Pengikut

Sabtu, 2 Mac 2013

Gempar..!!! YB Banner Kemunting Di Tendang PERKASA dan meletup

Siapa yang tak kenal YB Banner ADUN Kemunting...? 

Boleh dikatakan apa saja tarikh,tajuk dan sebagainya dalam negara akan di naik-kan banner ucapan daripada Dato Zahir yang amat popular dengan gelaran YB Banner.


Sehinggakan dalam satu-satu masa 4 ke 5 banner dengan mukanya tersenggeh mencemarkan permandangan sekitar Taiping akan dinaikan.

Sekarang tergantung banner dari Zahir dengan berbagai tajuk yang menyemak-kan pemandangan. Salah satu banner tersebut ialah bertajuk "Selamat datang Mahasiswa Anak Perak" yang akan dibuat kat sebuah hotel di Taiping.

Meletup..!!!! Paling sadis-nya ialah salah satu banner ini telah ditendang jatuh oleh geng PERKASA yang rasanya marah dengan banner Zahir kerana dengan kurang ajar-nya menghalang sehelai banner PERKASA di persimpangan dekat tol susur keluar Kemunting.
Sebelum ini ada banner Zahir yang halang banner PERKASA ini...tapi sekarang telah dibuang  oleh  PERKASA
Hahaha.....tersepuk banner Zahir macam sampah kat tepi jalan, rupa-nya Zahir ini tidak disukai dan tidak dihormati oleh mejoriti ahli PERKASA disini termasuk ramai ahli UMNO kat Taiping. 

Khabarnya Zahir ni berlagak macam ahli koperat@keparat,kalau nak berurusan dengan Zahir dikhabarkan macam jumpa ahli perniagaan bukan macam seorang YB ADUN. Sehinggakan kat pejabat khidmatnya pun dah jadi macam  pejabat  urusan ahli koperat.


Memang banyak sudah cerita-cerita konterversi mengenai YB Zahir ini bakal tersebar dan ada yang dah tersebar,kalau tak silap Orangni hampir 80 senarai kisah menarik Zahir yang bakal meletup. 


Salah satunya ialah Zahir dikatakan peminat tegar minuman Chivas12...!!?? Benar atau tidak...tungguuuu.......

Semua pendedahan ini bakal diletupkan oleh orang dalaman UMNO Bahagian Taiping sendiri....cuma kita tunggu dan bersabar saja untuk sedikit masa lagi.....hahaha.....

2 Ziarah Yang Berbeza keatas Perwira Negara Yang Gugur Di Lahat Datu Sabah

  • Ziarah 1

Tuanku Hajah Haminah Ziarahi Keluarga Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun (Gambar Di-atas) telah berkenan menziarahi keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 01 Mac 2013. 

Tuanku Hajah Haminah telah berangkat ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk menziarahi dua keluarga terbabit disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Kedua-dua  kaum keluarga Perwira Negara berkenaan berada di Pengkalan TUDM Subang untuk mengunggu ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Sabah untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.  

Kelihatan Tuanku memegang pipi anak  Allahyarham Inspektor Zulkifli sambil diperhatikan oleh isteri Allahyarham, Nor Aziah Nor (27 tahun) yang sedang duduk diatas kerusi roda dan sedang mengandung anak ketiga.

  • Ziarah 2

Rosmah Mansor  Berkepit Dengan Najib Ketika Ziarah Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah dengan rambut terjojol
Rosmah sempat berkepit-kepit dengan Najib dikala jenazah salah seorang perwira diusung keluar dari pesawat TUDM.
Malas mau komen...lihat gaya Rosmah..
Orangni: Dimana adap seorang wanita Islam bagi seorang isteri PM dikala menziarahi kematian..?? Mohon pencerahan dari  Ustaz,Tok Mufti dan Para Ulama UMNO jawap...


Jumaat, 1 Mac 2013

Lahad Datu Jadi Bahan Utama Perang UMNO BN

Petikan dari blog pencacai haram jadah UMNO BN:

  • Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah. Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.
Sumber politik kejam dari UMNO BN
..................................................
Kebenaran atau kebetulan apa yang berlaku di Negeri Di Bawah Bayu sekarang bukanlah suatu bualan mainan. Ini kerana berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara. Rakyat ditanahair ini pasti ramai yang berasa agak panik dengan suasana yang berlaku di Lahad Datu Sabah. 

Episop konon-nya pencerobohan di Kampung Tanduo Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa dari 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu bermula dengan tajuk kecil di ruang-ruang media diseluruh negara kini sudah menjadi tajuk besar dan gempar hari ini dan esok mungkin bertambah gempak gempita lagi.

Tahap kepercayaan rakyat atas semua yang berlaku masih ditahap 50/50, bukan tidak percaya dengan dengan kejadian terkorban-nya beberapa anggota keselamatan yang dilaporan hari ini,tapi kepercayaan dari sudut lain atas urutan kejadian.

Ini disebabkan situasi tanahair yang bakal tersangat hampir untuk menghadapi tarikh yang teramat dinantikan rakyat iaitu Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Kebetulan atau mungkin kebetulan terancang masih dibayangi atas apa yang telah mewarnai tanahair dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini dan apa yang sedang berlaku sekarang.

Sejak bermula episop ini lagi sudah ada artikal-artikal dari blog pencacai haram jadah UMNO BN mula mengaitkan semua yang berlaku dengan Pakatan Rakyat. Hari demi hari dari apa yang berlaku di Sabah ini seolah-olah bahan utama perang UMNO BN dalam memerangi Pakatan Rakyat.

Episop Lahad Datu seolah-olah bakal menjadi letupan kuat pada negara yang dicetuskan oleh UMNO BN bagi meraihkan  kembali undi dari rakyat dalam PRU 13 konon-nya merekalah "Hero" dan petualangnya Pakatan Rakyat.

Beberapa blog pro kepada UMNO BN sudah mula membuat letupan-letupan kecil dan sederhana mengatakan apa yang berlaku di Sabah adalah dari DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pencacai-pencacai UMNO BN dilihat  tidak menghargai tugas dan nyawa para anggota keselamatan yang terkorban dan ramai lagi yang berhadapan dengan bahaya dilokasi dengan mengaitkan semua ini dengan politik sempit dan boleh juga dikatakan politik kejam dari UMNO BN..!!!

Sungguh malang bagi seluruh rakyat tanahair ini seindainya  keselamatan negara ini dijadikan skrip sebuah lakonan filem  ngeri yang dilakonkan oleh anggota keselamatan demi kepentingan politik kejam UMNO BN. 

Sekiranya kejadian di Lahad Datu ini satu ancaman "benar" kepada negara...janganlah dipolitikan oleh mana-mana pihak parti politik,jangan cetuskan politik kejam dengan membariskan nyawa anggota keselamatan. 

Apa yang perlu ialah sokongan dan semngat kepada anggota keselamatan yang bertugas dan doakan keselamatan dan keamanan dilokasi kembali seperti sedia kala, bukan menuduh dan memfitnah mana-mana pihak membuta tuli demi kepentingan politik.

Orangni:  Sentiasa berdoa dan berharap Negeri Dibawah Bayu kembali aman tenteram dan semoga anggota keselamatan yang bertugas dilokasi sentiasa dalam keselamatan yang baik.
Orangni juga turut mengutuk pencerobahan keatas tanah air ini sama ada terancang,dirancang atau apa-apa rancangan mengugat keselamatan negara dan berharap jangan dijadikan isu ini sebagai senjata politik kejam...... Takbir....!!!!!!
..................................................
★★★
[KENYATAAN MEDIA] 
Insiden Lahad Datu: Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara?
-Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

1 MAC 2013

INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM




Khamis, 28 Februari 2013

YB Rosli Naik Kura-Kura Kuning Kecewa Semasa Banjir

Kereta Kura-kura: Ikut harga pasaran dalam negara sekarang kereta jenis Volkswagen Beetle (Baru) ini mencecah RM139,888 (1.6) dan RM156,888 (2.0). Kalau yang dah terpakai mungkin masih lagi mencecah RM100,*** .

Baru-baru ini Orangni terjeremah (Terjumpa) dengan YB Dato Rosli B. Husin ADUN Terong Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bergaya dengan sebuah kereta baru tapi klasik jenis Volkswagen Beetle berwarna kuning dengan plat kenderaan PHM 34. 
YB Rosli dan Kura-kura Kuning mengila di Bukit Gantang
Tak sangka YB Rosli suka warna kuning..ingatkan fobia dengan warna kuning BERSIH...hehehe....

Apapun lantak p lah kat YB Rosli nak guna kereta apa pun, aku pun tak tahu adakah itu kereta milik YB Rosli sendiri ataupun kereta pinjam...hahaha....

Menariknya ialah dikatakan oleh orang kampung disini bahawa  YB Rosli menunjuk-nunjuk kereta Volkswagen Beetle ini dikala beberapa buah kampung di sekitar Bukit Gantang dilanda banjir.  

"Patut ka dia (YB) mai tengok kami di pusat pemindahan banjir dengan kereta kura-kura kuning tu..? Nampak sangat dia nak menunjuk-nunjuk..tapi ramai juga yang gelak tengok aksi lawak dan menunjuk dia ni..." - kata salah seorang mangsa banjir disini.

Pssss.... Patut la YB Rosli tak p menjenguk rumah Ketua Wanita UMNO yang ranap dihempap pokok...rupanya sebab naik Kura-Kura Kuning..,maklumlah kura-kura..tentu lambat pergerakan nak melawat mangsa, YB Rosli dapat tengok sebuah dua rumah pun jadi la,lepas tu rakam video......hahaha.... 
YB Rosli Kura-Kura konon-nya Kechewa...hahaha...
Dalam sebuah klip video yang dimuat naik dalam blog AAPC ( Anak Awang Puting Churut Tepen Mali) Konon-nya YB Rosli kecewa sebab Ahli Parlimen Bukit Gantang tak turun tengok mangsa banjir. Nampak sangat YB Rosli ni mangkuk ayun jenis kura-kura makan najis... DS Nizar sebenarnya ada turun bersama Ust Idris melihat mangsa banjir,cuma malas nak menunjuk-nunjuk macam YB Rosli yang bangga ada kura-kura kuning...hahaha...








Putera Mahkota Salman Buka Akaun Twitter


Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Salman telah membuka akaun Twitter pertama baginda pada 23 Februari lepas dalam bahasa Arab.  

Dalam post pertamanya baginda menulis "Ini adalah akaun rasmi dan kepunyaan Duli Yang Teramat Mulia Putera Salman bin Abdul Aziz Al Saud, Putera Mahkota Kerajaan Arab Saudi". 
Sesiapa yang boleh berbahasa Arab bolehlah ber-Twitter dengan Putera Mahkota Salman
Selepas tweet pertama ini, baginda telah memperolehi 200,000 pengikut. Jika anda ingin cuba berinteraksi dengan baginda bolehlah jadi pengikut Twitter baginda di @HRHPSalman.

Baru-baru ini sebuah syarikat konsultan sosial media yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi, The Social Clinic melaporkan dilaman webnya www.thesocialclinic.com,  Arab Saudi sendiri mempunyai lebih daripada tiga juta pengguna Twitter dan merupakan pengguna tertinggi Twitter di Timur Tengah dengan kadar pertumbuhan sebanyak 300 peratus tahun ke tahun.  

Mengikut laporan itu lagi, diantara 2011 dan 2012 bilangan pengguna Twitter dinegara tersebut meningkat sebanyak 3,000 peratus. Dianggarkan sebanyak 50 juta tweet setiap bulan dinegara berkenaan yang kebanyakannya dibuat dalam bahasa Arab. 

Keadaan ini telah menjadikan bahasa Arab merupakan bahasa paling pesat berkembang penggunannya di Twitter. Ibu Negara Arab Saudi sendiri iaitu  Riyadh berada didalam senarai 20 bandar teratas  yang mempunyai tweet terbanyak didunia.  

Menurut laporan itu lagi Arab Saudi juga merupakan pengguna Facebook tertinggi.

Sumber :- Al Arabiya News
...................................
Orangni: Andaikata sekiranya kebanyakan Raja-Raja Melayu membuka akaun Twitter atau Facebook senanglah juga rakyat berinteraksi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan akan mendekatkan lagi rakyat dengan pihak Istana kerana tidak semua orang boleh mengadap Raja-Raja Melayu di Istana yang menjadi kawasan larangan.  

Keadaan ini juga boleh mengelakkan daripada pihak-pihak tertentu mengujudkan fan page untuk mereka seperti yang ada di Facebook sekarang ini.



Artis Meninggal Dunia Semasa Berdikir Barat Dalam Majlis Noh Omar

AL FATIHAH.... Buat Allahyarham ZAIDI BULUH PERINDU....

Seorang penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan.Dikhabarkan beliau telah rebah di dalam satu majlis di Tumpat dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di situ pagi tadi.

Tok Guru Nik Aziz ( MB Kelantan) akan menyertai solat jenazahnya selepas Asar nanti di Masjid Wakaf Bharu.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan keaatas rohnya Amin..

Menurut sumber lain mengatakan penyanyi Zaidi buluh perindu seorg penyanyi yg banyak nyanyikan lagu hina TGNA dan PAS telah meninggal dunia pagi .

Arwah dikatakan jatuh depan Noh Omar di dalam majlis penyampaian bantuan nelayan di kg geting.

Sumber:FB

Rabu, 27 Februari 2013

Akhirnya.!!! Penceroboh Ladang Kelapa Sawit Lahad Datu Sabah Di Tangkap

LAHAD DATU, 27 Feb -- MENYELAMAT : Empat anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar menarik seekor gajah betina (Gambar diatas) menggunakan tali selepas binatang itu berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit di sini hari ini.

Gajah ini merupakan antara 10 ekor gajah yang berkeliaran di kawasan kelapa sawit itu dan operasi pemindahan ke Hutan Simpan Tabin Lahad Datu dilakukan selama seminggu pada 18 Januari hingga 25 Januari lepas.
............................................
Isu berkaitan Sabah:

“Kami bersedia mempertahankan diri,”-Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu 

Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini.
“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.
Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.
“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari. – Malaysiakini



Koleksi Gambar Terbaik Sebelum PRU-13

Sebahagian gambar-gambar terbaik berkaitan rakyat sudah amat bersedia menghadapi PRU-13  yang Orangni copy  dari laman-laman FB dalam beberapa hari lalu. 

Sungguh hebat  dan bersemangat sekali aksi dan gaya dalam gambar yang dimuat naik....rakyat dah tak sabar lagi, Najib masih tercari-cari tarikh tak jumpa-jumpa lagi..hehe...
Bendera PAS berkibar megah di Pokok Kekabu yang tinggi

Anak Muda PAS
Kaum India bergaya dengan baju istimewa
Restoran Cina dihiasi bendera hijau putih
Dewan Himpunan Penyokong PAS
Bendera gergasi
Motor kapcai pun hijau..haha...
Paling hebat...hehehe...
Ini gambar juara...hehehe...
...................................................................................

Selasa, 26 Februari 2013

Klip Video Keluar Barisan Tersebar..!!!

JOM LAYAN....Keluar Barisan Masuk Bulatan...!!!!!!



Najib Lepas Jawatan Sekiranya Dr Mahathir Arahkan


Menurut sumber dari blog-blog pro UMNO BN sekarang mempercayai  Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak ada mengeluarkan kenyataan bahawa akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir berkehendakkan Najib melepaskan jawatan. 
Kebenaran dan berita isu Tun Mahathir Mohamed mahukan Najib melepaskan jawatan maka Najib akan melakukannya sudah tersebar luas dikalangan pimpinan UMNO BN.
Ramai para blogger Pro Najib tergamam kerana tidak sangka sampai begitu sekali Tun Mahathir mempunyai  itu kuasa dalam UMNO dan dalam kerajaan Malaysia.
Sebelum ini banyak artikal blog Pro UMNO menulis mengenai broker kuasa dalam UMNO dan individu tersebut ialah  Tun Mahathir . 
Benarlah rupanya jawatan PM Malaysia ditentukan oleh Tun Mahathir sekiranya UMNO BN terus berkuasa . 
Ahli UMNO yang Pro Najib mula mengesyorkan Najib perlu bertindak segera dengan berani  dan tidak perlu sujud pada ugutan dan tidak tunduk pada sesiapa dalam. Sampai macam tu sekali gelombang dalaman UMNO BN sekarang..haha..
Orangni melihat UMNO BN dah lama membuat acuan untuk kejatuhannya dan memusnahkan kuasa melayu itu sendiri..UMNO BN masih lagi bergantung masa depan yang 'ditentukan' oleh Tun Mahathir yang sudah dikatakan nyanyuk politik.

Era Pak Lah dan Najib ialah boneka hamba suruhan Tun Mahathir.

Inilah keberhasilan doktrin perintah UMNO BN selama ini. menjadikan Melayu Bangsa yang dungu hingga tak mampu menentukan masa depan bangsanya dan Islam terus dipinggir dilupakan.

Salih dan Nabil di beri Nasihat Oleh Rakan Artis Berkaitan Klip Video Sindir PR

Petikan dari FB Leman Raja Lawak:
Saya minta sahabat saya saudara Nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..sy tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.belia anak muda boleh menilai ..
salam sahabat. 

Yang benar Sulaiman Ibrahim (leman raja lawak) 
Presiden PANGLIMA Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama 
IKON ANAK MUDA PAS

.............................................
Dari Tweet Hairie Othman:
Ramai yang tidak setuju,marah Nabil dan Salleh buat sketsa perli PR, Jangan melatah,kita juga boleh bebas hentam UMNO BN cuma ruang media mereka control la...


...................................................

Lawak Salih Yaacob, Sinar FM kena tempias 


KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Raja lawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.

Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".

Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.



Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.

Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.

"sebelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.

"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.

"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.

"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.

Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.

"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.

"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.

Dekat Rumah Blogger UMNO Taiping Ada Forum Kemana Melayu Selepas PRU-13

Ketika Orangni menulis artikal ini, berlangsung sebuah forum istimewa yang dipersembahkan secara percuma buat penduduk di Taman Expo Kemunting Taiping bertajuk "Kemana Melayu Selepas PRU-13" yang menampilkan Suhaida Awang, Ust Manolito dan  YDP PAS Taiping Ust Mohd Fahkarudin Abdul Azizi.

Paling istimewa-nya ialah lokasi berlangsungnya hanya dalam lebih kurang 100 meter dengan sebuah rumah  yang di katakan rumah seorang blogger upahan UMNO di Taiping. Siapa lagi kalau Blogger Taiping Mali Cikgu Muhammmad Najmi B. Awang yang bertugas sebagai guru di SK Taman Palma.

Semoga dengan jarak yang sebegitu dekat dengan kediamanya,diharap telinga-nya dapat mendengar dan akalnya dapat berfikir semoga boleh terbuka pintu hatinya dari berhenti menghentam membuta tuli pimpinan Pakatan Rakyat dengan bahasa-bahasa kesat sebelum ini dapat ditinggalkan.

Ini kerana dikatakan ramai dikalangan ibubapa dan guru di Taiping khususnya ditempat beliau bertugas tidak senang dengan sikap-nya yang suka menulis artikal didalam blog dalam bahasa yang kurang sopan,memandangkan beliau seorang guru kuanseling yang sewajarnya menjadi contoh dan teladan kepada anakbangsa.
Gambar ehsan dari lokasi


Kerana Dendam YB Rosli Buat Tak Tahu Rumah Ketua Wanita UMNO Di Hempap Pokok

Gambar sekadar hiasan
Kampung Dew Bukit Gantang -- Sepasang suami isteri nyaris maut apabila sebatang pokok kelapa sawit tumbang di atas rumahnya di Kampung Dew Bukit Gantang, dekat sini.

Kejadian yang berlaku pada  25  Feb  sekitar jam 6:00 petang  menyebabkan baha­gian dapur rumahnya rosak teruk terutama di bahagian bumbung dan dinding dapur.


Che Su Bt Zakaria, 48, yang juga Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Dew dikatakan ketika kejadian sedang bersama suaminya, Ghazali B. Ishak 52, menonton TV.

Rumah Ketua Wanita UMNO ini memang ber­ada berhampiran ladang kelapa sawit dan berkemungkinan kejadian ini berpunca daripada batang pokok kelapa sawit yang sudah reput kebetulan pada semalam hujan lebat bersama angin kencang berlaku disekitar Taiping dan Bukit Gantang.

Kejadian ini telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Cawangan Sdr.  Azman Ismail kepada Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Dato Rosli Husin yang juga ADUN Terong selepas kejadian semalam.


Namun tiada apa-apa  tindakan selanjutnya diambil oleh YB Rosli, malah  YB Rosli tidak turun pun melihat rumah Ketua Wanita UMNO yang ranap dihempap pokok tersebut. 

Menghairankan juga tiada seorang pun wakil dari UMNO Bukit Gantang turun melihat lokasi kejadian.

Berikutan itu penduduk Kampung Dew telah sepakat hari ini membantu keluarga Wanita UMNO dengan bergotong-royong membaiki bahagian rumah yang rosak dengan kos yang menelan hampir RM800.

Rata-rata penduduk di Kampung Dew disini amat kecewa dengan sikap tidak ambil peduli seorang Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang terhadap masaalah bencana alam yang dihadapi penduduk kampung. Begitu juga sikap Ketua Kampung disini yang turut tidak ambil tahu apa yang berlaku.

Orangni di fahamkan YB Rosli dan semua orang kuat UMNO Bahagian Bukit Gantang berdendam dengan penduduk kampung Dew kerana pernah mengadu beberapa masaalah berkaitan  sungai,kolam udang haram dan kelip-kelip yang menjadi aset pelancong kepada  Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar suatu masa dahulu. (Klik Sini)
Adakah kerana beberapa sumbangan DSN kepada penduduk Kg Dew menjadi punca  YB Rosli  berdendam




Isnin, 25 Februari 2013

Ust Kazim Pernah Jadi Bomoh Politik..?

Politik Bomoh dan Bomoh Politik kedua-duanya sama saja. Politik Bomoh adalah cara Tok Bomoh bermain politik dalam kerjayanya,manakala Bomoh Politik hanya popular dikala hampir berlaku pilihanraya dan ketikanya PRU atau  PRK. Orangi ni buka nak mengulas pasal kerjaya perbomohan ini,cuma ingin menyentuh kenyataan media hari ini yang bertajuk "Guna bomoh untuk menang pilihan raya".


Cerita orang politik menggunakan bomoh untuk memanjangkan karier politik mereka bukan sesuatu yang baru kerana sering diperkatakan sebelum ini.


Memang sukar untuk percaya dalam zaman moden ini masih ada pemimpin yang melakukan perkara-perkara seperti itu demi mencapai cita-cita politik, tetapi memang tidak mustahil ia masih berlaku.


Menariknya cerita Guna bomoh untuk menang pilihan raya inilah memaparkan pendedahan ringkas tanpa imbasan khusus kepada mana-mana individu ahli politik yang diwakili, konon-nya Ustaz Mohd Kazim Elias mendedahkan beberapa pemimpin parti politik pernah menemuinya untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Wah..!! Rupanya Ust Kazim pernah jadi tempat ahli politik tanahair minta khidmat petua macam Tok Bomoh... Hebat..!!!

Ust Kazim terima-kah permintaan ahli politik tersebut..????

Siapa pemimpin tersebut..????

Dari parti politik manakah pemimpin yang Ust Kazim maksudkan..UMNO,MCA,MIC,PPP,PBB,DAP,PKR atau PAS....?????

Bukan Orangni meragui kenyataan ringkas Ust Kazim tersebut, cuma amat perlu Ust Kazim bagi sedikit klu-klu siapa gerangan pemimpin tersebut. Jangan main cakap saja...hahaha....

Tak jadi hal rasanya kalau Ust Kazim bagi tahu siapa pimpinan tersebut atau bagi sindiran macam yang selalu Ust Kazim buat dalam siri-siri ceramah sekarang, sebut warna pun jadilah.....hahaha...



Ahad, 24 Februari 2013

Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan


24 Februari 2013, Ahad :- 

Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei. 

Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.

Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara. 


Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah. 

Tambah baginda lagi Syarikat yang  menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.

Diantara petikan titah baginda :-

  • "Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat," 
  • "Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,".
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei 
............................................

Orangni: Andaikata negara kita di Malaysia mempunyai Sultan,Raja-raja, Mufti -mufti dan Pemimpin-pemimpin besar  yang benar-benar sayangkan rakyat,sudah tentu apa yang dititahkan oleh Sultan Brunei Darussalam akan berlaku ditanahair ini.

Islam itu indah dan sesuai untuk semua,marilah kita semua bersama menyokong perjuangan Islam ditanahair ini...Takbir..!!!!!!