Pengikut

Sabtu, 24 November 2012

Rais Yatim warning enggak mahu jenaka gelak ketawa lagi

Ribut...ribut Pak.....Dikhabarkan oleh Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Bapak Dr Rais Yatim memberi warning Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU) yang bermula selasa ini akan ditumpukan kepada topik-topik lebih faktual dan kurangkan jenaka serta gelak ketawa.

Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.   

"Tahun lalu berlaku banyak berjenaka, ketawa...sehingga 'kerja rumah' yang paling penting kadangkala dilupai. - Sumber Bukan dari akbar indon...tapi dari SH....hahaha....

Ingat semua perwakilan UMNO..!!! Pada PAU nanti perwakilanya UMNO di warning oleh Pak Rais jangan suka banggat berketawa....hahaha...duduk diam dan serius saja....hahaha....

Waduh...waduh....ribut sekali UMNO sekarang ini...jika beberapa hari lalu Pak Menteri Pertahanan Zahid nyuruh perwakilan semuanya tutup mulut...tidak bisa cakap-cakap dalam perhimpunan, kali hari Pak Rais nyuruh jangan bikin yang lucu-lucu gelak ketawa pula...

Mahu cakap enggak bisa....mahu gelak pun enggak bisa... Sungguh kalut dan ribut sekali UMNO....hahaha.....

Jumaat, 23 November 2012

Pembelit memang kerja rutin Syaitan yang dikenali

Tuduh TG Haji Hadi Disokong Syaitan, Tun Pembelit.

Tun Mahathir yang mengatakan bahawa Umno ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang tidak dikenali. Tiba-tiba semalam Tun mengatakan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disokong oleh syaitan.

Sedangkan Pas sentiasa memerangi syaitan dan mereka yang mengaku dirinya syaitan.

Kerana ini adalah ajaran Islam yang menyuruh supaya sentiasa membaca Auzubillah minassyaitanirrajim..Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.

Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun. Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut.

Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.

Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat.

Ini yang menyebabkan Datuk Seri Najib mesti ikut apa kemahuannya dan tidak berani menyanggah apa yang beliau kata, takut banyak pula fail-fail beliau timbul.

Setakat hari ini yang berani sanggah beliau pemimpim Pas dan Pakatan Rakyat sahaja.

Idris Hj Ahmad - 23/11/12

Khamis, 22 November 2012

Zahid arah Perwakilan kuih PAU basi semua jadi "Bisu"

Persidangan Parti Syaitan yang Dikenali akan berlangsung dalam suasana senyap sunyi....
hanya Najib sorang je bercakap...hahaha....

Nak tergelak aku baca kenyataan menteri UMNO sorang ni.....

Belum apa-apa lagi dah Zahid bagi warning...!!!


Perwakilan UMNO..!!!!!!  Ingat...!!!!!!!!

Jangan cakap (bincang) perkara-perkara busuk yang memang berlaku dalam UMNO....cakap yang wangi-wangi je...kot-kot ada...hahaha....

Perwakilan diarah tutup mulut...dok diam-diam macam bebudak sekolah..Jangan bising-bising...Nanti Cikgu Najib dan Cikgu Zahid rotan...hehehehe... 

Antara isu-isu busuk yang  mungkin ditegah sentuh ialah seperti isu Lembu kondo tentu menjadi perkara larangan,sebab dah tentu busuk..hahaha...

Pendek kata semua perwakilan kuih PAU basi kena taruh plaster kat mulut,duduk diam-diam hanya angguk-angguk kepala dan tepuk tangan saja dibenarkan....hahaha....

Memang layak lah digelar perwakilan kuih PAU basi....hahaha...

KUALA LUMPUR: Perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 yang akan mula bersidang pada 27 November depan diarah ‘tutup mulut’ daripada membincangkan mengenai ‘perkara-perkara sensitif’ yang bakal menggugat parti dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlulah fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

“Saya fikir perwakilan telah ditentukan (Umno) Perhubungan Negeri dan Timbalan Perdana Menteri akan bertemu dengan semua perwakilan untuk beri garis panduan agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi pihak di dalam atau luar parti.

“(Ini) bukan masa untuk lontarkan pandangan yang berbeza,” kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.- FMT

Parti Syaitan yang kenali ujud di Sarawak

Jika dahulu semasa ribut PRN Sarawak pada april 2011 aku ada katakan...


PAS ada ahlinya di Sarawak,
PAS ada pejabatnya di Sarawak…
PKR ada ahlinya di Sarawak.
PKR ada pejabatnya di Sarawak…
DAP ada ahlinya di Sarawak..
DAP banyak pejabatnya di Sarawak…
UMNO ada apa di Sarawak…?????? 


Hanya ada puaka,jembalang,hantu dan anjing kurap yang datang dari semenanjung untuk berkempen di Sarawak….[ Sini ]

Rupanya agak meleset jangkaan aku...hahaha.....
Parti Syaitan yang dikenali ini rupanya sudah ujud di Sarawak...
Wah..!!!..hebat...UMNO Sarawak..Pejuang Hak Melayu dan Bumiputera Sarawak!!! Nama sebuah blog yang aku jumpa dalam website...hahaha...

Malas aku nak bagi tahu isi kandung bahan dalam blog tersebut..ianya sama macam blog pro Syaitan yang dikenali...hahaha...

Apapun terdetik dikepala aku nak tahu juga akan keujudan UMNO di Sarawak ini....hahaha...
Siapa Pengerusi UMNO Sarawak..?? 
Dimana Pejabat UMNO Sarawak..??? 
Masa bilakah UMNO Sarawak ini ditubuhkan...???
Pehin Taib Mahmud dan Raqad dah tahu ke...????? hahahaha....... 

Hahaha......memang syaitan sungguh parti ini.... tetiba saja boleh wujud sana dan sini...hehehe....
Syaitan yang dikenali menyetan di Kenyalang....hahaha....

Selasa, 20 November 2012

UMNO baju ada salib buat laporan polis isu murtad

KOTA BAHARU, 20 Nov -- Kira-kira 15 anggota Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Baharu bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu murtad pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh pengerusinya, Mohd Noor Deris (empat kiri).


Konon nak cari publisiti dalam isu yang mereka sendiri putar belitkan,susah payah cai-cai UMNO buat report polis isu murtad konon-nya. Semua mereka ni konon-nya 15 orang dari Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan...tapi salah sorang dari mereka pakai baju ada tertera logo salib...

Adakah yang memakai baju tersebut bukan Islam...??

Inilah berkat doa " Ko BN ", segala tindak tanduk puak UMNO semakin menuju kahancuran...!!!!

Haram Memakai pakaian ada Lambang Salib, Syaitan dan jenama arak
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Isnin, 19 November 2012

Piiiiraaaah.......UMNO bising doa KO BN

Membisu Ketika. Program Wacana " Pas Ajaran Sesat"

Idris Hj Ahmad - 20/11/12: Kenapa Umno bising dengan doa untuk hancurkan Umno, tetapi diam membisu ketika Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said mengadakan Wacana Pas Parti Ajaran Sesat, pada 11 April 2012 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.

Atas asas apa Pas dituduh ajaran sesat.

Ayat al-Quran mana yang Pas menyelewing?

Layakkah Pas dilebel sebagai menganut ajaran sesat, semata-mata kerana hendak memperjuangkan Islam di negara ini.

Cabaran untuk debat atau muzakarah sampai hari ini tidak bersahut. Jika program ini berjalan maka tidak timbul lagi tohmohan ini terhadap Pas.

Mana suara ulamak pengampu Umno yang kelu dan bisu ketika Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Sedangkan Malaikat makhluk yang tidak pernah melakukan kesalahan.

Apakah mereka hanya menjadi jantan ketika berhadapan dengan Pas, tetapi menjadi pondan apabila pemimpin Umno menghina Islam secara jelas.Pas hanya menggunakan doa sebagai senjata,

kerana bertepatan dengan maksud Hadis nabi SAW "Doa ialah senjata orang mukmin". Pas dipukul daripada berbagai sudut tanpa belas kasihan.

Kerajaan BN tidak pernah menghormati hak federalisma yang sepatut diperoleh oleh Kelantan sejak 1990.

Pencabulan hak demokrasi yang semakin parah melalui SPR. Maka senjata yang ada kepada Pas ialah memohon doa kepada Allah supaya Allah membalas dengan setimpal atas kejahatan mereka.

Doa "Hancur UMNO BN" sudah dimakbulkan

Berikutan sikap sebati kurang ajar,kurang sopan dan kurang asam sebuah akhbar dari media massa arus pembodek utama UMNO BN yang mengeluarkan kenyataan 101% berita fitnah terhadap TGNA. Akhbar tersebut akan disaman lagi. Inilah berkat doa "Hancurkan UMNO BN" yang di-aminkan oleh ramai rakyat Malaysia. Media Massa pengampu UMNO BN sudah mula menuju kehancuran demi kehancuran.....hahaha....

Ahad, 18 November 2012

Aku berterima kasih kepada Media Prima TV3

Buat pertama kali aku berterima kasih kepada TV3 kerana menyiarkan doa hancurkan UMNO BN dalam buliten jam 8 malam 18 Sept 2012.

Alhamdullillah...aku berkesempatan menga'aminkan doa tersebut dari kejauhan dihadapan TV....

Jika boleh Media Prima TV3 mengulang siar rakaman mendoakan "Hancur UMNO BN" ini berulang-ulang kali,setiap hari,setiap jam dan setiap masa...agar ramai rakyat negara ini boleh menga'minkan doa tersebut.

Kerana ramai dikalangan rakyat yang tidak dapat berpeluang hadir ke muktamar diKelantan seperti aku...sekurang-kurangnya dengan tersiarnya rakaman doa tersebut dapat meramaikan lagi memohon kehancuran UMNO BN.