Pengikut

Sabtu, 28 September 2013

Wanita UMNO jadi Tolol sebab Shahrizat Bahlol

Hari ini 29 September 2013
kerana nak lobi pertahankan jawatan ketua wanita UMNO Munafiqkun...macam-macam kebanggangan dibuat,lepas ni masih boleh lagi kot sambut hari raya aidilfitri...hahaha...

Kisah gula, minyak dan batu nesan

Mat Pathul Bari seorang JKKK sedang bersedih dengan kematian Pak Jib seorang Ketua Kampung Banglasia akibat penyakit diabetes ataupun sebab gula berlebihan.

"Itulah Tok Ketua... kan menteri dah cakap jangan makan gula banyak sangat, nanti mati! sebab tu menteri nak naikkan harga gula!" bisik Mat Pathul dalam hatinya.

Mat Pathul telah diamanahkan oleh Puan Mah janda kepada Pak Jib untuk membeli batu nesan di Kedai Pak Midin tokey batu nesan dihujung kampungnya.

Maka terketar-ketarlah Mat Pathul terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer sebab nak jimat minyak sebab sentiasa ingat pesan pemimpin-nya supaya berjimat cermat demi kemewahan pemimpin-nya.

Tiba dikedai Pak Midin....

Mat Pahtul: As-salam dan Salam 1Banglasia Pak Midin.. bagi saya batu nesan dua,kalau boleh yang cantik sebab ini untuk kubur Tok Ketua kita arwah Pak Jib...

Pak Midin: Mmm...tapi nak batu nesan saiz apa..?

Mat Pahtul: Alamak...ada saiz pulak, free saiz ade..?

Pak Midin: ada...

Mat Pahtul: Berapa harga-nya Pak Midin..?

Pak Midin: Sebatang nesan RM5000, 2 batang jadi RM10000...

Mat Pahtul: Amboi..!! mahalnya batu nesan ni..!!! Ada batu berlian macam cincin Puan Mah ke.? Tak kan minyak naik seliter 20sen  harga nesan naik sampai beribu-ribu..!!??

Pak Midin: Saja aku letak harga mahal,ini semua untuk kebaikkan engkau dan juga untuk kebaikkan orang kampung ni juga...

Mat Pahtul: Apa maksud Pak Midin..?

Pak Midin: Cuba kau fikir Mat Pathul.....bila aku naikkan harga batu nesan tinggi-tinggi, kuranglah orang nak meninggal sebab kalau tak mampu beli batu nesan jangan la teringin nak mati...

Mat Pahtul: Oooo...macam tu...

** "Tak sangka ketentuan otak Pak Midin ni bijak bergeliga..macam otak menteri,mungkin dah ketentuan  Pak Midin ni layak dilantik jadi Tok Ketua Kampung lepas ni" - bisik dalam hati Mat Pathul sambil menanggung 2 batu nesan yang dibelinya dengan langkah terketar-ketar di-sebab kekurangan gula dalam badan menuju pulang.

Sekian,kisah ini hanya ketentuan....hahaha...
Geng Pak Midin dan Pathul Bari

Malaysia salah satu daripada negara yang paling korup

Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling korup dan disenaraikan sebagai sebuah negara yang paling mungkin untuk mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran apabila keadaan ekonomi yang sukar, menurut kajian baru-baru ini oleh Ernst & Young, memberi isyarat bahawa Pengurusan Prestasi kerajaan dan Penghantaran unit (Pemandu) telah gagal dalam peranannya untuk mengubah ekonomi.

Malaysia, bersama-sama dengan China, mempunyai tahap tertinggi rasuah dan rasuah di mana-mana di dunia, menurut laporan terbaru, Asia-Pacific Penipuan Laporan Penyiasatan Siri 2013.

Tinjauan tahun ini ditinjau 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-one-of-the-most-corrupt-nations-survey-shows
Nampaknya inilah berita yang akan disembunyikan oleh pemimpin UMNO Munafiqun,sebab kebanyakan kes-kes rasuah berlaku dikalangan mereka_kalau nak disenaraikan dah terlalu banyak untuk disenaraikan_hinggakan rakyat dah jelak atau naik meluat dengan kes-kes rasuah tertinggi banyak melibatkan puak ini.




Dari peringkat macai bawahan hingga macai atasan amalan rasuah memang menjadi tradisi wajib dalam UMNO BN...

Jumaat, 27 September 2013

Video Terkini: Mat Yo dan Isteri jadi bahan lawak artis tanahair...lawak beb...hahaha...

Harga Minyak Tak Jadi Naik,Ini sebabnya....

Penafian yang penuh bermakna dari menteri UMNO Munafiqkun....
Sebelum itu terdapat INFO TIDAK RASMI mengatakan  Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan lagi kenaikan RON95 10 sen & RON97 15 sen. Pada jam 4.00 ptg tadi, mesyuarat peringkat Kementerian KPDNHEP telah membuat penyelarasan untuk pengumuman lewat malam ini. - FB

Namun sudah dinafikan penurunan subsidi minyak ( Naik harga la tu...hahaha..) oleh menteri UMNO Munafiqkun...

Sebabnya harga minyak tak jadi naik bertepatan kemungkinan  posting yang Orangni update semalam : Harga minyak akan kekal dan mungkin akan diturunkan..???

Terkini: Minyak petrol naik lagi RON95 10sen dan RON97 15sen..?


27 Sept -- INFO TIDAK RASMI | Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan lagi kenaikan RON95 10 sen & RON97 15 sen. Pada jam 4.00 ptg tadi, mesyuarat peringkat Kementerian KPDNHEP telah membuat penyelarasan untuk pengumuman lewat malam ini. - FB

_  Nampaknya stesyen pump minyak kini jadi mula jadi sasaran rakyat dan UMNO BN akan meraikan acara di-maki hamun rakyat malam ini.....hahaha....

kita tunggu laporan rasmi...sebelum maki,hamun dan hamput pemimpin UMNO yang menyusahkan rakyat.... Apapun, bersiaplah....hahaha.....

Kemaluan murid lelaki 7 tahun di-ikat lebih 4 jam

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.
Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi ‘menyelamatkan’ anggota sulitnya. 
AQIL Danish terpaksa dibedah bagi menyelamatkan anggota sulitnya.
Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.
“Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam,” katanya ketika ditemui, semalam. - MyMetro

Khamis, 26 September 2013

Harga minyak akan kekal dan mungkin akan diturunkan..???


Awal hari ini ada desas desus mengatakan harga minyak petrol RON95 akan naik sedikit masa lagi,isu ini bertambah panas kemudian apabila disahkan dengan tersiar di media massa turun menyiarkan bahawa harga minyak tersebut akan dinaikan atas alasan dari kepala hotak pemimpin UMNO Munafiqkun yang tak masuk akal konon-nya berkaitan Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia. Inilah alasan banggang dari kepala otak warga pencacai dan pemimpin UMNO untuk menyusahkan rakyat.

Namun bagi Orangni berpendapat...(bukan cadangan...hahaha...) Harga minyak dinegara ini akan kekal pada harga sekarang dan amat berkemungkinan besar akan diumumkan diturunkan harga oleh Najib dalam masa 60 hari dari sekarang.... sebab-sebabnya amat kukuh bagi Orangni,kerana sudah menjadi kebiasaan kepada Presiden UMNO Najib akan menabur janji manis penuh beracun kepada rakyat dikala memerlukan sokongan...

Pendapat Orangni kerana artikal dibawah ini:
Terpaksa tangguh la kenaikan harga minyak....sebab mau raih undi...hahaha.....

Harga minyak tidak akan naik dalam waktu-waktu anjing tersepit memerlukan bantuan..tapi awas apabila terlepas selalunya akan mengigit mereka yang membantu...


Rabu, 25 September 2013

Gambar Menakjubkan kereta penyet dihempap kontena pemandunya selamat

China Zhangjiagang di Wilayah JiangsuSeorang wanita Cina telah melalui detik cemas apabila sebuah lori membawa muatan kontena bersaiz besar terbalik menghempap kereta yang dipandunya.

Jika melihat keadaan keretanya yang terpeyet teruk akibat dihempap kontena itu tentu dari penilaian orang ramai mengatakan pemandu kereta tersebut mati ataupun cedera parah.

Apa yang berlaku sungguh menakjubkan apabila kerja menyelamat dilakukan pemandu tersebut hanya cedera ringan.
Kereta jenis Nissan terpeyet teruk dihempap kontena gergasi
Penyelamat: Anggota bomba terpaksa menunggu 20 minit untuk kren tiba dan mengangkat kontena gergasi yang berat
Masih hidup: Pemandu terselamat tanpa kecederaan serius
Anggota bomba berusaha keluarkan pemandu wanita tersebut
Pemandu wanita berjaya dikeluarkan dari bangkai keretanya
Orang ramai yang memerhati agak terkejut apabila pemandu wanita ini tiada alami sebarang kecederaan serius
Hancur....beginilah keadaan kereta yang terpeyet dihempap kontena gergasi tapi pemandunya selamat
** Memanglah ajal maut itu ketentuan dariNya..tapi kehebatan kereta buatan luar negara sememang kukuh dan hebat serta dapat menyakinkan dari aspek keselamatan jika dibandingkan dengan kereta buatan negara yang dikatakan selembut tin milo,cuba bayangkan jika kereta jenama proton yang dihempap kontena seperti diatas berlaku,nescaya akan ada waris menanti di bilik mayat....hahaha...

Mukhriz arah Solat hajat seluruh masjid di Kedah

>Saya doakan YB Ustaz Azizan yg dlm keadaan kritikal waktu ini kembali sembuh sepenuhnya in shaa Allah. Solat hajat dimasjid2 Kedah < tweet dari Mukhriz Mahathir MB Kedah.

Berita sebelum ini: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi.

“Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi.Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung,” katanya.

Menurutnya, Azizan juga masih belum membuka mata sejak kejadian itu, dan dilaporkan tekanan darahnya juga rendah.“Minggu lalu, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menziarahi Azizan, beliau kelihatan gembira dan berbual-bual, namun pada ketika itu, semua pelawat dikehendaki memakai sarung tangan dan pakaian khas untuk elak jangkitan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Pas Kedah telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Zuhur tadi dan turut mengarahkan semua Pas kawasan berbuat demikian.

“Saya harap semua berdoa untuk kesejahteraan Azizan yang kini bertarung nyawa. Saya sebak membaca komen-komen positif sejurus berita ini dikemaskini diFacebook, ini menunjukkan beliau disayangi dan disenangi ramai,” katanya.

Menurutnya, kondisi Azizan yang tidak stabil turut dimaklumkan kepada kepimpinan Pas Pusat.Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.

Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB, 13 Ogos lalu.

Ustaz Azizan mantan MB Kedah dilaporkan kritikal

25 Sept -- Menurut sumber mengatakan sejak jam 3 pagi tadi keadaan Ust Azizan mantan MB Kedah dalam kritikal dan tenat. Beliau kini berada dihospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Dikatakan pihak hospital telah memanggil semua ahli keluarga terdekat.

SU BPP Kedah memohon semua ahli PAS mendoakan Ust Azizan.

Selasa, 24 September 2013

Ustaz Kazim Elias akui Malaysia penuh dengan maksiat

> Malaysia memang aman. Tapi hakikatnya penuh dengan maksiat < Tweet dari Ustaz Kazim Elias.

Mungkin Kazim baru tersedar dari lamunan agaknya yang tanahair ini penuh dengan maksiat dan mungkin juga Kazim malu nak akui dek kerana kerajaan UMNO BN yang memerintah tidak laksanakan hukum yang diperintahkan Allah seperti Hudud dan qisas maka maksiat penuh dinegara ini.

Menariknya posting dalam twitter Kazim sebelum itu menyentuh hal isteri yang solehah > Nabi kata,sebaik-baik harta ialah isteri yang solehah <. 

Teringat Orangni dalam awal tahun ini Kazim ada dijemput khas untuk berceramah dimasjid negeri di Ipoh yang mana DS Rosmah isteri PM Najib adalah VVIP yang hadir. [ kisahnya DISINI]

Agaknya Ust Kazim berani tak sentuh hal hukum mendedahkan aurat (rambut) selepas ini dihadapan DS Rosmah jika diberi peluang berceramah..sebab mendedahkan aurat adalah termasuk dalam perkara maksiat...ada bran ke Ust Kazim..??? Hahaha.....
Rambut terjojol dalam masjid depan ust sendiri....maksiat tak ust Kazim..???




Sokong lagi Pakatan Rakyat...kan dah dapat...!!!!!!

Sokong lagi Pakatan Rakyat...kan dah dapat hadiah...hahaha...

Isnin, 23 September 2013

UMNO Ganas sesama sendiri

UMNO Munafiqkun....
UMNO bukan makin PANAS
Tapi makin GANAS..!!!
 Buktinya..!!!

Abah Anas terima satu lagi hukuman selepas bebas dari penjara

Kuala Kangsar: 24 Sept-- Ibarat jatuh ditimpa tangga, Bad Latif atau lebih dikenali sebagai Abah Anas 47, dilaporkan baru sahaja diberikan notis daripada syarikat tempat beliau bekerja.

Beliau diberi dua pilihan sama ada berhenti kerja atau diberhentikan dalam tempoh seminggu. Bermakna ikut mana pun kena berhenti juga.

Abah Anas yang baru saja dibebaskan dari penjara Tapah pada 19 sept lalu berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 OKZ  (peserta Ops Bubar).

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Abah Anas bersama 12 lagi sebelum itu telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan mahkamah ketika itu telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Feb 2009. 

Buat Abah Anas serta semua rakan lain yang terlibat inilah erti dan cabaran dalam sebuah perjuangan dinegara ini,golongan yang memperjuangkan hak rakyat akan sentiasa dihimpit serta dizalimi oleh mereka-mereka yang berkepentingan dunia semata-mata.


** Berita ini bukanlah dari kenyataan rasmi Bad Latif@Abah Anas atau mana-mana pihak dari 13 OKZ. Sumber Orangni terima dari laman tweet bukan dari salah seorang 13 OKZ. Harap maklum.

Ustaz Amil terlebih bodek sampai songkok pun biru

Kalau nak bodek pun ustaz Amil...agak-agak la_dah la kaki bodek UMNO masing-masing meninggikan songkok masing-masing untuk menunjuk-kan tahap kebodekan mereka terhadap Najib dan Datin rambut terjojol Rosmah.

Memang la Ustaz Amil ni hanya Se-ekor seorang maskot bertugas untuk Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan_tapi apa ke-halnya songkok pun warna biru...hahaha....

Kalau van,baju,sampin atau hatta seluar dalam warna biru tu tak jadi hal la_sebab aku pun ada pakaian warna biru.

Tapi songkok warna biru memang nampak sesangat bermotif bodek dalam kamus UMNO BN...hahaha..Dah tak ada warna lain ke..?? Kalau ya pun untuk  menarik minat lebih ramai masyarakat Islam menunaikan zakat tapi jangan la unsur bodek puak BN diselitkan....hahaha...
No Komen..: Van Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan sebagai kaedah berdakwah sambil berhibur mengenai zakat.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman (kanan) berkata Maskot Ustaz Amil (BERSONGKOK BIRU)
Songkok warna biru..??? Ini nampak sesangat berunsur bodek,sebab mana ada songkok warna biru dipasaran,hanya kaki bodek UMNO BN je buat.....hahaha..

Ahad, 22 September 2013

Akhirnya Bekas Abu Mayat di semadikan di Malaysia

Bekas Abu Mayat Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke

Akhirnya dikebumikn disini...

Al kisah seekor anjing penjajah iaitu raja terakhir sarawak yangg dah mampuih mendapat perkenan dari raja sarawak sekarang iaitu raja Pehin tua bangka Taib untuk disemadikan di bumi Sarawak.

Keturunan pendatang haram yang menabalkan diri sendiri sebagai rajah (raja) dan pada waktu yang sama merompak kekayaan negeri ubtuk dibawa keluar negara hasilnya mendapat keistimewaan terlalu tinggi dinegara ini.....

Agong?????....

Tak payah la sebut...kalo dah sekadar namanya raja melayu...setakat jadi boneka je la dia boleh....

Anjing Brooke vs Chin Peng.......

Baca..baca..bacalan laporan dibawah ini....hahaha...

22 September 2013. Ahad :-

Semalam Abu Mayat Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke yang merupakan bekas Rajah Muda terakhir Sarawak semasa era pemerintahan Brooke atau Rajah Putih di Sarawak telah selamat disempurnakan di Kuching, Sarawak. Majlis Keagamaan dan Pengkebumian ini berlangsung di Gereja St. Thomas bagi menunaikan hasrat terakhir mendiang agar ianya disemadikan di tanah perkuburan keluarga Brooke yang terletak berhampiran Kubu Margherita dan ASTANA, kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.




Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke meninggal dunia dalam usia 98 tahun pada 02 Mac 2011 dikedimannya di Rumah Brooke, Wanganui, New Zealand. Mendiang pernah memangku jawatan Rajah Sarawak pada tahun 1939 hingga 1940 iaitu jawatan yang disandang oleh bapa saudaranya, Rajah Charles Vyner Brooke, Rajah Sarawak terakhir.  Mendiang dilahirkan pada 10 Disember 1912 dan dilantik sebagai Rajah Muda Sarawak pada 25 Ogos 1937. Gelaran mendinag ketika itu adalah Yang Amat Mulia Tuan Rajah Muda Sarawak.

Mendiang dibesarkan di England dan mendapat pendidikan di Eito College sebelum menyambung pelajarannya di Trinity College, Cambridge dan Oriential Studies, University of London. Pada awal 1930an mendiang pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam sektor awam di Sarawak termasuk Jabatan Tanah dan Pendaftaran serta pernah menjadi majistret. 

Mendiang dilucutkan dari jawatannya sebagai Rajah Muda Sarawak pada 17 Januari 1940 dan kemudiannya dikeluarkan dari Sarawak pada September 1941.  Insiden ini berlaku kerana terdapat perselisihan faham diantara mendiang dan Rajah Charles Vyner Brooke diatas perkahwinan mendiang dengan seorang wanita kebanyakan, Kathleen Mary Hudden yang merupakan adik beradik kepada salah seorang pegawai kerajaan Sarawak. Mendiang kemudiannya menyertai Tentera British pada November 1941 dan berkhidmat dengan Tentera British semasa Perang Dunia Kedua.


Mendiang berkahwin sebanyak dua kali, pertama dengan Kathleen Mary Hudden dan berpisah pada tahun 1965.  Mendiang kemudiannya berkahwin dengan Brigitte Keller pada 1982. Hasil perkahwinan pertamanya, mendiang dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu James Bertram Lionel Brooke (1940), Angela Carole Brooke (1942) dan Celia Margaret Brooke (03 November 1944) manakala dengan perkahwinan keduanya mendiang tidak dikurniakan sebarang cahayamata.

Semasa era perang dunia kedua, tentera Jepun telah menyerang Sarawak pada 25 Disember 1941 menyebabkan Rajah Sarawak, Rajah Charles Vyner Brooke bersama keluarganya melarikan diri ke Sydney, Australia.  Setelah tamat perang, Rajah Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak pada 15 April 1946 dan menjadi Rajah Sarawak semula sehingga 01 Julai 1946 sebelum menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.  Dengan ini berakhirlah era pemerintahan Brooke atau Rajah Putih di Sarawak. 

Jelmaan S Samy Vellu kini kembali dalam MIC

Otak kanan aku terkekeh baca kenyataan seorang berstatus menteri tapi ber"IQ" bebudak Tadika Kemas....

Mana tidaknya_Asal nak elak penyakit jer, bawak naik harga_Kalo gitu nak naikkan harga garam_Minyak sawit, beras, daging, ayam..???

Dan ertikata lain dapatkah dikurangkan jumlah tenaga dan gaji mereka yg terlibat dalam bidang servis perubatan???

Chittt porahhh... Mudahnya cara otak menteri berfikir!!!

Cadangan aki la... Dari media massa arus perdana dok iklankan politik umno, kan lebih berfaedah dan mendatangkan manfaat perbanyakkan iklan tentang diabetes!!!!!!

Nampaknya macai UMNO dan MIC gembira kerana Dr S. Subramaniam sekarang  seperti jelmaan S.Samy Vell yang selalu nampak banggang dalam membuat kenyataan.......hahaha....