Pengikut

Sabtu, 2 November 2013

PRK Sungai Limau: UMNO Tabur Risalah Fitnah Depan Sekolah

3 Nov-- Beratus keping risalah fitnah yang dimainkan oleh UMNO ditaburkan dihadapan sekolah yang akan menjadi pusat pengundi esok hari bagi UPU Kg Selekoh.

Ini semua tanda-tanda UMNO di Sungai Limau semakin terdesak dan hilang modal dalam meraih undi dalam PRK N20.

Gambar - Semua risalah dikutip oleh petugas dimusnahkan dan dipercayai risalah ini akan ditabur lagi..sebab UMNO memang suka buat sampah...hahaha.....

Jumaat, 1 November 2013

PRK Sungai Limau : Pesara Tentera Tiba-Tiba Hendak Di Beri RM1000

Seorang petugas PAS disini yang juga pesara Angkatan Tentera Malaysia telah mendedahkan bahawa beliau telah ditelipon sebanyak 2 kali konon-nya dari wakil
Kementerian Pertahanan.

Panggilan pertama konon-nya mahukan data peribadi lengkap namun ditolak oleh petugas PAS tersebut dan panggilan kedua beliau tidak layan.

Terbaru beliau di hantar SMS konon-nya mereka mahu pergi rumah untuk beri RM1000.

Apa kejenis kempen ni..?? Semua agensi kerajaan dijadikan balaci UMNO dalam kempen DUN Sungai Limau...inikah kempen luar kotak yang dimaksudkan Mukhriz.

PRK Sungai Limau Kempen Kejadah Apakah ini..!!: Patung kudung kaki di gantung

Patung separuh tubuh dengan kaki kudung digantung ditengah-tengah persimpangan jalanraya di Sungai Limau. Apa kejadah semua ini..!!??

PRK Sungai Limau: Risalah Haram UMNO Mula Di Sebarkan

2 Nov -- Risalah berbentuk buku komik (kartun) dah mula ditaburkan di sekitar kg Kabu 10 Sungai Limau.

Buku risalah tersebut mengandungi watak2 kartun dengan aksi dan dialog yang penuh dengan fitnah yang menjijikan.

Orangni pagi ni sempat jadi pemungut risalah sampah dari UMNO,banyak juga yang sempat dipungut sebelum dibakar....hahaha....

Orang ramai yang ternampak risalah ini sila jadikan ianya sampah ataupun dijadikan abu.....hahaha....

PRK Sungai Limau : Lori Najis Jadi Bahan Kempen UMNO

Gambar kat bawah ni bukan gambar lori minyak pertol bersama Timb. Menteri UMNO nak bagi minyak pertol percuma kepada pengundi Sungai limau...sebaliknya sebuah lori najis yang dihias dengan bunga reben sebagai bahan kempen UMNO disana...hahaha...
Dah kekeringan modal dalam kempen PRK N20 Sungai Limau....
UMNO terpaksa guna lori najis sebagai bahan kempen...hahaha...

Khamis, 31 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Program Satu,Dua dan Tiga Semuanya Hebat

Semua program hebat di Sungai Limau hari ini,esok dan lusa sebelum hari pengundian pada 4hb ini

PRK Sungai Limau (GAMBAR) : Pesta Seksa Itik Dalam Bendang Siri Kedua Bersama Artis Tu..

Ni acara yang lepas...kempen seksa itik 1
Aduhhhh....ingatkan dah habis dah kempen seksa itik dalam bendang_sebab pada 27 Okt lepas depa dah buat dah Puteri UMNO Siksa Itik Dalam Bendang]...rupanya hari ini 31 Okt depa buat lagi pesta yang sama lagi_tapi kali ini peserta dari Pemuda dan Puteri  lebih galak lagi beraksi dalam bendang untuk kejar atau seksa itik,sebab ada beberapa artis veteran Tua dipunggut datang oleh UMNO Kedah dalam misi kempen PRK N20.

Masa PAS buat gimik tabur padi dalam bendang oleh Tuan Presiden PAS TG Abdul Hadi beberapa hari lepas puak UMNO jadi sasau konon-nya acara yang memalukan... 

Nah..!!!Sekarang  Hangpa tengok...siapa yang lebih memalukan dalam bendang..???

Mana ulamak UMNO atau Ust UMNO...mai bagi tau sikit apa cerita dengan acara Puteri dan Pemuda UMNO dalam bendang ni...teringin cek nak dengak....hahaha...
Acara terbaru...seksa itik kedua pula..hahaha...

Nampak sesangat UMNO Kedah dah ketandusan akai kepala otak dalam berkempen di Sungai Limau...bikin malu saja dengan itik-itik....hahaha....


Menteri Akui Setiap Hari 60 Orang Muflis di Malaysia

Sehari 60 orang muflis_kalau sebulan 60x30=1800 Orang Muflis dan kalau setahun..?? 

Nah..!!! ramailah muflis...ni semua kejayaan UMNO BN mentadbir negara sehingga ramai rakyat menjadi muflis.

..............................
Golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
PUTRAJAYA: Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.
“Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya.
Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.
Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.
Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.
Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan  kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).
Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus)
Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut.
Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.
Katanya di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.
“Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat.
“Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.
“Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri,” katanya.– BERNAMA

Rabu, 30 Oktober 2013

VIDEO KECOH..!!! Wakil UMNO 'Mengamuk' Bila Isu 'Sapu' Tanah Didedahkan

Wakil BN (Kuang) seperti hilang kawalan apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan bagaimana Umno selangor telah menjual beberapa keping tanah kepada MCA, MIC, dan Gerakan ketika berkuasa di Selangor sebelum ini.

Tahniah: Akhbar MalaysiaKini Bakal Di Terbitkan

Dah dapat lampu hijau...
Sekiranya akhbar terbitan Mkini Dotcom (MalaysiaKini) berada dipasaran tanahair nanti media cetak tanahair  bakal menjadi bertambah hebat untuk tatapan rakyat yang ketandusan info terutamanya bagi golongan offline. 

Syabas awal buat MalaysiaKini...rakyat semua ternanti-nantikan akhbar MalaysiaKini dipasaran.

Sumber berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/245356

PRK Sungai Limau : Apa Ada Pada Malam Jumaat Ini ? - 31 /10

Lawati : https://www.facebook.com/prkn20sglimau?hc_location=stream

PRK Linggi Selepas PRK Sungai Limau dan Banyak Lagi..???

Rasanya selepas selepas PRK kat Sungai Limau selesai SPR mungkin boleh buat PRK kat Linggi N9 pula...sebab dah jadi trend sekarang bila ada PRK saja penduduk disekitar tersebut akan dapat habuan segera dari para pemimpin UMNO BN yang mempunyai kuasa memberi peruntukan.

Mungkin ada yang kata cam mana nak buat PRK sebab tiada kekosongan kerusi bagi DUN atau Parlimen..bagi Orangni senang je_suruh ADUN atau wakil rakyat tu letak jawatan segera supaya senang nak bagi rakyat dapat bantuan...hahaha...

Dalam PRK Sungai Limau memanglah wajib dibuat PRK kerana kekosongan kerusi DUN tersebut sebab pemergian Allhyarham Ust Azizan.

Tapi tengoklah apa yang berlaku kat Sungai Limau sekarang...Pak Menteri dengan mengunakan kuasa menteri turun berkempen dengan menabur berjuta-juta-juta ringgit konon nak bantu rakyat_ (Malas nak senaraikan jumlahnya...hahaha...) Pendek kata kepala paip kat rumah pengundi rosak pun Pak Menteri UMNO boleh bagi peruntukan berjuta-juta.
Keratan dari Sinar
DUN Linggi adalah salahsatu contoh patut buat PRK sebab masaalah air paip berkarat,tapi tiada tindakan dibuat setelah bertahun-tahun berlaku serta laporan pun dah buat,jadi wajarlah diadakan PRK. Mohon ADUN N32, Linggi, Abd Rahman Mohd Redza (UMNO BN) kosongkan kerusi DUN untuk kepentingan rakyat di DUN Linggi.
DUN Linggi wajar buat PRK
Apapun mungkin banyak lagi tempat lain pun wajar buat PRK dinegara ini terutamanya dikawasan rakyat yang dihimpit masaalah yang berlarutan seperti di Sabah dan Sarawak yang menjadi masaalah tradisi iaitu masaalah jalan perhubungan yang sangat menyedihkan. So PRK adalah jalan terbaik supaya mudah dapat bantuan dari Pak Menteri UMNO BN.
Sabah juga perlu adakan PRK
YB yang rasa tak mampu bantu rakyat sila letak jawatan dan buat PRK untuk rakyat senang...hahaha...

Selasa, 29 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Tuu...dia... Ust Kazim Elias Berkempen untuk UMNO Sungai Limau


Rasanya semua dah tau...sebab dah banyak kali..bukan sekali,bukan 2 kali tapi dah berkali-kali_cuma Kazim saja tak nak mengaku secara terbuka bahawa dia adalah salah sorang jentera dalam perjuangan UMNO Munafiqkun ditanahair ini.

Terbarunya ialah semalam 29 okt bersempena PRK N20 Sungai Limau, Kasim telah di jemput oleh UMNO untuk berceramah konon-nya di Yan Kedah_tapi hakikatnya ialah berkempen untuk calon UMNO disana.

Macam biasa la...dalam cermaah Kazim ni...konon takda mengutuk_tapi hanya mengata pihak PR dengan berbagai fitnah,salah satu isu yang dimainkan oleh Kazim ialah berkaitan kalimah Allah dan lain-lain lagi.

Hari ini dalam laman FB Kazim_nampaknya puak macai-maca UMNO Munafiqun riuh rendah dok ucap tahniah sebab datang berkempen untuk UMNO di Sungai Limau. 

Tak payah nak selindung la Kazim...semua orang dah tau hang tu UMNO totok....hahaha...
Berapa la Mukhriz bayo untuk Kazim datang kempen ni yer...??? 
** Orangni ada dilokasi PRK N20 semalam...tapi tak sempat nak p dengar kelentong Kazim sebab sibuk dengan program yang lebih bermenafaat....hahaha...

Isnin, 28 Oktober 2013

Hukum Hudud : Negeri Perak akan tiru Negara Brunei...In Sya Allah

Keratan akhbar mengenai Hudud terlaksana di Brunei
Berita Negara Brunei laksana hukum hudud baru-baru agak panas di perkataan dimedia massa.

Alhamdullilah kerana Negara Brunei menjadi negara yang benar-benar istiqamah dalam mahu mengikut undang-undang Islam.

Nie cerita pasal MB Perak Dr Zambry kadir dari sok-sek-sok-sek dengan rakan-rakan politik yang berbagai fahaman...hahaha...

Ramai yang tak tahu bahawa MB Perak iaitu Dr Zambry kadir sebenarnya dikatakan seorang yang agak warak dikalangan ahli UMNO Perak dan sering dilihat keluar berkelana (Usrah atau Ziarah) bersama rakan-rakan ke merata tempat dalam negeri dan juga ke luar negara.
Laman FB YB Zahir ADUN Kemunting mendedahkan lawatan Zambry ke Brunei
FB YB Zahir ADUN Kemunting (UMNO) ada mendedahkan bahawa beliau dan MB Zambry Kadir membuat usrah (Ziarah)  ke negara Brunei dalam bulan july selepas PRU13 kalau tak silapnya. 

Nampaknya lawatan ini adalah lawatan tidak rasmi bagi seorang MB Perak ,kerana tiada tersebar dimedia massa rasmi dan kalau dilihat dari gambar yang dimuat naik dalam FB Zahir pun nampak lawatan ini tidak berprotokol.

Kemungkinan Zambry Kadir dah ambil iktibar dengan negara Brunei yang dilawatinya dan tidak mustahil Zambry ada kekuatan untuk menegak-kan hukum Allah dibumi Perak sepertimana negara Brunei_jika tidak sia-sialah usrah atau ziarah berkonsepkan Islam yang dilakukan oleh Zambry kadir serta rombongan ke negara yang telah melaksanakan hukum Allah ini.
Gambar dari FB YB Zahir menunjukan Zambry disebuah  Masjid dinegara Brunei dalam program usrah
Andaikata negeri Perak yang  bermenteri Besar  Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir  melaksanakan hukum Allah terlaksana...MakanOrangni dengan rasminya akan berpencen wajib dari menghentam UMNO khususnya UMNO Perak....doa-doakanlah....amin...

PRK Sungai Limau: Apa nak jadi..??? Pintu Surau Jadi Mangsa Politik UMNO BN

Pergh..!!! teruk betoi kempen cara luar kotak Kempen Kepala Hotak yang di-idealkan oleh Muhkriz nie...

Semalam Puteri UMNO berkempen dengan cara menyeksa itik dalam bendang_hari ni pulak pintu sebuah surau pulak jadi mangsa politik luar kotak....hahaha...

Pintu surau tu nampak bukan main cantik lagi...tapi nak kempen luar kotak punya pasal sorang Timbalan Menteri pegi bubuh sapu cat lagi....apa punya banggang jenis kempen ni...???

Satu persatu kempen konon-nya guna luar kotak dari Mukhriz nampak bodoh punya kerja....hahaha...
Kempen membazir cat,membazir masa dan membazir tenaga dari menteri UMNO BN..

PRK Sungai Limau : Woii..!!! Calon BN buat apa nie...????

Selalunya puak UMNO Munafiqkun tunjuk 1 jari menandakan 1Malangsia...
Tapi lain pulak calon UMNO BN kat PRK Sungai Limau ni...hahaha...
 Dr Sohaimi Lazim calon UMNO BN yang dikatakan pernah mendapat rawatan mantel...betoi ka..??
Agak korang apa maksud isyarat 2 jari yang ditunjukan oleh calon UMNO manufiqkun ini..???
  1. Isyarat 2 keris telanjang
  2. Isyarat nak 2 juta
  3. Isyarat nak bini 2
  4. Isyarat kalah 2 ribu mejoriti
  5. ** Ikut suka korang apa jawapanya....hahaha....

PRK Sungai Limau: Pendedahan Syiah Mula Berkempen Untuk Calon PAS ???

Tuuu...dia...depa mula dah...: Ya Ali, menangkan lah jemaah kami, ini bermakna calon Pas Sg Limau adalah Syiah, apakah ini benar? Hanya Azam dan Mahfuz mampu memberikan jawapan. - Keratan dari blog Ketua UMNO Cawangan Kg Expo Perak Cikgu Najmi
Nampaknya kempen Luar Kotak dari ideal Mukhriz untuk digunakan oleh UMNO Munafiqkun didalam kempen di PRK Sungai Limau semakin rancak dengan ideal Luar Kotak yang amat busuk ibarat kotak Najis.

Nampaknya semua ahli dan petugas PAS di lokasi kena berhati-hati dengan kempen baling tahi sembunyi tangan ini. 

Orangni amat yakin 200% banner ini dipasang oleh puak UMNO Munafiqkun semata-mata nak kaitkan PAS dan Syiah untuk menjadi isu dalam meraih undi.

Sila ambil tindakan dan sila turunkan banner sebegini dan humban kedalam tong sampah segera..!!!!

Ahad, 27 Oktober 2013

Puisi MAZA Dah Lama Siap Untuk Najib : KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI ?

Sila renung bait-bait puisi ini...walaupun diilhamkan oleh MAZA dalam tahun 2010_ianya seperti ditujukan kepada pemimpin UMNO yang rakus terhadap rakyat sejak dahulu hingga kini... puisi ini amat sesuai dibaca dihadapan Najib.

PRK Sungai Limau : Puteri UMNO Siksa Itik Dalam Bendang

Puteri UMNO.....!!! Dah takda kerja ka hangpa nie oii....

Orang dok sibuk kempen kat Sungai Limau puak ni macam benak kepala otak_boleh buat sukan dalam bendang....yang peliknya,puteri UMNO dari luak saja yang terlibat_nampak sangat hangpa jakun tengok bendang...hahaha...

Habis anak-anak dara kot belah sini hangpa ajak ikut cara hangpa....bendang tu tempat orang tanam padi_tempat orang cari rezeki_hangpa p buat acara ligan itik_kesian kat itik-itik tu... kalau hangpa buat acara kejar Lembu ajak Shahrizat sekali baru la gempaq...hahaha....dah takda akai apa nak buat ka..???

Acara siksa itik dari Puteri UMNO Malaysia...hahaha...


PERINGATAN: Lain kali kalau nak buat acara camni...Puteri UMNO sila ajak Mukhriz,Jamil Khir dan Calon UMNO BN sekali..baru best..hahaha....

PRK Sungai Limau : Gambar Datuk Jamil Khir Baharom Mengaminkan Doa yang Dibaca Oleh Calon PAS

Alhamdullilah...kalau beberapa hari lalu bapa Jamil Khir berdoa untuk kemenangan calon PAS dan kini Jamil Khir sendiri menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh calon PAS Ust Azam dalam satu majlis menziarah kematian seorang penduduk disini.
Mana calon BN..??? tak boleh baca doa ke..??