Pengikut

Selasa, 30 Julai 2013

Gambar Kenangan Tin Biskut Raya Zambry Kadir

Edisi Khas Biskut raya Zambry Kadir hanya untuk tahun lepas...
Tahun ini tarak....
Berjenama Hwa Tai
Siap ada peraduan...
Tapi....Itu semua tinggal kenangan berbau busuk...

Isnin, 29 Julai 2013

Punah..!!! 2,500 Kes Anak Luar Nikah Setiap Bulan Di Malaysia

SIBU: Bilangan sijil kelahiran tanpa nama bapa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak amat mem­bimbangkan, sekali gus meningkatkan jumlah kes anak luar nikah di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata bilangan tersebut dicatatkan mencecah angka 2,322 dari Januari hingga Mei tahun ini.
Fatimah berkata statistik yang diperolehi daripada JPN Negeri Sarawak amat mem­bimbangkan kerana sekarang baharu sahaja penghujung September.

“Kita ada tiga bulan lagi untuk mengakhiri tahun ini dan kita mempunyai bayi yang dilahirkan tanpa bapa sudah menjangkau angka ribuan. “Pada tahun lalu (2011), negeri ini mencatatkan anak tanpa bapa seramai 5,097 orang meskipun tahun ini dilihat agak sedikit menurun namun masih membimbang­kan,” katanya semalam.

Hadir sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) Noriah Ahmad, Presiden Guru dan Bimbingan Kaunseling Ba­hagian Sibu Azman Sandiran serta tetamu lain.

Seramai 190 peserta terdiri daripada pelajar, guru, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan menyertai bengkel dua hari anjuran JKMNS itu. Fatimah menarik perhatian bahawa kes anak luar nikah ini secara keseluruhannya masih membimbangkan dan gejala itu banyak menimpa golongan remaja yang masih di bawah umur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata berdasarkan kepada laporan rasmi JPN terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak 2000 hingga Julai 2008.

Ini bermakna, secara purata sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari dan jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

“Begitu dahsyat gejala ini berlaku meskipun merupakan rekod pada empat tahun lalu namun masih berlaku hingga ke hari ini. Golongan remaja yang banyak menyumbang kepada gejala ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Sarawak merupakan negeri keempat tertinggi dalam kes pembuangan bayi dari 2005 hingga 2010 selepas Selangor (105 kes), Johor (83 kes) dan Sabah (65 kes).

Justeru jelasnya, kadar kelahiran bayi oleh remaja di negeri ini meningkat daripada 7.16 peratus pada 2009 kepada 8.88 peratus pada 2010.

“Berdasarkan statistik lapo­ran akhbar nasional, setiap hospital di negara ini akan menerima sekurang-kurang­nya satu kes remaja mengand­ung pada setiap hari. Ini turut meningkatkan peratusan kehamilan di kalangan remaja kita,” katanya.

PFI 2013 : Kebebasan Media Massa Malaysia Terus Merudum Jatuh Ke-145 dari 122

...and big falls
Malaysia (145th, -23) has fallen to its lowest-ever position because access to information is becoming more and more limited - PRESS FREEDOM INDEX 2013 
- Malaysia (145, -23) telah jatuh ke kedudukan terendah  kerana akses kepada maklumat menjadi lebih terhad.
......................
Kedebuk..!!!!... jatuh 23 anak tangga... 
Inilah yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia dan Bos Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentu amat-amat berbangga dengan kedudukan kebebasan media massa tanahair yang saban tahun merudum jatuh...hahaha...

Pada pendapat Orangni keadaan ini terjadi hanyalah berfaktor berkepentingan  politik..itu-lah sebab utamanya. 

Disebabkan kengkangan maklumatlah maka terjadi penyalahan gunaan laman media sosial di-internet,kerana rakyat dah teramat fedup dan meluat dengan bahan berita yang amat berat sebelah. 

Semua bahan berita dikawal rakus oleh puak UMNO BN dari siarkan di Media Massa Arus Perdana seperti Media Prima TV3,Utusan Meloya dan sebagainya.

Media cetak alternetif dari pihak pembangkang akan disekat,konon-nya dengan berbagai alasan politik yang tak masuk akal.

Tindakan KDN merampas Harakah dan Suara Keadilan dirampas semata-mata menyekat maklumat kepada rakyat,jesteru itu media laman sosial-lah menjadi saluran pilihan kepada rakyat yang dahagakan maklumat berfakta tepat.

Banggalah puak yang menyokong UMNO BN...mungkin tahun akan datang kebebasan Media tanahair bakal jatuh lagi demi menyelamatkan kroni dalam UMNO BN.




Ahad, 28 Julai 2013

Sila Berambus Keluar Dari PAS..!!!!

Automatik keluar Pas 
jika anut fahaman Syiah

Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat. 

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya. "Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media. 
"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi. 

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat. 

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya. 

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu. "... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti. 

 "Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi. 

 Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.

Minyak Diesel Dah Kurang Dipasaran...adakah bakal di selaraskan..???


" Minyak diesel dibeberapa stesyen minyak sekitar Tanah Merah dah habis,tergantung papan tertulis koata minyak diesel hari ini dah habis"  Kata member aku yang berada di Kelantan.

Mula-nya aku anggap tu cerita biasa saja...tapi bila buka FB, ada juga yang merunggut minyak diesel dah susah nak didapati  di stesyen minyak,kalau ada pun akan dihadkan hanya RM50 saja untuk satu isian kenderaan.

Terlebih dulu Orangni ucapakan syabas kepada machai UMNO yang kasi UMNO BN memang PRU-13...tanpa kemenangan UMNO BN....rakyat tak mungkin jadi susah camni...hehehe....

Agaknya kehangatan suasana kenaikan harga barang tanahair kembali lagi...hahaha...maklumlah dekat-dekat nak raya ni..hahaha...

Lepas harga tiket bas,harga ayam dan kini melarat pula pada minyak yang bakal menaikan semua harga barang...tapi rakyat Malaysia ok...tetap sokong slogan " 1Monggolia Janji Dicapati"...hahaha....

Terkini konon-nya 24.juta liter minyak diesel konon-nya kerajaan lulusan untuk kegunaan rakyat seluruh negara yang dikatakan meningkat sekarang ini....makna-nya saja-saja simpanlah tu....saja nak simpan,nanti bolehlah diselaraskan...hehehe....