Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Apek dan Nyonya Berperang Guna Parang,Tukul dan Minyak Panas Kerana RM36

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Rabu, 21 Ogos 2013

Gambar Kemalangan Bas Masuk Gaung

Difahamkan sehingga pukul 5 petang, seramai sepuluh mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera parah dalam kemalangan bas persiaran jatuh gaung di Genting Highland.

Bagaimana pun menurut satu sumber lagi mengatakan 32 mati dan 8 Parah dalam kejadian bas jatuh gaung di Genting Highland.

Apapun Orang ucap takziah kepada mangsa dan ahli keluarga nahas kemalangan di Karak,Genting Highlands.

Selasa, 20 Ogos 2013

Pegawai Kanan Polis Kemalangan Bersama Syabu Dalam Dompet

KUANTAN: Penemuan sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu yang ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini masih dalam siasatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, pihaknya menunggu laporan daripada doktor mengenai keadaan pegawai berkenaan untuk kembali stabil sebelum siasatan lanjut dibuat.

“Sekarang keadaannya masih tidak stabil dengan mengalami patah lutut kiri dan pendarahan pada bahagian perut,” katanya kepada pemberita pada majlis derma darah anjuran Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di sini, Selasa.

Sebelum ini media melaporkan seorang pegawai kanan polis cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan-By Pass baru-baru ini.

Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng. Serbuk dan ketulan kristal itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA).

- BERNAMA

Gempar..!!! Mantan YB Katak Changkat Jering Lari Tak Bayar Hutang..??

Dengar cerita mantan YB Changkat Jering Si Osman Jailu yang juga digelar YB Katak setelah melompat parti dari PKR kemudian menyokong UMNO Munafikun Perak sedang di cari oleh pemilik sebuah premis yang dikatakan Osman Jailu gagal membayar sewa bulanan sejak bulan april lalu.

Khabarnya premis yang dijadikan pusat khidmat beliau semasa menjadi wakil rakyat disini berjumlah RM350 sebulan dan menurut sumber mengatakan Osman Jailu gagal membayar sewaan bulan sejak bulan April,begitu juga dengan segala bil elektrik dan air.

Kalau benar berita ini...Apa dah jadi...???
Puak UMNO Munafikun Perak udah tak pandang ker...??
Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang yang juga mantan YB Terong dah tak mahu tolong ke..?

Inilah pengajaranya bagi mereka yang mahu kemewahan dunia yang sementara,kerana sikap tamak bercampur bahlol...amanah rakyat sanggup dikhanati sebab terpedaya dengan janji habuan dari puak UMNO munafikun....hahaha....

Mungkin Mantan YB Katak ini dah terkena sumpahan rakyat di Changkat Jering....belot la lagi...puak UMNO Munafikun hanya bertepuk tangan saja...hahaha.....

Artis Dapat Hadiah Politik Sebab Sokong UMNO, PR bila lagi..??

PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan. 

Zed Zaidi, 33, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.

“Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

Nampaknya pot-pet-pot-pet Zed Zaidi dok melalak sokong UMNO dah membuahkan hasil,tak sia-sia Zed Zaidi selama ini membodek UMNO....hahaha....

“Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana,” katanya.

Kita ada di kalangan artis yang beralih dengan menyokong pihak pembangkang kerana mereka diberi peluang untuk bersuara dalam parti pembangkang tersebut,” katanya.

....tahu pun korang, selama ini hanya PR saja yang beri peluang pada artis naik pentas politik,UMNO hanya korang dapat melalak melalui NGO seperti Seniman saja..

Zed Zaidi dikatakan udah layak kerana melepasi syarat utama iaitu menjadi ahli parti lebih daripada tiga tahun yang mana saya sudah menjadi ahli sejak 2007.

Lepas ni boleh la Zed Zaidi menambah ketinggian songkoknya untuk jadi calon pada PRU14 akan datang...hehehe...

Aku dok tunggu juga artis-artis lain seperti Nabil,Aflin,Salleh Yacob dan sebagainya yang teramat pro UMNO Munafikun  masuk bertanding dalam perebutan jawatan dalam PAU akan datang.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan.

Harap-harap juga PAS dan PKR yang ada miliki keahlian dikalangan artis dapat membuka ruang bagi memilih mereka yang bergelar artis dapat dicalonkan bertanding dalam pemilihan parti dimasa akan datang,jangan dimasa deman PRU saja para artis dalam PR dikerah bagai nak gila kehulu-kehilir...bila habis PRU dah mula dilupakan dan time pemilihan mereka terus dibuang jauh.

Isnin, 19 Ogos 2013

Terkini..!!! Petronas menipu lagi kaum Penan Sarawak

MIRI: Kira-kira 100 orang kaum Penan dari Long Meraan, Sungai Magoh berhimpun mendirikan beberapa sekatan jalan di jalan utama menghala ke Kampung Long Seridan, Hulu Sungai Tutoh, Baram, Jalan Sawa’, Simpang Alim Patah dan Simpang Sungan.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) SM Mohamed Idris dalam kenyataan medianya memberitahu, pihaknya menerima laporan bahawa sekatan itu didirikan bagi membantah dan menyekat operasi pemasangan Paip Minyak dan Gas Sabah- Sarawak yang dijalankan oleh sebuah syarikat kontraktor Petronas.

Beliau memberitahu, sekatan ini didirikan ekoran kegagalan syarikat terbabit mengambil perhatian dan tanggungjawab terhadap beberapa aduan dan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk kampung.

“Penduduk kampung mendakwa bahawa kontraktor berkenaan gagal mematuhi beberapa perkara seperti yang telah dijanjikan oleh pegawai-pegawai Petronas dalam beberapa dialog yang diadakan sebelum ini. “Maklumat awal pihak perwakilan syarikat dan pegawai perhubungan awam Petronas tentang garisan paip minyak dan gas Petronas adalah diberitakan sebagai terhad sehingga 40 meter lebar sahaja.

“Selain itu, syarikat terbabit juga berjanji mengelakkan kemusnahan alam sekeliling termasuk pencemaran dan kerosakan sungai-sungai,” kata kenyataan itu.

Malangnya, menurut Ke tua Kaum Penan Long Meraan Belaweng Turau selaku wakil penduduk, operasi pemasangan paip tersebut telah menjejaskan kehidupan harian mereka. “Kerja-kerja pemasangan paip ini telah menyebabkan kemusnahan hasil-hasil hutan dan pencemaran teruk sungai-sungai, menjejaskan sumber pendapatan, bekalan air bersih dan kualiti kehidupan para penduduk,” ujar Belaweng.

Sementara itu, pada 8 Ogos lalu, beberapa pihak telah datang melawat kawasan sekatan, termasuk wakilwakil daripada syarikat subkontraktor Petronas, pegawai perhubungan awam Petronas, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri serta pegawai polis. Pegawai JTS Bahagian Miri dilaporkan telah mengarahkan penduduk kampung membuka sekatan sebagai syarat untuk mengadakan perundingan.

Namun penduduk kampung menolak dengan lembut dan menjelaskan bahawa mereka telah sekian lama menjemput pihak berkuasa dan syarikat Petronas sendiri untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi aduan dan bantahan mereka langsung tidak diendahkan selama ini.

Selang beberapa hari kemudian iaitu pada 12 Ogos lalu, sekali lagi pihak-pihak berkenaan datang ke kawasan sekatan tetapi kali ini diwakili orang lain.

Seorang wakil dari pihak subkontraktor dilaporkan telah mengarahkan penduduk kampung untuk membuka sekatan. Beliau meminta penduduk kampung membuka sekatan selama 15 hari bagi membolehkan pihak syarikat menjalankan kerja dan aktiviti mereka.

Beliau menambah bahawa pihak syarikat akan membayar sejumlah RM1,000 kepada pihak kampung untuk setiap hari selama 15 hari mereka bekerja dan sekiranya pihak syarikat gagal membayar sejumlah RM15,000 seperti yang dijanjikan, penduduk kampung boleh mendirikan semula sekatan tersebut.

Namun, penduduk kampung bertegas untuk meneruskan sekatan mereka selagi permintaan-permintaan mereka tidak dipenuhi. Antara permintaan utama kaum Penan di Long Meraan ialah pihak Petronas bertanggungjawab mengkaji semula dan mencari alternatif lain yang dapat mengelak dan mengurangkan kemusnahan alam sekeliling termasuk sungai-sungai yang merupakan nadi kehidupan mereka.

Pihak Petronas juga diminta bertanggungjawab dan harus menyediakan bekalan dan saluran air bersih kepada Kampung Long Meraan kerana sumber air utama Long Meraan telah tercemar disebabkan aktiviti Petronas.

“Petronas perlu memberi arahan yang tegas kepada pegawai-pegawai syarikatnya atau syarikat subkontraktor mereka untuk mematuhi garis panduan menurut perjanjian awal seperti yang telah dimaklumkan oleh pegawai- pegawai Petronas sendiri sebelum ini. “Selain itu, Petronas perlu membayar ganti rugi yang setimpal dengan kerosakan dan kemusnahan alam sekeliling serta keperitan hidup kaum Penan.

“Pihak Petronas sepatutnya memberikan keutamaan kepada kaum Penan dan melihat perkara ini dari sudut perikemanusiaan dan bukannya keuntungan pihak mereka semata-mata,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, sekatan jalan masih berterusan hingga ke hari ini ekoran pihak syarikat masih berdegil dan tidak mengendahkan aduan daripada penduduk Kampung Long Meraan.

Tahniah Pengundi BN dari Ahli Parlimen Bukit Gantang

Tahniah kpd pengundi BN! Satu lagi janji BN pd anda. Peminjm PTPTN yg engkar akan kena CCRIS. Alamatnya anak2 muda yg tak boleh pakai motor le.Fasal tak boleh pinjam. Dahlah keiuar Universiti tak ada kerja. hdk bayar mcm mana? Nama awak sudah di senarai hitam. Hdk buat mcm mana emak bapa dia sokong kuat BN sangat. PR hdk beri pendidikan percuma emak bapa dia kata kami menentang pendidikan percuma. Hai Nasib engkaulah labu. - FB YB Ustaz Idris Hj Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Luahan Pak Jabit Memang Betul PR Kacang Lupakan Kulit....

Ada kalanya otak jahat aku bermain-main dengan persoalan tentang sahabatku...

Sehebat-hebat Hj Suhaimi sebagai pejuang rakyat yang tak mengenal siang dan malam - merempuh berbagai halangan - menerima berbagai tekanan dan tahanan.

Kini beliau hanya terlantar menentang kesakitan sepanjang hari hampir sebulan sudah di wad biasa HosSHAS Temerloh.

Tak adakah buah fikiran dari permimpin PR untuk menempatkan beliau di tempat perubatan yang lebih selesa - Inilah nasib manusia yang usianya dihabislan dengan memperjuangkan rakyat terutamanya masyarakt Felda dan Orang Asal.

Kalau tokoh pejuang rakyat sehebat ini hanya terlantar di wad biasa dengan perubatan yang biasa - Bagaimana kalau aku yang tidak ada satu habuk pun sumbang kepada parti dan rakyat?

Inilah pemikiran otak jahat aku untuk mereka yang mendabik dada sebagai pejuang rakyat.

Mungkin Hj Suhaimi bukan seorang rakyat yang sepatutnya diperjuangkan hidupnya oleh Pakatan Rakyat.

Ohhh jika aku saeorang yang kaya dan ada sedikit kuasa - aku akan hantar sahabat ku ini ke luar negara untuk perubatan yang lebih baik.

Kini aku dan keluarga aku hanya mampu berdoa agar sahabat ku ini segera sembuh dan turun ke medan rakyat ... APA MACAM?

- Pak Jabit atau Man Kadir dalam FBnya.....

*** Korang fikirlah sendiri segala luahan Pak Jabit ataupun dikenali Man Kadir.....
Demi kebajikan parti...tenaga,masa dan segalanya dikerah,tapi kebajikan diri seorang pejuang parti selalu dibuat lupa oleh parti....

Jika seorang pejuang marhain meminta akan dikatak tidak ikhlas dan kalau merunggut pun dikatakan tidak ikhlas,tapi kalau parti merunggut,pejuang akan bingkas.....siapakah kita dan siapakah parti..?

Pendapat aku...Luahan Pak Jabit Memang Betul,PR ibarat macam Kacang Lupakan Kulit selepas demam PRU..!!!

Ahad, 18 Ogos 2013