Pengikut

Khamis, 26 Jun 2014

Isnin, 23 Jun 2014

Ramai yang menghina Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik tanpa disedari

Semalam 23 Jun 2014 berita sedih khususnya bagi ahli-ahli PAS tersebar dimedia massa seluruh negara diatas permergian Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik kerana kemalangan jalanraya.
Jadi ramailah yang membuat posting artikal dilaman-laman media massa seperti Facebook,whatsapp dan sebagainya berkaitan Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik.

Ada yang tulis berkaitan maklumat,sejarah dan sebagainya mengenai Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik.

Orangni juga menerima kirim whatsapp berkaitan semua tu..Wallahualam samada itu nukilan hasil pengiriman atau di copy paste.

Isi-nya memang terbaik....

Tapi tajuk berbunyi "PERGINYA SANG MURABBI" menyebab Orangi rasa tak kena dan amat tidak wajar. 

Mengapa perlu guna perkataan "SANG".?? 
Mengapa tidak hanya "PERGINYA SEORANG MURABBI" ?
Keratan Whatsapp yang diterima dari salah satu group...malangnya ramai yang dikesan copy paste artikal ini 100% di posting ke group whatsapp lain dan juga laman FB.
Salah satu laman yang turut mengunakan perkataan "Sang"
Kerana mengunakan perkataan "SANG" sebagai perkataan kata awal nama pada manusia amat tidak sesuai digunakan ,ianya hanya sesuai digunakan pada bintang seperti yang terdapat dalam kisah-kisah zaman dahulu seperti Sang Kancil dan sebagainya,jika hendak juga dijadikan kata awal nama pada manusia selalunya di gunakan untuk watak manusia yang negatif atau tidak baik seperti Sang Penyamun,Sang Perompak dan sebagainya.

Orangni bukanlah pakar dalam bahasa atau pengamal bahasa Melayu yang pakar atau tegar. Sebab penulisan Orangni pun katogeri rojak juga.

Tapi dalam isu tajuk yang bersangkut paut dengan individu seperti Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik Orangni rasa amat tidak sesuai dan  wajar diambil perhatian.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php
Kemungkinan budaya copy paste tanpa usul periksa dialam maya  menjadi penyebab ramai yang seperti menghina tanpa disedari.

Orang Islam perlu pandai...tapi jangan memandai-mandai jika tak tahu.

Orangni pun bukanlah pandai sangat...tapi berhati-hati juga dalam penulisan takut juga terlebih memandai-mandai..

**Disini Orangni ingin menyampaikan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga al-Marhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik yang telah pulang ke rahmatullah.

Semoga roh al-Marhum ditempatkan di kalangan para pejuang Islam dan solihin. 
Amiin.
Al Fatihah.

Ahad, 22 Jun 2014

Ketua Pemuda UMNO Update Status Rasmi di Facebook Untuk Temujanji Dengan Seorang MB yang Sembrono

Khabarnya Pemuda UMNO Negeri & AJK Bahagian di Perlis tidak pernah jumpa YAB MB secara rasmi .Permohonan secara rasmi tidak di layan dengan baik oleh pentadbiran Pejabat MB...Inilah UMNO......sebab dah geram Update Status di Facebook......HAHAHAHA........
mengharapkan perhatian dan pertimbangan Y.A.B. untuk memberi maklumbalas terhadap permohonan ini kerana mana mungkin organisasi rasmi UMNO diketepikan sembrono sedangkan jawatan yang disandang oleh Yang Amat Berhormat itupun diperolehi kerana UMNO. 
.