Pengikut

Jumaat, 6 April 2012

[Vedio] Isu Vale Teluk Rubiah ~ Nizar cabar Zambry dedah semua dokumen..!!!

ADA BERANI KA ZAMBRY KADIR..???????


IPOH: Menteri Besar, Dato' Seri Zambry perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dr Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

"Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale," katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.


"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.

Mohammad Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

"Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong," tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.

"Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah," jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.



Ikuti ulasan  Dato' Seri Nizar Jamaluddin 


[ Gambar ] Rosmah menyorok belakang Najib kerana jambul wasathiyah..?

PUTRAJAYA, 6 Apr 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Hajjah  Rosmah Mansor, hadir semasa siaran langsung program keagamaan yang diterbitkan  oleh TV3, Al- Kulliyah di Seri Perdana semalam, dengan tajuk "kesederhanaan"

Program ini dihoskan oleh Ahmad Nor Sulaiman  yang telah dihadiri oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (dua, kiri) dan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdulkarim Omar Fatani Al Makki(kiri).

Program ini disiarkan secara lansung selama satu jam di TV3 pada 5 petang semalam disini.

Kelihatan Hajjah Rosmah menyorok dibelakang Najib..mungkin kerana kesederhanan menunjukan  jambulnya kepada Mufti Perak dan Sheikh Abdulkarim Omar Fatani Al Makki.



Menteri Pertahanan absenteeism bergempur dengan 126 artis..?


7 April 2012
Taman Tasek Taiping -- Pesta-pestaan dengan 126 artis yang dijadual dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi tamparan hebat kepada bakal calon BN khususnya UMNO kerana Zahid  dikatakan tidak akan hadir untuk merasmikan majlis ini .

Tempat beliau,digantikan seorang Panglima Angkatan Tentera.Difahamkam bakal-bakal calon UMNO sudah bersedia untuk bertemu Zahid Hamidi,setelah gagal bertemu Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Jika betul seperti didakwa,anggota tentera seolah sesuai untuk memenuhi program hiburan semata-mata.Hiburan yang memungkin perkara maksiat dilakukan.- Sumber Sisi Bukit.


Haha... YB Zahir dan Dato Salimin terus kechewa dengan keadaan ini...Taman Tasek Taiping mungkin banjir airmata dari tangisan semua bakal calon yang sudah 2 kali kechewa...hahaha...

Sumber berkaitan [ Kilk Sini]


Khamis, 5 April 2012

Adengan Cemas,Suami Stim Dadah... Leher Isteri Mahu Dikelar..?

Friday, 06 April 2012 12:23 
alt
BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.
Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.
Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.

Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku.- KLpost

Isnin, 2 April 2012

PBTM Cawangan Dun Kuala Sepetang Taiping Perak gagal,memalukan dan ada kelentong

Terbukti memalukan persatuan..!!!

31 Mac 2012 -- Simpang Taiping Perak:  Persatuan Bekas Tentera  Malaysia (PBTM) Cawangan Dun Kuala Sepetang telah bermesyuarat Agong kali ke -17 disini. Telah dirasmikan oleh Dato Hj Ismail bin Saffian. (Calon UMNO BN yang tewas dengan DS Nizar dalam PRK Bukit Gantang lalu ).  

Menurut  rakan aku yang menghadiri mesyuarat ini mengesahkan kehadiran ahli  pada mesyuarat tersebut amat-amat merosot dan memalukan,hanya  40 ahli bekas anggota tentera yang hadir.  Sedangkan sedia maklum bahawa di sekitar Kuala Sepetang khusunya di Taiping ini mempunyai bilangan pesara tentera yang teramat ramai. Rata-rata yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah dilihat mereka yang hanya cenderong menyokong UMNO BN saja. Juga dimaklumkan ada sesetengah yang hadir  seketika kemudianya  angkat kaki  pulang apabila mendapat tahu perasminya ialah Ismail Saffian yang juga Setiausha sulit kana kepada MB Zambry Kadir. Sehingga begitu sekali bekas dan pesara tentera menolak mereka-mereka ini.

Juga dimaklumkan bahawa  pihak PBTM Kuala Sepetang ada memaklumkan bahawa ada terdapat 400 Lot tanah untuk  bekas anggota tentera disini pohon.  Perkara tersebut  telah disanggah oleh salah seorang  ahli  didalam mesyuarat dengan mengatakan ini semua kelentong besar. Mengikut sumber lagi  mengatakan janji-janji  kosong sedemikan sudah lama di lambakan kepada ahli PBTM sejak sekian lama. Hakikat sebenarnya sudah banyak permohonan tanah dibuat oleh ahli PBTM disini yang berkesudahan menanti dan terus menanti  hingga kini dan yang  berjaya dalam permohonan hanya dari puak kroni UMNO BN sahaja.  PBTM jelas dilihat sebagai sebuah persatuan  yang  berkepentingan politik terhadap UMNO BN saja. Mereka yang sanggup bodek dan ampu  terhadap kepimpinan UMNO BN saja mampu berada didalam-nya.

Satu perkara yang memalukan dan boleh dianggap gagal bagi PBTM Cawangan Kuala Sepetang ialah mengenai penyata keewangan yang di selitkan dalam dokumen minit mesyuarat tersebut. Bukan aku hendak mempertikaikan mengenai  urus tadbir segala jumlah didalam penyata tersebut yang dilihat baki akhirnya tak sampai  RM250 saja, apa yang menjadi muskhil dan pelik mengapa tiada tanda tangan dari Bendahari Kehormat dan 2 pemeriksa kira-kira..??? Adakah sah penyata akaun sedimikian dalam sesuatu mesyuarat..??  Amat memalukan sebuah persatuan yang konon-nya  gah membela bekas anggota  tentera Malaysia tetapi  menunjukan kelemahan dalam perkara asas sedemikian…Adakah penyata tersebut tidak ditanda tangan kerana menunjukan ada unsur-unsur  negetif…?? 1001 persoalan boleh ditimbulkan….hahaha….  

Ahad, 1 April 2012

Gempar..!!!! Kesan kemusnahan selepas lawatan OKU ke Taiping

Gambar yang dirakam pada 1 April 2012 jelas menunjukan kerosakan Padang Esplanade akibat lawatan  Muhyiddin 


2012 adalah tahun melawat negeri Perak..tidak hairan kalau ramai orang yang datang ke Perak sekali sekala untuk melancong ....tapi  agak menghairankan kalau datang berulang-ulang kali…baru masuk bulan mac dah berkali-kali dua Orang Kuat UMNO (OKU)  ini datang Perak..kejap Najib datang Perak tak lama kemudian  Muhyiddin pula datang..lepas Najib datang lagi kemudian  Muhyiddin ...Najib.. Muhyiddin ..Najib.. Muhyiddin ..begitulah mereka berdua silih berganti datang Perak.. Mungkin Zambry pun dah naik risau dengan gelagat dua OKU  ini..macam dah tak ada negeri nak ulang alik lawat..MB Haram Zambry Kadir pun naik pucat dengan keadaan ini…hahaha…

Kesan dari kekerapan dua OKU  ini ke Perak sudah ada kemusnahan yang jelas dapat dilihat dengan mata kasar sekarang, sekiranya  ke Taiping anda boleh lihat tapak kemusnahan iaitu sebuah padang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( Padang Esplanade ) hancur,musnah dan lunyai akibat dari kesan tapak khemah gergasi untuk sebuah majlis pada 24 Mac lalu yang di rasmikan  Muhyiddin . Padang ini adalah tempat  orang ramai sekitar Taiping bermain ragbi, bola sepak dan lain-lain aktiviti sukan tapi sekarang telah rosak teruk kerana majlis OKU.

Mahyudin datang dalam masa hanya 1 jam saja ke padang esplaned tapi  kemusnahan padang terpaksa ambil masa berbulan mungkin bertahun untuk dipulihkan dan memerlukan kos-kos tertentu pula. Majlis Perbandaran pun satu hal…demi bodek OKU didahulukan,kemusnahan apa saja dilupakan..hahaha… 

Pada bulan april ini ada lagi kemusnahan yang bakal berlaku di Taiping…kali ini dengan 1 Platun tempur  berkekuatan 126 artis yang diketuai Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi… Nampaknya Menteri Pertahanan wajib  tukar  nama kepada Menteri  Pertahanan dan Hiburan…hahaha…  Kali ini Taiping Perak bukan saja hancur  pada lokasi  tapak program malah kemusnahan dari segi sosial akhlak anak muda.[ Klik Sini]

Orang Kuat Umno  datang semua musnah..!!!!