterusnya mungkin diambil terhadap pemilik blog tersebut kerana didapati terlalu biadap dengan kenyataanya" -  Ujar Ust Mohamad Fakharuddin ketika ditemui disini.
Diteruskan...dilokasi berdekatan: Bukit Jana malam ini..


Sumber berkaitan isu: UMNO Taiping menghina rakyat Johor



UMNO Taiping menghina rakyat Johor dengan 13 laporan Polis bantah majlis memperingati pejuang Mat Indera

“Jangan gali kubur sendiri!” itulah kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. 

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri Johor.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. - Petikan dari SH dan sumber mengenai kes berkaitan Mat Indera yang akhirnya pihak yang mendakwa Abg Mat Sabu menarik balik kes dengan memohon maaf.

---------------------------------------------------------
Hari ini  28  Jan 2013. – 13 Laporan polis telah dibuat oleh beberapa wakil NGO ( Dipercayai didalangi UMNO Bahagian Taiping) di Ibu Pejabat Polis Taiping pada jam 3.00 petang tadi  bagi membantah majlis memperingati 60 tahun Mat Indera yang mati digantung di penjara Taiping 53 tahun lalu. Pas Taiping dan Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angakatan Tentera (KERABAT) Cawangan Kamunting.

Mereka membantah Majlis Memperingati Kematian Mat Indera konon-nya  secara tidak langsung mengangkat serta mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan realitinya dan umum mengetahui bahawa Mat Indera adalah pendokong serta terlibat dengan gerakan komunis.
Blogger upahan UMNO Cikgu Najimy TaipingMali pula dengan biadap dan celupar memfitnah PAS Taiping menganjurkan "Upacara Memuja Roh Komunis". Nampak sesangat Cikgu Najimy yang baru nak pencen ini tidak bermoral dan bertaraf longkang cara pemikiranya.
Nampaknya UMNO Bahagian Taiping menjadi sasau tahap kritikal akibat desakan kekurangan ideal dalam menyayingi peningkatan sokong terhadap Pakatan Rakyat semakin bertambah di Taiping.
UMNO Taiping dilihat menghina rakyat Johor serta menafikan buku  ‘Pengukir Nama Johor’  yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
UMNO Taiping cuba gali kubur sendiri dalam isu Mat Indera





AWAS..!!!! Raja Kotak muncul kembali di Perak..???

Sebelum ini tak pernah nampak muka dan amat jarang-jarang turun ke Kawasan....

Tapi sejak kebelakang ini disebabkan PRU dah dekat.. Selalu turun ke Kawasan,bukan dengan tangan kosong,tapi dengan kotak-kotak yang berpetak-petak disetiap siri turun padang.

"Wah... seronok lah... YB Raja Kotak mai sini...aku dah dua kali dapat kotak..." kata seorang penduduk yang tinggal di Kubu Gajah Selama Perak.

"Dia bagi kita sapu ja...sokong tak moh..(Tak mahu)..kita tetap sokong PR.." itu yang diungkapkan oleh seorang Pak Cik disini.

Paling melucukan ialah setiap orang terima kotak dari YB Raja Kotak pasti diambil gambar....klip-klap-klip-klap... di snap gambar penerima  yang menerima kotak dari YB Raja Kotak...hahaha...


YB Raja Kotak bergambar dengan kotak-kotaknya 
Dah bergambar ...bagi kotak...
YB Raja Kotak memberi kotak..
Bergambar dengan kotak lagi... 
OK... Ambil kotak mesti ambil gambar dengan YB Raja Kotak...hahaha...
Berdoa tak jauh dari Kotak sebelum bagi Kotak
Bergambar dengan kotak lagi...hahaha...
Ha..... Ingat Kotak...Ingat Raja Kotak....hahaha...
Menurut sembang-sembang orang kampung kat Kubu Gajah ini mengatakan " Dia bagi sekotak...tapi di-sapunya berbukit-bukit sampai lincin....".

Ada sumber baru-baru ini mendedahkan satu persoalan mengenai terserempak dengan YB Raja Kotak ini di MC Donald Taiping Central dengan seorang Tokey berbangsa Cina. Apakah Tokey tersebut Tokey Kotak atau Tokey Kayu atau Tokey Balak...?
Siapa Tokey bersama YB Raja Kotak..???