Pengikut

Sabtu, 17 Mac 2012

Sambutan 4 tahun Pakatan Rakyat Perak hebat dan menarik tapi perlu diperbaiki lagi… “ KENAPA..??? ”

16 Mac 2012 berlansung di Medan Istana Bandaraya Ipoh berdepan pejabat DAP negeri Perak sebuah majlis sempena sambutan 4 tahun PR Perak yang bertemakan “17 Mac Dalam Ingatan”.  Tengok pada tajuk dan lokasi majlis ini memang bagi aku sesuai dan pasti akan berlaku sesuatu yang hebat pada majlis ini..tapi sebelum tu… dah jadi amalan orang kita… minta maaf dulu sebelum tegur,sebelum sindir,sebelum kutuk,sebelum tibai atau sebelum bantai  sentuh benda  yang agak sensitiv pada telinga dan mata yang membaca atau yang bakal kena…

Nak minta maaf dulu atau nak tegur dulu..aku tak peduli…Santai dalam serius tetap bantai…janji mesej aku sampai…hahaha…

Mula-mula  aku nak puji kasi angkat dan kasi lambung tinggi sikit…hahaha…Aku bangga dan aku suka dengan kehadiran pengunjung   penyokong  PR  dari berbagai lapisan bangsa,umur  dan jawatan sepanjang majlis  ini memang boleh di banggakan, 7 buah khemah buah yang disediakan boleh dikatakan  penuh dengan penyokong ,jumlahnya aku  tak kira dan tak  anggarkan berapa..tapi ramai la..sebab objektif  7  khemah penuh tercapai. Sejak jam 8 malam lagi dah ramai tiba dilokasi,ramai pemimpin  otai-otai PR Perak hadir ditambah dengan kehadiran kartunis hebat  Br. Zunar dan beberapa pemimpin PR dari luar Perak…memang hebat..hinggakan peniaga  bihun sup dari Kuala Lumpur pun datang berniaga malam tu…..sempat juga aku pekena bihun sup malam tu… hahaha…

Dimaklumkan juga  penyokong PR  ada yang datang dari Beruas,Bukit Gantang,Bagan Serai,Selama,Lumut  dengan kenderaan sendiri… jauh tu yob..!!! kalau majlis anjuran UMNO BN..tobat lahum orang UMNO tak datang,orang UMNO BN  kena ada bas upahan dan duit upahan sokongan…hahaha..
Pemimpin PR  harapan rakyat Perak yang hadir

Aturcara perjalanan majlis pun hebat  disusun atur …pengacara majlis  aku tengok macam anugerah lagu peringkat  kebangsaan ada 3 orang,  sorang melayu,sorang cina dan sorang india…ini yang paling aku suka.  Pengisian majlis pun boleh dikatakan ok..ada persembahan kumpulan muzik,persembahan drama yang mencuit hati,pertujukan santai Br.Zunar dalam melukis kartun, acara lelongan untuk dana PR pun rancak dan diselang seli dengan pidato ceramah ringkas dari pemimpin PR. Semuanya hebat…semuanya bagus…semua ok…semuanya beressss…semuanya menarik…JADI  APA KELEMAHANYA…???

Haaaaa…dah dilambung kan..?? dah puji betoi tak…??  dah  kena jeck kan..??  Haaa…sekarang aku part  membantai dalam santai dalam serius …sikit  je hal nye…hahahaha….

Aku hairan..!!! Apa kejadahnya… dalam sebegini punya grand  program…kenapa tiada layar atau skrin projektor di pacak di lokasi..??  Memang nampak  remeh perkara macam ni..tapi ramai pengunjung yang merunggut,mereka persoal kan perkara ni…sedangkan ceramah2 kat kawasan,cawangan atau ranting ada benda projektor ini dipacak. Ini adalah keperluan yang penting dalam sesuatu program sebegini..sudahlah datang jauh-jauh nak tengok majlis ni, kerusi  dalam khemah dah penuh..ada yang terpaksa duduk luar khemah dan terpaksa berada jauh dari pentas utama…apa nak nampak..??? bukan datang semata-mata nak makan kacang kuda..datang nak tengok,nak dengar, nak ambil informasi…Sudah la masaalah sound sistem dah jadi kelaziman kebanyakan  majlis..kejap ok..kejap tidak….kalau ada skrin projektor boleh lah yang duduk dibelakang-belakang nampak apa yang berlaku kat depan.
Hish..!!! Tak faham aku kenapa jadi macam ni..????

Satu lagi masaalah lampu malap,tak cerah,tak terang  di khemah  pentas utama,disitu adalah point utama tumpuan mengapa  orang datang..yang datang mesti nak tengok pentas utama,nak tengok apa aksi,apa jadi dan apa berlaku semuanya di pentas utama..bukan nak tengok dimeja bihun sup yang terang benderang dengan lampu peniaga tu…hahaha.. ini majlis terbuka,kena kasi terang suasana..bukan majlis dalam gelap. Ramai yang bawa kamera vedio malam tu.. merungut pasal  lighting kurang…apa susah ka nak tambah biar 10 lampu kat situ..???  mereka semua nak merakamkan saat-saat mungkin berharga dan bernilai untuk dikongsi dengan rakan sahabat yang tak datang atau mungkin untuk simpanan peribadi untuk di tunjuk-kan kepada anak-anak atau ganerasi akan datang..

Hampehh betoi..!!! Lampu dalam khemah utama memang suram macam cahaya lampu bilik tidur…apa kejadahnya kalau rakaman tu semua nampak kabur dan gelap…Lampu tandas awam lagi clear…hahaha….

Aku pun tak tahu siapa yang mengelolakan semua tu…yang penting  aku  dan rakan sahabat tak puas hati serta wajib kena luahkan dan bukan masanya nak bagitahu  kelemahan yang berlaku pada masa tu....sebab perkara ini semuanya basis dalam sesuatu penganjuran.Aku cadangkan  PR perlu ada badan pemantauan  dalam setiap penganjuran majlis sebegini..biar orang kita tegur..(macam aku…hehehe..) jangan sampai orang lain sindir dan anggap satu kelemahan berpanjangan dan senjata kepada mereka…UMNO BN lah tu…haha..

Pakatan Rakyat berhasrat tinggi nak kembali terajui pemerintahan negeri Perak dan impian utamanya ialah menawan Putra Jaya dari UMNO BN. Sewajarnya  kelemahan sebegini harus di titik berat untuk diperbaiki…… Orang kata “tegur tu tanda sayang”…hahaha…semua dalam PR harus ingat yang politik tanah air ini bergantung pada jumlah angka, siapa dapat angka tertinggi maka dia-lah pemenangnya, PR bukan macam UMNO BN yang boleh tabur angka RM yang tinggi untuk politik. PR hanya bergantung pada semangat  yang  setia dan ketinggian moral semua ahli . Jadi untuk tingkatkan semangat dan menyinarkan moral penyokong  PR  maka wajiblah  dicerahkan pentas2 utama dan wajib diadakan skrin projektor untuk meningkatkan angka-angka  demi  impian semua rakyat…PR ke PUTRAJAYA..!!!!

Penyokong PR yang hadir ramai terpaksa terjenguk-jenguk ke pentas utama

7 buah Khemah dah penuh yob...

Antara kumpulan anak muda PR yang hebat menunjuk-kan bakat
agak malang saoud sistem sikit merosak-kan persembahan.

Penulis Orang ni mengambil peluang disini nak ucap selamat ulang tahun kelahiran kepada DS Nizar (17 mac 2012) yang keberapa aku tak tahu, semoga Dato Seri beroleh nilai usia yang penuh keberkatan  dariNya..amin..


Khamis, 15 Mac 2012

[ Vedio] Ust Kazim Prinsip konon di fitnah…tapi macam kaki kuat kelentong je…

14 Mac 2012 - Taman Yayasan Taiping Perak, berlansung satu majlis yang bertajuk  Fomula Insan Bertaqwa…. Penceramah tunggal pada malam itu ialah Ust Kazim Prinsip..pada mulanya aku dapat info Ust Kazim Prinsip akan digandingkan dengan seorang lagi Ust ( Penulis tak kenal) Ceramah tersebut konon-nya di anjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan politik,tapi tu semua auta saja..”Pertubuhan Belia Warisan Melayu” tengok logo keris pun dah tahu ni semua dari UMNO…MIC dan MCA mana ada logo gambar keris. ..haha..Nak kelentong tak kena tempat. Dikuatkan lagi dengan kehadiran YB Rosli ADUN Terong (UMNO) terchongok duduk kat kerusi VIP didepan,Ketua Pemuda UMNO Bukit Gantang pun ada situ dan beberapa pemimpin UMNO pun ada.
Kelihatan YB Rosli Adun Terong (UMNO) pun terchongok depan ceramah Ust Kazim Prinsip

Isi ceramah Ust Kazim Prinsip berkisar tentang isu taqwa dan sebagainya,selebihnya Ust Kazim Prinsip ni memang hebat dalam mood sindir menyindir. Senang cakap…walaupun Ust Kazim Prinsip tak cakap,biar aku cakap… dia sindir PAS… sebab  dia ada sebut  parti yang konon-nya nak jalankan hukum Islam tapi biarkan fitnah berleluasa.. .Ust Kazim Prinsip  tak sedar atau buat-buat tak tahu yang UMNO BN lah juara raja fitnah dahulu,kini dan selamanya.
Setelah aku dengar ceramah Ust Kazim Prinsip kali ni..baru aku tahu kenapa Ust Kazim Prinsip tak hadir dalam ceramah dengan Dr Hasan Ali di Batu Kurau baru-baru ini. [ Klik Sini ].  Sebabnya “Ust  Kazim Prinsip” ada PRINSIP. ( Sebab tu aku taip nama dia Ust Kazim Prinsip..) 

Kejadian ceramah roadshow Hasan Ali Di Batu Kurau jelas penganjur melanggar  prinsip Ust Kazim yang  tidak mahu di jadikan ahli panel yang pertama atau kedua dalam ceramah,dia hanya mahu jadi panel penceramah hanya yang terakhir.. Jadi sebab itulah malam ceramah di Batu Kurau Dr Hasan Ali terpaksa melalak berceramah melebihi 2 jam..? Ust Kazim Prinsip sanggup tolak mentah-mentah berceramah dek kerana pertahankan  prinsip nak jadi penceramah nombor last. Agaknya Hasan Ali pun nak ceramah akhir…Kazim Prinsip pun nak last.. last-last….Kazim blah demi prinsipnya dan Hasan Ali terpaksa akur demi Akidah JATInya…hahaha..

Pendek kata siapa saja yang jemput beliau ceramah yang ada lebih dari 2 orang..Ust Kazim Prinsip hanya mahu jadi panel penceramah nombor terakhir saja …Dia tak kira siapa pun yang bersamanya berceramah masa tu… Camana kalau Ust Kazim Prinsip digandingkan dengan Ulama tersohor seperti Syekh Yusuf Ahmad Qardawi..??? Sebab Ust Kazim Prinsip  kata dia tak kira siapa..kalau tak ikut prinsipnya…dia akan blah…

”Masa bila yang saya  ceramah di batu Kurau dengan  Hasan Ali..saya tak p aih…gambar ja depa  bubuh..saya takdak..saya  p ceramah di masjid Batu Kurau ..lepas tu saya blah a..” – kata Ust Kazim Prinsip  disini semalam,kemudian Ust Kazim  Prinsip  menuduh ada puak yang memfitnahnya…. Siapa yang fitnah..??? yang anjurkan ceramah  tu bukan PAS,bukan PKR  dan tentu sekali bukan DAP… Semua orang  tahu anjuran ceramah roadshow Dr Hasan Ali di taja sepenuhnya oleh UMNO.  Jadi siapa yang buat fitnah…?? Siapa yang bubuh gambar Ust Kazim Prinsip  dalam banner ceramah dengan Dr Hasan Ali..? Kalau dah tahu diri kena jemput berceramah dengan Dr Hasan Ali kenapa tak hadir..?? Kenapa sekadar ceramah di masjid Batu Kurau yang jaraknya tak sampai beberapa depa dengan padang astaka Batu Kurau lokasi ceramah Dr Hasan Ali… ini jemputan beb..Ust boleh tolak-tolak jemputan atas sebab prinsip ke-egoan diri  pula ke..?? 

Vedio Klip Ust Kazim tuduh difitnah…Siapa Fitnah..?

Rabu, 14 Mac 2012

Episod budak hilang dan dibunuh kejam berulang-ulang..Cis..!! sungguh malang

Aku simpati kepada keluarga Nurul Nadirah..
Nasib yang menimpa kepada keluarga adik Nurul Nadirah amat malang. Hilang dan kemudian dibunuh dengan kejam. Siapa pun tak tertanggung beban yg amat dahsyat tu… Tetapi peristiwa ini adalah episod ulangan kepada kehilangan adik Nurin Jazlin, Sharlinie dan kanak-kanak yang lain. Persoalannya mengapa episod malang ini sering berulang?

Kebanyakan kanak-kanak hilang dan diculik kerana ketiadaan ibubapa/penjaga bersama mereka. Nurin Jazlin hilang di pasar malam, adik Sharlinie hilang di padang permainan dan terkini adik Nurul Nadirah diculik semasa pergi membeli meggi kat  kedai. Cuba kalau bebudak ni pergi dengan bapanya ke, agak-agak korang siapa yang  teringin atau berani nak culik budak tu? Aku percaya 99% orang tak berani sentuh..apatah lagi nak culik..

Sebagai langkah pencegahan, jaga lah anak memasing. Biar bebudak anak-anak kita tu sentiasa didepan mata dalam penjagaan ibubapa. Kita harus sedar yang zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman sekarang orang jahat makin bijak,makin gila dan makin zalim. Diaorang dapat  pendedahan daripada  internet dan astro. Bijak kerana pandai hapus bukti2 kejahatan pada si mansa. Sampai sekarang pembunuh Nurin Jazlin masih bebas di luar sana. Dulu ada 'lelaki kucing' yg dikaitkan dgn adik Sharlinie. Mana lelaki kucing tersebut? Gila sebab gila seks. Gila seks kerana dipengaruhi DVD, vcd lucah dan laman2 web pornographi. Kebanyakan yang hilang dan diculik ialah budak perempuan. Lihat apa jadi pada arwah Nurin Jazlin.

Zaman dulu pun ada bahaya. Tapi zaman dulu-dulu bahaya dari penjenayah agak kurang..kalau kes culik orang ni kurang kita dengar tapi kes culik/curi ayam dalam reban dikampung sudah dikira kes besar..macam kes lembu sekarang. Dulu-dulu anak2 pun tak berapa berani jalan sorang2. Terutama masuk jam 7 malam,zaman tu dah gelap gelita,mana ada tiang lampu jalan..letrik pun tak ada. Cerita - cerita momok zaman dulu memang mendatangkan kesan pada keselamatan budak-budak.. sampai nak ke tandas luar rumah masa tu yang jaraknya beberapa langkah pun akan ditemankan. Tapi sekarang budak2 dah berani dan ibubapa pun jadi berani, hinggakan kalau di shopping komplek anak2 ketandas pun ada ibubapa yang berani membiarkan mereka pergi berseorangan..yang akhirnya membuat anak itu bertambah berani dan penjenayah bertambah sibuk mengambil kesempatan.

Aku bukan  nak  mencadangkan kepada para ibubapa untuk control anak2 berlebihan zaman sekarang ini hinggakan nak ikat kaki anak memasing. Tetapi umur 4-5 tahun bebudak adalah umur aktif untuk meneroka dunia dipersekitaran mereka. Kita pun tak boleh nak control para penjahat kat luar sana tapi kita boleh ubah diri sendiri dengan menjaga anak memasing.Caranya….Jaga sampai jangan terleka. Perkara yang terbaik dan kalau boleh dilakukan ialah sebelum itu ajar anak kita menggunakan telefon. Biar anak kita hafal alamat rumah dan nombor telefon kita.

Tapi kalau dah jaga punya jaga tetiba kita terleka dan anak kita hilang juga. Ini takdir tuhan. Kita dah tak boleh nak elak.Jadi  apa lagi..? pegi la report Polis dengan segera! Ramai je yang cakap Malaysia ni maju tetapi sistem bertindak kita using,lembab dan longlai. Sistem semboyan kita lembab. Anak hilang pukul 1.00 tengah hari dan infonya keluar Buletin Utama tv3suku pukul 8.00 malam. Seminggu kemudian muka budak itu baru dicetak dan ditampal di stesyen komuter dan bas. Lewat dah tu. Kajian menunjukkan kalau 3 jam pertama tak ada lead atau pembayang, muka budak itu akan hilang terus.

Tapi  cuba budak yang hilang tu cucu Tun Mahathir? Kemungkinan habis seluruh kontijen Bukit Aman dikerahkan join misi menyelamat cucu bekas PM. No wonder lah kalau cucu Mahathir jumpa balik tak sampai 24 jam. Bayangkan pula kalau anak buah Presiden UMNO  hilang pulak..?(Najib ada cucu ke..? aku pun tak tahu..) Bukan saja seluruh kontijen Bukit Aman dikerah…mungkin dengan askar-askar dikerah utk misi mencari dan menyelamat. Kena terima hakikat la yang anak kita tidak keistimewaan macam Presiden UMNO dan Mahathir. Terpaksa la kita sesama hadapi sistem malang ini untuk hadapi nasib malang kita itu.
Lebih malang lagi apabila yang pegang jawatan menteri Pembangunan Wanita dan kebajikan Masyarakat Si Shahrizat Jalil pun sibuk dengan kerja mempertahankan kedudukan dalam jawatan yang di palit dengan jenayah pecah amanah suaminya dalam isu lembu NFC. Sekarang Shahrizat nak letak jawatan dalam bulan depan..apa keutamaan isu kehilangan dan pembunuhan kejam seorang budak dengan isu Shahrizat nak letak jawatan..?? kekadang ada pihak yang sengaja ambil satu isu untuk tutup satu isu dengan cara sengaja dan tidak disengajakan. Malang bertambah malang kepada si malang.

Untuk kes Nurul Nadirah, Sharizat daripada  kementerian berkaitan tidak prihatin dengan famili si mangsa. Sudahlah isu Nurin  dipandang sepi, kebajikan famili mangsa diabaikan begitu shaja. Shahrizat boleh relax menemani suami yang dituduh pecah amanah ke mahkamah. Bangsat punya Shahrizat…!! Memang tak layak lah si Sharizat pegang apa-apa jawatan,tapi kalau pegang jawatan pencuci najis lembu dikandang NFC sangat  layak untuk Shahrizat yang akan berhenti 8 April .Inilah menteri yang korup,setelah didesak,dipaksa,ditarik,dihenyak semata-mata nak suruh letak jawatan dan akhirnya akur setelah serba kemungkinan..dot.dot..dot.. yang pasti akan diganti dengan yang lain…dan yang lain akan 2x5  5x2 juga selalunya.. Sebab yang bagi jawatan tu dari orang yang sama juga…dan yang pilih untuk ganti jawatan tu pun dia juga…siapa lagi..? Najib Tun Razak la…!
Inilah prinsip Rakyat didahulukan setelah pemimpin yang dipilih Najib dahulukan Presiden UMNO… Masaalah rakyat tetap terkebelakang pada hakikatnya..Aku harap kita semua jangan yakin dengan keselamatan anak-anak dizaman sekarang,kena jaga elok-elok dengan 100% perhatian dan juga kita semua jangan percaya walau 1% kepada pemimpin yang konon-nya berslogankan rakyat didahulukan…semuanya itu auta bersatu dengan kelentong.

Penggal baru sidang dewan rakyat di parlimen sudah bermula. Kepada ahli-ahli parlimen, tolong jangan jadikan dewan rakyat sebagai gelanggang sarkis atau pasar borong. Kalau setakat nak tunjuk muka dan nak ajukan soalan2 bocor yang tak bermakna kemudian dijawap macam hero basi  , parlimen bukan tempatnya.Terutama yang dari wakil Bebas yang bakal terpekik terlolong nak tunjuk sokong Najib,semata-mata nak ambil hati kot-kot dapat tiket seat PRU nanti… Sila berambus kepada yang tak paham perbahasan. Jadikan dewan rakyat sebagai tempat untuk selesaikan masalah rakyat. Apa yang rakyat Malaysia mahu kan sekarang ialah anak-anak mereka selamat di luar rumah!

Isnin, 12 Mac 2012

Apa kejadahnya..!!! PKR Kuala Sepetang bagi kertas A4 pada mangsa banjir..!!!????

Tak fahamlah aku..!!!

Dalam keadaan  banjir  yang berlaku di Jalan Matang, Kampung Jelapang,Simpang Halt  dan sekitar Parlimen Bukit Gantang Perak beberapa hari lepas telah mengakibatkan  musibah berlaku yang banyak menenggelamkan kediaman penduduk disini. Kesemua mangsa sudah tentu dalam keadaan sedih  kerana menghadapi kesulitan  dalam kehidupan seharian mereka  berikutan banyak harta benda yang telah  musnah,sewajarnya dihulurkan bantuan seumpama penempatan sementara,makan,minuman air bersih atau hulurkan tenaga kerja untuk berbagai tugas yang boleh dibuat.  Itulah  yang dilakukan  oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dan juga dari Jabatan Unit Amal PAS dari Bukit Gantang yang berkampung  dilokasi kejadian. [ Klik Sini ]

Tapi lain hal pula dengan PKR Kuala Sepetang….Pelik  punya kerja pada pendapat penulis Orang ni. Dalam kesibukan anggota Unit Amal PAS Bukit Gantang  menghulurkan  bantuan makanan kepada mangsa  banjir..ahli-ahli PKR yang penulis pun tak tahu apa jenis  penugasan mereka telah turut serta sibuk..mereka (PKR) bukan sibuk hulur bantuan tapi sibuk  menghulurkan kertas-kertas A4  berupa risalah yang dicetak diatasnya mengenai  isu-isu  kenaikan harga barang dan sebagainya…- Cis..!! bodoh punya kerja..!!!

Seorang mangsa banjir  menemui penulis  berkata pihak PKR Kuala Sepetang macam tidak peka langsung serta tidak prihatin dengan keperitan mangsa banjir. ”Kami mahu bantuan segera dalam masaalah banjir…bukan masanya nak  berfikir masaalah isu kenaikan harga barang, mereka (PKR) teramat salah tempat untuk itu”- kata seorang penduduk.

Penulis Orang ni  pun hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. Tidak terfikirkah PKR Kuala Sepetang dengan situasi  banjir..?? YB  Tai Sing Ng  janganlah seperti menangguk didalam air banjir (gambar kiri),  Semasa  banjir  berlaku mangsa-mangsa mahukan usaha seperti menyelamat kan mangsa terperangkap,penempatan mangsa banjir,lokasi atau bilik gerakan banjir untuk petugas,kain selimut,tikar,makanan,minum dan sebagainya….bukan mangsa banjir nak baca risalah berunsur politik masa tu…tiada masa pada mangsa banjir nak serabutkan fikiran dengan nak baca risalah dan tiada masa nak main politik sedemikina masa  bencana.  Kalau PKR Kuala Sepetang  nak cari publisiti politik pun  dalam waktu bencana banjir….janganlah tujuk-kan kebodohan diri.

Dimaklumkan juga  bahawa  anggota dari Unit Amal PAS Bukit Gantang pun terkilan dan terkejut dengan kejadian tersebut. Apa tidaknya… semasa anggota Unit Amal sibuk agihkan makanan  kepada mangsa…anggota PKR Kuala Sepetang pun sibuk juga dengan edarkan risalah. Kalau tolong sama dalam misi bantuan tu tak apa la.. Sehinggakan  anggota Unit Amal ada yang disindir oleh mangsa banjir dengan berseloroh berkata  “ datang ni  nak bagi risalah ke…? kami tak makan kertas  dan risalah tu nak buat selimut pun tak boleh”  

PKR Kuala Sepetang teramat -amat-amat -amat-amat-amat -amat-amat perlu baiki gerakerja dalam apa saja tindakan. YB ADUN Kuala Sepetang ( PKR ) wajar ubah pendekatan…sebelum rakyat ubah pendirian....PRU pun dah dekat, jangan sibuk melobi kerusi PKR di Perak..tapi sibuklah dengan tugas yang diamanahkan didalam kesuntukan masa ini .

Hutan bakau Kekal bertukar kepada Hutan untuk Kroni di Teluk Kertang Kuala Sepetang Perak

Apa nak jadi..???!!!
Sejak tahun 2000 dimasa Adun Kuala Sepetang diwakili  oleh  Barisan Nasional lagi para penduduk disini sudah memohon lot-lot tanah untuk dijadikan kediaman. Namun telah ditolak oleh pihak berkenaan dengan alasan kawasan yang dipohon adalah berstatus Tanah Hutan Kekal. Kemudian dalam tahun 2004 menurut maklumat penduduk setempat menyatakan ada dijanjikan dari wakil rakyat DUN Kuala Sepetang (Dari BN) mereka akan diberi lot-lot tanah dalam projek perumahan kampung tersusun kononya.

Namun hakikatnya sekarang ini ialah penduduk-penduduk yang rata-ratanya dari golongan nelayan dan buruh kasar yang boleh di-ibaratkan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang terus dipermainkan oleh  pihak berkenaan. Apa tidaknya..!!! sekarang ini kalau anda  yang pernah ke warung Kak Jah Mee Udang yang popular masuk TV3 suku,anda akan dapat melihat dikiri jalan menghala ke Kuala Sepetang akan kelihatan projek-projek untuk membuat rumah bakar arang (Gok).  Disitulah lokasi yang dulunya dijanjikan akan dibuat projek untuk rakyat ,tapi sekarang di tukar kepada projek untuk kroni.


Menurut cerita-cerita penduduk setempat disini kepada penulis petang tadi  nama Ustaz Kazim Elias dan ADUN Batu Kuray YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin Elias pun ada dalam senarai pemilik projek kroni disini. 

Hutan Kekal atau Hutan Kroni..???


Hutan Bakau yang sebagai penampan hakisan ini bakal musnah di Kuala Sepetang.

Di Depan signbord Hutan Kekal..di belakang projek kroni.

Jalan ke Kuala Sepetang bakal hadapi pencemaran dari rumah bakar arang milik kroni UMNIO BN (Gok)

1250 hektar hutan bakau akan musnah dengan projek kroni UMNO BN ini..
Rakyat akan bakal tanggung risiko banjir sekiranya hujan lebat.

Senarai pihak yang bakal untung dari kemusnahan Hutan Bakau

"Lihat ini....." - Kata rakan penulis

Kuala Sepetang di landa banjir besar dua tiga hari ini...[ Klik Sini] jikalaukalau projek ini siap nanti tak tahulah bagaimana keadaanya nanti...rakyat dah tahu risiko tapi mereka hanya fikir untung...

Ahad, 11 Mac 2012

Santai dalam serius ataupun serius dalam santai... Semua boleh bantai..

Petang jumaat lepas ON dan rakan sahabat blogger dapat bersua muka...di tepian pantai berhadapan sebuah Pulau..ada yang dah kenal muka,ada yang kenal nama dialam maya saja dan ada juga yang langsung ON tak kenal langsung...tapi bila dah berkumpul,bersarapan,berbincang,bertengkar dan berdiskusi secara bersama..ON lihat semuanya ok..ada penyatuan dan ada persamaan..iaitu menjatuhkan kerajaan yang zalim UMNO BN. 
ON rasa bangga dan sukacita dengan komitmen para rakan sahabat maya yang hadir walaupun malam tu hujan lebat dan segulung ombak besar tahniah buat yang menganjurkan program yang santai dalam serius yang boleh bantai apa saja yang nak bantai,janji ada rumusan keputusan disetujui bersama. Syabas...syabas...syabas... 

Sedang bantai bersantai tapi dalam serius..haha..

RM250 juta tetap lesap

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta
KUALA LUMPUR- Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun PAS mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta.
Naib Presdien PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengunduran Shahrizat yang hanya selepas tamat tempoh senator itu juga, tidak mampu memadamkan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang masih tidak ada sebarang penjelasan.
"(Datuk Seri) Najib tak sambung Shahrizat dengan harapan dapat buang beban yang ditanggung Umno BN.
"Tapi dengan letak jawatan sahaja, tak upaya memulangkan kembali wang rakyat RM250 juta yang dipinjam. Isu ini tetap jd beban kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Shahrizat hari ini yang mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.
Beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Beban beralih kepada Muhyiddin
Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu NFC bukan isu pribadi yang hanya melibatkan Shahrizat, tapi ia berkait soal integriti sebuah kerajaan.
Rakyat ujarnya masih menantikan penjelasan bagaimana dana ratusan juta itu boleh diberikan oleh kerajaan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat yang diketahui tidak bepengalaman.
"Ini soal integriti kerajaan dan (Tan Sri) Muhyiddin juga bertanggungjawab kerana beliau menteri pertanian ketika itu yang mempengerusikan jawatankuasa pemilih yang memberikan projek itu kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.
"Bersediakan Najib tubuh suruhanjaya diraja siasat timbalannya Muhyiddin," cabar Mahfuz.
-Harakahdaily