Pengikut

Rabu, 26 Februari 2014

Ahli Parlimen selak kain pesakit warga emas hanya untuk bergambar..????

Gambar yang dihantar oleh rakan whatsapp
Benarkah gambar diatas menunjukan YB Dr Mansor Abd Rahman (UMNO BN) ahli parlimen Sik sedang menyelak kain seorang pesakit hanya untuk bergambar...??? 

Kalau ya pun nak menyantuni rakyat..mengapa hingga sanggup menyelak kain seorang makcik (Warga emas)..?? 

Dah tak ada cara lainkah nak cari publisiti dalam politik..??

Jika boleh..mohon pencerahan dan mohon jangan diulangi perkara tindakan bodoh begini...hahaha...

*Kesian Orangni tengok makcik tu..macam dimalukan oleh seorang YB...

Menabjubkan..!!! Lembu terbang di Kedah

ALOR SETAR, 26 Feb : LEMBU TERBANG... Wau berbentuk lembu menarik perhatian orang ramai di Festival Kebudayaan dan Wau Antarabangsa negeri Kedah di Taman Peringatan Jubli Emas, Suka Menanti di sini hari ini.
Festival yang bermula pada 25 hingga 26 Feb ini merupakan yang pertama diperkenalkan di negeri Kedah untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini berikutan kejayaan festival seumpama ini di negeri Johor.
Kena sangat la...pemain wau bentuk lembu tu bersongkok tinggi...hahaha.... Harap-harap dapat pujian dari tokey lembu wanita umno malaysia...hahaha....

Lepas ni buat la pula wau bentuk kangkung...hahaha...

Selasa, 25 Februari 2014

Keputusan untuk Najib yang amat pasti mengecewakan ahli UMNO

Nampaknya Najib Kangkung perlu kerja kuat lagi untuk lebih boros lagi,agar menjadi nombor satu pemimpin paling boros...Mungkin ini keputusan yang mengecewakan ahli UMNO Munafikun seluruh negara...

Tak mengapa....Najib Kangkung masih ada 4 ke 5 tahun lagi sebelum PRU berlangsung...jadi kerja kuat lagi untuk mencapai PM Kangkung paling boros....hahaha....

Bukti BR1M menambah kasih sayang terbongkar

Kah..kah..kah..kah...
https://www.facebook.com/photo.php fbid=701475179902610&set=a.417874018262729.109143.417871221596342&type=1

Isnin, 24 Februari 2014

Rahim Tamby Chick akan bawa naik harta karun Melayu RM6.4 billion

Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De La mar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk melaksanakan projek itu.
“Sejak dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.
“Ini kerana terdapat 30 kapal di lokasi tersebut. Jadi, jika hendak mengenal pasti yang mana satu kapal Flor De Lamar, kita memerlukan teknologi canggih serta melibatkan kos kira-kira AS$30 juta (RM96 juta),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putera, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) percaya dengan kerjasama kerajaan ketiga-tiga negara terbabit, kapal tersebut boleh diapungkan dan secara langsung mengembalikan warisan dan kehebatan empayar Melaka ketika itu yang telah pun diambil oleh Portugis,” katanya.Rahim berkata, harta karun di dalam kapal Portugis itu yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh diyakini masih tidak terusik kerana sudah dilitupi lumpur dan ditumbuhi batu karang.
“Kami difahamkan dalam kapal itu ada lebih 40 jenis barangan berharga yang hendak dibawa ke Portugal dari Melaka pada 1511, setelah dirampas oleh Panglima Afonso de Albuquerque.
“Senarai khazanah Melaka itu kemudian telah disenaraikan oleh anak Alfonso sebelum dibawa ke London dan badan lelongan harta purba di sana menganggar nilainya lebih AS$2 bilion.
“Antara harta karun itu ialah 22 peti wang emas dan perak serta dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada Melaka,” katanya sambil memberitahu harta berkenaan bukan sahaja mempunyai nilai kewangan, malah warisan sejarah.
Beliau berkata, sekiranya usaha mengapungkan harta tersebut berjaya, projek raksaksa itu mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
“Menurut undang-undang laut antarabangsa, biasanya di mana kapal itu tenggelam, khazanah itu akan menjadi hak milik negara berkenaan. Tetapi Indonesia hingga kini tidak dapat mengenal pasti lokasi kedudukan kapal tersebut.
“Menurut pihak Indonesia, jika kita dapat buktikan khazanah itu dari Empayar Kesultanan Melaka, harta itu boleh menjadi khazanah Malaysia,” katanya.
Katanya, kerjasama berkenaan pernah cuba dijalankan antara Malaysia dan Indonesia ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994, tetapi tidak berhasil.

Ahad, 23 Februari 2014

Menjijikan: MCA dah jilat ludah sendiri

Ini semua sebab PRK DUN Kajang....aku yakin ni arahan PM Kangkung,supaya pengundi cina di Kajang akan sokong calon BN kerana jawatan menteri akan diberi semula kepada kaum cina dari MCA yang sebelum ini menolak semua jawatan akibat sokongan yang menjunam jatuh semasa PRU-13.

Nak tunjuk konon-nya BN tu bagus...maka disuruh oleh PM Najib Kangkung supaya MCA menjilat kembali ludah sendiri.....Eeeeeee menjijikan....hahaha....