Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Pengikut
Jumaat, 6 Disember 2013
Azab "Botak Chop" di hukum penjara 196 tahun dan 104 sebatan rotan
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Khamis, 5 Disember 2013
Gambar 3 buah Lamborghini hangus di lebuh raya Utara-Selatan (Plus)
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. -SH
Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Kini Tenat Dibelasah Kerana Habuan Disekat..???
"Khas untuk blogger pemuda Umno, kursus media baru hari ini ialah lifestyle, esok health check." - Laman blog Cikgu Najmi merangkak Ketua UMNO Cawangan Kampung Expo Kemunting Taiping juga turut menghentam mamat Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO. |
Rabu, 4 Disember 2013
Terkini: Bob Lokman dimasukan ke hospital kerana masaalah jantung dan paru-paru
Bob Lokman atau 'Mohd Hakim Lokman' Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah / Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar. |
Selasa, 3 Disember 2013
Infografik: 20,000 mangsa dipindahkan kerana banjir di Terengganu, Pahang dan Johor
Komen kenaikan Tarif Elektik yang paling popular dan panas
Kenaikan Tarif Elektik, apa kata mereka??
Berikut adalah reaksi jawapan terpopular dari pemimpin-pemimpin parti keris karat telanjang kiranya ditanya tentang kenaikan tarif elektrik:
Najib - kenaikan itu tak dapat dielak kerana menurut bancian kementerian wanita kadar makcik felda kojol akibat terenjat elektrik kian meningkat
Hasan malek - mohon rakyat tak mengamok dan guno jaghi untuk korek lubang idung. ghamai yang tak tokosan tekau!! so keep calm (pala hotak au)
Patul Bari - Ini semua ketentuan Allah. mungkin ada hikmah disebalik kenaikan ini. org lelaki tak lagi layan game candy crush sampai lewat malam.
Noh omar - *Sambil gosok2 mata akibat terjaga dari tido dalamm dewan sambil berkata ''err bila naik??"
kozim - Ana kena solat istikharah dulu sebelum keluarkan apa2 stetmen. takut famili ana merajuk dan balik kampung..
Macai bawahan UMNO: kitaorang sondol saja.....hahaha.....
Isnin, 2 Disember 2013
Takrif Letrik Naik: Untunglah semua ahli UMNO...depa ada benda tu..
Nampaknya...TNB untung dan ahli UMNO pun untung dengan kenaikan takrif letrik...hahaha... |
Ahad, 1 Disember 2013
Kisah Allahyarham Datuk Fauzi Shaari dari orang kampungnya
Datuk Fauzi yang saya kenali.
Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak.
Beliau dilahirkan pada tahun 1950 & menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah & tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.
Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun 2,3 kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal.
Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sbg Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP.
Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit .
Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat2 daripada PAS yg menyangka saya sebagai Special Branch(S.B).
Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis. Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat2 maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.
Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia. Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung2 yg datang ke Malaysia ini hanya berminat ke tempat2 maksiat seperti itu. Selepas teguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat2 perjudian dan persundalan.
Datuk Fauzi adalah seorang yg sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja & inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T semoga keluarganya terus diberi kekuatan bersama2 kita mengharungi perjuangan ini.
AlFatihah...
Oleh Jamaluddin Rahman.
Al-Fathihah - Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Meninggal Dunia
Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah beliau di alamat No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.
Pengkebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetapkan lagi.