Pengikut

Sabtu, 7 Jun 2014

Imam Masjid Ust Huri Alias Terbit Album Lagu "Inilah Jalanku"

Ustaz Mohd Huri bin Alias, rasanya warga daerah Manjung Perak ramai mengenali beliau, kerana pernah menjawat Imam di Masjid Lumut dan Masjid Daerah Manjung, kemudian beliau bertukar ke masjid Sultan Azlan Shah Ipoh dan sekarang bertugas sebagai Imam di Masjid Daerah Pengkalan Hulu.
Ust Mohd Huri
Pada malam 7 Jun 2014 bertempat di Gerbang Malam didalam sebuah program Street Dakwah di Ipoh Ust Huri telah melancaran album sulung terbarunya bertajuk "Inilah Jalanku". 

CD Album ini memuatkan 6 buah lagu menarik yang kesemua lirik dan gubahan lagu dari Ust Huri sendiri.

** Orangni harap korang janganlah beli CD yang cetak rompak,sebab Ust Huri ni pun tak rompak lagu-lagu orang lain..dia gubah sendiri lagu-lagunya,jadi belilah CD yang Origenal di pasaran.


Perak Masih Berkabung: DBI dah lulus program mega maksiat di Ipoh..?

Al Marhum Paduka Sultan Azlan baru saja mangkat dan rakyat negeri Perak Masih lagi dalam suasana berkabung atas kemangkatan Sultan Azlan pada 29 May 2014

Tapi agak mengejutkan apabila pada 12 june 2014 nanti bakal berlangsung satu program mega maksiat akan dibuat dinegeri Perak.

7 Jun 2014- Orangni bersyukur kerana dapat berbual sendiri dengan orang No 1 Jabatan Agama Islam Perak (JaiPk) berkaitan isu ini secara ringkas di dalam program street dakwah di gerbang malam Ipoh.

Dalam perbualan terjah ringkas ini orang no1 JaiPk memang mengesahkan tentang program maksiat tersebut akan berlangsung di sebuah taman tema air di Tambun Ipoh.

Khabarnya lebih 2ribu dipercayai orang islam dah mendaftar untuk join program tersebut. 

Lebih berat lagi program yang dikatakan peserta akan akan berpakaian mandi (bikini) akan dihidangkan dengan minuman arak.

Orangni ada bertanya apakah tindakan JaiPk dalam isu ini. Jawapan ringkas ialah "In sya Allah kita akan pantau".

Agak memeningkan sebenarnya isu program maksiat mega ini kerana dikatakan pihak Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) dah luluskan program ini.

Apa yang boleh dibuat ialah report polis untuk bantahan dari program ini diteruskan.
Orangni harap pihak NGO dan sebagainya di Perak bangun untuk membantah program maksiat tersebut..

Jumaat, 6 Jun 2014

Pesara Tentera maki hamun KKM dan JAKIM kerana Cokelat [ Video ]

LOGO REJIMEN ASKAR MELAU DI-RAJA (RAMD)
KERANA ISU DNA BABI DAN COKELAT  CADBURY.....
"halal..haram..halal..haram..haram..kepala hotak dia"
"haram..halal..halal..haram..haram jadah betul"
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Rani kulop dah maki Jamil Khir Baharom (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan.....hahahaha.....

Tentu sesetengah bekas tentera darat Malaysia kenal dengan Rani Kulop ni...sebab khabonye Rani Kulop ni bekas seorang Rejimen Sarjan Mejar atau PW1 (RSM) dalam sebuah pasukan Askar Melayu dalam tahun 90an...

Hahaha.....glamour juga bekas RSM ni ye......selalu beno masuk TV kerana isu semasa......hahaha....

Khamis, 5 Jun 2014

Dahsyat...!!! Ostaz Kazim buat program kuliah atas kapal judi mewah sambil mengembara ke Phuket...??

Publisiti dari FB Ostaz Kazim Al- UMNO...
Pergh.!!!! Hebat betul Ostaz belaan UMNO ni... semata-mata nak buat program kuliah,solat subuh,zikir dan aktiviti ilmiah konon-nya... Hinggakan ada pihak sanggup anjurkan semua tu atas kapal laut mewah sambil mengembara hingga ke Phuket Thailand...

Bertambah hebat kapal mewah yang dimaksudkan adalah kapal yang dipercayai milik syarikat judi terkemuka dalam negara..

Khabarnya seorang peserta yang mahu sertai program diatas kapal mewah bersama Ostaz Kazim Al-Umno ni akan dikenakan harga bayaran antara RM2,300 hingga RM3,800.... Fuhh...!!!! memang hebat harganya pun...hahaha..... 
Tapi tak apa, peminat Ostaz Kazim di Malaysia semua banyak duit, maklumlah semuanya penyokong dan ahli UMNO..semua kaya-raya....hahaha.... setakat 2 ke 3 ribu tu minta kat JKKK pun dapat...hahaha......
KULIAH DAN TAZIRAH DIATAS KAPAL JUDI MEWAH....



Rabu, 4 Jun 2014

Soalan kuiz sebelum masuk melawat Beruang Panda tersebar..!!!

Sebelum berhajat nak habiskan duit poket korang melawat panda....elok korang jawap soalan kuiz objektif dibawah ni... selesai menjawap... hadiahnya ialah anda akan beroleh keputusan nak teruskan hajat atau tidak selepas menjawapnya....hahaha...
.....
Soalan kuiz ini tersebar luas diwhatsapp..hahaha..

MEJAR ZAIDI DI DAKWA

JEMPUT DATANG SEMUA

Salam BERSIH,
Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada:
Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014. Masa : 9.00 pagi Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur
Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal.

Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal.

Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.

Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)
4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah. 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428


Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.


copy paste from Tukar Tiub

Selasa, 3 Jun 2014

TERBONGKAR..!!! PM Najib Lakukan Amalan Syirik dan Haram Di-Sarawak [Bergambar]

Sila baca artikal dibawah ini:

Miring

Tarikh Keputusan: 
 9 Dec, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini membincang tentang amalan upacara Miring yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat tersebut bila tetamu melawat ke tempat mereka. Ini kadang-kadang melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut. Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci kertas tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-
Keputusan: 
Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.
Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0
 Korang tengok gambar dibawah ini:
** Agaknya Jakim dan majlis fatwa Malaysia akan ubah upacara Miring ini menjadi halal seperti mana isu cokelat Cadbury..???? Sama-sama kita semua tunggu...hahaha......

Isnin, 2 Jun 2014

Video Kisah Ziarah Jenazah Al-Marhum DYMM Sultan Perak

29 mei 2014:
Orangni didalam bas shutter dari pekan kuala kangsar ke Istana Bukit Chandan yang membawa rakyat menziarah pada hari kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan... 
Macam takda rasa hormat, lagu hindustan dipasang dengan kuat dalam bas tersebut...

Ahad, 1 Jun 2014

Video penyokong BN mabuk dan bergaduh menyambut kemenangan MAH SIEW KEONG

Lokasi: Pusat penjumlahan undi PRK P076 ( Dibahagian penyokong BN)
** Dipercayai mabuk punya pasal.....sebab Orangni terhidu bau arak yang kuat semasa merakamkan kejadian ini.

*** Siaran lewat mengupload video ni kerana Orangni baru hari ini terjumpa rakam ini dalam simpanan...hahaha...