Pengikut

Sabtu, 6 April 2013

[ Video ] Nizar Di Fitnah Rasuah Pak Din KB Berjuta


Klip video 1:53 yang di muat naik ke laman Youtube dengan tajuk "BONGKAR SIAPA PAK DIN KB" yang memaparkan temubual antara blogger barua UMNO Munafikun Taiping dipercayai Team Cikgu Najmi Taiping Mali Sekolah Kebangsaan Palma Taiping dengan seorang ahli UMNO Semanggol di Padang Esplaned Taiping.


Konon-nya Pak Cik bersongkok hitam ini mendedahkan siapa itu Pak Din KB atau nama sebenar Adris b. Salleh.

Antara jawapan atau pendedahan Pak Cik UMNO ini ialah:
"Yang saya tau sejak  duduk di Semanggol 15 Tahun..Pak Din KB ni memang orang kuat UMNO dulu,segala-gala apa-apa aktiviti cawangan sana semua dia-lah bercakap bagi Semanggol"

"Tapi saya terkejut apabila dia istyihar keluar dari UMNO masuk PAS"
Fitnah adalah makanan UMNO BN
Konon-nya Pak Din KB ini hanya driver Dato Ramli bukan-nya Setiausha Dato Ramli,

"Saya dah tengok dalam Youtube rasanya Nizar...Nizar bekas MB dulu ada pegi rumah dia,tak tau berapa juta bagi kat dia...tak tau la..." - Kata Pak Cik UMNO Semanggol yang menjadi mangsa terjahan geng Blogger TaipingMalang TaipingMali.

Orangni: Nampak sangat UMNO Perak khususnya UMNO di dalam daerah Taiping Selama dan Larut Matang amat tergugat dengan Pak Din KB yang sekarang aktiv diatas pentas ceramah PR setelah sertai PAS,Pak Din KB sekarang lantang mendedahkan segala kejijikan yang berlaku didalam UMNO.

Sepekara lagi ialah tuduhan mengatakan DS Nizar ada pergi kerumah Pak Din KB dan di fitnah memberi beberapa juta adalah satu tuduhan dan fitnah agak serius. Kemungkinan tindakan lanjut akan diambil. 


Artis Ahli PAS Suka Manifesto BN.. Apa hal ni...???


Tahniah BN Manifesto yang anda bentangkan telah meyakinkan saya bahawa PR LAYAK diberi peluang untuk menerajui negara.

Manifesto PR yang ditiru oleh anda, membuktikan bahawa polisi yang dicadangkan PR sebelum ini boleh dilaksanakan.

Ini KaliLah! - FB Mohd Hakim bin Lokman (Bob Lokman)

Hahahaha......

"LIE TO ME" Tajuk Sebenar Minifesto BN2013

Syabas....NTV7 
Kerana telah istiharkan ketika Najib Razak sedang seronok khayal syok sendiri membentangkan manifesto BN untuk hadapi pakatan Rakyat pada PRU 13 ini, sebagai tajuk  "LIE TO ME".

LIE TO ME Maksudnya BOHONGILAH AKU

Adakah penerbit stesen NTV7 sedar dan akur bahawa ketika Najib  sedang membentangkan manifesto BN PRU 13 semuanya adalah bohong dan tipu belaka..????

Ini bukan "AKU JANJI" tetapi lebih tepat "AKU TIPU"....hahaha....

Artis Abu Bakar Omar Isytihar Bantu Calon Pakatan Rakyat

Seorang lagi pelakon lelaki yang terkenal dalam drama bersiri OPAH suatu masa dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 yang di jangka 27 may ini.

Artis yang dimaksudkan ialah Abu Bakar Omar merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau Dilahirkan Di Titi GajahAlor SetarKedah

Beliau merupakan sepupu kepada bekas pengiring sultan Kelantan, Ahmad Tajuddin Shahabudin.
Antara Filem yang pernah di sertai beliau ialah:
  • Hingga Hujung Nyawa - (2004)
  • Cinta Kolestrol - (2003)
  • Cinta Tiada Restu - (2001)
  • Azam - (1997)
  • Antara Gadis - (1993)
  • Rentak Desa - (1990)
  • Bila Hati Telah Retak - (1983)
  • Tsu Feh Sofiah - (1981)


Wah..!!! Banyak sungguh artis yang telah berhijrah dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dewasa ini,

Abu Bakar Omar Bersama Pakatan Rakyat
Fenomena ini adalah fenomena luar biasa setelah pendedahan demi pendedahan yang
di lakukan oleh bloger, facebooker dan pakatan rakyat, dalam membongkar salah laku serta betapa LANUNnya UMNO BN Munafikun merompak wang rakyat selama ini.


Benarlah kata-kata Pak Man Kadir " 70% artis tanahair tidak menyokong UMNO BN"

............................................


Jumaat, 5 April 2013

NFC Akan Menternak Ikan Belukang Kepala Biru - Shahrizat Susah Hati beb.....


KUALA LUMPUR, 5 April -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika mengadakan sidang akhbar di Menara Datuk Onn di sini, hari ini.

Shahrizat menjadi susah hati dan menuntut penjelasan daripada bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Zamil Ibrahim berhubung dakwaan terdapat perancangan untuk menukar nama Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Pusat Ikan Nasional.

Nasional Feedlot Corp akan ditukar kepada Nasional Fish Corp...hahaha....

Abislah kondom jadi tempat ikan pula lepas ni, dari bau najis lembu bertukar bau hanyir ikan pulak, disyorkan ikan belukang kepala biru jadi ternakan NFC....hahaha....

4 Lokasi Di-Setiap UMNO Bahagian Dengan 4 Isu Kitar Semula Dari Tong Sampah

Isu Kalimah Allah,isu Boneka(PAS kuda DAP,DAP kuda PAS,DAP kuda PKR dan sewaktu denganya....hahaha..) ,isu hanya UMNO Munafikun saja hebat dan isu Kehebatan Najib Altantuya.

Inilah antara isu terpenting yang dikatakan tersenarai dalam mengkelentong rakyat dari UMNO Munafikun sempena nak PRU-13 nanti.

Semua isu yang akan dimainkan oleh UMNO Munafikun dikatakan akan berterusan sehingga hari mengundi,selain ceramah kelentong yang dikitar semula dari tong sampah ini dikatakan risalah-risalah haram propaganda dan tayang video juga akan dibuat.

Dikatakan dalam sesuatu Bahagian UMNO Munafikun di-seluruh negara akan melaksanakan 4 siri ceramah setiap malam dan dikesan sudah pun bermula,sasaran mereka adalah golongan "atas pagar".

Orangni rasa UMNO Munafikun dah amat terdesak dalam mencari isu untuk menarik perhatian rakyat dalam meraih sokongan politik,isu-isu yang dah berlalu,lapuk dan dah selesai tepaksa dikitar semula untuk jadi senjata politik.

Khamis, 4 April 2013

Filem Mamat Khalid macam sindir Najib je....[ Video ]


Filem Rock Oo
Filem pertama Rock (2005) mengisahkan tentang kumpulan Rock, Rimba Bara yang cuba mencipta nama sebagai rockers di era muzik 80 dan 90an tempatan. Dalam filem ini, kumpulan Rimba Bara telah dianggotai oleh Hasnul Rahmat sebagai Zubir / Zack, Que Haidar sebagai Amy Mat Piah, Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah, dan Norazmi Bahron sebagai Black.
Di dalam Rock Oo, filem ini membawa para penonton kedalam perjalanan kumpulan Rimba Bara selepas memenangi Battle of the Bands dan menjadi popular. Filem pertama mengisahkan tentang perjuangan mencipta nama, filem kedua pula mengisahkan tentang usaha mereka membawa Rimba Bara ke arah yang lebih besar.

Orangni tidak ketinggalan juga menonton filem ini disebuah pawagam baru-baru ini. Memang menarik kerana membangkitkan nostalgia pada zaman "Rock Kapak"...hahaha...
Apa yang menarik dalam filem inilah mengenai sebuah dialog dari Khir Rahman yang seakan-akan menyindir melampaui zaman-nya. 
Sedia maklum filem ini mengisahkan zaman rock kapak dalam tahun 80 dan 90an, pada masa tu mana ada negara kecoh pasal isu kapal selam,tiba-tiba ada skrip berkaitan kapal selam dalam filem ni yang minta dibuat reban ayam kalau tak boleh menyelam.
Isu Kapal Selam negara hanya menjadi isu panas negara pada  dalam  tahun 1998 dan menjadi lebih panas apabila membabitkan berbagai konterversi yang membawa pembunuhan seorang wanita warga Monggolia (Altantuya).

Agaknya skrip atau dialog panas dalam filem ini seperti dibawah ini adalah sindiran tajam dari pihak tertentu kepada Najib dan UMNO BN dalam penglibatan kapal selam negara.......hahaha.....

" Mmmm Amy...kau apa citer mi..? Aa...? Kita mi kalau dah tak leh nyanyi...kita terima ajelah hakikat...Ann.. Aaa... Aa......balik kampung je jual ais kacang...an.. an... MACAM KAPAL SELAM la mi...kalau dah tak leh SELAM naik ke darat.....buat reban...an.. ann?..." - Dialog dari Khir Rahman yang memegang watak sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah dalam filem Rock Oo.!!!.

Jika tidak dapat menonton disini sila klik terus ke Laman Youtube- https://www.youtube.com/watch?v=3fxSFRXzTU0
............................
Benarlah kata Pak Man Kadir -  "70% artis tanahair tak sokong UMNO BN"


Rabu, 3 April 2013

Artis UMNO apa citer ni...???

GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol. 

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tips Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi. 

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini. "Berderau darah saya. 

Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu. 

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya. 

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13. Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi , Yassin dan ramai lagi....

..................................
 Artis UMNO apa citer ni...???
Apa citer 2 Artis yang hebat membodek UMNO ni..??? Tak jadi calon ke...?
KJ tak rekomen ke artis-artis dalam UMNO jadi calon...? hehehe....

Perak Ada Mamagomo ?


Hamidah teruk di 'grill' peguam

Artikal dari blog Hamidahosaman.blogspot
Mamagomo Perak...menafikan...??

SHAH ALAM:Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman 
Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan 
Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam 
menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh 
peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau 
disoal balas hampir 2 jam.



Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu 
artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada 
awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".




Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar 
ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian 
seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang 
menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk 
dalam golongan Islam liberal, melacur agama 
dan menaikkan semangat pihak kafir untuk 
menjahanamkan iman umat Islam.




Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari 
berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, 
Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan 
Hamidah juga memberikan keterangan. 




Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel 
di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed 
Khalid Samad.




Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan 
posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan 
Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut. 




Namun Khalid Samad telah memanggil saksi 
yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun 
posting asal di dalam blog Hamidah telah 
dipadam namun ia masih boleh diakses melalui
www.archieve.org.com. yang menunjukkan 
posting asal artikel tersebut masih wujud dan  
jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian 
seperti seorang paderi.




Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, 
Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad 
keluar beberapa kali kerana berasa kesihan 
melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.




Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah 
seperti berikut : -




S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan 
anda bahawa artikel di dalam blog anda 
mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian 
paderi?


J : Ya.



S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah 
di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk 
sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam 
artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud 
mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan 
datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?




J : Saya menafikan gambar itu di super
 imposed oleh saya.




S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan 
dalam saman beliau bahawa datuk telah 
super imposed gambar tersebut, apa yang 
dia kata di dalam blog datuk wujud gambar 
super imposed itu bersama-sama artikel itu, 
jadi mengapa datuk nak nafikan apa 
yang Khalid tidak kata dalam samannya? 
Ertinya mengapa datuk perlu nafikan 
gambar itu disuper imposed oleh datuk 
apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda 
itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, 
apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, 
boleh jelaskan?




A : errr...




S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan 
datuk,  datuk bergantung kepada pembelaan 
justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?




J : Itu saya serah pada peguam saya.




S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda 
bergantung kepada pembelaan justifikasi, 
hakikatnya datuk menyatakan apa yang 
datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah 
benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian
 paderi maknanya datuk boleh buktikan memang 
benar beliau berpakaian paderi, begitu juga 
jika datuk kata Khalid melacur agama datuk 
boleh buktikan memang benar dia melacur 
agama, soalan saya adakah datuk mempunyai
 bukti-bukti tersebut?




J : Tiada.




J : Dengan bergantung kepada pembelaan 
justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh 
kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog 
datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi 
datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi
 dari segi yang lain pula datuk kata 
apa yang datuk terbitkan itu adalah benar.
.mana satu ni datuk?




J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana 
saya tidak lihat artikel asal saya.




Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk
 kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah
 bahawa beliau mengingatkan para pembaca 
yang ingin membuat komen di blog beliau perlu 
berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak 
menggunakan guna bahasa yang kasar.  
Hanipa bertanya




S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena 
pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk 
yang guna kata-kata tidak berhemah 
apabila datuk guna kata-kata seperti 
Plaintif melacur agama dan menolong 
menaikkan semangat pihak kafir 
menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?




J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya 
beri komen yang berhemah..




Perbicaraan akan disambung semula 
pada 12 April ini.




Khalid Samad diwakili oleh Mohamed 
Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin 
manakala Datuk Hamidah diwakili oleh 
Datuk Hafarizam Harun.


- harakahdaily
..........................
Orangni: Udah rupe perangai Papagomo 
Si YB Midah ni...pandai bikin fitnah dalam 
blog udah kantoi idak berani ngaku... 
Thumpo haoup yong..!!! Kome 
sesuai di panggil Mamagomo Perak....hahahaha....

Kerana Rosmah, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Akan Serbu Kedai Tudung

Penantian yang penuh menyiksakan bagi ke semua ahli politik di Malaysia , samada Barisan Nasional mahupun  Pakatan Rakyat. 

Begitu juga dengan rakyat Malaysia keseluruhannya tertunggu – tunggu , sejak beberapa bulan yang lepas.

Dikatakan Najib ditekan oleh Muhyidin supaya Najib mengisytiharkan segera pembubaran parlimen. Tetapi , maklumat dibelakang menyebut bahawa Mahathir yang terlalu takut untuk mendesak Najib menentukan tarikh pembubaran parlimen.

Jadi, menjelang PRU13 dimana tarikhnya akan diumumkan SPR beberapa hari lagi , pelbagai strategi untuk menarik undi akan dilakukan kedua – dua pihak. Sebagai contoh , bilamana Presiden PAS berkunjung ke Masjid Tabligh suatu ketika dulu , telah memaksa Najib juga ke sana beberapa hari lalu.

Lupa kan soal apa kata rakyat dan orang ramai. Tapi , perang psikologi , untuk membentuk perpepsi rakyat , bahawa parti aku dan aku yang terlebih mesra rakyat , lebih baik , lebih menonjol , lebih terkehadapan dan seumpamanya , perlu dibuat dalam keadaann sekarang.
Dikatakan , dalam beberapa hari lagi , Najib akan ke Mekah dan Madinah , bagi mengerjakan umrah dan mungkin juga menemui beberapa ulamak di sana. 

Cuma , jangan terperanjat nanti , sekembalinya Najib dan isteri serta rombongan akan tertonjol kelainannya.

Ramai juga yang menjangkakan  sekembali nya Rosmah dari umrah bersama Najib nanti bakal membawa perubahan amat ketara 100% , dari tidak bertudung kepada bertudung litup , menutupi rambut dan kepala keseluruhannya. Malah fesyen tudungnya nanti boleh mengalahkan muslimat PAS , yang sentiasa berjilbab.

Maka andaikata Rosmah sekembalinya dari 'menunaikan' umrah nanti , bertudung litup , berjilbab , ianya bukan sesuatu yang pelik...Wanita UMNO dan Puteri UMNO harus bersedia  dengan yang sekarang berfesyen rambut terjojol seperti Rosmah sekarang perlu membuat  persiapan dengan kedai tudung yang berhampiran....hahaha...  

18SX: Pasangan Seks Bebas Berkempen Untuk UMNO BN Melalui FB

Nah....ambekaw...!!!

Gambar Amoi tanpa pakaian ni mungkin dari MCA yang berkempen dengan hanya bendera BN.....
UMNO BN  itu lucah- FB
.............................................

Edisi Bahaya.!!! : Bendera Layar Kapal UMNO BN Bukit Gantang Tumbangkan Tiang Lampu Jalanraya Jadi Sesak

3 April: Bukit Gantang -- Tak sampai beberapa ketika selepas jam 11:30pagi Najib umumkan pembubaran Parlimen Malaysia,sebatang tiang lampu berhadapan PUSPAKOM Taiping berhampiran pekan Simpang tersungkur kebumi bersama bendera UMNO BN.

Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan aliran kenderaan sepanjang lebih kurang 4 kilometer menghala ke pekan Simpang.

Tiang lampu ini dipercayai tumbang dalam cuaca hujan lebat bersama angin kencang sekitar jam 02:00petang.

Penyebab utama tiang lampu ini tumbang adalah di-sebab bendera UMNO BN Bukit Gantang yang digantung menyerupai layar kapal bersaiz amat lebar.

Angin yang kencang dan bendera UMNO BN yang macam layar kapal ini menyebabkan bebanan dan tekanan yang kuat kerana menghadang atau menghalang angin,lalu tumbanglah tiang lampu tersebut bersama-sama bendera UMNO BN.

Pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diminta ambil perhatian dengan kejadian ini supaya mengambil apa-apa tindakan,kerana banyak bendera UMNO BN sekitar Parlimen Bukit Gantang mengantung bendera mereka seperti layar kapal.

Mujurlah pada kejadian petang tadi tiang yang tumbang kerana bendera layar UMNO BN tidak menyebabkan apa-apa kemalangan kepada penguna jalanraya.

Sebelum kejadian buruk yang boleh membahayakan orang ramai berulang lagi,adalah wajar bendera UMNO BN Bukit Gantang yang seperti layar kapal ini diturunkan segera demi keselamatan penguna jalanraya dan orang ramai.
Bendera Layar UMNO BN menyembah bumi bersama tiang lampu..
Merbahaya...!!!! Rebah menghalang jalanraya
...................................................

Selasa, 2 April 2013

Parlimen Malaysia Bubar Hari ini.....

Parlimen Malaysia Secara Rasmi Bubar Hari ini 03 April 2013 (Rabu)

Proses Pilihanraya Umum ke-13 sudah bermula hari ini.
Pengisytiharan pembubaran Parlimen Malaysia oleh Najib setelah diperkenankan oleh   Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13.


........................

Kantoi...!!! Angkara Ikut Kawan Terus Serah 70 Borang Masuk UMNO


Kalau tak menipu,tak kelentong,tak fitnah bukan UMNO BN nama...begitulah juga dengan media massa arus perdana najis Utusan Malaysia yang senajis dengan UMNO BN....

PASIR MAS 1 April - Konon-nya Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Puak UMNO Munafikun telah mempergunakan  Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh tanpa disedari , Mohd Zaidi Shafie konon-nya berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.

Hakikatnya semua itu adalah kelentong UMNO Munafikun yang sudah sebati dengan perangai suka membuat cerita kelentong kepada rakyat.

Ikuti penafian  Muhammad Hafni Zaini dan apa sebenarnya yang berlaku didalam majlis tersebut didalam rakaman dibawah ini:
Penjelasan daripada Saudara Muhammad Hafni Zaini berhubung laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1/4/2013

.....................................................

70% Artis Tanah Air Tidak Sokong UMNO BN - Man Kadir


Semalam Orangni terpandang sekeping gambar dilaman Facebook yang memaparkan seorang artis yang boleh diketogerikan pelakon "Hero Malaya" bersama dengan seorang artis yang amat dikenali dalam Pakatan Rakyat Sdr Leman Raja Lawak.

Disebabkan rasa ingin tahu apa cerita disebalik gambar tersebut, Orangni berjaya mendapat info terus daripada Leman sendiri mengenai cerita disebalik gambarnya bersama Nasir Bilah Khan dilaman Facebook.
"Cerita artis dan politik suatu fenomena...sebenarnya sudah lama bersama"- Komen Leman mengenai Nasir Bilah Khan
Oooo...Benarlah cerita seorang otai artis kepada Orangni beberapa hari lalu...

Ceritanya begini.....

Rasa dah tidak percaya,rasa ada banyak yang tidak kena dan sebagainya antara penyebab   ramai dikalangan golongan artis tanah air ini ambil keputusan tidak menyokong kerajaan sedia ada (UMNO BN). 

Artis   juga manusia biasa seperti manusia lain tapi  sejak kebelakangan akhir ini  dilihat semakin ramai menyerlahkan diri untuk membuat langkah nekad dengan memutuskan untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Man Kadir
Begitulah menurut kata Pak Jabit ataupun Man Kadir seorang artis pelakon tanah air yang sekarang bersemangat berjuang bersama PR mengatakan hampir 70% artis di negara ini tidak menyokong kerajaan UMNO BN,akan tetapi dalam 70% yang tidak menyokong UMNO BN ini bukanlah kesemua-nya menyokong PR,segelintir hanya mendiamkan diri dari berpolitik dan  selebihnya sokong PR secara diam-diam".

"Ada dikalangan mereka berdiam diri dari sentuh isu politik demi menjaga kerjaya mereka sebagai artis "- Ujar Pak Man Kadir.

Cuma sekarang ini fenomena baru atau budaya baru yang mengerunkan pihak UMNO BN semakin menjadi-jadi  apabila ramai artis tanah air berani tampil kehadapan mengisyhtiharkan diri untuk  menyokongan  PR dan perkara sebaliknya dilihat tidak berlaku terhadap UMNO BN.

Kebanyakkan artis tanah air  ini yang sudah lali dan masak dengan dunia glamour  dan keputusan mereka (Artis) untuk membantu Pakatan Rakyat dengan pengaruh yang ada pada mereka adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Artis yang tampil bersama PR ini bukanlah kerana sudah tidak laku dalam dunia seni, ramai yang sertai PR atas rasa kesedaran yang tinggi demi menyelamatkan tanah air dari perbagai kerakusan salah laku pihak pemimpin UMNO BN selama ini.

" Menyertai politik dan bersama Pakatan Rakyat bukanlah seseorang artis itu sudah hilang glamour atau tidak laku, saya masih berlakon dan masih berjiwa anak seni " - Ujar Pak Man Kadir ketika ditemui didalam Program Jelajah Negara Berkebajian negeri Perak pada 26 Mac  lalu.
Antara Artis yang Bersama PR




..........................
Orangni juga dimaklumkan ramai lagi artis yang berminat tampil menyokong PR...cuma menanti waktu dan ketika saja....Tungguuuuuuuuuuuuuuu....!!!!!!!