Pengikut

Sabtu, 21 September 2013

Najib blah awal sebab dah menang pemilihan Umno

Dah menang..hati senang,terus blah pegi USA...hahaha..
SEPANG: Najib Razak yang jadi Penyandang jawatan Presiden Umno dan menang tanpa bertanding dalam pemilihan berikutan tiada pencabar untuk jawatan tersebut semalam dan pada semalam juga (Sabtu) dah blah pegi Amerika Syarikat. 
Pemenang jawatan Presiden UMNO sempat  membuat lawak bodoh dengan menasihatkelentong semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini....kah...kah...kah....kah...
Paling lawaknya ialah Najib mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen...baling kerusi atau tarik rambut adalah amalan yang penuh kesopanan dalam UMNO.....hahaha...
Walaupun  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-68 di New York bermula 25 hingga 29 September ini,nampaknya Najib dah blah awal pergi  Amerika Syarikat dengan Rosmah. Mungkin nak shopping-shopping dulu dengan Rosmah untuk raikan kemenangan tanpa bertanding.....hahahaha...
Macai yang  hadir ucapkan bye-bye kepada Najib dan Rosmah ialah Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Rais Yatim.

Shahrizat menghina "Yang Amat Mulia" Najib..?

>Rombongan YAM PM & Isteri berangkat Lawatan Rasmi ke Alaska, LA & NYC < Tweet dari Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Jalil.
Tahap apakah akal dan fikiran bagi seorang berjawatan ketua wanita UMNO ini..???

Seorang Perdana Menteri sanggup  di-ampu bodek hingga di-gelar "Yang Amat Mulia" (YAM), setahu aku gelaran YAM ni hanya untuk golongan istana saja,untuk seorang berjawatan PM hanya layak digelar YAB yang membawa maksud "yang amat berhormat". Masa bila pula Najib dan Rosmah diangkat mertabat jadi YAM..?

Adakah Shahrizat tak tahu adat atau sengaja membodek atau menghina Najib..??

Ataupun Shahrizat sengaja menghina istitusi yang layak miliki bergelar kehormat "Yang Amat Mulia.." ?

(Gambar) Tingginya darjat calon pemilihan UMNO ini..hahahaha....

JITRA, 21 Sept -- Mohamad Fadzil Zokipli (Bersongkok 1 hasta) menyerahkan borang bertanding Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian Pendang pada majlis pendaftaran pemilihan calon Umno peringkat Bahagian Negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini hari ini.
Kalau  nak bodek pun...agak-agak la bro...hahaha....
Dah macam penari zapin pulak aku tengok...

Songkok sama hitam tapi tingginya lain-lain mengikut darjat...
Istilah macai UMNO dimusim pemilihan sekarang....hahaha.....

Jumaat, 20 September 2013

Gempar..!!! 6 pengsan kerana pejabat Umno diserang oleh calon

CALON-CALON dan pencadang serta para penyokong UMNO memenuhi ruang legar lobi untuk menunggu giliran menyerahkan borang pencalonan yang menyebabkan enam orang pengsan di Ibu Pejabat UMNO negeri di Kota Kinabalu hari ini
KOTA KINABALU 20 Sept. - Amat memalukan.... Majlis penyerahan borang pencalonan pemilihan UMNO bagi negeri Sabah yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO negeri hari ini sesak teruk hingga menyebabkan enam orang pengsan.

Ribuan penyokong, calon dan wakil calon dari seluruh negeri memenuhi pekarangan pejabat UMNO negeri seawal pukul 6 pagi meskipun waktu mendaftar hanya dibuka pada pukul 8 pagi.

Nampak sesangat puak-puak UMNO ini amat rakus dalam proses pemilihan untuk berkuasa dikalangan mereka sendiri...

Sekarang baru dilaporkan 6 pengsan disaat nak serah borang pencalonan dan masa pengundian dan pengumuman siapa yang berjaya nanti mungkin akan lebih dashyat lagi...mungkin akan berulang lagi kes baling kerusi,bertumbuk serta mungkin lebih dari itu....sebab UMNO memang dah nak mati kata apakanama Tun M....hahaha.....

Air mendaki cerun bukit di Sabah [Video]

Jalan raya ini memang dilihat dengan mata kasar menurun,dan daya gravity adalah menaik.(arah berbalas/naik balik) Dilaporkan tempat ini,jika cuba dituangkan air keatas permukaan atau meletak botol air (membaringkan botol) di muka jalanraya. airnya mengalir ataupun botol air tersebut akan bergolek mendaki naik bukit...pelik-ka...??? Hahaha... inilah kehebatan dan kebesaran Allah.

Lebuhraya Kimanis–Keningau merupakan salah satu lebuh raya utama di SabahMalaysia, yang menghubungkan bandar Kimanis ke Keningau. Ia juga bertindak sebagai laluan alternatif bagiLaluan Persekutuan 30px dari Kota Kinabalu ke Tenom yang lebih panjang. 53-kilometer (33 bt) Lebuh raya ini pada mulanya bermula sebagai jalan pembalakan sebelum dinaik taraf kepada lebuh raya dua lorong penuh. Lebuh raya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2006.
Walaupun lebuh raya ini mempunyai jarak yang agak singkat dan keadaan yang sangat baik, ia terkenal kerana cerun yang sangat curam di sepanjang jalan, dengan kecerunan tercuram dianggarkan antara 10% hingga kira-kira 20%. Hasilnya, beberapa lorong mendaki dibina di jajaran curam.
Salah satu ciri menarik lebuh raya ini ialah kewujudan sebuah bukit graviti disebabkan oleh ilusi optik, yang terletak 11 kilometer (6.8 bt) dari Keningau. Adalah dilaporkan bahawa di bukit graviti tersebut, terdapat cerun yang kelihatan seperti cerun menuruni bukit, tetapi sebenarnya ia adalah cerun mendaki

Khamis, 19 September 2013

Terkini..!! 13 OKZ bebas dari Penjara Tapah (18 GAMBAR)

Tapah: 19 Sept -- Tepat jam 9 malam  di pintu utama Penjara Tapah sebuah bas dipandu keluar yang membawa 13 Orang Kena Zalim (OKZ) ,berikutan pada pagi hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 OKZ  (peserta Ops Bubar).

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Mereka adalah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47.

Orangni sempat merakam detik-detik mengembirakan bagi para ahli keluarga terlibat serta 13 OKZ yang dibebaskan berikutan permohonan menangguhkan hukuman diterima oleh Hakim Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
Jam 9 malam 
Bas Penjara yang membawa 13 OKZ dipandu keluar
Wajah ceria melihat keluarga tersayang serta rakan sahabat yang menunggu mereka
Laungan "Takbir" sebaik saja turun dari bas Penjara...
Syukur...
kegembiraan jelas dimuka mereka...








Antara pimpinan yang hadir menyambut 13 OKZ
Ust Mohamad Fakharuddin Ketua Lujnah Kebajikan membaca doa


Rabu, 18 September 2013

Hukuman 13 OKZ ditangguhkan dan sekarang mereka dibebaskan [ 10 Gambar ]

Syukur kepada Allah....

TAIPING: 19 Sept -- Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 Orang Kena Zalim -OKZ  (peserta Ops Bubar).
Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Gambar-gambar suasana di Mahkamah Tinggi Taiping yang sempat dirakam:










Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Mereka adalah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47.

Keputusan hakim berkenaan dilihat oleh banyak pihak sebagai "terlalu keras" dan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Apatah lagi permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut telah ditolak menyebabkan kesemua 13 tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara serta-merta.

Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah menyifatkan penghakiman kes tersebut hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 orang tersebut dan banyak pihak terutama PAS Kawasan-kawasan telah mengadakan solat hajat memohon agar kesemua 13 orang tersebut dibebaskan.

--- Video diperkarangan Mahkamah akan menyusul

Sudah dijangka, Suhaimi ikut jejak Bos Lembu

Dah dijangka...tangkap,soal siasat kejap kemudian dibebaskan... Dan akan keluarlah kenyataan selepas itu untuk selamatkan diri, inilah permainan UMNO dan kroni...hahaha....

Terbongkar kisah Henry Gurney , British, UMNO & MACAI [ Video ]


Tonton video dibawah ini, kita dapat melihat betapa mulianya Henry Gurney di mata hati pemerintah Malaysia di bawah pimpinan UMNO.

Bagi mereka Henry Gurney yang berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat Malaya itu adalah "Sir Yang Mulia" manakala mereka yang menentang penjajah adalah "penderhaka", "pengganas" dan macam-macam lagi.

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.Perkongsian sahabat tentang fakta sebenar siapa Henry Gurney.

Apa kerja beliau?

-Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921.

-Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada
1921.

-Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935),

-Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944),

-Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946),

-Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948).

- Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada (1948-1951)


Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.Pada 7 Oktober 1951,ditembak mati di Bukit Frazer.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita ambil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya dan apa jasa dia di Palestin ? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948),dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin.


Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin tersebut.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Si Celaka Sir Henry Gurney.

Terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah.
Kisah Sir Henry Gurney.




Sumber: FB


MCA dah hentam Najib isu Chin Peng

Semua agama tegas Gan Ping Siew  menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.
Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.
Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. – 18 September, 2013. - www.themalaysianinsider

Selasa, 17 September 2013

1AZAM ku

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 kenderaan mewah didakwa  milik Datuk Suhaimi Ibrahim turut dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenderaan tersebut yang termasuk Toyota Alphard, Golf GTI,  Vellfire dan Camry diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di sini.

Suhaimi dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin.


Nak komen apa ya ....errrrr ..... Semua kereta mewah..rakyat hanya dapat kios atau kereta sorong untuk berniaga tepi jalan dan ada sesetengah tu hanya dapat sekotak barang dapur hanya untuk beberapa hari,itupun jenuh isi borang,merayu sana,merayu sini kat orang berpengaruh dalam UMNO...silap-silap di selidik dahulu yang mohon tu penyokong UMNO ke tidak...

Rasa-nya 1AZAM tu ada lagi ayat "ku" dibelakang yang membawa maksud AKHIRI ZAMAN MISKIN kroni umno.....hahaha.... !

Macai UMNO...Mai baca apa kata Khalid Salleh

Wan Temela binti Wan Wan Seman 76 tahun, berasal dari Bacok Kelantan merasai saat saat yang amat menggembirakan apabila doanya dimakbulkan untuk mengerjakan haji dengan hasil menabung hasil dari menjual sayur sejak 26 tahun lalu. 

Allah mengizinkan untuk beliau menjadi tetamu-Nya. Tentunya berkat sabar, ikhlas, jujur dan tamakninah menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa. 

Pada sisi lain Wan Temela selayaknya adalah antara mereka yang sepatutnya menerima Dana 1AZAM (Program Akhiri Zaman Miskin) yang dilancarkan pada 2010 dengan peruntukan 100 juta. 

Tapi dana itu kabarnya (sebagaimana diberitakan dalam suratkabar hari ini) telah diselewengkan oleh mereka yang diberi amanah atau dipertanggungjawabkan. Mereka yang disyaki terlibat dengan penyelewengan itu ialah Bekas Setiausaha Politik BEKAS menteri bersama enam lelaki lain. 

Beliau juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri. Turut di sita bersamanya ialah 10 kenderaan termasuk kereta mewah yang ketika ini diletakkan di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM). 

Siasatan masih diteruskan oleh SPRM. Soal mereka terbukti bersalah atau tidak, itu bab lain. Kadang-kadang disebabkan masalah teknikal atau kepintaran peguambela memutar belitkan hujah, pesalah yang sepatutnya dihukum gantung sampai mati boleh dibebaskan kerana 'ada keraguan munasabah' . 

Isunya, kepada siapa lagi rakyat harus meletakkan kepercayaan jika jentera pemerintahan dan tidak mustahil menteri sendiri terbabit dengan penyelewengan atau salah guna kuasa. 

Penyelewengan yang sedang ditangani oleh SPRM itu tentunya berlaku ketika Bekas menteri masih menjadi menteri dan bekas Setiausaha Politik masih menjawat jawatannya. 

Hal ini memberi isyarat BAHAWA tidak mustahil penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku atau sedang berlaku pada menteri menteri yang lain atau jabatan mahu pun kementerian dan juga agensi di bawah mana mana kementerian. 

Tidak terkecuali kementerian atau jabatan yang berkaitan keagamaan. Begitulah, siapa pun boleh bertukar menjadi dajal (buta mata hati=sukma=jiwa insani) apabila pangkat, kedudukan, wang (harta) menjadi kiblat dalam kehidupannya. 

Dan Wan Tamela adalah bukti kejujuran, keikhlasan, ketabahan yang dihimpun berpuluh tahun untuk dilafazkan di hadapan Kaabah...aku datang kepada Mu ya Allah...Aku datang tanpa syirik....(Labaikallah huma labaik.....). Semoga mereka yang mengkhianati bangsa, agama dan negaranya menerima ganjaran setimpal dengan apa yang telah dikerjakannya....
Sumber - FB Khalid Salleh

UMNO dah tukar nama UMMO ( United Malays Macai Organisation )

UMMO...???
United Malays Macai Organisation

Sapa la nak kerjasama dengan macai..?? 
hahaha....

Usul Ulamak ditolak: PAS kukuh bersama PR

Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

PM ke-2 seorang tentera Jepun..??

"TUN ABDUL RAZAK (BERCERMIN MATA) KETIKA MEMASUKI LATIHAN TENTERA JEPUN
(GAMBAR MUZIUM NEGARA)" 

(mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris)
Puak UMNO sendiri kata komunis itu penganas dan askar Jepun itu zalim di-era penjajah di tanah melayu....tapi apa cerita pula dengan gambar diatas..???

Ini mungkin salahsatu fakta sejarah benar yang disembunyikan rapat-rapat oleh UMNO dari pengetahuan rakyat.

Bukan nak sentuh atau menghukum hal orang yang dah tiada,  seperti perangai yang Najib zalim terhadap mendiang Chin Peng,tapi sekadar renungan...sikap dan tingkalaku para pemimpin UMNO sejak dahulu lagi ibarat lalang dalam pendirian,nama saja pejuang melayu yang berugama Islam_di zaman penaklukan Jepun masuk askar Jepun,di-zaman penjajahan British , masuk tentera british dan agaknya kalau dijajah Yahudi pun akan join juga kot...hahaha...

Sumber Gambar- FB 
Sumber lain - sini

Wanita UMNO Seluruh Negara Kembali Berbau Busuk


Isnin, 16 September 2013

Patung Tugu Macai UMNO kini di R&R Bukit Merah

Terkezut  kali pertama aku tengok...camana boleh ada patung seiras tugu negara kat tempat makan hentian rehat dan rawat Bukit Merah ni....masa bila patung khurafat tugu negara boleh ada kat sini..??? hahaha.....

Setelah diteliti_rupa-rupanya inilah patung tugu macai UMNO sempena hari kebangsaan....hahaha...

Kat bawah tugu (tapak) tertera "PERJUANGAN HINGGA TITISAN DARAH YANG TERAKHIR"

Mmmmm...cam pernah dengar je ayat tu_rasa-nya Presiden UMNO Najib punya ayat tu.....hahaha...

Jadi wajarlah patung yang terchonggok di R&R Bukit Merah ni di-iktiraf sebagai Tugu Macai UMNO...hahaha...tapi kalau di-tenung-tengok....cam tempat puak macai UMNO nak menurun minta nombor ekor pun ada....hahaha...

Inilah kalau kerja nak membodek kerajaan UMNO BN...konon-nya nak tunjuk semangat petriotik tapi jadi bahan lawak bagi yang tengok dan menilainya....hahahaha...

Sewajar-nya macai UMNO  bikin patung pihak penjajah seperti Hendry Gurney,JWW Brich, Hugh Clifford dan sebagainya yang memang menjadi pujaan puak pemimpin UMNO sejak dahulu hingga kini.


Ini-lah Chin Peng...

Walaupun British itu berdarah penjajah yang rakus dan kejam...tapi diiktiraf juga Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924 dengan menganugerahkan pingat Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Tidak seperti kerajaan UMNO BN di-Malangsia yang bersifat dendam kesumat seperti yahudi ,hingga keakhir hayat Chin Peng dihalang balik ketanah tumpah darah-nya Malangsia....