Pengikut

Sabtu, 26 Januari 2013

Dibelasah separuh nyawa diugut potong "Anu" sebab mengganggu isteri Pegawai Tentera

Keadaan muka Muhammad Rahim yang cedera parah akibat dibelasah 10 lelaki

PORT DICKSON –  Seorang remaja lelaki cedera parah di muka dan badan apabila dibelasah separuh mati oleh 10 individu tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku pada 20 Januari lalu.

Menurut mangsa, Muhammad Rahim Omar, 20, dari Taman Sri Lukut di sini, segala-galanya bermula selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Linda pada jam 8 malam .

“Dia mengajak saya berjumpa di Dataran Telok Kemang. Saya pun pergi dan berjumpanya di sana. Saya datang seorang diri, manakala dia ditemani seorang rakan wanita lain. Kami hanya duduk berborak macam biasa kerana masih tak kenal antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun, detik hitam bermula apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki yang kemudian menuduh mangsa mengganggu isterinya.

“Saya menafikan yang saya kenal perempuan itu, tetapi dia terus memukul saya. Di belakang ada lebih kurang sembilan lagi lelaki lain yang mengiringinya.

“Mana mungkin saya dapat melawan dengan tenaga sepuluh lelaki. Saya dibelasah sampai lembik. Dalam pada itu mereka sempat memberitahu yang saya ganggu isteri seorang pegawai tentera,” katanya.

Muhammad Rahim berkata, selepas puas dipukul, dia dibawa ke satu lokasi dengan menaiki kereta dan kemudian dibelasah lagi.


“Ketika dibelasah kali kedua, orang itu suruh saya buka seluar, tapi saya tak mahu. Mereka kata, kalau saya tak nak ikut arahan, mereka akan potong 'anu' saya dan campak ke laut,” katanya.

Menurutnya, gambarnya juga dirakam sekumpulan lelaki terbabit, selain telefon bimbit miliknya dirampas.

“Saya kemudian merayu dihantar ke Balai Polis Telok Kemang. Agak terkejut juga apabila mereka menuruti permintaan saya sebelum ditinggalkan di luar balai  itu.

“Saya minta tolong anggota polis bawa saya ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan kerana muka saya berlumuran darah akibat teruk dibelasah. Saya menerima beberapa jahitan di muka dan dahi,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Omar Mahmood, 52, berkata, dia hanya mahukan keadilan untuk anaknya.

“Saya harap mereka akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Negara kita ada undang-undang, bukan sesuka hati membelasah orang. Saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.

“Anak saya mengalami luka teruk di bahagian mata dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan pakar. Saya akan tuntut keadilan di mahkamah kerana yakin anak saya bukanlah orang yang mereka cari,” katanya.

Sinar Harian turut difahamkan, lapan telah ditahan termasuk dua wanita yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.

- Sinar Harian

Zambry Kadir Candu Kecewakan Penduduk mangsa banjir Kg. Expo Taiping

Semalam 26 Jan 2013 macam nak gila UMNO Bahagian Taiping usung kehulu-kehilir MB pujaan mereka Zambry Kadir seluruh Parlimen Taiping.

Dari jadual yang didedahkan oleh dalaman UMNO Taiping menyenaraikan lebih 20 program yang akan disempurnakan oleh Zambry Kadir bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Jadual aturcara program yang dinamakan Walkabout YAB Menteri Besar Perak "Program Turun Padang,Tiada Tertinggal,Tiada terpinggir" ini sebenarnya indah tajuk dari perlaksanaan.

Promosi bagai  macam nak gila dibuat oleh UMNO Taiping,banner dipasang sepanjang jalan dan siap mengunakan kenderaan Jabatan Penerangan keliling seluruh Taiping tentang kehadiran Zambry...dah macam zaman wayang pacak pula...hahaha....

Semua-nya bermotifkan untuk memperkudakan Jabatan Kerajaan untuk tujuan politik UMNO BN semata-mata dan dikatakan untuk menyapu peruntukan yang disediakan.

Semua program yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang sangat hambar, para penyokong terpaksa diangkut punggah kesana kemari oleh UMNO Taiping untuk menampakan jumlah hadiri nampak ramai. 
Kerusi kosong banyak...janji ada candu untuk Zambry....haha..
Dalam kekalutan Zambry  memenuhi jadual yang amat padat  yang disediakan oleh UMNO Taiping ini beberapa program yang disusun telah dibatalkan dan ada yang terlupa kerana terlalu banyak sangat program yang diatur.

Kekalutan dan kepincangan program Zambry turun ke Parlimen Taiping semalam telah menyebabkan para penduduk kampung Expo kecewa kerana Zambry gagal datang ke program yang melibatkan mangsa banjir dikawasan tersebut.

Seorang penduduk Kg Expo yang tidak mahu dikenali berkata " Mengapa MB Zambry boleh ke pejabat UMNO Kemunting berjam-jam sembang politik..?? Cakap-cakap nak bantu rakyat...tapi kampung kami yang ada masaalah kenapa tak datang tengok..? Sebab dah janji nak datang sini hari ini..".

Paling melucukan ialah mereka kalut pada hari lawatan Zambry hanya "Teh Candu".... Disetiap lokasi program disediakan Candu untuk Zambry...nampaknya UMNO Taiping memang pandai menCandu Zambry..masaalah rakyat di DUN Kemunting mereka tidak hiraukan,janji Zambry dapat Candu...hahaha...
MB Perak ketagih CANDU..!!!? ,Tiada Tertinggal Candu,Tiada terpinggir Candu


Kesian kat Cikgu Najmi TaipingMali....Zambry tak sudi ke kampung Expo...hahaha.....

Jumaat, 25 Januari 2013

Zambry Kadir pening candu lagi: Penjawat awam Perak 80% dah tak percayakan UMNO BN

~ Penjawat awam bantu PR: IPOH -  Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan ada segelintir penjawat awam negeri Perak membantu mereka mendapatkan beberapa dokumen untuk didedahkan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penyaluran beberapa maklumat dan dokumen kepada pemimpin PR menunjukkan penjawat awam sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, segala maklumat yang didedahkan berkaitan pemberian tanah dan konsesi adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. “Maklumat yang diterima sahih kerana ia diterima daripada penjawat awam yang ada sekarang ini berikutan hubungan kami baik dengan mereka semasa 11 bulan lalu dan mereka juga menghormati PR.

“Merekalah orang dalam yang memberikan maklumat kepada kami. Kerana mereka bersimpati kepada rakyat dan mereka tahu kami ada wibawa untuk mendedahkannya,” katanya ketika menjadi panel Debat Darul Ridzuan, di sini, kelmarin.

Mohammad Nizar berkata, jika hubungan PR dengan penjawat awam negeri Perak tidak baik kemungkinan besar mereka tidak dapat cungkil maklumat, surat-surat asal dan surat-surat kelulusan yang dibuat.

Beliau berkata, terdapat dokumen-dokumen yang telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. “Seluruh dokumen yang didedahkan ketika Sidang Dun lalu adalah sahih. Jika tidak ia tidak akan didedahkan di luar sidang Dun. “Jika dalam dewan mungkin kita ada immuniti tetapi di luar dewan, jika kita dedahkan dan jika tidak sahih ia akan dipersoal,” jelasnya lagi.

Beliau turut mendakwa sekurang-kurangnya 80 peratus penjawat awam di Perak menyokong PR kerana mereka sudah membuat perbandingan antara kepimpian PR dan BN.

Debat Darul Ridzuan dengan tajuk Nik Aziz Beri Rasuah kepada Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni: Siapa Berdusta berlangsung kira-kira dua jam dengan panel dari PR diketuai Mohammad Nizar bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Chang Lih Kang.

Manakala meja untuk wakil BN turut disediakan tetapi kosong berikutan tiada wakil yang hadir kerana sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyatakan pendirian untuk tidak akan melayan pelawaan berkenaan.

- Sinar Harian.

Orangni: Bukan kata penjawat awam saja tak sokong UMNO BN, ahli UMNO BN sendiri pun dalam Perak banyak dedahkan masaalah dalaman UMNO. Bersepah-sepah dokumen penting UMNO BN disalur keluar untuk Pakatan Rakyat.

Edisi MB Perak Bodoh: Saya minta maaf sebab ceramah politik tadi - Zambry Kadir

26 Jan 2013-- Taman Tasek Taiping: Berlangsung program SSM Bersama Bersama Rakyat. Program ini sebenarnya anjuran Jabatan Kerajaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)  dan tiada mengena dengan politik.

Namun disebabkan penyakit sawan meroyan dan mabuk candu, MB Perak yang tidak halal berucap dalam program ini seperti sebuah program politik untuk UMNO BN.

Zambry masih sawan dengan program "Debat Darul Ridzuan" yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat negeri Perak baru-baru ini.Kali ini Zambry menjawap dihadapan hadirin yang tak penuh khemah dengan jawapan "Mengapa saya perlu sahut cabaran mereka (PR), sebab saya tak tahu apa tajuk yang nak didebatkan".

Ucapan Zambry melalut-lalut dalam program ini dengan menyentuh semua isu politik dengan menghentam Pakatan Rakyat negeri Perak, program ini dah jadi program politik pada Zambry Kadir yang nampak resah dengan kehadiran yang amat kurang.

Setelah memperkudakan program anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia ini, Zambry dengan muka tidak tahu malu, aku sendiri dengar  "Saya minta maaf...sebab tadi ceramah politik" - kata Zambry yang sawan kepada seorang  yang dipercayai penganjur program ketika menaiki kenderaan meninggalkan program menuju ke Komplek Rakan Muda Kemunting,Taiping.

Hari ini Zambry Candu akan sehari suntuk di Parlimen Taiping dalam siri jelajah penerangan Pra PRU 13 yang memperkudakan Jabatan Kerajaan untuk politik.
Zambry berceramah politik kebodohan dalam program SSM.
Banyak kerusi kosong mendengar ceramah bodohnya

"Saya minta maaf sebab ceramah politik tadi..."
Setelah buat taik, Zambry meninggalkan program SSM

YB Zahir restu Pegawai Polis kelu: Pemuda UMNO Taiping berkonvoi tanpa helmet macam samseng jalanan depan mata

Baru-baru ini UMNO Bahagian Taiping konon-nya menyahut seruan UMNO Pusat dengan merasmikan Bilik Gerakan Belia 4B Taiping.

Jadi macam-macam acara yang dibuat untuk ahli-ahli UMNO disini.

Salah satu acaranya ialah dipercayai "Konvoi Pemuda UMNO Bahagian Taiping" yang dilepas sempurnakan oleh YB Dato Zahir ADUN Kemunting dan turut sama ialah seorang Pegawai Polis dipercayai dari IPD Taiping.

Sungguh memeranjatkan apabila melihat sebuah Video Klip (4:06) yang diupload di Youtube berkaitan konvoi tersebut...!!!

Beberapa Pemuda UMNO dengan selamber tanpa memakai topi kaledar menyertai konvoi yang dihadiri oleh seorang Pegawai Polis.

Pemuda UMNO yang tidak memakai topi kaledar ini bersikap kurang sopan apabila dengan tanpa rasa bersalah melambai tangan kepada YB Zahir yang mana Pegawai Polis tersebut juga berada disisi YB Zahir.

Entah berlesen dan ada cukai jalan entah tidak..!!??

Inikah Pemuda harapan bangsa yang dididik oleh UMNO..??

UMNO Bahagian Taiping sememangnya gagal dalam membentuk anak muda disini menjadi insan berguna, sebaliknya merestu budaya samseng jalanan. 
YB Zahir dan seorang Pegawai Polis bersama Pemuda UMNO Taiping
bersiap sedia nak mulakan konvoi

Mamat Pemuda UMNO menunggang motosikal warna hijau tanpa helmet

Hebat..!!! Siap boleh lambai tangan tanpa topi kaledar kat YB Zahir dan Pegawai Polis..


Edisi Najib Pening: Carta undian HKR#112KL menaikan imej Pakatan Rakyat 80%, BN hanya 6%

Sinar Harian Online telah membuat undian mengenai "Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari yang aman menaikkan imej".

Dalam carta tersebut di senaraikan keputusan terkini:
  • Pakatan Rakyat 80 %(5147)
  • Barisan Nasional 6 %(401)
  • Polis 6 %(411)
  • Negara 8 %(487)
Jumlah Undian: 6446 (Terbaru sila ke-laman SH)


Keputusan yang mungkin awal ini menampak rakyat amat menyokong perhimpunan tersebut yang sebelum ini cuba diprovokasi oleh pihak UMNO BN mengenai jumlah peserta yang hadir.


Nampaknya dengan undian yang dibuat  Sinar Harian Online  ini akan menyebabkan semakin pening dan meroyan Najib dengan keputusan yang ada....hahaha.....
Klik imej untuk lebih jelas
Sesiapa yang belum mengundi sila ke : http://www.sinarharian.com.my/himpunan-kebangkitan-rakyat-berjaya-kerana-strategi-dan-pendirian-7.203692?ot=example.PopupPageLayout.ot&showResult=true


Khamis, 24 Januari 2013

Hot..!!!! Zambry Kadir 4 kali menCandu di Taiping esok

Menurut sumber yang diterima, esok MB Haram Perak@ Penakut Debat  Zambry Kadir akan sehari suntuk di Parlimen Taiping dalam memenuhi jadual "Program Ceramah Bajet Pra PRU 13".

Program ini banyak melibatkan agensi-agensi kerajaan yang akan diperkudakan UMNO Perak untuk tujuan politik. 

Khabarnya Zambry Kadir akan dijamu oleh orang-orang UMNO di Parlimen Taiping dengan hidang Teh Candu.sebanyak 3 kali sepanjang lawatan disini esok.

Pada sebelah pagi Zambry akan minum teh candu di Casual Market, tengahari pun kena teh candu di Komplek Rakan Muda dan petang sebanyak 2 kali  lagi Zambry kena teh candu di  Denaro Line dan di Pekan Aulong.

Macam jadual makan ubat pulak...sehari 4  kali Zambry kena candu....hahaha....

Rupanya Zambry seorang  peminat  tegar candu...hahaha... maka kelam-kabutlah orang-orang UMNO kat Taiping mencari pembuat teh candu untuk Zambry esok...hahaha....

Patutlah dikalangan orang UMNO kat Taiping panggi Zambry dengan gelaran "MB Candu".

Laporan kisah Zambry mencandu di Taiping esok akan di update-kan dari masa ke-semasa...hahahaha...



GELORA UMNO JOHOR SEMAKIN KENCANG: Ketua Pemuda UMNO sokong tutup 9 bilik gerakan UMNO

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang,
Rohazam Shah Ahmad
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

“Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti. “MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda. “Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,” katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian. “Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas. “Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.- Sinar Harian.

Orangni: Aku sokong sepenuhnya tindakan UMNO kat Johor tersebut. Tutuplah semua bilik gerakan UMNO diseluruh negara...sebab memang wajar dan amat tepat tindakan sebegitu...

Isu Panas tutup Bilik Gerakan UMNO : Ahmad Maslan tak mau layan Ketua UMNO Bahagian

Karenah Abu Bakar Alibi  tidak akan dilayan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 24 Jan - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor merupakan kes terpencil.
 
Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
"Memang ada bilik gerakan yang masih lagi ditutup sebab kita belum berkempen lagi. Kalau ada yang tutup, kita boleh buka di tempat lain dan kita ada banyak masa untuk buat perubahan.
 
"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya ketika diminat mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penutupan bilik gerakan Umno di Johor yang kononnya memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.
 
Dipetik Bernama, beliau menegaskan tindakan tatatertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.
 
"Mereka boleh cari badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kami serius dalam parti. UMNO tiada masa melayan kerenah segelintir individu yang tidak baik dan sakit ini. Kami masih ada ramai lagi ahli yang setia pada parti," katanya.
 
Ahmad yang juga Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari.

Rabu, 23 Januari 2013

DS Rosmah diGaza terjojol dan di-Davos,Switzerland jadi Predator..??

Dikala umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434. 


Nun jauh dari tanahair Malaysia Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ,yang sentiasa  bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Zurich pada Rabu bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di Davos, Switzerland.


Khabarnya Najib akan mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pemimpin korporat dan pegawai kanan sektor swasta pada acara empat hari bermula Rabu.

Tak kisah DS Rosmah nak ikut kemana Najib pergi...lantak p kat dia la..hahaha...
Kalau dua hari lepas DS Rosmah ke Gaza Palestin dan menjadi tajuk hangat apabila dikatakan Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia Pertama menjejakan kaki ke bumi Palestin.

Malang bagi Najib apabila keterampilan Rosmah di bumi Palestin menjadi isu yang merosakan krebiliti Najib. Apa tidaknya..? Rosmah dengan tanpa segan silu tetap mengayakan rambut terjojolnya di Bumi Palestin dengan tidak mengihiraukan maruah negara sendiri yang konon-nya menjadi negara Islam contoh...itu kata Najib.

Hari ini sambutan Maulidur Rasul, tema yang dipilih  'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' ... cuba tengok gambar DS Rosmah ketika di di Davos, Switzerland... Inikah yang dinamakan wasatiyyah yang dilaungkan Najib...??


[ Video ] Halal tunggu Haram, Haram...haram tak nampak muka...!!!

Ini kisah Halal dan Haram di sebuah program debat negeri Darul Ridzuan...

Semalam berlangsung Debat Darul Ridzuan di antara Halal  dan juga Haram, ramai menjangka Haram tak akan  berani terima cabaran ini dan ianya tepat sekali, kerana sebelum ini Haram membuat macam-macam alasan tak mahu terima cabaran dengan sebab-sebab yang tak masuk akal manusia.

Perangai hipokrit Haram ini memang diketahui umum kerana hanya berani berucap dikalangan mereka saja ,bila diajak berdebat mengenai beberapa isu yang Haram fitnahkan kepada Halal, Haram pasti cuba lari sebab sifat pengecut piang hanya pandai menuduh tanpa fakta dan sumber.


Haram Gagal

Program debat yang diadakan di sebuah hotel di ibu negeri Darul Ridzuan ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Haram yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya pihak Halal sahaja yang berucap. 


Ketidakhadiran Haram juga telah membuatkan hilang minat orang ramai terhadap Haram dan krebiliti Haram jatuh seperti burung gagah ditembak mergastua.


Halal Berjaya 

Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan. 


Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Haram melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya.

Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.
 
Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan.

Pihak Halal dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak Haram  dari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini sebab tahu akan kantoi jika datang berdebat.


Rumusan Halal dan Haram

Inilah peluang yang diberikan oleh Halal kepada Haram  untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Darul Ridzuan sendiri. 


Malang kepada Haram yang masih berdolak-dalih dalam setiap isu yang mereka sendiri cetuskan tapi tiada berasa untuk dikupaskan atau didebat dihadapan rakyat.

Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran antara Halal dan Haram di Darul Ridzuan.
Haram pendusta sebab itu tak hadir.....

Video berkaitan sila Klik SINI

Ketua UMNO Bahagian arahkan tutup bilik gerakan UMNO sebab marah pada MB


PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. “Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abu Bakar Alib dan Ketua UMNO Cawangan rumah sepuloh bersama Datuk Seri Mohamamed Khaled b. Hj. Nordin dalam sebuah majlis janji dicapati
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. “Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. “Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. “Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya. - Sinar harian

Orangni: Semua ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara wajib ikut keberanian yang dilakukan oleh Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi...tutup semua bilik gerakan..!!! Sebab jangan di percaya dengan Janji Di Capati....

Selasa, 22 Januari 2013

Edisi YB Bodoh: YB Rosli minta murid-murid sokong UMNO BN sebelum beri RM100

Inilah kebodohan dan kegilaan melampau bagi ADUN Terong merangkap ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Dato Rosli Husin, dalam sekolah pun hendak berkempen politik.


"Murid-murid dan ibubapa mesti sokong kerajaan UMNO BN kalau mahu bantuan Rm100 ini diteruskan...saya percaya guru disekolah Simpang semuanya sokong kerajaan"- ucapan bodoh YB Rosli ketika majlis pemberian bantuan awal persekolah RM100 tahun 2013 disekolah kebangsaan Simpang Taiping.

Menurut cerita seorang bapa yang aku panggil Pak Abu yang hadir disini menyatakan YB Rosli juga berucap dengan nada yang sama hari ini disebuah sekolah jenis kebangsaan cina sebelum datang ke SK Simpang Taiping. ( Pak Abu anaknya sorang belajar kat sekolah cina)

Menghairankan pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) jadi bangang dengan kejadian agenda politik UMNO BN terang-terang memasuki ruang sekolah. Sedangkan aku pakai baju hijau HKR112 ditegur oleh seorang guru mengatakan baju politik tak boleh masuk sekolah.

Pakai baju HKR yang ada permit tak boleh...YB Rosli kempen politik dalam Sekolah boleh pulak..!!??? Bodoh punya orang..!!!!

Benarlah pendedahan yang lalu aku siarkan UMNO BN Perak memang mengunakan agensi kerajaan sebagai kuda tunggang politik termasuk murid-murid pun di libatkan.

Kereta YB Rosli didalam  kawasan SK Simpang untuk tujuan politik...


Kelihatan YB Rosli dan guru besar SK Simpang...kalut nak kempen politik dalam sekolah.

Gambar: Najib dimalukan Rosmah dalam lawatan ke Palestin

Dengan muka tak tahu malu Rosmah tampa segan silu mengayakan jambul rambut terjojol di dalam lawatan konon-nya yang ulung bagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Najib memang tidak berani menegur apatah lagi mengarahkan Rosmah supaya berpakain sopan ketika melawat kesebuah negera Islam yang amat terkenal sejarah para syuhada dan juga tempat dimana ramai dikalangan Nabi berada di sini suatu masa dahulu.

Sikap angkuh,sombong dan bodoh Rosmah tidak henti-henti dilakukanya,menyebabkan krebiliti Najib semakin jatuh disebabkan Rosmah.

Jemaah Menteri yang turut serta dalam lawatan ini seperi Jamil Khir pun tidak berani bersuara menasihat Rosmah supaya menjaga adap disebuah negara Islam yang panjang sejarahnya.
Memalukan orang Islam seluruh Malaysia...Rosmah terjojol rambut.

Apa beza isteri pemimpin Islam Palestin dengan Rosmah



Terkini..!!! Gambar Najib Perdana Menteri Pertama Ke Palestin...?


2013/01/22 --  GAZA:  Najib Razak sebentar tadi memasuki sempadan Gaza bagi lawatan bersejarah ke wilayah Palestin ke arah mengukuhkan hubungan Malaysia-Palestin. 


Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah Perdana Menteri pertama negara menjejakkan kaki ke bumi Palestin... 



Ini gambar buktinya.....
Oppppsss.....silap ini gambar Tun Dr. Mahathir bin Mohamad danTun Dr Siti Hasmah bersama anaknya dikatakan disempadan Jordan-Palestin, Pintu masuk Allenby, Jericho pada 16 Mei, 2005

Dibawah ini gambar Jejak Najib....hahaha..
Garisan putus-putus dipercayai sempadan yang dikatakan Palestin... Gambar Najib dan Rosmah tidak dapat disiarkan lagi kerana sebab-sebab yang tidak diketahui....gambar tapak kaki pun jadi la.....hahaha...

Selepas ini nama Najib akan menjadi gah la.... sebab konon-nya jadi PM pertama negara ke negara Palestin. Sedangkan  pimpinan Pakatan Rakyat sudah ke Palestin , siap kibar bendera PAS pula lagi....hahaha.....


Kebenaran itu satu dan ia akan bersatu di mana saja, tanpa mengira sempadan tempat, masa, bahasa dan bangsa..bukan sekadar kerana mahu-kan nama gah sahaja..!!!



Isnin, 21 Januari 2013

Sudah bermula...1406 program ceramah UMNO Perak dari sekarang hingga PRU....Benar atau Kelentong..????

72 + 400 + 40 + 894 = 1406  program ceramah yang akan dilaksanakan bagi seluruh Perak,itu yang tertera dalam sebuah dokumen yang dipercayai dari sumber dalaman UMNO negeri.

Wah..!!! banyaknya program yang dibuat UMNO Perak,SU UMNO Perak dikatakan akan memulakan lawatan pusing seluruh Perak bermula hari ini 22 Jan 2012 dan hingga tarikh akhir bagi segala program tersebut ialah 2 Mac 2013. Tepatlah agaknya dengan tarikh pembubar Parlimen yang dijangka berlaku...

Paling menghairankan ialah penglibatan agensi pelaksana yang seperti UMNO negeri Perak mengunakan agensi dalam kerajaan untuk kepentingan politik.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Penerangan turut dilihat seperti diperkudakan oleh UMNO negeri Perak untuk tujuan politik mereka sehingga tarikh tersebut. 

Persoalan Orangni1406 program ceramah UMNO Perak dari sekarang hingga PRU....Benar atau Kelentong..??? 

Atau hanya atas kertas kerja sahaja,perlaksanaan-nya kosong,buat sekadar melepas batuk ditangga untuk dapatkan peruntukan dana saja....?
Banyaknya....1 Mukim,1 Program,1 DUN,10 Program....semuanya 1406 program...
SU UMNO Perak mula round Perak bermula hari ini...


Kisah calon penyamun di setiap Parlimen dan DUN bergaduh..!!!

Semua pihak dalam Barisan peNyamun yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi atau bergaduh  pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa. 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan penyamun negeri, anggota majlis tertinggi penyamun atau naib presiden parti penyamun untuk menjadi calon penyamun kerana beliau percaya Kepala penyamun Najib  Razak telah mempunyai senarai calon penyamun yang sesuai. 

“Pada hemat saya Najib selaku Pengerusi Barisan PeNyamun  telah mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon penyamun yang bermasalah,” katanya  di Bagan Datoh, Isnin. 

Katanya, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon penyamun disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Kepala Penyamun telah menilai senarai berkenaan. 

“Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan. 

“Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon penyamun lain,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata, calon penyamun yang dianggap mempunyai kelebihan menyamun mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi Barisan peNyamun. 

“Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon penyamun payung terjun. Itu adalah calon daripada parti,” katanya. 

* Orangni tidak bermaksud menyindir atau mengutuk mana-mana individu dalam Barisan peNyamun samada yang masih aktif menyamun atau yang telah meninggalkan kerja menyamun...jika ada yang terasa hati dengan artikal ini.....PADAN MUKA..!!!!  hahaha...