Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti


Dipercayai orang  UMNO (Cekak pinggang) yang tidak puas hati dengan kehadiran ramai penyokong PAS ke tapak ceramah. 

JKKK sedang berbincang dengan Unit Amal PAS bagi mententeramkan keadaan

Kelihatan anggota JKKK dan Unit Amal  mendengar nasihat dan akur dengan arahan pihak Polis

Jabatan Pertahanan Awam (JPA) pun turut turun padang memantau setuasi

28 mei 2012 – Taman Berkat Simpang berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang  penduduk tempatan  mengunakan   jalan taman  untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS disini. Mereka  melakukan ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Keadaan ini menyebabkan pihak Polis dari Balai Simpang tiba kelokasi bagi menjernihkan keadaan.

Menurut  sumber  dari  seorang  ahli PAS disini  mendakwa  bahawa sudah 2 kali sebelum ini program ceramah anjuran PAS Cawangan Taman Berkat Simpang yang bertempat di hadapan Markaznya  cuba diganggu oleh pihak yang dipercayai penyokong UMNO dan kedua-dua rancangan tersebut  gagal. Ceramah tetap berlangsung dengan jayanya tanpa kejadian yang tidak di-ingini.

Untuk  cubaan kali ke-3  mereka  bagi  mengagalkan ceramah PAS  juga gagal dan  kali ini ianya berjaya diselesaikan dengan aman dan  keadaan  kembali normal apabila pihak keselamatan dari Balai Polis Simpang dan Unit Amal PAS Bukit Gantang  berjaya  mententeramkan keadaan tanpa sebarang kejadian yang tidak di-ingini. PAS Kawasan Bukit Gantang merakam  ribuan terima kasih kepada pihak Polis Balai Simpang dan JPA yang hadir pada malam tersebut ,begitu juga diucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak puas hati  pada awalnya dapat menerima segala arahan dan akur dengan semua kehendak pihak keselamatan. 

Isnin, 28 Mei 2012

UMNO Perak beri Baju Perjuangan Asobiyyah percuma dalam forum Ilmu di Pengkalan Baharu


Konon-nya majlis ini dinamakan Forum Wacana Ilmu yang tajuknya pun nampak hebat  “Kuat Dek Maufakat,Berkat Dunia Akhirat”.  Inilah salah satu cara UMNO BN khususnya di Perak cuba menarik orang melayu  untuk kembali bersama mereka. Segala program di letak tajuk-tajuk yang tidak ubah hanya indah khabar dari rupa saja.

Kelihatan lokasi  program UMNO sunyi kerana tetamu belum sampai dengan bas yang diupah untuk angkut tetamu yang juga perlu di upah…haha..

Pada 25 hingga 25 Mei 2012 yang lalu bertempat di Arena Square berlangsung  program  Forum Wacana Ilmu di majlis Karnival Beruas Bersama RTM Perak ,ini salah satu strategik UMNO BN mengkelentong rakyat terutama orang Melayu… yang muda di lambak-kan hiburan dari artis  dan bagi golongan berumur di beri rancangan ilmu keagamaan konon-nya.

Aku kesian segelintir orang melayu yang masih sokong UMNO…terutama di luar bandar,mereka selalu dengan terang dan jelas dikelentong UMNO yang konon-nya bela melayu…hahaha… udah la dikelentong UMNO dalam isu melayu..dalam aspek ilmu keagamaan (Akidah Islam) pun UMNO sanggup kelentong melayu…

Aku tak pernah tengok lagi baju yang dicetak ayat berunsur perkauman atau semangat bangsa…kau orang pernah  tengok ke baju ditulis Hidup Arab,Hidup Jepun,Hidup Jawa,Hidup Iban,Hidup Cina,Hidup India atau apa saja bangsa di cop pada baju..???  Hahaha…inilah UMNO…yang konon-nya bela melayu…dalam program bertajuk “Kuat Dek Maufakat,Berkat Dunia Akhirat”  yang di hoskan oleh ustaz UMNO dan panelnya pun Ustaz UMNO dan sebagai cara kempen UMNO yang  tidak tentu hala….maka  para hadirin yang datang menonton diberi hamper berupa sehelai baju yang tertera “HIDUP MELAYU”. 

 Baju Hidup Melayu hadiah perkauman dari UMNO Perak

Inilah politik UMNO Perak yang diketuai mahkluk bernama Zambry Kadir yang berkuasa dari hasil rampasan kuasa secara haram….Zambry sanggup memperdagangkan kesucian Islam dengan menaikan semangat Hidup Melayu yang terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam yang mana Rasullulah tidak mengaku dikalangan umatnya jika berjuang diatas dasar Asobbiyah ( Bangsa).